[REVIEW] Suami Terpaksa Rela

Suami Terpaksa Rela oleh Aulia Iman

Hasif Fikran, dia semakin hilang sabar dengan sikap si ibu. Melakukan kerja amal dan sukarela memanglah pekerjaan yang mulia. Tetapi yang tak bagusnya, si ibu suka benar menjadikan kediaman mereka sebagai transit sementara golongan sebegitu. Dia tak suka, dia hilang privasi.

Namun tiada siapa menduga, kewujudan Miranda Keysa telah menjadi punca keluarga itu berantakan.

Kerana perbuatan khianat pembantu rumah yang paling dipercayai, Hasif ditangkap khalwat dengan Miranda. Sementara itu pula, Puan Sri Dahlia tak putus menerima kecaman demi kecaman. Tekanan dari pelbagai sudut serta kewujudan satu petisyen mendesak dia meletak jawatan, mula tersebar. Kemasyuran Puan Sri Dahlia dalam kerja-kerja amalnya padam begitu sahaja. Beliau tersingkir dan terbuang. Akhirnya Puan Sri Dahlia tersungkur juga. Kesihatan merosot dan beliau terlantar tidak lagi berdaya.

“Kau kena kahwin dengan dia. Biar dia yang jaga mama.”- Khalif

“No! aku takkan turut kehendak kau along.”- Hasif

“Kau jangan nak pentingkan diri. Papa macam mana? Kau nak biar papa pula kena tangkap khalwat dengan perempuan ni?”- Khalif

Keadaan menjadi punca Hasif menjadi suami terpaksa buat Miranda demi merelakan kebajikan si ibu terus terbela.

Setiap hari melihat Hasif, Miranda rasa hatinya sudah terpaut lalu pengakuan itu diperdengarkan kepada si suami.

“Saya sayang awak, Encik Hasif.” –Miranda

“Kenapa mesti kau sayang orang yang tak sayangkan kau?”- Hasif

Kerana ditolak mentah-mentah, Miranda lari bawa diri. Dia malu dan mula tanam rasa benci pada Hasif. Tapi yang agak peliknya, Hasif pula muncul nak berbaik. Entah kenapa? Pasti ada sebab.

“Baru sekarang mengaku isteri? Kenapa, Dayana dah tak mahu dengan awak ke?” –Miranda

“Dayana mahu je dengan abang. Tapi abang yang jual mahal.”- Hasif

Walau Miranda tayang wajah beku, isterinya tetap tergelak bila dia buat lawak. Cuma mulut kata tak mahu, hati Miranda siapa yang tahu?

Ikuti kisah mereka dalam SUAMI TERPAKSA RELA.


Selesai jua membaca karya Aulia Iman yg ini. Dalam naskhah ni, penulis mengetengahkan watak Miranda yang ibunya seorang banduan kerana didapati bersalah menjual/menyimpan dadah macam tulah. Miranda ni menjadi gelandangan dan terpaksa dipaksa bekerja di kelab sebab orang cari dia untuk bayar hutang mak dia (berkenaan dadah). Miranda baik dan pandai. Baru berumur 18 tahun dan ditemui oleh Puan Sri Dahlia lalu mak si Hasif ni bantu Miranda.

Hasif tak suka dengan Miranda sebab dia suspicious dengan gelandangan. Ada background buruk, sikap pun mungkin entah apa-apa dan mengaharapkan bantuan orang sahaja. Memang Hasif benci dan selalu lemparkan kata-kata kesat kat Miranda. Kemudian mereka dipaksa berkahwin dan Miranda menjaga Puan Sri Dahlia yang sakit ketika itu.

Entah macam mana, Hasif terpaut pada Miranda. Paling nampak momentum mereka berubah semasa Hasif sakit sebab accident. Time tu Miranda dah berbulan tak jumpa Hasif sebab tengah semester dan pulang semasa cuti semester sebab Hasif accident. Dayana iaitu girlfriend Hasif pulak curang dan langsung tak melawat Hasif sampailah satu hari di mana hari itu hari yang sama Hasif memutuskan perhubungan mereka. Dan sejak dari tu, hubungan Hasif dan Miranda semakin pulih.

Bagi admin, cerita ni santai saja. Konflik pun common, biasa dah kita baca. Tapi, banyak pengajaran yang boleh diambil. Kita siapa nak menghina dan merendahkan maruah seseorang walau apa pun asal-usul dia. Dan kesilapan mak ayah kita tak menggambarkan itulah kita. Gituh. Dapatkan ebook percuma ini menggunakan link di bawah ya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/339776/Suami-Terpaksa-Rela