REVIEW SEJARAH MALAYSIA: WACANA KEDAULATAN BANGSA, KENEGARAAN DAN KEMERDEKAAN

9789838619097-medium

SEJARAH MALAYSIA: WACANA KEDAULATAN BANGSA, KENEGARAAN DAN KEMERDEKAAN OLEH ABDUL RAHMAN HAJI ISMAIL, AZMI ARIFIN

Pandangan dan pemikiran sejarah baharu tentang isu-isu yang berkaitan dengan sejarah identiti bangsa, kedudukan institusi beraja, dasar kolonialisme, perjuangan antipenjajah, semangat kebangsaan, kesedaran konsep ‘Melayu Raya’, konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan kemerdekaan sehinggalah kepada pengisian dan pengukuhan negara bangsa Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, semuanya dirangkum dan dihimpunkan dalam buku Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan ini.Para penulis yang menyumbang idea mereka dalam buku ini terdiri daripada sarjana, pemikir dan ahli sejarah Malaysia yang mengupas tema-tema tersebut dengan menyuntik suatu tafsiran baharu tentang pengalaman dan realiti sejarah yang berlaku di Malaysia secara jangka panjang, iaitu dari zaman awal sehingga kini. Dengan olahan yang begitu menarik dan bertenaga, serta hujah-hujah baharu yang mungkin tidak pernah diketahui umum, buku ini amat sesuai digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan para pelajar, pendidik, pengkaji sejarah, ahli politik dan sesiapa sahaja yang berminat mendalami sejarah warisan dan perjuangan bangsa Malaysia.


Pada pandangan admin, ini merupakan sebuah buku yang menerapkan nilai- nilai patriotisme dalam kalangan masyarakat Malayasia yang kini kian pudar di telan zaman. Admin rasa, kita perlu ada modul baru bagi memupuk dan menanam rasa cinta akan tanah air. ” Manusia yang tidak mengingati sejarah akan mengulangi sejarah” . Jadi admin rasa, memang wajar untuk golongan muda terutamanya untuk mengetahui tentang sejarah. Antara yang diceritakan dalam buku ini ialah, permerintahan Raja Berpelembagaan, Kolonialisme  British, Konsep Melayu Raya dan beberapa lagi.

Selepas membaca buku ini saya rasakan patriotisme dan perpaduan tidak mampu dipupuk hanya dengan membaca. Didikan perlu bermula dari rumah sebagai contoh permulaan. Sebagai contoh, di rumah, ibu bapa perlu memberi mendidikan kepada anak- anak untuk tidak bersikap rasis terhadap kaum lain. Antara lain, program- program dari matrikulasi atau universiti juga boleh membantu dalam memupuk perpaduan yang kian pudar ini.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/79907/Sejarah-Malaysia-Wacana-Kedaulatan-Bangsa-Kenegaraan-Dan-Kemerdekaan