Mesin fotokopi berfungsi lagi dan beberapa helai kertas bersaiz A4 keluar. Secara tidak sengaja Cikgu Bahari terpandang plag mesin fotokopi itu disangkutkan pada kerusi di sebelah mesin itu dan tidak terpasang pada soketnya. Serta-merta darah Cikgu Bahari terasa berderau.
“Cikgu, tolonglah saya….”
“Aaahh!” Cikgu Bahari memegang dadanya kerana terkejut. Jantungnya terasa seperti mahu luruh. Ada lembaga hodoh yang kudung tangan kanan sedang menyeringai di hadapannya.
“Cikgu…,” panggil lembaga itu lagi.
Cikgu Bahari menelan liur. Selama bertahun dia menguruskan hal ehwal kedai koperasi ini, tidak pernah pula dia diganggu sebegitu. Seumur hidupnya juga tidak pernah menghadapi peristiwa seperti ini. Lembaga itu terus mendekati, menampakkan taringnya yang runcing….
Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
haaa takut tak tengok cover book dia? min at first takut tengok. Seram! Maklumlah min ni pengecut sikit hahaha sikit je lah tapi. hehehe. Rasa la aura seram buku ni dari cover dia sahaja and menyebabkan admin rasa macam nak tahu sangat macam mana keseraman dia hehehe.
Sepanjang bacaan admin, admin sendiri tertanya tanya apa akan jadi selepas itu? Sambil baca tu admin macam menyorok nyorok setiap kali ada part macam nak menyeramkan hahaha padahal kita baca ebook je pun hahaha maaf la admin selalu express kan apa yang admin rasa. Dalam novel ni, terdapat tiga kisah seram yang diceritakan. Semua kisah seram tersebut kemungkinan besar pernah berlaku disekitar anda. Haaa seram tak? Seram kannn.
Teknik penceritaan kesemua penulis ni sangat baik. Disebabkan buku-buku puaka ni nipis sahaja, ianya amat sesuai untuk dinikmati dalam sekali duduk. Tapi, sekali duduk, tak senang duduk dibuatnya! Mana tak nya, tiba tiba rasa seram sejuk je bila masuk part seram. Bulu roma pun berdiri tegak je. Hahaha
Bagi admin, buku ni sangat sesuai untuk dibaca semua lapisan umur bermula dari sekolah rendah sehinggalah dewasa. Tetapi buku ini sangat dekat dengan adik adik yang masih bersekolah lah sebab dari tajuk pun kita boleh tahu yang cerita ni related dengan budak sekolah. Selain itu, buku ini juga terselit cerita cerita yang comel hehe.
Apa yang min dapat simpulkan ialah buku ini sangat tidak mengecewakan. Ia juga terselit pengajaran pengajaran yang berguna untuk kita sebagai pembaca pelajari. Novel ini sangat best dan tidak merugikan!
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com