[REVIEW] My Soul Adit Rafi

My Soul Adit Rafi Oleh Muna Mahira

‘Till death do us part.’ Sejauh mana kata-kata ini mampu dipercayai? Sejauh mana bicara seorang lelaki mampu ditunaikan? “Jangan percaya pada janji seorang lelaki. Jangan pernah ditipu dan tertipu.” Pesanan si ibu kandung sering menimbulkan keraguan di hati. Ditambah pula dengan si mentua yang tidak pernah senang dengan kewujudannya. Buatnya sukar meletak kepercayaan sepenuhnya pada seorang suami. “I’m more than willing to die for you.” Janji seorang suami yang bergema mengocakkan tasik hati. Menuntut kepercayaan tidak berbelah bahagi. Soalnya sekarang, semudah itukah mahu percaya? “Percaya dengan I, sayang.” Bisikan sang suami terus-terus bergema. Tidak jemu meniup pergi segala keraguan. Meletakkan hanya nama seorang Adit Rafi di hati Maisaranya. Memastikan sang isteri tidak sesekali berpaling daripadanya.


First impression admin bila tengok cover dan tajuk dia sangatlah sweet.

EBuku ni baru baca sikit je dah tahu sangat dia romantik! Dia membuatkan kita sebagai pembaca rasa seperti mahu kahwin sekarang! hahahaha. Ebuku ni mengandungi watak suami isteri yang sangat menyayangi antara satu sama lain dan sentiasa menjadi tempat bermanja untuk satu sama lain. Apa yang lebih menarik perhatian admin, watak suami dalam cerita ni sanggup mempertahankan isteri dia walaupun dengan keluarga sendiri. Untungnya kalau dapat soulmate macam tu!

Ebuku ini juga mempunyai watak yang agak jahat. Ye lah kalau semua watak baik, tak menarik pulak sesebuah cerita tu kan hihi. Ceritanya mengisahkan tentang mertua yang tak restu anaknya memperisterikan seorang perempuan yang dilahirkan dengan status anak luar nikah. Ebuku ini seperti mahu menunjukkan betapa besarnya kesetiaan seorang suami.

Bagi admin, cerita ini sangat sesuai untuk mereka yang gemar membaca kisah yang penuh dengan romantis. Bukan sahaja untuk berhibur, pembaca yang bercita cita nak mendirikan rumah tangga juga akan dapat banyak pengajaran tentang kehidupan berumahtangga daripada kisah ini.

Nak baca ebook penuh? Klik link di bawah:

https://www.e-sentral.com/book/info/345213