[REVIEW] My Not-So-Perfect Sweetheart

My Not-So-Perfect Sweetheart oleh akuorgbiasa

Dah menjadi lumrah alam, takkan ada rumah tangga yang sempurna dan dapat lari daripada dilanda badai.

Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Rumah tangga Apit dan Ain yang masih setahun jagung berantakan dek salah faham dan campur tangan pihak ketiga. Tak semena-mena, ceritera cinta ekspres yang membawa mereka ke ikatan pernikahan suci dipersoalkan.

“She’s not the perfect fit for you. Inilah akibatnya bila bercampur dengan orang tak sekufu!”-Pihak ketiga

“The only solution for this is kita bercerai. Anggap je jodoh kita tak panjang. Agaknya sebab permulaan cerita kita pun terlalu ekspres.”-Ain

“She is not the perfect one for me, but she’s the best for me..”-Apit

*sambungan kisah “Ceritera Cinta Ekspres”


WOW! Karya terbaru lagi dari akuorgbiasa. Akuorgbiasa dah jadi penulis kegemaran selepas admin baca beberapa karya terdahulu beliau. Admin seronok baca karya My Not-So-Perfect Sweetheart di mana ia adalah kesinambungan kepada Ceritera Cinta Ekspres. Dalam cerita kalini, penulis membawa kita menelusuri kisah Apit dan Ain selepas mereka berkahwin.

Sememangnya tiada yang mudah dan datang bergolek dalam kehidupan. Begitu juga bagi Apit dan Ain untuk mengecap bahagia. Dalam ebook ni, diceritakan bagaimana Ain hidup di rumah mertuanya yang mana Apit rasa adalah keputusan yang terbaik. Ibu mertua a.k.a mama kepada Apit sebenarnya banyak tak puas hati dengan Ain. Tapi ketidak puasan hati ditunjukkan secara berlapik dan bukan terang-terangan. Yalah, orang niat tak baik memang selalu macam tu, kan? Ain banyak memendam rasa kerana dia hormat ibu mertuanya. Tambah pulak, kalau dia report kat Apit, rasa-rasa Apit nak ambik side dia ke? Sebab ni melibatkan mama Apit.

Ada satu part tu admin rasa sedih sangat untuk Ain. Bila semuanya tak betul lalu Ain dimarah dan disalahkan. Terima kasih akuorgbiasa bawakan karya ni untuk kami! Seronok baca. Very straight to the point sesuai dengan cover “Siri Cerita Ketot AOB” hahahahha. Best! Sesiapa belum pernah baca karya dari AOB boleh beli siri ni. Mulakan dengan siri pertama lebih baik untuk lebih mengenali watak-watak dalam ebook yang admin review ni.

Tak sabar tunggu buah tangan baru AOB. Teruskan menulis kerana penulisan anda begitu berharga.

Seronok baca review admin? Nak baca ebook penuh? Klik link di bawah:

https://www.e-sentral.com/book/info/342593/My-Not-So-Perfect-Sweetheart