[REVIEW] INTROVERT

Introvert oleh Abstrakim

Mereka kata, orang introvert selalunya perahsia dan suka memendam perasaan. Farady mengaku dia memang sukar untuk meluahkan apa yang dia rasa. Sejak kecil dia selalu merasa kesunyian dan sukar untuk mencari rakan yang boleh dia percayai. Selepas ditimpa satu tragedi, Farady naik ke puncak Bangunan Alam dengan satu niat: dia ingin mengakhiri segala-galanya. Tapi hasratnya dipatahkan oleh seorang gadis misteri bernama Haura. 

“Percayalah cakap aku. Kau nak hidup, kau tak nak mati. Sebenarnya, kau cuma tak nak rasa sakit lagi. Tapi kau kena percayakan aku. Rasa sakit ini semuanya akan hilang. Semuanya akan berakhir seiring dengan masa berjalan. Semuanya akan jadi lebih baik.” – Haura.

Untuk pertama kali, Farady rasa ada orang yang mendengar suara hatinya yang selama ini tidak didengari sesiapa. Tapi siapakah gerangan gadis misteri yang tiba-tiba muncul di atas bumbung bangunan tinggal itu?


Hai semua! Apa khabar. Diharapkan agar semua pembaca Blog E-Sentral ni sihat-sihat belaka hendaknya. Okay, entry kali ni min nak kongsikan dengan korang sebuah kisah yang menarik untuk min buatkan review dekat korang yang bertajuk Introvert oleh Abstrakim. 

Buku ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Farady. Kehidupannya tidak begitu indah. Dia tertekan dengan apa yang terjadi dalam hidupnya. Nak dipendekkan cerita dia sudah putus asa untuk meneruskan kehidupannya. Jadi, Pada suatu malam, dia telah mengambil keputusan dan nekad untuk menamatkan jalan cerita hidupnya yang kucar-kacir dengan cara menerjun dari sebuah pusat membeli belah yang lama telah ditinggalkan yang bernama Bangunan Alam. Ketika kakinya sudah berada di penghujung konkrit itu, tiba-tiba muncul seorang gadis bernama Haura. Sehabis baik Haura memujuk Farady untuk mengalih perhatiannya daripada terus melakukan benda yang tak sepatutnya.

Akhirnya, mujurlah Farady termakan pujukkan Haura dan ingin bersembang dan luahkan segalanya yang terbuku dalam hati Farady yang menyebabkan dia ingin melakukan tindakan yang teruk. Sejak dari peristiwa itu, mereka telah menjadi kawan dan Farady juga telah dapat untuk melupakan segala masalah yang dia pendam selama ini.

Buku ini sesuai untuk pembaca yang minat tentang topik kesihatan mental dan kehidupan manusia dalam masyarakat kini. Jadi min sangat mengsyorkan korang semua untuk baca buku ni.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/352050