Ai Lai tak minta untuk bercinta dengan orang Islam. Juga tak minta untuk ada rasa terpikat dengan Islam. Tetapi itulah yang terjadi dalam hidupnya. Kerana terlalu sayangkan Khairil, dia membuat keputusan besar dalam hidup untuk memeluk agama Islam sehingga menyebabkan dia dibuang keluarga. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan lebat bertambah guruh di tengah hari. Bahagia yang Nur Syuhada’ Lai idamkan bersama Khairil hancur musnah pabila lelaki itu tergamak menduakan dia. Dia akhirnya diceraikan dan ditinggalkan. Hidup tanpa keluarga… Tanpa tujuan… Tanpa bimbingan… Masih ikhlaskah Nur Syuhada’ Lai menganut Islam?
Ini kali kedua admin baca karya dari Ai Indah. Dan ini juga merupakan cerita pendek. Namun ceritanya sangatlah menarik kerana menceritakan tentang seorang perempuan Cina yang berminat memeluk Islam. Pada mulanya dia berminat dengan Islam kerana lelaki yang dia sayang beragama Islam. Tapi setelah menjalani kesusahan hidup, dia mula memperbaiki diri untuk ikhlaskan hati memeluk Islam kerana-Nya dan bukan penganutnya.
Admin suka bahawa watak-watak dalam ebook ini matang dan walaupun isu agama isu sensitif, namun penulis berjaya membuatkan admin kagum dengan olahan karya beliau. Walaupun ceritanya pendek, namun banyak moral yang boleh pembaca pelajari. Teruskan berkarya di samping menyebarkan keindahan agam Islam. Tahniah admin ucapkan buat penulis.
Link untuk pembelian ebook ini tertera di bawah: