REVIEW BUKAN ISTERI SIMPANAN

EBUKU BUKAN ISTERI SIMPANAN OLEH MIA KIFF

EBUKU BUKAN ISTERI SIMPANAN OLEH MIA KIFF

 

DANIA – Gadis polos yang tak punya apa-apa. Cintanya diburu oleh pasangan adik dan abang, Khaliff dan Afiff. AFIFF – Bagi Dania, Afiff adalah lelaki paling poyo dan kurang adab yang pernah dia jumpa. Tapi siapa sangka, lelaki tak normal itu jugalah jodohnya. Apa yang tak kena pada Afiff? Luarannya nampak biasa-biasa. Dania ada jawapannya. Enam bulan bergelar isteri kepada lelaki perasan bagus itu, Dania tahu ada yang tak kena. Dia dikahwini untuk disimpan? Mampukah dia bertahan dalam syurga palsu ciptaan Afiff apabila dia terpaksa berkongsi suami dengan lelaki lain?

 

 


Jalan cerita novel nie menarik dan best. Ada konflik tapi tak terlalu over sangat. Boleh terima lagi la. Kita pun tak la sakit hati sangat. Hehe..Kalau baca dari sinopsis kita akan fikir oh macam tu je ke ceritanya. Tapi bila dah baca sampai habis wah memang menyayat hati dan mendalam betul. Ada part sedih, romantik, geram, dan sakit hati. Kalau buat drama mesti best.

Tula orang kata kalau jodoh tak kemana walau kita benci orang tu. Lama-lama boleh suka dan sayang. Tula yang terjadi kepada Dania. Cinta kat orang lain tapi kasih sayangnya tak dihargai lagi-lagi bila laki yang dia kahwin tu gay. Tak dapat di bayangkan. Mintak di jauhkan la. Tapi kalau kita sabar dan boleh bimbing diaorang InsyaALLAH mereka boleh berubah ke jalan yang betul. Kadang- kadang diaorang jadi macam tu ada sebab.

Dalam cerita ini Dania melalui pelbagai dugaan. Direbut oleh adik- beradik yang mahu meraih cintanya. Bila dah pilih si abang merana pula hidupnya. Dia dijadikan alat untuk menutup segala perangai buruk suaminya. Kerana cinta dia bertahan tetapi malang tidak berbau dia diceraikan. Si adik datang untuk menolong dan sanggup bertanggungjawab terhadap Dania. Mereka hidup bahagia sehingga si adik mengetahui yang dia ada sakit. Apalah nasib mereka baru nak mengecapi kebahagian tiba- tiba di timpa dengan ujian yang berat. Itulah suratan takdir dalam hidup Dania. Tabahkah dia menghadapi dugaan yang datang dalam hidupnya bersilih ganti?

 

 eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/16370/bukan-isteri-simpanan