Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca.” – Aliya Yeoh, pendidik –
“Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.” -Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji –
“Dapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia. Inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk mereka yang baru mengenali nabi.” -Zamri Zainal Abidin, penerbit Duniaku Buku, radio IKIM.fm –
“Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.” -Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim –
“Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.” -Lelucon, blogger –
Okay, posting kali ini admin decide untuk review lain dari yang lain. Selalu kita review novel yang romantik romantik cintan cintun je kan. Haaa harini admin nak buat ulasan buku yang islamik sikit. Hehehe.
Buku ni macam biasa, dari cover pun kita boleh tahu yang ni buku islamik. Bukan setakat cover, tajuk pun dah terang terang mengenai nabi kita. So, intipati buku ini adalah sepenuhnya mengenai sejarah dan kehidupan Nabi Muhammad SAW.
Bagi admin, buku ini sangat memberi impak yang besar kepada sesiapa sahaja yang membacanya kerana seperti yang kita tahu, kisah dan sejarah Rasullullah mengandungi jutaan pengajaran hidup yang kita boleh ambil dan aplikasikan dalam kehidupan harian kita sebagai seorang manusia. Jadi, buku ini memang akan menjentik hati kita dengan keinsafan. gituuu.
Di samping itu, sudah terang lagi bersuluh, buku ini bukan sahaja sesuai, tapi sangat sangat sangat sesuai untuk semua lapisan umur tak kira budak kecil mahupun orang tua kerana bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, juga, kejarlah ilmu sehingga ke liang lahad. Kosong peratus pun tak rugi baca buku ni!
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com