[REVIEW] BANGLO ANDRESIA

Banglo Andresia oleh Noorsyafitri

Kerana minat dengan dunia mistik, mereka akhirnya menjejakkan kaki ke sebuah banglo yang sudah terbiar lama diberi nama Andresia. Ada apa dengan Banglo Andresia?

“Kau berhalusinasi je tu, Fia. Mana ada hantu.” – FIRDAUS HANAFI

Apakah benar yang dia lihat itu hanya halusinasinya semata-mata?

“Dia mungkin ada. Tapi kita je yang tak nampak, Fir.” – AFIA NURAYSYAA

Namun, satu demi satu kejadian menimpa mereka sehingga mereka buntu mencari jalan keluar.

“Kau matilah sorang-sorang. Aku tak nak mati.” – FIRDAUS HANAFI

Mampukah Firdaus dan Afia keluar dari rumah itu dengan nyawa yang masih dikandung badan?


Hai semua! okay, entry kali ni min nak bawak korang semua rasa mood seram-seram sejuk gitew. Hahahaha. Kali ni min nak ulas sebuah cerita yang bergenre seram yang bertajuk Banglo Andresia. Haa, dengar tajuk pun dah rasa macam seram kan. Tetapi, walaupun cerita ni seram, ia membawa beberapa pengajaran yang kita dapat peroleh dari membaca cerita ni.

Novel ini mengisahkan dua orang sahabat, iaitu Firdaus dan afia yang suka melakukan aktiviti-aktiviti paranormal untuk merakam kelibat-kelibat makhluk halus. Pada suatu hari, mereka bercadang untuk melalukan aktiviti itu di sebuah banglo yang sudah ditinggalkan akibat berlakunya suatu insiden yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Selepas dari insiden itu, maka rumah itu dikatakan terdapat pelbagai jenis cerita yang mistik dan mengerikan.

Disebabkan rumah itu meninggalkan banyak cerita mistik, ia telah menarik minat dua sahabat ini untuk menerokai alam mistik yang terdapat di Banglo Andreia itu. Selepas suatu ketika mereka berada di banglo itu, Afia telah diganggu oleh sebuah entiti yang mengerunkan. Dia memberitahu kepada Firdaus berkenaan gangguan tersebut tetapi Firdaus tidak mengendahkannya. Firdaus juga bercakap besar berkenaan makhluk halus yang ia hanyalah halusinasi dan sebagainya. Selepas daripada itu terjadilah berbagai insiden yang ngeri dan menakutkan sehinggalah mengakibatkan kematian diantara mereka. Bak kata perpatah, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.

Buku ini sesuai dibaca dari peringkat remaja hinggalah dewasa kerana buku ini dapat pelbagai pengajaran yang kita dapat peroleh dari situ. Jadi min sangat mengsyorkan korang semua untuk baca buku ni.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351964