To be honest, aku bosan dah dengar orang cakap, “Belajarlah kerana Allah.” Setiap kali aku mengadu down, setiap kali aku mengeluh nak give up… Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam. Yalah, orang picisan macam aku ni, mana layak membantah ayat-ayat daripada budak-budak usrah. Tapi sebenarnya kan… Aku tak pernah faham pun maksud ‘belajar kerana Allah’ tu.
Buku kedua Teme Abdullah ini sangat sesuai untuk bacaan seseorang yang bergelar student kerana dalam buku ini, terdapat banyak pengalaman Teme sendiri yang student boleh relate dan menjadi inspirasi untuk ramai student di luar sana yang sedang belajar dan yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Buku ini diceritakan dalam sudut pandangan orang ketiga dimana cerita tentang Teme dan sahabat dunia akhiratnya yang merangkap teman serumahnya, Ahmad bersilih ganti sepanjang dalam buku ini. Banyak konflik yang wujud ketika mereka di London, konflik dengan orang sekeliling dan juga konflik dengan diri sendiri. Teme ada juga menyelitkan nasihat berunsurkan Islamik tanpa perlu menjadi ekstremis agama. Buku ini juga penuh dengan motivasi untuk pelajar jangan berputus asa, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya dan setiap hikmah itu pasti membawa manfaatnya kepada diri kita. Ayat-ayat yang ditulis Teme sangat memberi inspirasi untuk pelajar-pelajar kekal percaya dengan kemampuan diri sendiri. Secara keseluruhannya, admin recommend readers, mahupun pelajar atau bukan, untuk baca buku ini bagi mendapatkan motivasi dan inspirasi dalam hidup supaya kita tahu ke mana arah tuju kita dengan aktiviti harian yang kita lakukan buat masa sekarang.
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/207103/arkitek-jalanan