“Kesihatan tidak semestinya datang daripada ubat. Selalunya, ia hadir dari ketenangan fikiran, kedamaian hati, ketenangan jiwa serta kebahagiaan dan kasih sayang yang mewangi.”
Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih berpanjangan, keletihan, dan kehilangan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. keadaan ini boleh beralarutan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu ataupun mengambil masa sehingga berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun. Penyakit ini juga boleh didatangi oleh seesiapa sahaja tanpa mengira umur ataupun bangsa.
Penyakit kemurungan dikategorikan sebagai penyakit mntal yang banyak berlaku kepada warga. Malangnya ramai yang tidak mengetahui implikasi penyakit ini akibat kurangnya pendeddah dan tidak didiagnosis dari awal. Akhirnya penyakit menjadu teruk dan memerlukan rawatan rapi.
Ebook ini mendedahkan punca-punca kemurungan dan kisah-kisah yang menyakibatkan seseorang itu mengubah gaya hidup mereka.Kemurungan merupakan satu sindrom klinikal yang menggabungkan kombinasi emosi, kognitif dan juga simptom-simptom tingkah laku . Ia juga merupakan gangguan dan kecelaruan perasaan dan termasuk penyakit minda yang memberi kesan psikologi yang mana penghidapnya akan bertingkah laku suka menyalahkan diri sendiri , keliru dan merasakan tiada peluang hidup. Pada peringkat kanak-kanak kemurungan sebagai suatu masalah klinik kurang diberi perhatian. Pada peringkat kanak-kanak kemurungan sebagai suatu masalah klinikal kurang diberikan perhatian. Terdapat beberapa simptom kemurungan bagi mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami sindrom kemurungan atau tidak. Simptom-simptom ini terbahagi kepada empat aspek utama iaitu afektif, kognitif, tingkah laku dan fisiologi. Setiap aspek ini berkait antara satu sama lain.
Kemurungan dalam kalangan remaja dan kanak-kanak merupakan satu isu yang kontroversial sejak beberapa dekad yang lalu (Kauffman, 2001). Ini kerana satu dekad yang lalu para pengkaji telah menafikan kewujudan kemurungan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja (Erickson, 1992). Walaubagaimanapun, setelah pelbagai kajian yang dibuat, telah dibuktikan bahawa kemurungan merupakan satu masalah yang sangat ketara dalam kalangan remaja (Sprinthall & Collins, 1995; Conger,1997). Kemurungan melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan lagi kehidupan yang bermakna dan juga gembira. Terdapat banyak punca yang mengakibatkan para pelajar mengalami kemurungan. Contohnya stress, personaliti pesimik, sosial, fizikal, genetik dan krisis ekonomi.
Kemurungan akan wujud apabila munculnya sifat-sifat negatif dalam diri seseorang individu. Tambahan pula, individu yang gagal dalam sesuatu usaha biasanya akan cenderung pula untuk mengandaikan dirinya tidak guna dan berupaya langsung. Pelajar yang mempunyai personaliti ini mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Mereka sentiasa berfikiran negatif terhadap keadaan persekitaran. Sebagai contohnya, timbul satu perasaan dalam diri pelajar bahawa mereka tidak disukai oleh semua orang. Mereka juga berfikiran bahawa orang lain tidak lagi percaya mereka. Pelajar-pelajar seperti ini sering mengasingkan diri dan tidak berani untuk menyertai lagi dalam aktiviti-aktiviti lain
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/317458/Apa-Khabar-Depresi