Ini satu teknik yang boleh digunakan untuk menulis buku dengan pantas. Daripada menaipnya, yang kadang-kala menjadi satu kekangan kepada sesetengah orang, kita boleh bercakap dan merakamkan suara kita. Kemudian, kita boleh berikan hasil rakaman tersebut kepada jurutrengkas untuk menaipnya semula. Mungkin juga kita boleh berikan kepada pelajar IPTA yang begitu pantas menaip sekarang ini. Berilah upah yang sewajarnya.
Sekiranya hasil rakaman di dalam bahasa Inggeris, anda boleh menawarkan tugasan menaip semula rakaman di laman seperti Fiverr.com, Elance.com, dan sebagainya.
Hasilnya belumlah 100% siap. Mungkin masih terdapat kesilapan di sana sini. Dan pembetulan masih perlu dibuat. Maka itulah tugas editor, ataupun anda sendiri. Anda boleh menyambung kerja-kerja penulisan dengan mengubahsuai hasil taipan jurutrengkas.
Beberapa tip:
- Bersiap sedia dengan nota untuk apa yang bakal diucapkan
- Cuba bercakap seperti biasa dengan terang dan jelas
- Dapatkan persekitaran yang senyap agar hasil rakaman mudah ditaip semula
- Rakaman boleh dibuat di komputer, telefon bimbit atau perakam mini
Sebagai tip tambahan, untuk pemasaran buku kelak, hasil rakaman anda boleh juga diberikan sebagai bonus yang boleh dimuat-turun dari Internet. Mungkin anda boleh merakam tip-tip anda sendiri di dalam sesi yang berbeza sebagai bonus.