#10 – INTROVERT
Mereka kata, orang introvert selalunya perahsia dan suka memendam perasaan. Farady mengaku dia memang sukar untuk meluahkan apa yang dia rasa. Sejak kecil dia selalu merasa kesunyian dan sukar untuk mencari rakan yang boleh dia percayai. Selepas ditimpa satu tragedi, Farady naik ke puncak Bangunan Alam dengan satu niat: dia ingin mengakhiri segala-galanya. Tapi hasratnya dipatahkan oleh seorang gadis misteri bernama Haura.
Dapatkan e-book Introvert di e-Sentral
#9 – DIA YANG KU JADIKAN SUAMI
Maafkan I. I tak tahu dari mana untuk memulakan bicara ini tetapi demi segunung harapan yang pernah ada di hati, I minta ampun andainya I membuat you rasa menyesal punyai isteri seperti Naazneen Fatah. You tahu kisah hidup I tak indah. I pun tidak pernah indah, kalaulah you tahu betapa manisnya saat you memberi peluang untuk I merasa ‘hidup’… Naim, cinta yang I tanam buat you bukanlah satu pembohongan. I ikhlas walau pada mulanya langkah I sumbang. Tapi sesungguhnya, Naim, I selalu tercari-cari arah untuk terus berdiri di sisi you. You tahu tak, setiap kali I dengar ‘pergi aje, I tak nak tengok muka you lagi’ dari bibir you, setiap kali itulah I tidur bertemankan mimpi buruk, Naim. Setiap kali you lemparkan pandangan penuh kebencian, setiap kali itulah hati I meraung kuat. You dah bawa impak yang cukup besar buat diri I, Naim. Kalau you nak ajar I apa itu erti derita, I telah merasakannya. I sayang you seadanya tapi I tahu you benci dengan apa yang I rasa.
APAKAH ada ruang untuk Naazneen kembali ke sisi Naim Khair setelah dia juga menjadi punca ibu mentuanya patah kaki dan ayah Hidayah meninggal di dalam kemalangan…
Dapatkan e-book Dia Yang Ku Jadikan Suami di e-Sentral
#8 – ASH & AISH
Siapa kata kahwin tu indah? Siapa cakap jatuh cinta itu macam pelangi, penuh warna-warni, hangat dan bahagia? Ashrafi Misterius dan pendiam. Lari daripada keluarga kerana perbezaan pendapat dan daripada cinta yang dirundung nestapa. Aisha Gadis polos dari kampung. Hijabnya terbuka sampai dia tak senang duduk. Selepas dibawa berubat, barulah lega. Sanctuary Kafe menemukan Ashrafi dan Aisha, mengikat mereka dalam ikatan perkahwinan. Aisha hanya main-main. Ashrafi hanya mahu menolong. Baginya, gadis itu hanyalah pembantu. Manis dengan sikap gila-gila, buat dia tersenyum dalam rahsia. Tolong konon, namun sebenarnya hati lelaki itu dijentik rasa luar biasa. Sedangkan Aisha pula, terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak pasti kenapa dia lakukan. Begitupun dia bersyukur dan bahagia menjadi isteri tanpa cinta kepada Ashrafi. Dia juga dapat menumpang kasih keluarga baharu. Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang-siur. Ashrafi terbaring koma namun ‘Ashrafi’ yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam-kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi. “I saw your worst but I still stay.”
Dapatkan e-book Ash & Aish di e-Sentral
#7 – BILA HATI MEMILIH DIA
“Kau nak cerai, kan? Aku ceraikan kau dengan talak tiga. Puas hati kau?” – Nazriel Dan sejak itu dia menutup pintu hatinya serapat mungkin. Percintaan selama 8 tahun akhirnya sia-sia dan perit untuk terima hakikat perkahwinan dengan isteri yang dicintai gagal. Enam tahun bersama anak tunggalnya, hidupnya kembali diuji dengan kehadiran seseorang. “Nasiblah kahwin dengan saya dapat pakej sekali dengan Nufail.”- Nazriel Bagi Adra tidak mungkin dia mahu menerima lelaki itu. Ternyata kerja sementara untuk menjadi pengasuh Nufail menjadi titik permulaan perkenalan mereka. Makin lama mengenali terbit rasa kagum pada bapa muda itu dan tanpa sedar hubungan mereka menjadi rapat. Tapi sayang apabila satu tragedi tidak dijangka menimpa. Hidupnya nanar mengenangkan keadaan diri. Dan Nazriel mula rasa bersalah. Atas dasar tanggungjawab dia diangkat menjadi isteri semata-mata mahu menjaga maruahnya yang cuba dicalar oleh lelaki lain. “Memang bagi awak kecil tapi saya tak boleh. Bila awak pegang tangan saya, saya rasa takut. Saya ingat apa yang jadi malam tu. Saya tak boleh.”- Adra Sabarnya Nazriel melayan setiap kerenahanya. Sekali pun lelaki itu tidak pernah mengungkit. Dia dijaga dengan begitu baik sehingga hati yang kosong mula berlagu cinta. “Saya tak sempurna untuk awak.” – Adra “Saya tetap nakkan awak.”- Nazriel Kejamkah dia andai menolak seorang lelaki yang benar-benar ikhlas mahu menjaganya? Dan bila hati sedia memilih, perasaannya dilukai. “Adra hanya ibu tiri Nufail je. Bukan ibu kandung yang lahirkan dia. Naluri keibuan tak ada dalam diri Adra. Selagi tak bergelar ibu Adra tak akan rasa.” Keikhlasannya diragui. Kasih sayang yang dicurahkan tidak dipandang. Nazriel yang dipuja akhirnya menunjukkan diri sebenar. Dan hatinya tidak tegar mencintai lelaki yang hidup atas dendam lama.
Dapatkan e-book Bila Hati Memilih Dia di e-Sentral
#6 MY PRECIOUS IRIS 1
KISAH KEHIDUPAN YANG PENUH WARNA. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?
Dapatkan e-book My Precious Iris 1 di e-Sentral
#5 THE UNSUNG HERO
Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah SWT sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksikan hubungan adik beradik dari kecil. Mereka terpisah dengan satu janji. Tapi janji itu dimungkiri.
Dapatkan e-book The Unsung Hero di e-Sentral
#4 – I LOVE YOU, STUPID! 1
KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Dapatkan e-book I Love You, Stupid! 1 di e-Sentral.
#3 – KERANA AKU ISTERI BIDAAN
RAINA terperangkap dalam dunia GRO gara-gara percaya dengan janji manis kekasih hati yang membawanya lari dari dunia kampung dan dunia Farel.
Bergelumanglah dia dalam dunia itu walaupun pernah berusaha melarikan diri tetapi gagal. Hari pertama bertugas, dia bertemu Emad dan mengikat kontrak untuk kekal sebagai teman mesra Emad di kelab.
RAINA yang dahulunya liar, degil, melawan… Menambah perangai lagi… Manja, seksi, gedik demi tuntutan tugas dan keselamatannya. Suatu hari dia tergamam seketika apabila salah seorang pelanggan yang harus dilayannya adalah Farel, lelaki yang amat dikenali… Lelaki yang difitnahnya dan ditinggalkan pula pada malam pernikahan mereka namun lelaki itu juga yang membidanya dari TTF. RUMAH TANGGA mereka ada pasang surut… Ada rentak ‘3S’ – seksa, seksi dan ‘syurga’…
APAKAH yang berlaku dan tindakan Farel seterusnya tatkala Raina masih sukar mengubah cara hidup GROnya?
Dapatkan e-book Kerana Aku Isteri Bidaan di e-Sentral.
#2 – BISIK-BISIK GELORA
JAD IZZUDDIN : Aku berhabis wang ringgit kerana dia. Isteri apakah dia jika menghilangkan diri tiba-tiba? Bukan sekejap tapi tujuh tahun! Isteri apakah dia yang berpeluk dengan macam-macam lelaki? Tidak Arumi, Tidak…aku tak akan lepaskan kau sampai bila-bila. Deritalah kau di sisi aku!
BANIN ARUMI : Aku pergi kerana aku tidak kenal siapa dia. Aku perlu kejar cita-citaku. Nah, sekarang aku berjaya. Tapi, mengapa dia muncul di saat aku diambang kerjayaku. Dia jahat! Bekas banduan! Allah… tolong aku. Bagaimana aku mahu lari kalau dia suamiku?
SAAT tertekan…seorang perlukan wang dan seorang lagi berdendam.
“Oleh kerana kita pernah sekatil dan bersama sebelum ini, maka aku nak kau bayar upah aku melayan nafsu kau tu.” – Arumi
“Aku boleh bebaskan kau tapi dengan syarat! Kau gugurkan dulu kandungan kau tu.” – Jad
Dapatkan e-book Bisik-Bisik Gelora di e-Sentral.
#1 – JANGAN MENANGIS CINTA
“Kesian anak papa. Sampai nak tidur atas tilam pun papa tak bagi. Papa jijik dengan Cinta. Papa nampak Cinta tidur atas sofa. Masa tu mama dalam bilik air. Cinta bergerak-gerak. Papa tahu Cinta akan jatuh. Tapi, papa tak halang, papa biarkan aje. Anak papa jatuh. Dahi Cinta lebam. Sikit pun papa tak kesian. Papa boleh keluar dari bilik dengan rasa tak bersalah. Menangis-nangis Cinta sakit.” Zafran meraung. “Cinta papa nak jumpa Cinta. Papa nak minta maaf dengan Cinta. Ya Allah! Aku nak jumpa anak aku! Temukan aku dan anak aku! Tolonglah ya Allah! Aku terlalu rindukan Cinta” Tangisnya bersama air mata berhamburan.
Dapatkan e-book Jangan Menangis Cinta di e-Sentral.