JALAN SERIBU LIKU

Mengisahkan konflik jiwa seorang gadis bernama Christina Sita Dewi. Bapanya, Edward Tan penganut agama Kristian sementara ibunya, Natasha Carl Ferdinand, penganut agama Hindu. Christina Sita Dewi keliru sehingga akhirnya dia tidak yakin terhadap agama. Kemalangan jalan raya yang dialaminya, bagaimanapun, membuka minda bawah sedarnya dan membawanya kepada suatu perubahan rohani.

ULASAN:

Penulis buku ini, Dr Maskiah Hj Masrom terkenal sebagai penulis yang gigih berkarya, selain telah meraih pelbagai anugerah dalam pelbagai sayembara, antaranya Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran DBP, Hadiah Sastera Darul Takzim, Hadiah Esei Sastera Rakyat, Hadiah Sayembara Cerpen Negeri Johor, Anugerah Kualiti Kategori Penulisan Kreatif Pensyarah IPG, online casino dan banyak lagi. Novel Jalan Seribu Liku ini yang telah memenangi pelbagai anugerah dan telah diulang cetak beberapa kali sejak tahun 1999, mengupas tema dan persoalan tentang agama.

 

Petikan teks dari novel:

        “Dalam kuliah-kuliah Dr. Izzudin, banyak dia memasukkan hujah-hujah menolak kewujudan Tuhan… semalam dia mengatakan bahawa manusia berasal daripada monyet. Dr Izzudin juga cuba memfitnah Islam dengan berkata bahawa Ibnu Khaldun turut bersetuju dengan teori Evolusi…”

 

Pelbagai teknik perceritaan yang digunakan seperti teknik flashback, teknik konvensional melalui gambaran watak, teknik diari dan  unsur mimpi, menjadikan novel ini begitu menarik untuk dibaca.