Adakah anda tahu bahawa 8 Mac ini adalah Hari Wanita Antarabangsa 2015?
Hari Wanita Antarabangsa bertujuan untuk memberikan rasa hormat, penghargaan dan juga rasa cinta terhadap wanita. Selain itu, ianya adalah untuk menghargai pencapaian wanita dalam bidang ekonomi, politik dan juga sosial. Pada tahun ini, United Nations (UN) telah menetapkan tema Hari Wanita Antarabangsa iaitu “Empowering Women, Empowering Humanity: Picture it!”. Tema ini berdasarkan Beijing Declaration and Platform for Action 20 tahun yang lalu dimana 189 negara telah menandatangani agenda untuk memberi kesedaran tentang hak wanita. Hal ini membolehkan kaum wanita bebas membuat pilihan, contohnya seperti mengambil bahagian dalam bidang politik, bekerja, mendapatkan pendidikan, dan hidup dalam suasana bebas dari keganasan dan diskriminasi terhadap wanita.
Jadi marilah kita menghargai kaum wanita disekeliling kita sama ada ibu, isteri, kekasih ataupun rakan wanita kita agar mereka rasa dihargai pada Hari Wanita Antarabangsa ini 🙂 Pastikan anda menggunakan hashtag #MakeItHappen setelah memahami maksud hari istimewa untuk wanita ini.
– eSentral Team
Source: Wikipedia, UNWomen