Ini merupakan laporan langsung dari lokasi 😉
Pada hari kedua ini nampaknya trafik pengunjung semakin besar. Pastinya mereka ingin mengunjungi PC Fair. Tapi saya tidak keberatan dan pastinya ada trafik yang akan mengunjungi pameran kami di Digital Lifestyle Expo.
Sebenarnya di sebelah pagi, pihak penganjur dan SKMM sendiri agak sibuk kerana pameran Digital Lifestyle Expo bakal dikunjungi Perdana Menteri. VIP yang mula sekali tiba di tapak pameran ini adalah Dato’ Sri Shabery Cheek. Beliau memeriksa semua syarikat yang terlibat dengan pemeran Digital Lifestyle Expo sebelum meluangkan sedikit masa khusus dengan Pengarah SKMM, Dato’ Mohamed Sharil Tarmidzi. Pastinya mereka berdua dan pengajur sedang bersiap sedia untuk ketibaan Perdana Menteri.
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak tiba pada pukul 10.00 pagi dan program bersama PM bermula. Acara diteruskan dengan majlis bersama PM. Terdapat sedikit ucapan, persembahan muzik dan juga penyampaian hadiah. Selepas acara bersama PM, saya berpeluang melihat pameran-pameran lain. Dan nyata banyak yang hebat-hebat, terdiri daripada kerajaan dan swasta.