Baru-baru ini, syarikat pengelola e-Sentral, Xentral Methods Sdn Bhd dan XM Corporate Services Sdn Bhd, telah dilantik sebagai pembekal sistem eBuku untuk Perpustakaan Negeri Sabah. Sistem Perpustakaan Digital ini akan dilancarkan tidak lama lagi.
Perpustakaan Negeri Sabah, sebagai peneraju dunia digital perpustakaan di rantau ini, telah bekerjasama dengan e-Sentral untuk mengemukakan standard dan ciri-ciri untuk perpustakaan digital pertama buatan Malaysia.
Sistem Perpustakaan Digital Negeri Sabah akan dibekal eBuku-eBuku tempatan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris daripada penerbit-penerbit tempatan untuk dipinjam daripada mana-mana lokasi untuk warga Negeri Sabah.
Untuk permulaan ini, sebanyak 500 judul eBuku akan disediakan untuk pengguna Perpustakaan Negeri Sabah, dan dijangkakan lebih banyak eBuku-eBuku tempatan akan disediakan untuk tahun 2014.
Terima kasih Negeri Sabah kerana sudi
bekerjasama dengan e-Sentral.