1
Carl Zafran membetulkan helmet yang dipasangnya. Dia memerhatikan di tengah padang, ada beberapa penunggang lain sedang asyik menunggang kuda. Hari minggu, beginilah selalunya keadaan di TS Turf Club ini.
“Joe! How’s the bug problem?”
Tanya Carl Zafran pada salah seorang penjaga kuda di situ.
Bug atau kutu merupakan masalah yang paling besar dalam penjagaan kuda. Adakalanya kaki kuda akan berdarah- darah digigit oleh kutu tersebut.
“Sejak kita pakaikan Blacky dengan leg guard, tak ada banyak sangat masalah. Jumaat lepas ada ada doktor datang merawatnya. Bagi ubat dan sapu ubat. Kita jugak dah beri kalsium untuk Blacky.”
Balas Joe sambil mengusap-usap Blacky, lembut. Blacky antara kuda terbaik di situ. Jika Carl online casino Zafran tidak menunggangnya, lelaki itu membenarkan penjaga di situ mengendalikannya.
“Kesian pulak tengok Blacky last week. Teruk sungguh,” beritahu Joe.
Carl Zafran merenung tengah padang. Seorang perempuan begitu lincah menunggang kuda dan kemudian sayup- sayup sahaja tubuhnya kelihatan berlalu dari situ.
“Dia baru lagi di sini. Lincah dan memang cekap betul menunggang. Ada salah seekor kuda di sini agak liar dan sukar dijinakkan, tapi perempuan tu pandai mengendalikannya. Kuda tu pulak lepas diajak bercakap-cakap, siap mengangguk-angguk kepala lagi macam faham apa yang dikatakan. Respek betul aku tengok cara dia.”
Tanpa diminta, Joe memberitahu ramah. Ada senyuman tersungging dibibir Carl Zafran.
“Siapa?”
Ingin tahu selanjutnya?
Beli buku Cinta Pertama di eSentral di https://www.e-sentral.com/search/byid/48491/cinta-pertama