Pada 1 Oktober (Khamis), e-Sentral telah menerima Anugerah Citra Sahabat DBP 2015 bagi kategori sektor swasta. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Madinah Dr. Madinah Mohamad kepada Pengarah Urusan e-Sentral iaitu Tuan Syed Muhammad Faiz. Penyampaian anugerah ini adalah bersempena dengan Majlis Hari Inovasi DBP yang berlansung di Auditorium DBP.

Penyampaian Anugerah oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Madinah Dr. Madinah Mohamad
Dalam majlis itu, portal e-Sentral juga turut dilancarkan di dalam pameran Hari Inovasi DBP tersebut yang mana ebuku-ebuku DBP kini boleh didapati juga di portal e-Sentral, www.e-sentral.com