[SNEAK PEEK] You Are My Greatest Pain

You Are My Greatest Pain
karya: Rinsya Chasiani


. . .

“Terima kasih sebab ada di sisi Dian sewaktu Dian betul-betul tak ada sesiapa untuk bergantung harapan… Sewaktu hidup Dian benar-benar dalam kegelapan!” Nadian memejamkan mata rapat-rapat. Jujur dia bersyukur Qaim sudi menerima dirinya dalam keadaan yang paling rendah dan hina. Jika lelaki lain, tidak mungkin ada yang sanggup berkorban seperti Qaim.

Qaim tersenyum mendengar kata-kata Nadian. Dia tidak menyangka Nadian sudi meluahkan isi hati kepada dirinya. Dia tahu bukan mudah untuk Nadian melafazkan kata-kata itu. Pasti ada sesuatu yang berlaku sehingga Nadian begitu berlembut dengan dirinya. Kali pertama Nadian memeluk dirinya, kali pertama juga Nadian berterima kasih… Dan Qaim mampu merasakan keikhlasan dalam setiap tingkah isterinya itu.

“Dian tahu yang ‘dian’ maksudnya lilin? Segelap mana pun tempat yang Dian tempati, asalkan ada pemetik api, tempat tu bakal ada cahaya. Izinkan abang jadi api untuk Dian… Boleh?” Nadian mengangguk berkali-kali. Rasa sebak semakin menguasai.

“Bukan abang nak mengelak, tapi abang belum asar lagi. Risau terbabas ke maghrib. Dah tinggal beberapa minit lagi masuk waktu.” Qaim mengambil kedua-dua bahu Nadian dan mencipta jarak antara mereka.

“Abang, Dian tak mengandung,” ucap Nadian.

“Qaim terdiam sesaat. Patutlah wajah Nadian berseri walau sememeh dengan air mata. Qaim ukir senyuman. Hati kecilnya bersyukur. Dia tidak menyangkan Nadian berani membuat ujian kehamilan kerana dia tahu trauma yang nadian hadapi sehingga wanita itu terlalu takut berdepan dengan realiti. Makanya, Nadian sudah mula kuat semula. Tidak lemah seperti beberapa bulan kebelakangan ini. Perkembangan yang positif itu membuat hati Qaim terus lapang. Dan yang lebih penting, Nadian tidak mengandungkan anak lelaki lain. Biarpun dia telah bersedia dengan segala kemungkinan, tetapi jauh di sudut hati Qaim tetap mengharapkan  bahawa Nadian tidak mengandung.

“Alhamdulillah…” tubuh nadian dirangkul. Ubun-ubun isterinya dikucup berkali-kali.

 

 

Tentang dirimu yang selalu keliru dengan apa yang terbaik untuk hidupmu...
Teruskan jalan. Biar pun gaung menanti di depan. Biarkan hatimu kelelahan.
Kerana melangkah lebih baik dari terus berhenti di tengah-tengah jalan.

. . .

Dapatkan versi penuh e-book ini di e-sentral.com
Link: https://www.e-sentral.com/book/info/361508
Penerbit: Rinsya Chasiani
Penulis: Rinsya Chasiani

[SNEAK PEEK] Kita Terpaksa Kahwin

Kita Terpaksa Kahwin
—karya Rinsya Chasiani


Baru aje aku hampir dihanyut mimpi, aku terdengar bunyi pintu bilik dibuka. Aku tak buka mata sebab tahu makhluk tu Aryan. Mungkin dia nak ke dapur sebab haus. Tapi tiba-tiba aku rasa semacam bila bayang-bayang Aryan kat depan aku. Bila terasa Aryan membetulkan selimutku, aku terus celikkan mata.

Dia terkejip seperti terkejut. Aku pula masih lagi dengan mata yang bulat merenung wajahnya.

Err… Tak tidur lagi ke?” Soal Aryan sedikit tergagap.

Aku tidak menjawab, hanya membiarkan mata kami bertembung antara satu sama lain. Sejak dah kahwin ni memang aku tak pernah direct tengok mata dia. Agaknya aku mamai ni, sampai hilang pertimbangan akal waras.

Sorry kacau. Aku ingat nak tengok tv…” Dia menjauhiku.

“Tengoklah.” Aku tercari-cari remote control yang kuselit di bawah bantal.

“Kau tengok cerita ni ke?” Aryan tunjuk tayangan kartun yang masih terpasang di kaca tv.

Aku duduk selepas menyerahkan remote control kepada Aryan. Dia duduk di sofa bersebelahan dengan sofaku.

“Tak…” Balasku pendek.

Berkali-kali juga Aryan memandang ke arahku apabila menukar rancangan tv. Aku selamba meletakkan kepala di atas sofa. Sebenarnya agak mengantuk dan penat tapi nak tidur terbongkang depan Aryan rasa tak patut pula.

“Tidurlah,” ucap Aryan sepatah.

Aku menggeleng.

Aryan buka Netflix dan tekan satu movie. Untuk 10 minit pertama ceritanya menarik sangat. Tapi lepas tu aku jadi tak selesa sebab watak hero dan heroin tengah syok bercinta. Cakap pun dekat-dekat macam nak bercium. Alamak. Tiba-tiba si heroin merakus pula.

Aku curi pandang ke arah Aryan. Aku segan nak tengok adegan 21sx dengan orang lain. Kalau tengok sendiri boleh tekan butang forward aje. Aku ingatlah Aryan buka cerita yang sopan sebab ada aku kat sini. Ni tak pasal-pasal aku kena hadap scene dewasa dengan dia. Aku bukan selalu tengok cerita orang putih. Manalah aku tahu movie dia orang ni terlalu buas sampai… Errr, nak cakap pun tak tergamak. Sudahnya aku pandang dinding aje.

Tak sampai beberapa saat, Aryan menutup rancangan tv. Dia letak remote control di atas meja.

Sorry dah buat kau rasa tak selesa.” Dia menghela nafas dalam.

Aku kembali memandang ke arah Aryan. “Aku selesa.” Lekas-lekas aku menjawab.

Aryan bangun. “Aku tak pasang niat apa-apa, kau jangan rasa terbeban.” Tiba-tiba dia cakap macam tu.

Aku terpaku buat seketika. Maksud dia?

Tak sempat aku nak tanya, Aryan dah bergerak. Cepat-cepat aku capai pergelangan tangannya.

“Yan, kalau kau pasang niat pun kau tak berdosa,” ujarku.

Aryan nampak terkedu.

Beberapa saat lepas tu baru aku tersedar ayatku tadi mengundang bala. Spontan aku lepaskan tangannya dan menggigit bibir sendiri.

Aryan menggaru belakang leher dan terus berlalu meninggalkanku.

Aku tepuk dahi sendiri. Mula-mula sekali. Lepas tu jadi enam kali. Tak cukup dengan tu aku tumbuk-tumbuk sofa dan melompat-lompat dalam keadaan duduk sebab malu yang amat. Aku cuma nak Aryan tahu yang aku terima dia sebagai suami.

Tapi ayat aku tadi dah jadi lain maknanya. Ei, kenapa dengan aku ni? Kenapa aku cakap ayat tu kat dia?

Bengapnya lah hai!

Rasa mengantukku hilang serta-merta. Mataku terus segar.

Aku rebahkan tubuh di sofa dan berguling-guling sehingga terjatuh ke atas lantai. Sakitnya bukan main tapi aku tak berani nak menjerit. Apabila aku angkat kepala, rohku terasa terbang dari badan. Adrenalina terus menyerbu ke muka.

Ya Tuhan…

Mataku terbuntang melihat Muhammad Aryan sedang berdiri di depan pintu biliknya sambil menyoroti diriku.

Dia nampak semua tingkah aku ke?

“Aku nak ambil air aje… Kau teruskan.” Aryan bergerak menuju ke dapur.

Rahangku terjatuh sedikit. Teruskan? Maknanya dia nampak semua benda yang aku buat tadi!

Argh!

Aku kaku tanpa kata sehingga Aryan kembali ke dalam biliknya. Aku tertunggu-tunggu dia ketawa dalam bilik tu tapi sepi aje sampai ke sudah.

Aku pula nak lari balik ke rumah mak. Bapak malu! Seumur hidup tak pernah aku dimalukan sebegini rupa. Macam mana aku nak hadap Aryan esok pagi?

Arghh! Aku tak nak hidup lagi dah. Baik meninggal aje!

. . .

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/359441