[SNEAK PEEK] SALAFI

SALAFI Oleh Shaz Johar

“Abang, you nak tanya I apa lagi? Dah sah-sah ustad salafi tu yang bunuh adik dia. I tau tu semua bukannya kemalangan. Please lah!” Kimk menjeling tajam kepada pegawai polis itu. Rokok yang ada di atas meja, dinyalakan sebatang.

“Awak tau kan tuduhan awak tu berat? Awak tau apa hukumannya orang yang menuduh tanpa bukti?”

“Masuk neraka?” soalnya semula.

“Well, ya, betul… tapi dalam undang-undang kita…”

Dia mendengus, “Ah, undang-undang! Undang-undang Malaysia ni sesiapa je boleh tukarlah, Bang. Undang-undang ikut mood.”

Pegawai polis itu berdehem.

“So you nak bukti apa lagi? Sepanjang Fatihah hidup dalam keluarga tu, dia beritahu I yang dia tak pernah sekalipun rasa happy. You tau tak dia pernah sampai nak bunuh diri sebab stress dengan hidup?”

“Damn, Kim. Kau dah janji jangan beritahu sesiapa hal ni!” teriakku.

“Bunuh diri?” tanya pegawai polis itu semula. Matanya mengecil.

“Yes!”

“Bunuh diri macam mana? Awak pernah nampak?”

“Yes.”

“Kim! Jangan cerita!” tegahku.

“Kat mana?”

“Please, Kim.”

Nafasnya dihela perlahan. Dia memandang ke bawah. “I think I am done speaking,” jawabnya tiba-tiba sambil membetul-betulkan duduk.

“Alright. Kalau awak tak nak cerita kat sini, maybe awak boleh cerita kat court nanti,” kata pegawai polis itu ketika menarik sebatang rokok di atas meja itu juga.

Kimk hanya mengangkat bahu.

Selesai menyalakan rokoknya, pegawai polis itu cuba menanyakan soalan yang lain pula. “Encik Qayyum…”

“Kim, please.”

Pegawai polis itu tersenyum sambil menggosok-gosok hidung. “Awak tau Bukhari tu ada anak yang masih kecil, kan?”

“Ya.”

“Awak sedar tak tuduhan awak boleh buatkan dia terpisah dengan keluarga dia? Kalau dia didapati bersalah, mungkin dia akan meringkuk lama dalam penjara. Atau dihukum mati. Awak boleh bayangkan kehidupan anak kecil dia nanti? Membesar tanpa bapa?”

“Boleh. I pun membesar tanpa bapak. In fact, I tak tau pun siapa bapa I. So?”

Pegawai polis itu merenung tajam.

“Abang, I nak lelaki tu mati. Biar dia dapat balasan yang sama dengan apa yang dia dah buat dekat Fatihah. Faham?” soalnya lagi sebelum mencucuh rokok di jarinya ke ashtray.

──♦──

Lapan bulan sebelum itu.

Esoknya aku pergi ke pejabat seperti biasa. Biasanya Abang yang menghantar dan menjemputku tetapi hari itu aku bekerja syif tengah hari, jadi aku terpaksa berjalan untuk menaiki tren.

Aku baru sebulan bekerja di situ, sebuah syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan keperluan rencam dan perkhidmatan pelanggan. Seminggu pertama bekerja, aku dilatih dan diperkenalkan dengan ciri-ciri dan tugas asas. Tugasku mudah, hanya melayan kerenah pelanggan yang kaya di telefon, periksa akaun dan uruskan segala permintaan bodoh mereka. Hari pertama aku dilatih bagaimana menggunakan sistem. Hari kedua dan ketiga, aku diajar pula tentang servis dan produk. Hari keempat dan kelima, aku sudahpun berada di ‘call floor’, duduk di sebelah pekerja senior, menyaksikan bagaimana mereka melayan panggilan.

Aku dipasangkan dengan Kimk. Pekerja contoh, kata bos. Juga seorang pelakon yang hebat, kata-kata rakan sekerja lain. Mulutnya manis ketika di talian, sehalus sutera nadanya, tetapi setiap kali dia menekan butang mute atau hold, dia akan menyumpah-seranah pelanggan itu. Dan sebaik saja talian bersambung semula, automatik suara halus manjanya menjelma.

Aku perhatikan dia memang begitu saban hari, tidak pernah gembira dengan apa yang dilakukan. Kata Kimk, niatnya bekerja di situ hanya untuk mengumpul duit untuk membesarkan buah dada dan membetulkan hidung di Bangkok. Apabila cita-citanya tercapai nanti, dia akan mula mencari kerja di bidang lain pula.

Aku doakan semoga dia berjaya.

Dia seorang yang lucu. Tidak pernah kami semua, rakan sepejabat, tidak terhibur dengan kehadirannya. Jika dia bercuti atau tidak hadir, aku rasa seolah-olah satu bangunan itu seperti diserang garuda. Dia sering mengajarku cara bekerja dengan betul. “Nok, bos nak kau datang on time je hari-hari. Lepas tu, jangan amik MC. Kau stay back sampai tengah malam pun, tapi kalau kau datang lambat, MC, kau ingat dia nak pandang ke usaha gigih kau tu?” pesannya. “Lepas tu segala mak bapak claim, OT ke, taxi ke, mileage ke, claim betul-betul. Kau kena simpan satu copy. Kau jangan percaya sangat dengan HR tu. Dia orang tu kerja nak berangaaaan je… plus, dia orang bukannya jaga claim kau sorang, so chances nak buat silap tu banyak,” tambahnya cuba memberikan tips.

Dia juga suka menceritakan tentang perihal seorang demi seorang rakan sekerja. Yang mana yang kena dijaga, yang mana yang harus diperhati, yang mana yang perlu dirapat, dibodek atau dielakkan. Dia tidak mahu aku terjebak dalam kumpulan yang salah.

“Kat sini kau buat hal kau dah. Siapkan kerja kau, balik. Esok, start hari baru. Tak payah nak pening-pening dengan hidup orang lain. Kalau kau tak puas hati, kau email kan je kat bos. Tapi satu je aku nak pesan, bos bukannya suka sangat pun kalau kau rajin e-mail dia. Kau kena tunjukkan jugak yang kau rajin buat kerja. Orang yang kaki komplen macam Chan ni, tapi kerja sendiri pun to the sea, kuat tidur, mak pun rengsa, nyah! Eh, tersebut nama pulak,” guraunya walaupun Chan ada di sebelah waktu itu.

Chan hanya menjeling. Dia memang kaki tidur, dengkurnya boleh terdengar hingga ke pejabat sebelah.

Hari itu sewaktu aku melangkah masuk ke dalam pejabat, aku lihat tempat duduk di sebelahnya kosong. Tempat duduk kami di dalam pejabat itu sering bertukar. Sistem itu dipanggil hot seat kerana konsepnya bebas, terpulang kepada sesiapa yang mahu duduk di mana asalkan kerja mereka langsai. Ada juga yang suka book tempat duduk sendiri walaupun perbuatan itu dilarang. Kebiasaannya pekerja senior yang suka membuat perangai begitu.

Kata Kimk, “Kau persetankan saja mereka. Yang penting kau log-in on time. Tak payah nak tawaf satu ofis ni cari tempat duduk semata-mata nak jaga tempat orang. Kau rebut je mana yang kosong. Kalau orang tu bising, kau beritahu bos. Simple.”

Dan aku simpan kemas nasihatnya itu jauh di lubuk hati.

“Ada sesiapa yang duduk kat sebelah kau?” soalku ketika meletakkan beg di bawah meja.

“Tak,” jawab Kimk sambil mencabut earphone di telinganya. Telefon bimbitnya disorokkan di celah pahanya yang tebal. Kami tidak dibenarkan bermain telefon bimbit ketika bertugas tetapi tiada seorang pun yang patuh pada peraturan itu.

“Banyak call?”

“OK lah. Manageable.”

“Siapa MC hari ni?”

“Seperti biasa Joseph, Raja MC. Dengan Tasha, wanita no show. Dah dua hari dia no show tapi kau tengoklah, esok dia datang, mulalah dia keluarkan drama dia. Mak sakitlah, datuk meninggallah, masuk hospitallah. Tak faham!” Dia menjeling.

“Dulu kat tempat kerja lama aku, kalau dua hari no show dah consider self-termination dah. Kenapa kat sini dia orang tak kena buang lagi?”

“Bos kau kan maha penyayang?”

Aku mengangguk. “Pastu susahkan yang lain sebab kena cover kerja orang yang tak datang ke camna?”

“Ha, macam tu lah nampaknya.”

“Kau orang tak komplen ke?”

“Nok, dah berbuih dah mulut aku ni komplen. Setiap meeting cerita benda yang sama je. Malas dah aku. Lagipun kau ingat lipstick Kylie yang aku pakai ni murah ke kalau kerja aku nak membebel je?”

Aku tersenyum. Walhal setiap hari memang kerjanya membebel pun di telefon. “Mak kau camne? Dah OK dah?”

“Dah OK dah. Akak aku ada tolong jaga dia. Eh, kau ni dah log-in ke belum? Dah pukul berapa dah ni?”

Ya tak ya juga, leka berbual kadang-kadang buat aku lambat log-in. Lambat log-in bermaksud aku lambat memulakan tugas. Tiga kali lambat memulakan tugas aku bakal dikenakan coaching letter.

Lalu cepat-cepat aku menukar status di sistem telefon itu kepada Agent Available.

“Golden Card Services, my name is Farrah, how can I assist you?” ucapku pada panggilan pertama yang tiba-tiba masuk.

──♦──

Waktu makan aku dijadualkan sekitar pukul 4 petang. Hari itu sekali lagi aku keluar sendirian kerana yang pertama, aku malas hendak menunggu orang lain untuk keluar bersama-sama. Kedua, aku malas mahu mengikut kerenah mereka ke hulu ke hilir membuang masa. Ketiga, aku memang lebih senang seorang diri. Dan keempat, aku mahu ke kafe Ali untuk mendapatkan pumpkin pie percuma seperti yang dijanjikan.

Aku keluar selepas selesai menjawab panggilan seorang pelanggan yang mahu aku aturkan limosin mewah dari lapangan terbang untuk pulang ke rumahnya. Pelanggan itu seorang selebriti tanah air, bekas pelakon 90-an yang telah pun mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki kaya. Orangnya cantik, sentiasa lemah-lembut di telefon.

Sebelum masuk ke kafe Ali, sempat aku singgah ke dalam tandas dahulu. Aku mahu sapukan gincu Maybelline yang aku beli dari Watsons untuk kelihatan lebih berseri. Itu saja alat mekap yang aku reti guna selain bedak. Jangan disuruh aku tampalkan muka dengan foundation, blusher ataupun maskara kerana aku memang fail. Kening pun aku biarkan saja tebal tidak berusik. Sering juga Kimk memarahiku kerana tidak menarah kening sepertinya tetapi aku bimbang Abang mengamuk jika dia terlihatnya nanti.

Bukankah mencukur kening itu satu dosa?

Seperti biasa kafe Ali kelihatan sibuk ketika aku melangkah masuk. Aku tercari-cari juga Ali tetapi dia tiada di situ. Hati berkira-kira sama ada mahu terus beratur membeli roti dan kopi atau pergi saja ke gerai berhampiran untuk membeli nasi campur, tapi baru saja aku membuat keputusan untuk keluar, kedengaran satu suara lembut menyapa dari belakang.

Aku tersenyum sebelum berpaling.

“Awak boleh duduk dulu. Kejap lagi saya hantar pesanan awak,” kata Ali.

“Saya belum pesan apa pun lagi,” jawabku cuba mengawal suara dengan ayu.

“Tak apa. Saya dah buat something special untuk awak,” balasnya sambil mengangkat kening.

Dengan hati yang berbunga-bunga, aku mencari tempat duduk selepas itu. Aku tidak tahu apa sajian istimewa yang dibuatnya tetapi terus-terang aku katakan yang aku cukup teruja diperlakukan sedemikian rupa. Bukan apa, perempuan kampung macam aku memang jarang-jarang dipandang istimewa oleh orang lain, apatah lagi lelaki kota seperti dia.

Lalu aku memilih untuk duduk di sebuah meja kosong di tepi tingkap. Panas sedikit kerana tepat dipancar sinar mentari tetapi hanya itu meja yang belum bertuan. Sambil menunggu, aku terus termenung, berangankan tentang lelaki itu dan apa lagi yang kurang dengannya. Wajahnya manis, tutur katanya lembut, apa tidak sesuaikah untuk aku jadikan teman lelaki sendiri?

Kemudian belum jauh lamunan itu melayang, wajah Abang datang menyergah di tengah-tengah. Dia kelihatan cukup serius memandang Ali dan aku dari atas ke bawah. Dari riaknya aku tahu dia tidak setuju dengan pilihan aku. Aku dapat rasakan yang dia menganggap Ali masih belum cukup bekalan agama untuk membimbing aku dan keluarga kami nanti ke syurga.

“Excuse me. Jauhnya termenung…” sindir Ali sambil membawakan sedulang pumpkin pie dan ice blended mango ke depan muka.

“Sedapnya nampak… berapa ni?” soalku semula, berpura-pura terkejut.

“On us. Don’t worry about it.”

“Thanks.”

“Happy belated birthday. Makanlah. Saya nak gi layan customer lain, jap.”

“OK,” jawabku ringkas, memandang saja dia pergi. Bontotnya yang kecil itu berlenggang sedikit ketika melangkah, membuatkan aku tersengih. Comel.

Ali tidak datang selepas hampir sejam aku duduk di meja itu. Aku tidak salahkan dia kerana pelanggan terlalu ramai, jadi aku faham jika dia terpaksa memberi layanan yang lebih kepada orang yang berbelanja daripada aku yang makan secara percuma saja.

Setelah waktu rehatku tinggal lima minit saja lagi, aku cuba mengangkat tangan untuk memanggilnya. Aku tidak mahu terlambat masuk dan dalam masa yang sama aku juga tidak mahu terus pergi tanpa mengucapkan terima kasih.

Tetapi dia tidak perasan. Sekejap dia berlari ke dapur. Sekejap dia ke belakang kaunter. Sekejap lagi dia hilang. Kerana tidak mahu terus menunggu, aku tinggalkan saja piring dan mug yang telah kosong di atas meja begitu saja. Aku pandang sekali lagi ke belakang sebelum melangkah keluar tetapi kelibatnya masih tiada di situ.

Dengan hampa, aku berlalu pergi.

──♦──

Malam, selepas syifku tamat, aku sekali lagi berjalan ke kafe itu. Entah kenapa selepas masuk semula ke pejabat tadi hatiku rasa lain macam, antara rasa bersalah dan kempunan kerana tidak dapat berbual lama dengan Ali. Aku mahu tahu lebih lanjut tentang dirinya, tentang asal-usulnya dan yang paling penting, apakah dia masih belum berpunya kerana aku tak mahu merampas hak orang.

Dalam hati berharap sangat agar status kami sama: masih bujang dan sedang mencari.

Di dalam lif, sekali lagi aku sapukan gincu dan bedak sedikit ke wajah biar nampak segar. Aku tidak mahu kelihatan kusam setelah seharian bekerja. Minyak wangi Dato Vida yang aku beli dari rakan sekerja disembur ke seluruh badan biar wangiannya melekat. Setiba di bawah aku terus mengatur langkah ke kafe itu dengan satu niat, semoga Ali masih belum habis bekerja.

Aku intai kafe itu dari jauh. Hanya ada seorang dua pekerja di kaunter dan tiada seorang pelanggan pun. Dia aku lihat sedang tekun mengemas kini buku log panjang warna biru gelap.

“Assalamualaikum,” panggilku.

“Waalaikumsalam… eh hai… ada apa yang boleh saya bantu?” soalnya semula dengan tersenyum meleret.

“Tak ada apa-apa. Saya nak ucap terima kasih je.”

“Pasal?”

“Pasal lunch tadi.”

“Ah, no problem la. Kan saya dah kata saya nak belanja…”

Aku tersenyum. “Pukul berapa balik ni?”

“Nak baliklah kejap lagi ni. Awak?”

“Dah balik dah.” Abang telah beritahu tidak dapat menjemputku pulang malam itu, jadi aku terpaksa balik sendiri naik tren.

“Terus balik ke? Tak gi mana-mana?” soalnya.

Aku menggeleng. “Tak taulah. Macam malas nak balik tapi laparlah pulak…” Sengaja aku berikan jawapan sebegitu dengan harapan dia akan berkata, “Jomlah kita pergi makan? Saya pun lapar…”

Tetapi sangkaanku meleset. Dia sebaliknya berkata, “Malam ni tunang saya nak belanja saya makan. Hari ni hari jadi saya.”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/203221/salafi

[SNEAK PEEK] PUAKA

PUAKA Oleh Sahidzan Salleh

Guruh berdentum. Hujan turun. Petir menyambar sepohon pokok lalu terbakar. Nyalaan api menerangi kepekatan malam. Imam Jali menjulang tangan kanannya ke udara, tangan kiri disemat ke dada, menjerit takbir berulang kali. Disahut hilai tawa Maimunah, terawang-awang di depan pokok kayu yang menyala-nyala.

“Keluar kamu dari tubuhnya, Iblis Laknatullah!” Imam Jali melontar seketul batu kecil ke arah Maimunah, persis para haji melontar jamrah di Mekah.

Batu kecil yang mengena tubuh Maimunah itu umpama hujung pedang yang menusuk tubuhnya. Badannya melentik-lentik terapung di udara menahan sakit.
Dan ketika itu Imam Jali datang merapat, merentap kaki Maimunah untuk menariknya jatuh ke tanah.

Dia berpaling ke belakang lalu menjerit, “Razak! Cepat tahan isteri kamu ni!”

Razak yang berdiri ternganga dari tadi bingkas mendekati Imam Jali.

“Tahan badan isteri kamu, jangan biarkan dia bergerak.”

Razak sedaya upaya menurut arahan imam itu, menahan tubuh isterinya yang kerasukan.

Imam Jali beralih tempat. Dari kaki, dia pergi ke kepala Maimunah dan memegang dahi perempuan itu yang masih kuat meronta-ronta. Dia mula membacakan ayat penghalau jin dan syaitan berserta surah Yassin sementara Razak sampai keluar urat dahi dan lengan menahan kekuatan luar biasa isterinya itu.

Maimunah membuntangkan matanya, menjerit kesakitan berkali-kali. Dia merasakan tubuhnya sedang dipanggang di atas api. Sesekali dia memandang Razak dan riak wajahnya berubah, meminta simpati daripada suaminya itu agar dia dilepaskan. Dan setiap kali itu jugalah, Imam Jali berpesan pada Razak, jangan sesekali lepaskan isterinya itu. Itu bukan isterinya lagi!

Isteri aku dah mati! Maimunah dah mati! bisik Razak dalam hati dan cuba untuk tidak melihat wajah isterinya itu.

“Allahuakbar!!” Imam Jali bertempik takbir buat kali terakhir.

Hujan tiba-tiba saja berhenti. Angin kencang reda. Api yang membakar di pokok ara itu padam perlahan-lahan.

Maimunah menutup mata, kaku tidak bergerak lagi. Razak menangis teresak-esak sambil memeluk jasad isterinya dan menjerit tanpa suara. Fokus kamera bergerak menjauhi Razak lalu malap perlahan-lahan.

“Sesungguhnya, syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia…”

Lampu menyala berserta sorak-sorai para penonton tayangan perdana filem Hantu Maimunah. Kebanyakan penonton bangun dari tempat duduk dan memberikan standing ovation kepada sutradaranya Farouk Husin, dan Farouk Husin pun bangun menunjuk ke arah barisan pelakon yang sedang melambai-lambai ke arah penonton di sekeliling mereka.

“See… I dah kata, filem kita kali ni meletup,” ujar Rita yang memegang watak Maimunah pada Amirul Amir.

“You memang mantap,” puji Amirul pula sambil tersenyum.

“Ah! Come on. Orang nak tengok filem ni sebab you, kot.”

Jeritan peminat makin mengisi ruang panggung. Kebanyakannya memuji lakonan mantap Amirul Amir yang memegang watak sebagai Razak. Namanya yang sudah lama dikenali di persada seni tanah air kian mekar. Dia telah memenangi pelbagai anugerah sejak beberapa tahun kebelakangan dan tidak mustahil tahun itu, namanya sekali lagi akan dinobatkan sebagai pelakon filem terbaik negara.

Percikan lampu kamera meletup-letup menangkap gambar Amirul keluar dari panggung. Peminat yang mula mengerumuninya terpaksa dikawal petugas. Jeritan pujian terus bergema namun segala jeritan dan percikan lampu kamera itu tiba-tiba saja lenyap bila dia terpandang kelibat seorang perempuan sedang memerhatikannya di satu sudut panggung.

Perempuan itu tersenyum kepadanya.

Wajahnya berkerut. Langkahnya dimatikan. Dia cuba lihat betul-betul perempuan itu namun pandangannya terhadang oleh seorang fotografer.

“Senyum sikit Amirul!” arah fotografer itu sambil membidik kameranya.

Beberapa fotografer lain juga muncul.Dia memanjangkan leher tercari-cari perempuan yang tersenyum kepadanya tadi tetapi perempuan itu sudah tiada lagi di situ. Tangannya mula berasa sejuk.

“Mirul! Berdiri rapat sikit dengan Rita, please!” jerit seorang fotografer dan tiba-tiba saja lengannya dipegang seseorang sehingga membuatkan dia tersentak.

Rita berdiri di sisinya sambil tersenyum manis pada percikan-percikan kamera di depan mereka. Dia kekok, masih tertoleh-toleh ke sana sini mencari kelibat perempuan tadi.

Tidak jauh dari tempatnya berdiri, dia nampak Patrick sedang mesra bersembang dengan beberapa krew penerbitan filem Hantu Maimunah. Sambil tersenyum pada kamera, dia keluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi Patrick. Dia dapat lihat wajah Patrcik berkerut menatap telefonnya itu lalu memandang ke arahnya. Dia angkat tangan dan memberikan signal agar mereka segera beredar dari situ.


“Apasal you diam je ni?” tanya Patrick.

Amirul hanya mengeluh. Fikirannya masih terganggu.

“Tadi I tengok Rita tu bukan main mesra lagi berkepit dengan you,” kata Patrick lagi sambil tertawa. “Nak menumpang kasihlah tu.”

Amirul masih juga berdiam diri. Dia hanya merenung kerdipan neon di tepi jalan.

Kereta mereka dipandu Patrick meluncur laju menuju ke Emerald Condo.

Patrick berasa pelik melihat Amirul yang diam membatu. Aku ada buat salahkah? Dia berdehem.

“Takkan you jealous kot I sembang dengan Liu tadi?”

Dahi Amirul berkerut, menoleh ke arah Patrick di bangku pemandu. “I don’t give a shit you nak bersembang dengan siapa pun.”

“Woah! Apasal marah sangat ni?” Patrick menggeleng. “Ni betul ke nak balik terus ni? Kita singgah supperlah kat mana-mana dulu?”

Amirul menarik nafas panjang. “I penat okey. I takde mood. Hantar je I balik.”

Sebagai PA pada pelakon terkenal itu, Patrick akur. Mungkin Amirul memang betul letih tapi dia tak pernah melihat Amirul hilang mood sebegitu, apatah lagi pada malam tayangan perdana filem lakonannya.

Tiba di Emerald Condo, Patrick mahu menemani Amirul naik ke atas tapi Amirul mengelak. “I perlukan masa untuk bersendiri malam ni,” jelasnya. “Kita jumpa esok saja.”

Patrick tiba-tiba berasa tersisih. Dia menanti saja Amirul melangkah masuk ke lif, dan bila pintu lif tertutup baru dia beredar dari situ.

Masuk saja ke rumah, Amirul bergegas ke bilik tidurnya. Dia menarik laci di bahagian bawah katil. Lipatan cadar dan selimut di situ dialihkan dan tangannya meraba-raba ke dalam laci itu. Terpegang saja benda yang dicari, tangannya ditarik keluar.

Hatinya lega bila melihat sebuah peti kecil di tangannya. Sambil duduk di lantai dan menyandar ke katil, dia membuka peti kecil itu dan mengeluarkan bungkusan kain kecil warna kuning. Peti kecil itu diletakkan ke lantai. Bungkusan kain kuning itu pula dibuka perlahan-lahan. Melihat kandungan bungkusan kain itu, dia menarik nafas dalam. Kepalanya ditoleh ke sisi untuk memandang kalendar di atas meja di tepi katil.

Shit!

Dia masukkan semula bungkusan kain itu ke dalam peti. Kemudian dia bangun dan keluarkan telefon bimbit. Belum sempat dia menghubungi sesiapa, telefonnya berdering tanpa sebarang nombor terpapar di skrin. Butang jawab disentuh lalu telefon itu dirapatkan ke telinga. Dia menanti suara si pemanggil namun tak kunjung tiba, seolah-olah si pemanggil juga sedang menantinya bercakap dahulu.

“Hello?” Akhirnya dia mengalah.

“Hello.” Suara lelaki.

“Siapa ni?”

Senyap. Hanya dengusan nafas yang kedengaran.

“Patrick?”

“Patrick tiada di sini, Amirul,” jawab si pemanggil.

Dia cuba mengecam suara itu yang perlahan-lahan kembali muncul di ingatan.

“Cepat betul kau lupakan aku,” sambung si pemanggil itu sebelum ketawa.

“Jack… Jack D?”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/201552/puaka

[SNEAK PEEK] NOTA: 3

NOTA: 3 Oleh Shaz Johar

Pagi itu aku dikejutkan dengan bunyi alat penggera di telefon dengan kuat. Tidak sangka aku terus terlelap sebaik saja habis berbual dengan Amri malam tadi. Kepenatan mungkin. Aku menilik jam di skrin. Hari pertama di New Delhi dimulakan seawal jam 7 pagi. Aku harus berada di Room 7 – Rights Table dalam bangunan Pragati Maidan pada pukul 9 pagi nanti untuk pengenalan dan taklimat pendek daripada wakil penganjur sebelum perjumpaan dimulakan.

Aku tidak tahu di mana bangunan itu berada. Menurut peta di Google, lokasinya dengan hotel itu agak dekat tetapi aku tidak tahu bagaimana mahu ke sana dan berapa tambang teksi atau keretapi atau pengangkutan lain yang harus kubayar untuk sampai ke situ.

Tangan bijak mencapai alat kawalan jauh untuk menutup pendingin hawa. Selimut ditebarkan. Dengan berlenggeng aku berjalan menuju ke bilik air yang kecil. Pili dibuka dengan perlahan tetapi belum pun sempat aku mencuci muka, tiba-tiba aku teringat pesan Mama untuk menggunakan air botol mineral saja buat berkumur untuk menggosok gigi. Dia bimbang aku tertelan air yang tidak bersih. “Kita tak tahu berapa juta kuman yang ada dalam air pili itu,” katanya.

Aku setuju lalu dengan pantas aku mencapai air botol mineral yang disediakan oleh pihak hotel di tepi TV. Aku tidak mahu keracunan. Terlantar di hospital dengan tubuh yang lembik, muntah-muntah dan perut yang sakit bukanlah sesuatu yang aku tunggu-tunggu, lebih-lebih lagi terlantar di hospital di India. Di negara orang. Seorang diri tanpa teman. Dengan aku tidak tahu sama ada mereka mampu berbahasa Inggeris atau tidak. Aku pernah bekerja menjawab panggilan dulu, aku tahu telor pekat mereka berbahasa Inggeris bagaimana. Tidak.

Botol dibuka, selesai berkumur dan menggosok gigi, aku membuka pili shower untuk membersihkan diri. Suhunya dibetulkan. Tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

Sepanjang mandi, aku hanya menutup mulut dengan ketat. Fikiran melintas dengan segala rancangan dokumentari yang pernah aku lihat di TV tentang India. Tentang bagaimana penduduknya yang padat, sungainya yang tercemar dan najis orang yang bersepah merata-rata. Kemudian, aku teringat pula dengan filem Slumdog Millionaire.

Ada adegan menunjukkan bagaimana budak miskin itu mengisikan air paip ke dalam botol mineral sebelum menutup botol itu dengan gam untuk diberikan kepada pelanggan di restoran. Bulu roma di tengkuk tiba-tiba tinggi meremang. Bagaimana jika hotel itu melakukan perkara yang sama?

Selesai mandi, aku bersiap-siap ke lobi untuk bersarapan. Buffetnya ringkas tetapi menarik. Ada dua-tiga jenis roti dan kuah sambal dan kari, nasi putih dan beriani serta beberapa jenis manisan. Ada juga disediakan buah-buahan, kentang goreng, hashbrown, telur hancur dan bijirin bagi mereka yang bercitarasa antarabangsa.

Aku elakkan untuk meminum jus epal dan oren, sebaliknya memilih chai panas. Aku bimbang jika air yang digunakan untuk membuat minuman itu tidak dimasak terlebih dahulu. Sedang menikmati juadah seorang diri, ada beberapa tetamu hotel yang lain, rata-ratanya mat saleh, datang memeriahkan suasana. Mereka berbual-bual dengan pekerja di situ, aku kira pengurus banquet, bertanyakan sesuatu dalam bahasa Inggeris. Aku tersenyum lebar.

Lelaki itu datang ke mejaku tidak lama kemudian. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Mr. Mehta sebelum bertanya jika ada apa-apa yang perlu dibantunya untuk menaik-taraf kualiti makanan di situ.

Aku hanya menggeleng sambil menaikkan ibu jari. “Perfect,” jawabku. Aku tidak berbohong, memang makanan di situ sedap, cuma aku berserah sajalah jika di dalam meeting nanti aku akan berkawan dengan tandas sepanjang masa.

“Do you know where Pragati Maidan is?” Tiba-tiba soalan itu terpacul.

“Pragedi Maydan?” soalnya semula.

“Yes.”

“Oh, it’s very near. You just go to the main road and straight ahead.”

“Ahh… walking distance?”

“Ya, ya, about 10 to 15 minutes walk,” jawabnya penuh yakin.

“Good.” Aku menaikkan ibu jari sekali lagi.

“Why you want to go there?”

“To the book fair.”

“I see.” Dia menggeleng. “Where you come from?”

“Malaysia.”

“Oh! Truly Asia!” balasnya dengan ketawa besar. Aku tidak tahu apa yang lucu.

“Of course. Have you been there?”

“Ya, long time ago. I have a family there. In Klang. Ah, Malaysia, truly Asia.” Dia mahu bercerita panjang lagi tetapi salah seorang pekerja di situ memanggilnya untuk masuk ke dapur.

Aku hanya mengangguk ketika dia meminta diri. Jam tangan sudah menunjukkan pukul 8:30 pagi. Beg disangkutkan ke bahu. Pinggan dan cawan aku biarkan saja di atas meja. 10 ke 15 minit berjalan kaki. Mudah. Kakiku panjang, mungkin aku boleh tiba lebih awal daripada itu. Cuaca gelap dan sejuk tetapi tidak sesejuk malam tadi. Langit nampak kusam. Aku harap tidak hujan. Malu juga jika aku basah kuyup di dalam meeting itu nanti.

Dengan menarik nafas panjang aku memulakan langkah.
Pragati Maidan aku datang.


Aku terlupa pula orang India memang suka berjalan. Sudah lebih 15 minit aku menapak tetapi bayangan bangunan yang mahu dituju itu masih tidak nampak di depan mata. Mungkin aku sudah tersilap jalan dan perlu berpatah semula tetapi aku perlu bertanya orang terlebih dahulu. Aku tidak mahu tersesat lagi.

Jalan raya pagi itu sangat sibuk. Kereta, motor, bas, lori, auto (sejenis pengangkutan awam seperti tuk-tuk di Thailand atau bajaj di Indonesia) berpusu-pusu, melekat di antara satu sama lain. Hon bingit berbunyi seolah-olah siapa yang paling kuat menekan, dia yang dapat berjalan dulu. Asap berkepul di udara, mujur cuacanya dingin, jika tidak, tentu seluruh tubuh sudah kotor berdebu dan ketiakku sudah berpeluh kepanasan.

Dari jauh aku perhatikan ada beberapa orang anggota polis atau mungkin pengawal keselamatan sedang berbual. Aku ingin melintas tetapi lampu isyarat tidak bertukar dan jika ia bertukar pun, tiada kenderaan yang akan berhenti. Aku lihat ada beberapa orang tempatan yang tidak mempedulikan kenderaan-kenderaan itu dan berjalan saja perlahan-lahan sambil mengangkat tangan mereka. Gila. Tak ubah seperti cubaan membunuh diri.

Aku tunggu sehingga kereta betul-betul tidak dapat bergerak sebelum berlari menyeberang. Setiba di simpang, aku terlihat ada papantanda tertulis Zoo di belah kanan dan Pragati Maidan terus ke hadapan. Aku tidak tahu mahu terus ke mana lagi, mustahil bangunan itu terlalu kecil untuk dilihat. Aku berlari mendapatkan pegawai polis atau pengawal keselamatan tadi.

“Excuse me, do you know where Pragati Maidan is?”

Dia menggeleng. Aku tidak tahu sama ada dia tidak tahu berbahasa Inggeris atau dia memang tidak tahu apa-apa. Lalu aku pasrah dan ikutkan saja kata hati untuk terus berjalan ke depan dan terjumpa dengan dua-tiga orang pegawai polis atau pengawal keselamatan lagi.

Aku ajukan soalan yang sama, mulanya mereka tidak tahu tetapi bila aku katakan “Book Fair” mereka mengangguk dan menyuruh aku berjalan kaki untuk 10 ke 15 minit lagi. Jam waktu itu sudah pun pukul 9 pagi. Aku bakal tiba lambat pada hari pertama perjumpaan bersama wakil-wakil penerbit buku yang lain. Aku harap aku tidak menconteng arang ke muka penerbit kesayanganku dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Kali ini kata pegawai polis atau pengawal keselamatan itu betul. Memang aku hanya perlukan 10 ke 15 minit saja untuk tiba ke bangunan itu tetapi bangunan itu besar. Ada beberapa pintu masuk utama dan aku perlu ke Gate 1 di hujung sekali. Aku perlu berjalan untuk lima minit lagi sebelum tiba di depan pintu masuk yang masih tertutup.

Bangunan itu dibuka kepada umum pada pukul 10 pagi. Sesiapa yang telah mempunyai pas masuk boleh melepasi pondok pengawal dengan menunjukkan pas mereka saja. Apabila aku tanyakan kepada pengawal itu bagaimana untuk mendapatkan pas yang sama, dia hanya menggeleng.

Sekali lagi aku tidak tahu sama ada dia memang tidak tahu berbahasa Inggeris atau dia memang bodoh. Hati menyumpah-seranah. Mujur ada bangku di bawah pokok untuk aku lepaskan penat. Sebatang rokok dikeluarkan dari dalam beg. Aku tidak nampak sesiapapun yang merokok di situ tetapi aku tidak peduli.

Tidak berapa lama kemudian, makin ramai orang yang menunggu di luar bangunan itu. Ada seorang lelaki tempatan duduk di sebelah. Dia berbahasa Hindi mulanya, merungut sesuatu kepadaku tetapi apabila aku beritahu yang aku bukannya berasal dari negara itu, dia mula berbahasa Inggeris. Katanya, dia tidak mengerti mengapa kaunter tiket lambat dibuka kerana dia datang untuk membeli buku ke situ sebelum lebih ramai orang yang datang.

Aku pula beritahu tujuan aku datang ke situ untuk menghadirkan diri ke perjumpaan dengan wakil penerbit buku yang lain tetapi aku tidak dibenarkan masuk tanpa pas. Dia tersenyum lebar. Semua pas telah diberikan kepada semua yang mengambil bahagian semalam, sehari sebelum pesta buku itu bermula, katanya. Aku terangguk-angguk.

Kaunter tiket dibuka lima minit sebelum jam 10. Ada dua barisan, lelaki dan perempuan. Pertama kali di dalam hidup aku lihat jantina diasingkan untuk membeli tiket. Tiket berharga Rs50. Selesai urusan membeli, aku bergegas masuk dengan beg diperiksa dan berjalan terus ke Hall 12. Tidak sangka dalam kompleks itu sudah pun dipenuhi ramai orang. Lelaki itu mengajak untuk naik sama ke dalam van yang akan membawa pelawat ke seluruh kawasan di situ. Terlalu besar. Berganda-ganda luasnya daripada PWTC atau mana-mana pusat konvensyen yang pernah aku lihat atau pergi di Malaysia.

Sebaik saja masuk ke dalam van, aku menjeling ke luar. Tiba-tiba aku jadi kagum. Tidak sangka keadaannya begitu meriah. Setiap satu hall mengisikan puluhan nama penerbit yang terlibat sama. Ada juga papantanda yang menunjukkan peta untuk ke lokasi dan aturcara majlis yang akan diadakan. Aku tertarik dengan poster yang menayangkan featured books dan penulis yang terpacak di tepi-tepi jalan. Entah bila agaknya akan ada poster dengan wajahku yang terpampang sebesar itu.

“Hall 12,” kata lelaki itu apabila van yang kami naiki tiba di tempat yang dituju. Aku cepat-cepat membuka pintu untuk turun dan sebaik saja menjejakkan kaki ke tanah, mata bertentang dengan seorang perempuan jelita yang berdiri di depan. Dia tersenyum. “Excuse me,” katanya lembut sebelum masuk ke dalam van itu. Aku ke tepi sedikit untuk memberikan laluan kepada orang lain yang ingin masuk sama.

Fikiran yang awalnya agak lembab tiba-tiba ligat berputar. Aku kenal dengan perempuan itu. Kenal sangat-sangat. Kepala pantas dipalingkan ke belakang sebelum van itu bergerak tetapi wajahnya tidak dapat dilihat (dia duduk di sebelah tingkap yang lain) lalu aku berlari ke situ untuk memandangnya sekali lagi. Ya, benar. Aku kenal dengan perempuan itu. Rambutnya telah panjang dan ikal. Berwarna hitam pekat. Dia memakai cermin mata. Kepalanya tunduk sedang menatap telefon bimbit di tangan. Aku mengetuk tingkap van itu.

Dia terkejut.

“Dina!” jeritku.

Wajahnya berkerut.
Van itu kemudiannya pergi.


Tiada sepatah harampun kata-kata dari Jimmy, wakil penganjur Rights Table itu yang masuk ke dalam otak. Benakku masih terbayang-bayangkan wajah perempuan tadi. Aku yakin itu Dina. Walaupun dia sudah berambut panjang dan berkacamata, aku masih kenal dengan senyumannya dan gaya dia menunduk, memalingkan wajah, mengerutkan dahi dan duduk.

Segala-galanya sama seperti dulu. Cuma yang pelik, kenapa dia tidak langsung terkejut melihatku? Kenapa dia seolah-olah tidak mengenali aku siapa? Mustahil dia tidak kenal aku sebagaimana aku mengenali dirinya. Aku tahu itu dia. Itu Dina.

Mungkin dia hanya berpura-pura. Ya. Aku pasti dia berpura-pura. Kimk. Bagaimana dia boleh tercampak ke situ? Ke pesta buku itu? Ke New Delhi? Ke India? Apakah dia datang untuk melancong? Sendirian? Bersama Vin? Buah hatinya? Bagaimana dia boleh terlepas dari hukuman mati? Bukankah dia telah membunuh Iskandar? Rumi? SIALAN!

Aku mahu menghubungi Lisa dan Mama di Kuala Lumpur tetapi kredit telah habis dimakan, semalaman aku biarkan telefonku roaming tanpa sedar. Hati mula menggaru-garu. Resah.

Tidak sabar mahu mencari wi-fi. Apakah mereka ada menyediakan wi-fi percuma di situ? Atau di mana-mana yang aku boleh curi? Mata meliar mencari jika ada tanda Free Wi-Fi di mana-mana tetapi gagal. Cuak. Tisu diambil dari beg yang aku letak di bawah meja. Aku mahu mengesat muka yang kebasahan. Tangan mula menggeletar. Menggigil seperti penghidap Parkinson.

Dahi dan atas bibir berpeluh-peluh. Aku makin rasa tidak senang. Segala apa yang telah dia lakukan terhadapku dulu kembali bermain-main di dalam fikiran. Melekat, bergayut di situ, tidak mahu berganjak. Perut rasa memulas. Tidak. Aku yakin aku bukan keracunan makanan. Aku cuma takut.

“Excuse me?”

Tiba-tiba aku ditegur seseorang ketika baru saja mahu berdiri untuk ke tandas. Aku memandang wajah lelaki itu tanpa berkelip. Dia kemas berpakaian siap suit dan tali leher, sedangkan aku hanya berkemeja lengan panjang dan berseluar jeans saja. Aku memandang ke sekeliling sekali lagi. Ya, semua yang ada di situ berpakaian cukup formal. Aku seorang saja yang sempoi. Cilaka.

“Yes?” soalku semula dengan tersenyum kelat.

Dia memperkenalkan diri sebelum menghulurkan kad perniagaannya. “Sorry, our appointment is at 2 actually but I need to go back to my office now. If you don’t mind, can we…”

“Sure,” jawabku tanpa berfikir panjang. Aku tidak mampu untuk berfikir apa-apapun. Aku tidak peduli siapa yang patut aku temui dulu sebenarnya.

Ah! Tuhan, tolonglah!

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/96084/nota-3

 

 

[SNEAK PEEK] LICIK [EDISI KEMASKINI]

LICIK [EDISI KEMASKINI] Oleh Sham Hashim /Julie Ann
6 tahun yang lalu..

Restoran Hotel Sri Malaysia, Taiping kelihatan agak meriah pada hari itu. Hampir 20 orang tetamu yang terdiri daripada orang tua dan dewasa, sedang duduk di kerusi masing-masing sambil mendengar seorang penceramah bernama Mustafa, sedang membentangkan pelan perniagaannya. Pelan perniagaan yang diberi nama Skim Perniagaan Pintar. Dari stail, penampilan dan kualiti pakaiannya, jelas kelihatan Mustafa ini seorang usahawan yang berjaya.

“Skim Perniagaan Pintar saya ini mudah, tuan-tuan dan puan-puan. Saya bagi contoh, Pak Tam hari ini melabur RM2000. Dalam masa 3 bulan saja, Pak Tam akan mendapat pulangan sebanyak RM2200 dan kalau Pak Tam melabur lebih lama dan lebih banyak, lagi banyak untung Pak Tam! Silap-silap boleh kahwin lagi satu!” seloroh Mustafa.

Semua tetamu ketawa. Tetapi ketawa yang paling kuat ialah Pak Tam. Cukup suka bila mendengar lawak jenaka berunsurkan poligami ini.

“Dari mana datangnya keuntungan ini, tuan-tuan dan puan-puan? Kenapa pula pelaburan anda semua boleh bertambah?” tanya Mustafa kepada tetamunya.

Semua tetamu tergamam seketika. Ada yang sedang mengira dengan jari, ada yang asyik mengunyah karipap dan ramai pula yang menggeleng sambil tersenyum lebar.

“Ini semua adalah hasil keuntungan perniagaan syarikat-syarikat dalam dan luar negara! Pendek kata, saya akan laburkan duit anda semua, ke dalam sebuah perniagaan yang pasti menguntungkan! Sebagai contoh, perniagaan minyak, perniagaan emas dan perniagaan pengangkutan. Semua perniagaan ini tidak pernah rugi dan sentiasa bergerak, tuan-tuan dan puan-puan,” kata Mustafa dengan penuh bersemangat.

Semua tetamu bagaikan terpukau. Kagum dengan kepintaran skim perniagaan Mustafa itu.

“Dan yang paling utama, skim perniagaan saya ini telah disahkan oleh kerajaan Malaysia!” ujar Mustafa sambil menunjukkan surat keizinan dari Kerajaan Malaysia yang telah ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara dan Menteri Kewangan.

Sejurus selepas ceramah itu, semua tetamu tadi mula beratur untuk mengisi borang dan menyerahkan wang pelaburan mereka kepada Mustafa. Semua wang yang dikumpul dari hasil kebun, hasil simpanan untuk pergi Haji, hasil simpanan ASB dan hasil kutipan main kutu diserahkan kepada Mustafa untuk dilaburkan. Mereka berharap sangat duit yang dilaburkan akan menjadi lebih banyak dalam masa beberapa bulan saja.

“Ini duit pakcik simpan untuk buat Haji tapi takpalah, peluang macam ini datang sekali-sekala je kan Encik Mustafa?” kata Pakcik Bakar, salah seorang daripada pelabur.

“Pakcik jangan risau, lepas ini keuntungan pelaburan pakcik tu akan bertambah. Silap-silap, pakcik boleh buat Haji dan Umrah sekali!” jawab Mustafa dengan penuh yakin.

“Saya simpan duit ini untuk kahwin tahun depan. Harap-harap masa tu dah bertambah banyaklah ye Encik Mustafa!”

“Abang ada seorang pelabur yang macam adik ini, dia dari Mentakab. Bulan Januari dia melabur 5 ribu dengan abang, 15 bulan lepas itu dia kahwin dalam dewan PWTC, siap jemput Anuar Zain untuk menyanyi pastu Nabil Raja Lawak pula untuk jadi emcee! Dari mana dia dapat duit itu? Itu semua duit untung pelaburan dia. Hebatkan?”

Mereka semua menjadi bertambah teruja bila mendengar kata-kata Mustafa tadi. Sampai ada yang menambahkan lagi wang pelaburan mereka dan ada juga yang telefon sanak saudara meminta pinjamkan sedikit duit untuk dilaburkan. Semua duit itu dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertulis nama pelabur dan bukaan sampul itu dilekatkan dengan pita selofan agar lebih selamat. Selepas itu, sampul-sampul tadi dimasukkan ke dalam sebuah beg bimbit jenama Dunhill berwarna hitam. Apabila semua sampul sudah masuk, Mustafa menutup dan menguncikan beg bimbit itu. Kemudian, dia bangun dan tersenyum mesra kepada semua tetamunya itu.

“Insya-Allah, buku akaun pelaburan anda semua akan siap dalam masa dua hingga tiga minggu. Kami akan poskan ke alamat rumah. Jangan risau ya, kami akan gunakan pos berdaftar sebagai langkah keselamatan. Kemudian, dalam masa 2 atau 3 bulan, anda semua boleh periksa simpanan anda di mana-mana cawangan bank tapi kalau ada apa-apa pertanyaan, tuan-tuan dan puan-puan boleh menghubungi saya di nombor telefon dan alamat saya yang tertera pada kad perniagaan saya,” kata Mustafa.

Mustafa berjalan keluar dari restoran itu sambil diiringi oleh tetamu tadi. Mereka berjalan menuju ke sebuah BMW 7 Series milik Mustafa. Seorang pemandu peribadi sedang menanti Mustafa di tepi kereta. Tiba-tiba, ada seorang lelaki sedang berlari ke arah Mustafa sambil menjerit nama Mustafa.

“Encik Mustafa!”

Mustafa berhenti berjalan dan menoleh ke belakang. “Ya, ada apa?” jawab Mustafa dengan tenang. “Hmm.. boleh kita bergambar? Sebagai kenang-kenangan,” pinta lelaki itu yang sedang memegang kamera di tangannya.

Wajah Mustafa sedikit berubah, seperti tak suka gambarnya diambil. Kemudian dia mengeluarkan kaca mata gelapnya dan dipakaikan pada matanya. Mustafa memandang lelaki itu dan tersenyum.

“Saya kalau bergambar kena pakai kaca mata gelap. Baru nampak kacak,” jawab Mustafa.

Semua tetamu itu pun ketawa dengan serentak. Begitu seronok jadi orang terkenal. Asal buat lawak saja, orang pasti akan tergelak.
“OK, semua rapat-rapat ya…”

Mereka semua tersenyum sambil memandang ke arah kamera.
“1.. 2.. 3.. senyum semua!!”

Keceperet! Bunyi shutter kamera.

Selepas bergambar, mereka semua bersalaman. Mustafa berjalan ke arah keretanya sambil membawa beg bimbitnya. Pemandu peribadi membukakan pintu kereta dan mempersilakan Mustafa masuk. Mustafa memberikan salam dan melambaikan tangannya kepada tetamu tadi. Enjin kereta pun dihidupkan dan kereta itu bergerak perlahan dan keluar dari kawasan tempat letak kereta.

Kereta BWM 7 Series Mustafa sedang bergerak laju di atas jalan raya. Kereta itu dipandu oleh pemandu peribadi Mustafa. Di dalam kereta, Mustafa tersenyum lega sambil menikmati permandangan di luar tingkap. Tiba-tiba, Mustafa dikejutkan dengan suara anak gadisnya yang dari tadi duduk menyorok di tempat duduk hadapan.

“Ayah!” jerit Fira. Anak gadis Mustafa yang berusia 17 tahun.
“Eh, ada pun Fira! Ingatkan taknak ikut tadi?” kata Mustafa dengan muka hairan.

“Boring la duduk kat hotel. TV pun takde citer best.”
“Beg baju dah kemas?” tanya Mustafa kepada Fira. Fira mengangguk.

“So lepas ni kita nak pergi mana pulak ayah?”
Kemudian, Mustafa memandang pemandu peribadinya.
“Rashid, nanti singgah stesen minyak ye. Aku nak beli air.”
“OK Encik Mustafa. Depan ini ada rasanya stesen minyak,” jawab pemandu peribadinya sambil tersenyum dan memandang pada cermin tengah.

“Kerja tipu dah habis Rashid. Panggil aku Alias sajalah. Hahaha!”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/1479/licik-edisi-kemaskini

[SNEAK PEEK] DARK DEMON RISING

DARK DEMON RISING By Tunku Halim

 

It was past 2:30 and the dance floor was a mass of quivering bodies.

George shouted his excuses and pulled his wife to leave. Minah and I took that opportunity to say our goodbyes too.

“Good night, guys,” Rama called as he lounged on the sofa with Beatrice, the corpulent girl. By now they had their arms swarming over each other, only our presence stopping their lips from meeting and their bodies mutually ravaging each other.

“Be a good boy, now!” Minah called as we left the table. “And Beatrice, don’t let the bed bugs bite!”

Rama roared with laughter and waved us away, his white teeth flashing.

I was about to turn away, when I stopped. I could not pull my eyes away from Rama’s face.

His neck.

His darker complexion could not hide the heavy line of blackness that grew there, the gash that swelled thickly like a string of opals and spilled in heavy drops down his neck, staining his white shirt. Rama’s eyes rolled toward the ceiling, an expression of pain and disbelief displayed on his face.

Blood splattered his chest.

I staggered back and gasped.

Everything stopped: all light, all movement, all life.

Just Rama and I.

Him bleeding profusely with the dark liquid pooling at his thousand-dollar shoes. And I – helpless, alone and trembling.

Then Rama laughed.

All lights, all movement, all life swam back into action. Beatrice must have made some comment Rama found highly amusing. There was no string of opals, no blood on his white shirt, no pools at his shoes. The vision was gone.

Perhaps it was too much drink. Maybe the food was too rich. Perhaps escargot, champagne and whisky don’t mix.

I shook my head and quickly followed the others.

We stepped out of the club into a car thief’s paradise: a huge car park – still packed with vehicles. For a few seconds we enjoyed the relative peace and quiet, the music still thumping behind us.

We spent a few minutes saying goodbye. George made a couple of jokes about architects and God and we laughed heartily. I decided not to tell any lawyer jokes, for we would be here all night.

As a regular, my white Porsche had a spot right in front. I swaggered up to it, the crazy vision of Rama covered in blood forgotten. The distinct sound of the door shutting, so perfectly, sent a pleasurable thrill up my spine.

Pressing my foot on the accelerator, the Carrera screeched out the gate. Minah giving a little shriek, I felt blood surge in my veins. In the rear-view mirror, George and Cindy waved from their late-model BMW. Minah blew kisses back at them.

“A wonderful night, darling,” she said when she finally settled down. “Great fun, great drinks, good people.”

She leaned back in her seat and, false fingernails flashing, thumbed a message on her phone. Her expression sounded like an advert for rum on ice on a tropical island, but I said nothing and changed gears instead.

“Yeah, they sure are good people.” I grinned. “George is a great architect. His company’s growing by leaps and bounds. Projects everywhere.”

“He’s a real interesting guy … but you, my darling Shazral, are the best, and the way Rama was going on about you, you sound like the best lawyer in the world.”

“Not quite, but soon, only a matter of time.”

“Then I’ll be the best lawyer’s wife and I can have all the dresses I want!” She laughed and turned on the music. “We could travel the world. Won’t it be marvelous?”

I nodded, grinning. It would be wonderful to travel, all of it with Minah, and there was much to be happy about.

This was indeed a great night and I capped it off by speeding through the quiet streets found only at 3 in the morning. Above us stood tall, brightly-lit office towers and shimmering hotels – monuments lifting majestically to the purple night sky. I drove past huge construction sites with promises of even taller, more spectacular buildings. I shot past amber lights, letting the engine loose from a purr to a roar.

Ten minutes later, we turned into the suburbs and were met by criss-crossing streets, a hundred dark windows gazing and apartments standing tall like sentries in the distance.

I eased to a stop outside Minah’s terrace house where her father paid the rent while she studied at a local university. These houses were older than most. The streets were wider and the branches of mature trees on either side had spread themselves above the parked cars.

“Want to come in?” Minah asked.

“Can’t get enough of me, eh?” I said, grinning.

Minah elbowed my arm.

“Ouch, that hurt.” I made a face, making a pretense of pain.

“I’ll kiss it better.” She reached for me and our mouths met, long and deep.

I pulled away, gasping.

“You’re supposed to kiss my arm.”

“I prefer your lips.” She leaned forward and I kissed her soft, full lips again.

“Why don’t you come in?” she said. “I’ve got some Ethiopian coffee.”

“Really?” I said. “Can’t refuse that.”

I followed her out of the car and pushed open the front gate. We held hands as we walked up her well-kept driveway. As is the Malay custom, we took off our shoes, but instead of leaving mine outside for others to see, I brought mine into the house. It wouldn’t be good for the neighbors to know that she had a male visitor.

Minah switched on the light. In one corner of the lounge were her books, files and papers for her research degree.

I sat on the sofa and flicked through my phone.

Minah brought out two cups of coffee.

“Smells great, my beautiful.”

“Yes, I just love it. Oh, I bought a new painting. It’s in the bedroom.”

So we took our coffees up to her bedroom. The shadowed fronds of a banana tree shifted outside the window. Lying in her bed on weekend afternoons, I would often gaze at this tall, elegant tree, thinking of how lucky I was to have found Minah.

She drew the curtains shut and switched on the bedside table lamp. The oil painting of a smiling lady in loose robes of white sent a quiver through me.

“Beautiful,” I said. “She looks like you. Same eyes, same hair.”

Minah laughed. “Maybe she does. Only the eyes, I think, but she’s far prettier.”

“No. You’re more gorgeous. The loveliest.”

She put her coffee down, took mine away and kissed me, her lips smooth and warm. I held her close, my hands stroking the soft material of her dress, feeling the curves on her back and buttocks. At length we pulled away, a few strands of hair slipping down the corner of her mouth.

“Sure you don’t want to stay the night?” she asked, breathing heavily.

“Not tonight,” I said, although I was already regretting my answer. “I’d love to, but I’ve got to get up early and draft some contracts for Rama.”

“Tomorrow then. Oh, it seems so long till tomorrow!”

“I’ll count the hours until then.”

“I’ll count the minutes.”

I laughed as our lips met again, lingered, then reluctantly parted.

 

****

The terrace house and neighborhood were smothered by a moonless, starless night. The dwellings were quiet and if it wasn’t for the lights in the windows, I would have mistaken them for being abandoned.

I found some matches lying in the corner and lit the kerosene lamp. I knocked each candle down, undid the circle and quickly brushed away the chalk markings. With its helpers gone and myself free and armed, the hantu jahat was not likely to come.

Unless summoned.

I sat cross-legged in the center of the living room. The kerosene lamp threw strange shadows on the wall. I took out Pendekar, unsheathed the blade and placed it before me. The heat was gone, but it still felt warm to the touch. I felt a knot in my stomach as I realized that if I started the summons, there was no way of backing out. Though I knew this was my purpose, the thought of the demon coming brought a sharp tightening to my guts.

I pushed the trepidation away and concentrated on the task at hand. I was not going to fall into any more traps. I knew that fear would only bring paralysis. I needed to be quick. I needed every bit of knowledge I had learnt.

And a lot of luck.

The time of the confrontation had come. I recited a prayer, softly at first, cleansing the air. With each verse passing my lips, I raised my voice until it finally echoed through the house like a chorus. I closed my eyes and reached into the past, into the ilmu of my ancestors. Somewhere in my heart, I thanked Pak Khamis for training me.

My lips began to tremble and I started the summons.

The Huntsman and the Tribe

Ride rivers to the sea

Pour darkness to the morning

To await your darkened shadow

O, desecrated one

The spirit calls you out

Our jungle whispers softly

You twisted one repent

O, Satan’s angel come

Your soil will reek in blood

Our waters are your poison

Behold, your mighty servant

With holy iron awaits…..

I called out the chant over and over again, first in almost a whisper, then louder and louder, until it echoed everywhere, reverberating off the concrete walls, until my mind was numb with it.

I was flying through the jungle, past the thick barks and branches. Green everywhere: millions of leaves like faces looking right at me, some smiling, some shrieking as if in great torment. The jungle floor of dead leaves, twigs and insects bubbled in waves as I flew over at great speed, so fast the jungle became a blur, a sea of green.

All of a sudden, I was on my feet on the jungle floor with the shrill of insects all around while in the distance monkeys made whooping, mating calls. I moved forward warily, sensing danger up ahead. I carefully pushed past the branches and vines. As I stepped over a fallen branch, I saw a shadow moving behind the foliage, darting from tree to tree like a wild animal, as if trying to keep away from me. This was no animal; this was a curse against all creatures. I hurried on toward it, trampling noisily on dead twigs and leaves.

It stopped and snarled. Two red points appeared out of the dark shadow. Eyes. Angry, hateful eyes. Because I had dared come for it.

I will make you scream, it seemed to say.

I will tear the flesh from your bones and stuff it down your throat!

The demon hissed, but I refused to be intimidated. I stared back at the evil eyes, repeating the summons, allowing it to calm my fear, singing the words as loud as I could, feeling them rush in huge waves through the greenery. Calling it to me. Calling it to come out from the trees.

I stared hard at those eyes … and they blinked!

It recoiled, turning away, darting among the trees to get away. Yes, I had taken hold of it! I tried to pull it back with the force of my will but could not at first. I struggled with this malignancy even as I felt its evil presence slithering away on the jungle floor.

Then I breathed in and let myself go.

I felt a rush, a force bursting out through my eyes. The jungle seemed to explode in a green starburst into a thick blackness. Yet in the distance was the figure, darker still. I tugged hard, pulling it back. It couldn’t escape, not able to resist the call. It was coming, coming nearer.

Its evil filled my senses – vile and overpowering. The odor from a sewer. Loud wailing and crying filled my ears, like a hundred bodies being tormented. I saw into its past. Saw it waiting at the dead of night. Drawing victims to it and sucking every drop of blood. It was getting nearer, flying through the air.

Pendekar started to rattle loudly against the floor.

I opened my eyes. There was movement on the wall in front of me. First, it looked like shadows shifting, churning within itself – melting, solidifying, melting again – then the surface itself stirred, bulging grotesquely. It pushed itself out from the masonry. First came a forehead, then a nose, lips, cheeks.

A face!

No, not a human one.

The teeth were sharp. The eyes crimson. The vertical slits of its eyeballs were like an evil cat’s. They coldly leered at me.

The face widened until the entire head emerged. It bulged out of the graffiti-covered wall like a trophy of some deformed animal. Slowly, the head turned from side to side as though enjoying the feel of its dirty hair brushing the wall. Then its eyes rested on mine. And it smirked.

The head continued to push out of the concrete, all the while grinning like an aged whore. Then without warning, its heart and guts followed, spilling from the masonry with a flopping sound. The end of its intestines hung like a fat worm an inch above the floor. In the sudden heat, the stench of rotten meat swam up my brain.

The demon hovered in the air. Its long hair crept down to where its breasts were supposed to be, but what hung there was a pink pulsating heart. Its intestines, thick and convoluting, coiled down, heavy droplets of blood tapping to the marble, leaving dark blotches among the dust. The face, cracked with fissures, oozed green liquid; its malevolent, cat-like eyes continued staring a hateful red.

I almost gagged from the stench. The creature opened its mouth and, out of its rotten teeth, grew white glistening fangs, dripping with green saliva.

I jumped to my feet and drew Pendekar.

I pointed the tip of the wavy blade at it, feeling its heat in my palms. The creature hovered back in the air, a feet or so above me.

“Hello, my sweet love,” it said, in a cold, deep voice.

 

Full version of eBook can be purchased at E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/161484/DARK-DEMON-RISING-20th-anniversary-edition

[SNEAK PEEK] PARCEL

PARCEL Oleh Simon Malik

Penerbangan MH2574 selamat tiba di Lapangan Terbang Miri. Setelah lama beratur di kaunter imigresen Sarawak, Faisal turun bersama penumpang lain dan menunggu di ruang mengambil bagasi. Waktu hampir masuk tengahari dan mindanya sedang membayangkan butiran nasi panas berserta daging ayam yang digoreng bersalam ulaman dan sambal cili hidup. Walaupun hampir serupa dengan Nasi Ayam Penyet di Semenanjung, Nasi Lalapan juga ada keistimewaan tersendiri.

Perutnya berkeroncong ganas. Kotak yang kemas berbalut dengan plastik jernih itu setia diapit. Dia hanya perlu mengambil begnya dan kemudian bertemu dengan pemandu syarikatnya di depan pintu masuk. Selesai sesi mengisi perut barulah dia akan ke Mega Hotel, tempat persinggahan semalam sebelum ke laut lepas pada esok hari.

Faisal melihat-lihat penumpang di sekeliling. Penerbangan pagi dari Kuala Lumpur ke Miri biasanya tidak ramai penumpang. Matanya terus menangkap seorang penumpang yang tingginya cukup menampakkan dia orang luar. Ketinggiannya sepadan dengan kot labuh hijau kelabu gelap dan topi corak celoreng yang dipakainya. Bukan sesuatu yang pelik. Miri selalu sahaja dikunjungi warga asing yang datang melancong atau mencari rezeki. Sektor pelancongan serta minyak dan gas sangat popular di sini.

“Err… you Faisal, kan? Mohd Faisal Kamaruddin?”

Suara penuh lunak bertanya dari arah kiri. Bila terpandang wajah yang bertanya, segala otot muka refleks memberi senyuman. Terpana dan terkesima dengan jelitawan yang bertanya akan dirinya. Faisal tersenyum lebar. Bukan selalu perempuan dengan paras sebegitu yang mulakan perbualan.

“Err… ye. Saudari ni siapa?” jawab Faisal sambil menyumpah dirinya menggunakan kata ‘saudari’ yang dia rasakan skema bukan kepalang. Jelitawan di sisinya itu hanya senyum. Tingginya antara 5 kaki 3 ke 4 inci. Rambutnya panjang mengurai melepasi bahu. Serta-merta menutup wajahnya yang agak lebar bertulang pipi tinggi. Faisal tidak berkedip melihat mata bulat menawan berserta bulu mata asli melentik. Jantung terlepas satu degupan.

“Of course you tak kenal I! Tapi I kenal you! Hehe…” Ketawa kecil pada hujung ayat diakhiri dengan senyuman yang menyebabkan jantung Faisal tidak keruan. Faisal tersipu malu dan menggaru-garu hidungnya yang tidak gatal.

“So… macam mana you boleh kenal I?” Faisal cuba menggoda. Hatinya mengharapkan agar gadis itu sudi menjawab soalannya.

“Your scar gave you away.”

Gadis itu menuding tepat ke arah rahang kiri Faisal. Ke arah parut yang wujud sejak sekolah menengah. Ketika gadis itu bercakap, Faisal seboleh-boleh tidak mahu menatap bibir mungil yang sangat sepadan dengan wajahnya yang seakanakan wanita dari benua Amerika Selatan.

Mendengar perkataan parut, tangan kirinya refleks memegang. Parut ini kisah lama dan dia bersekolah di sekolah lelaki di daerah Klang. Dia masih tidak dapat meneka siapa gadis misteri itu. Apakah di hadapannya ini seorang transgender?

“So it’s unfair kan kalau you sorang je yang kenal I?” Faisal bijak mengatur kata agar si gadis memberitahu siapa dirinya. Dia rasakan gadis di hadapannya cukup asli. Tiada halkum di tekak dan suara wanita asli.

“Oh! That’s my bag!” teriaknya tiba-tiba. Nasib batu Faisal menyebabkan hatinya tenggelam melihat gadis itu sudah mula mengangkat beg Polo kecil dari landasan tali sawat beg. Melihat Faisal yang terpinga campur kecewa, gadis itu tersenyum lebar.

“My name is Syaza. Your secret admirer since your university days.”

Faisal bertambah keliru. Hanya ada beberapa pelajar Malaysia yang turut menuntut di universitinya dulu. Bahkan jika ada gadis selawa ini dalam kalangan mereka di Perancis, sudah tentu dia tahu! Jumlah pelajar perempuan Malaysia di sana tidak ramai.

Gadis itu senyum bermain misteri dengan Faisal. Lirikan mata yang diberi sebelum berpaling pergi begitu bermakna. Faisal hanya mengangkat tangan membalas pergi gadis itu dan tertegun. Bila disemak laju di minda siapakah gadis berkenaan, yang muncul hanyalah imej Selena Gomez dalam pelbagai aksi.

Menyedari hanya dia seorang yang ditinggalkan bersama begnya, Faisal segera keluar dari balai ketibaan. Matanya terus meliar mencari pemandu syarikatnya. Terlihat lelaki yang sedang dalam perbualan telefon. Tangan yang satu lagi rendah memegang kad tertulis HandShake, nama syarikat tempat Faisal bekerja.

“Sikpa, nya dah sampe dah,” ujar lelaki itu dalam telefon sebaik melihat Faisal menghampirinya.

“Sori, bos, lambat sikit keluar,” ujar Faisal sambil memberi tabik rendah.

“Saya ingat kamu miss flight tadik,” ujar lelaki itu sambil berjalan ke arah pintu keluar.

“Haha, takde la, bos. Takpe, lunch aku belanja makan lalapan.”

“Bolleeehh…” Senyum pemandunya sampai ke telinga. Soal makan percuma memang tiada siapa yang sanggup berkata tidak. Kemudian mereka berlalu ke arah Ford Ranger putih yang diparkir tidak jauh dari situ.

Gelagat mereka berdua diperhati dua pasang mata yang berdiri melihat dari tingkat dua. Lelaki yang tinggi bertopi corak askar adalah salah seorang daripada mereka. Dia ditemani pemuda Russia yang bertopi putih dengan fon kepala Beats biru.

“Guess your flight arrived first,” ujar lelaki berkot kepada pemuda Russia itu. Mata mereka tidak putus mengekori Faisal dan supirnya sehingga masuk ke kereta.

“It was part of the plan,” jawab pemuda Russia sambil merehatkan badan di railing bangunan. Matanya melepaskan pandangan pada orang melepak di sekitar booth kereta sewa.

“Russian eh? Dmitri or Anthonov?”

“Sergey. And you, I heard you have many names.” Sergey memberikan senyuman yang orang lain boleh rasakan terdapat suatu aura kegilaan di sebaliknya.

“You can call me Ran. For now.” Ran turut menyandar sambil memandang sisi ke arah Sergey.

“Ran?” Sergey membuat gaya berlari. Matanya membulat besar. Cukup sifat untuk satu soalan penuh sindiran. Ran hanya membalas dengan muka tiada perasaan. Sergey serta-merta berhenti dan ketawa perlahan. Siapa hendak mencari masalah dengan lelaki yang misinya selalu berkaitan dengan nyawa, pistol dan peluru.

“Your coat makes you look weird. You should wear T-shirt. Like me!” Megah sambil menayangkan T-shirt putih bertulisI Love Malaysia. Telo Inggerisnya pekat Russia.

“Yeah? Look who’s talking with a beanie and a big ass headphone in this tropical climate? Tell me, is this the first time you operate around here?” Ran sudah menunjukkan rasa jengkel. Dia sebenarnya selalu melaksanakan misi secara solo. Cuma kali ini dia terpaksa menerima seorang pasangan.

“Sort of…” Sergey mencebik terangguk-angguk sambil mengimbas laju lokasi-lokasi misinya terdahulu. Sebelum ke Malaysia, dia telah singgah di Thailand. Dia mengintai wajah Ran selepas itu. Ini juga kali pertama dia bekerja dengan Ran. Pelbagai khabar pernah didengarnya tentang lelaki di hadapannya yang dikatakan mempunyai pelbagai identiti. Persis seorang pengintip rahsia atau agen perisikan. Cuma tiada siapa yang ingat akan wajah atau nama sebenarnya. Kewujudannya hanya sekadar cakap-cakap orang sehinggalah dia berada di hadapannya sekarang. Berkening nipis berwarna perang yang hampir tidak kelihatan, bermata biru terang dan berwajah segi persis orang Eropah.

“The coat is essential…” jawab Ran seolah membaca fikiran Sergey sambil menggaru kulit cacat di antara ibu jari dan telunjuk kanannya.

“Of course. This headphone too.” Sergey seolah tak mahu mengalah dengan penampilannya.

“How do you hear me without getting off from your playlist?” Ran bertanya lagi. Badannya ditegakkan dan memandang tepat pada Sergey.

“You want to try?” Sergey menanggalkan Beats sebelum fon kepala itu disuakan ke arah Ran. Ran teragak-agak menyambut. Setelah membelek-beleknya dan melihat tiada apa yang meragukan, dia memakainya.

Sebaik sahaja telinga dipekup rapat speaker, dia terputus dengan dunia luar. Yang dia dengar bukan suara tak cukup nafas seorang rapper mahupun rentak bass rave. Telinganya menangkap berpuluh-puluh suara manusia yang sedang berbual. Begitu banyak sehingga dia sendiri tidak dapat menangkap sebarang butir perbualan.

Ran pantas menanggalkan fon kepala itu sambil menjegilkan mata pada pemuda di sebelahnya yang sedang sibuk bermain dengan seekor cengkerik yang muncul entah dari mana. Ran yang selama ini solo tidak pula melakukan apa-apa siasatan mengenai pasangan barunya. Bahkan sebenarnya dia mendapat arahan yang dia mempunyai pasangan sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke Miri. Dia sendiri tidak pasti apa kelebihan Sergey. Yang pastinya dia juga bukan calang-calang orang.

“Descartes surely has interesting people in it.” Ran menghulur perlahan. Sergey fokus membiarkan cengkerik itu berlari-lari di sekeliling tangan kanannya. Bila ia berhenti di hujung jari tengah Sergey, ia melompat terjun ke bawah tanpa diketahui nasib selepas itu.

“Da…” jawabnya ya dalam bahasa Russia. Tangannya mengambil semula Beats dan dia senyum sebelum ia terpasang kembali di telinga.

****

Masih ada lagi pelanggan yang memenuhi meja di kedai mamak pada lewat petang. Bingitan suara manusia hanya latar kosong. Faisal termangu berseorangan di sudut kedai. Fikirannya melayang jauh, merentasi gunung dan lautan menuju ke pulau terpencil di tengah-tengah Laut China Selatan. Cuba mengimbas kembali apa yang telah berlaku. Namun dia tidak boleh menerima kenyataan yang perkara itu berlaku dengan kerelaannya. Yang diingatnya adalah minuman yang diberikan oleh mereka, serta sakit kepala yang dialaminya selepas itu. Dia pasti dirinya telah dianiaya.

Saya nak abang ceraikan saya.

Wajah Anis terbayang. Tangisan Anis kedengaran. Tega benar Anis meminta cerai darinya. Kalau tidak mengenangkan yang dia sedang berada di tempat awam yang dipenuhi pengunjung, sudah lama dia meraung dan menjerit. Dia merenung kosong gelas berisi teh ais di hadapannya. Dia langsung tidak ada selera untuk makan dan minum. Air dipesan hanya sekadar untuk mendapat ruang untuk duduk tanpa diganggu jelingan mamak yang tidak suka orang yang cuma datang untuk duduk-duduk tanpa memesan apa-apa.

Gelas teh ais diangkat lalu dicicip sedikit. Sejuk dan tawar. Sama seperti perasaannya sekarang. Dia tidak pasti apa yang harus dilakukannya sekarang. Dan sejujurnya dia sudah terlalu letih dengan pergolakan emosi ini. Anis dengan kerenahnya. Syaza dengan permintaannya. Entah kenapa nasibnya begitu malang. Sejak menerima kotak yang diberikan bosnya, hidupnya terus berubah 180 darjah.

“Such a waste, isn’t it?” Suara seorang wanita mengejutkan Faisal dari lamunannya. Faisal mengangkat muka. Seorang perempuan berambut ikal separas bahu, bercermin mata hitam dan bergincu merah menyala sudah duduk di hadapanya. Bau minyak wangi mahal menusuk ke hidung. Faisal terpempan melihat kehadiran wanita itu yang entah siapa dan datang dari mana.

Pakaiannya kemas dan bergaya, tidak seperti pengunjung biasa kedai mamak, sebaliknya seperti seseorang yang selalunya makan di restoran mewah. Beberapa pengunjung yang duduk berhampiran meja mereka melirik-lirik ke arah wanita itu dengan pandangan ingin tahu.

“Sorry, do I know you?”

Wanita itu menanggalkan cermin matanya dan tersenyum. Manis tetapi sinis. Faisal menunggu jawapan tetapi tidak ada apa-apa yang muncul dari seulas bibir merah itu.

“Saya kenal awak ke?” soal Faisal lagi, kali ini lebih tegas. Mungkin wanita itu tidak mendengar soalannya.

Wanita berambut ikal itu menggamit Faisal agar lebih dekat dengannya. Kemudian dia berbisik dengan suara perlahan. “Your skill to write a potent malware, it’s one of a kind. Such a waste of talent, if not explored and used properly. We’re offering you a place.”

Sekeping kad perniagaan dihulur ke depan Faisal. Ada empat huruf di depan, sementara muka bahagian belakangnya kosong tanpa tulisan. Yang ada cuma satu garisan perak mirip kad isian semula telefon bimbit.

“What do you know about my skill?” soal Faisal dengan nada rendah juga.

“We know enough. What happened was quiet a news. Besides, we found out that you almost solved the Cicada 3301 puzzle. But for some unknown reason, you did not continue.”

Faisal terbeliak. Tidak sangka ada yang mengetahui sejarahnya dahulu semasa di Perancis. Teka-teki internet yang popular dengan nama Cicada 3301 itu pernah menarik minatnya seketika. Tapi ketika dia hampir-hampir menyelesaikan teka-teki paling sukar itu, dia menghentikan usahanya. Kesibukan bergelut dengan peperiksaan memaksanya fokus pada pelajaran dan dia tidak pernah menyambung usahanya.

“Our agency needs full commitment from its members. New recruits have to leave their old lives behind. This is because we provide… special services to our clients.” Wanita itu mengukir senyuman penuh makna. Faisal mengetuk-ngetuk meja dengan kad yang dia pegang. Terasa janggal ditawarkan bekerja dalam agensi rahsia di sebuah kedai mamak.

“So saya kena jadi duda? Macam tu?” soal Faisal dalam Bahasa Melayu pula.

Wanita itu ketawa perlahan sambil menyandar. Gerak-gerinya kelihatan begitu menggoda. Sempat dia menyelitkan rambut di balik telinga kirinya, menampakkan anting-anting berbentuk pedang berkepak.

“Well…If you have…needs, we can surely arrange something,” ujarnya dengan nada sinis. “The most important thing is you have to remain single, commitment-free while working with the agency. You need to be free from any spousal or familial or any other obligations to commit to the agency,” terang wanita yang tidak Faisal ketahui namanya itu. “After all, kahwin tu kan cuma lesen untuk main secara halal kan?” ujarnya lagi sebelum tertawa kecil.

Berdesing telinga Faisal. “Cik, saya tak kenal siapa awak dan apa kerja awak. Tapi kalau sampai tahap macam tu, awak rasa saya nak terima? Awak ingat kahwin ni benda main-main ke? Bila suka kahwin, bila dah tak ngam cerai? Cerai walau halal tapi Allah tak suka tau!” tegas Faisal.

“Your wife’s phone arrived on our desk. It seems she’s got powerful connections with one of our frequent clients,” terang wanita itu akhirnya, memberi jawapan kepada persoalan di minda Faisal.

“Jadi, wife saya bagi kat Fad dan dia bagi pula pada kamu.”

“Yes. It was an official request. So, technically, we saved you and you owe us…” Kenyitan manja diberi. Faisal cepat-cepat menunduk memandang kembali pada kad yang diberi. Kini tawaran tadi sudah berbaur dengan hutang budi. Matanya terkebil-kebil memikirkan harga yang perlu dia bayar untuk tawaran ini. Dia hanya ingin menjadi seperti orang lain. Dia hanya mahu meneruskan kehidupan normal seperti orang lain.

“You can always say no, return home and continue bickering with your wife. Or you can chuck away unnecessary things and continue living,” ujar wanita itu lagi. Masih cuba meyakinkan Faisal.

“Bagi saya masa.”

“As you wish. Once you’ve decided, just scratch the silver line. We’ll come for you.”

Wanita itu bingkas bangun dan terus beredar. Faisal langsung tidak peduli, sebaliknya pandangannya terus tertumpu pada kad tadi.

 

 eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/125481/PARCEL

 

[SNEAK PEEK] LANGKAH

LANGKAH Oleh Dayang Noor

Bila Onny dan Jannah mengajaknya keluar hujung minggu itu, Saleha cepat-cepat bersetuju. Tak sabar rasanya hendak bercerita dengan rakan-rakannya tentang Bago. Kalau selama ini dia sekadar mendengar kisah romantis percintaan Jannah dan Abang Supervisor kilang, kali ini biar mereka pula ternganga mendengar cerita cintanya.

“Handsome ke? Cute ke? Macam mana rupa Bago kau ni?” Onny begitu teruja bila Saleha mula memberi mukadimah kisah pertemuannya dengan lelaki itu.

“Kalau kau tengok mesti kau kata dia biasa-biasa je. Tapi bagi aku, aku rasa muka dia manislah. Tak jemu pandang. Rasa macam nak tengok siang malam.” Saleha tersenyum malu-malu. Selama ini dia memang jarang memuji lelaki di depan rakan-rakannya. Malah, dia tak pernah jatuh hati dengan mana-mana lelaki pun.

“Dia kerja apa? Dah lama ke datang sini? Ada permit ke tak?” Jannah kedengaran seperti sedikit skeptikal.

“Dia kerja dekat-dekat situlah kot. Kat Seri Jati tu kan ada banyak kilang…”

“Laaa! Kau tak tau ke dia kerja apa? Entah-entah kerja cuci jamban.”

Wajah Saleha tiba-tiba berubah. “Hey! Tak ada bau jambanlah masa aku lepak dengan dia!”

“Oh! Dah pernah keluar datinglah ni? Tak cakap dengan kitorang pun, kan? Kedekut betul kau ni. Kenapa? Takut aku rampas Bago daripada kau ke?” Onny pula mengusik dan Saleha ketawa tertahan-tahan.

“Bukan datinglah, lepak kat area pasar malam tu je. Itupun waktu aku dah habis berniaga.”

Jannah mencubit paha rakannya yang kian kurus itu. “Itu dah kira datinglah, Leha. Kau tau tak masa first time aku dating dengan Abang Haikal, kitorang duduk dekat tepi stor waktu tea break aje, tau.”

“Boyfriend kau tu nama Haikal? Eeeeiiii… handsome-nya nama. Mesti orangnya pun handsome, kan?”

“Bolehlah. Yang penting, dia pandai ambik hati aku,” kata Jannah sambil menayangkan gelang tangan yang bersinar-sinar hingga mencuri perhatian Saleha.

“Amboi! Pandora ke tu? Untunglah kau Jannah.” Saleha tak dapat nafikan dia sedikit cemburu. Dia tahu gelang tangan jenama itu bukan murah.

“Ada satu charm je dekat bracelet tu, Leha. Kau tak payah nak kagum sangat…” Onny tiba-tiba mencelah membuatkan Jannah menarik muka.

“Hey! Bracelet kosong takde charm pun dah berapa ratus harga dia, woi!”

“Onny mana tahu pasal benda-benda macam ni, Leha. Dia tahu .mp3 player, speaker, ear phone, pastu lagu-lagu baru Taylor Swift. Itupun semua kena beli sendiri sebab takde boyfriend nak bagi.” Giliran Jannah pula mengenakan Onny.

“Oit! Cakap baik sikit, eh!” Onny menayangkan buku penumbuk.

“Tak payah gaduhlah, korang ni. Syukurlah boleh dapat benda-benda tu semua. Aku ni?” Saleha mengeluh perlahan dan rakan-rakannya terdiam lalu merenung ke arahnya.

Onny memeluk bahu Saleha. “InsyaAllah nasib kau akan berubah nanti, Leha. Manalah tau, entah-entah Bago ni sebenarnya Prince Charming kau.”

“Tapi kau check dulu dia ada permit ke tak,” Jannah memberi peringatan menyebabkan Saleha ketawa terkekeh kerana pesanan itu kedengaran lucu. “Kau jangan gelak, Leha. Kalau kau dah kawin dengan dia, lepas tu dia kena hantar balik Myanmar, nanti kau juga yang menangis sorang-sorang…”

Tawa Saleha terhenti. “Ya, OK-lah, nanti aku tanya dia.”

“Ha! Mesti dah plan untuk next date ni. Waaaah! Seronoklah tu!” Onny yang tadinya memeluk Saleha terus menunjal-nunjal bahu rakannya itu.

“Tak plan pun. Tapi rumah dia dekat je dengan rumah Mak Su. Mesti selalu jumpa. Lagipun dia selalu datang pasar malam tu.” Saleha menepis tangan Onny yang tak henti-henti menunjalnya.

“Mesti dia dah kemaruk makan cekodok kau, kan? Kau dah mandrem cekodok tu, eh? Dahsyat kau ni,” usik Jannah lagi.

Saleha ketawa.

“Tak baik oi main ilmu hitam ni. Syirik kau tau? Syirik!” Onny menambah membuatkan tawa Saleha kian kuat.

Sudah terlalu lama dia tak ketawa hingga keluar air mata begitu. Pulang dari bertemu Jannah dan Onny, hatinya berasa begitu lapang. Ada lagu Ziana Zain berputar-putar dalam kepalanya. Dia mula bernyanyi-nyanyi lagu Syurga Di Hati Kitadengan kuat. Beberapa budak-budak lelaki yang sedang berehat di tepi padang permainan memandangnya dengan sedikit hairan. Mungkin kerana dia kelihatan seperti perempuan gila yang berjalan sambil bernyanyi dan tersenyum-senyum sendiri.

“Kau pergi mana? Punyalah lama keluar!” Kata-kata separa menengking dari mulut Hafiz menyambut Saleha di muka pintu.

Kegembiraan yang bertandang tadi terus mati. “Saya pergi minum dengan Jannah dan Onny. Kenapa? Tak boleh ke?” soalnya semula sambil terus berjalan ke bilik. Dia malas nak bercakap dengan abangnya itu lama-lama.

“Minum dari pagi sampai ke petang? Korang minum apa?” Abang Hafiz mengekornya sampai ke bilik. “Baik cakap betul-betul kau pergi mana lagi.”

Saleha mengeluh panjang. “Tak pergi mana-mana. Minum, makan, borak-borak… itu aje. Saya bukannya ada duitpun nak pergi shopping-shopping macam orang lain.” Bosannya bila terpaksa melayan soalan-soalan sebegini daripada abang sendiri.

“Kalau aku tanya je, menjawab kau ni sekarang, kan? Belajar mana ni?”

“Abang tanya, saya jawablah. Kalau tak jawab karang, kena marah juga, kan?”

“Dahlah menjawab, dah pandai enjoy-enjoy pula tu. Mana duit kau meniaga sate selama ni? Semua dah habis buat enjoy, ya?” Hafiz menolak pintu bilik dan masuk ke dalam.

“Berapa ringgit sangatlah yang saya dapat. Semua dah belanja buat beli sabun, ubat gigi, bedak, spenda, pad, selipar, kain, baju. Apa lagi yang tinggal? Nak top-up telefon pun selalu tak cukup.”

Hafiz terdiam. Dia memang tahu sebanyak mana Mak Su upah Saleha tapi dia tak ada pilihan. Saleha tak boleh dibiarkan bebas seperti kawan-kawannya yang lain.

Hubungan Saleha dan abangnya kian keruh bila petang itu Mak Su minta tolong siang ayam dan Hafiz buat tak tahu saja.

“Mak Su minta tolong tu, abang dengar ke tak?” soal Saleha ketika berdiri di muka pintu bilik abangnya, merenungnya penuh marah.

“Bila pulak aku ni jadi pekerja dia? Dia upah kau, kan? Ha, kaulah yang pergi siang ayam tu!” jawab Hafiz tanpa menoleh.

 

****

Sementara Makcik Nina berehat selepas makan tengah hari, Saleha berbaring di bilik tempat dia solat tadi. Fikirannya masih bercelaru. Ke mana arahnya selepas ini? Bagaimana dia mahu pastikan Bago ataupun orang upahan Haji Malik takkan dapat mencarinya?

Resit tambah nilai yang dibeli di 7-Eleven pagi tadi dikeluarkan dari dompet. Dia telah mengecas telefon bimbit yang sudah sekian lama tidak dihidupkan. Sungguhpun tidak membawa pengecas sendiri, mujurlah Makcik Nina menggunakan jenama telefon yang sama.

“Kita berdua je dekat Malaysia ni agaknya yang masih guna telefon kurun ke-18 ni,” gurau Makcik Nina ketika dia bertanya tentang pengecas itu tadi.

Selesai memasukkan kod tambah nilai, jantung Saleha berdetak kencang melihat jumlah pesanan suara dan SMS yang tidak pernah dibaca. Dia tiba-tiba jadi takut dan cepat-cepat mematikan kembali telefon itu lalu disimpannya di dalam beg.

Pintu bilik diketuk sebelum ditolak perlahan-lahan oleh Makcik Nina.

“Anak sedara makcik telefon tadi,” bisiknya dengan wajah yang begitu serius, membuatkan Saleha sedikit cemas.

“Kenapa makcik?”

“Katanya ada orang bergaduh di Rumah Selamat pagi tadi. Dua orang mati, dua orang cedera parah. Kamu ada di situ ke masa tu?”

Saleha terus tersentak dan terbeliak. Siapa yang mati? Dia tak tahu bagaimana hendak ceritakan segala-galanya kepada Makcik Nina. Dia hanya mengangguk beberapa kali sebelum air mata laju mengalir ke pipi.

“Ya Allah. Kenapa kau tak bagitau?” Makcik Nina meluru lalu memeluknya. “Patutlah kau nampak macam orang takut je tadi.”

“Diorang bergaduh dengan parang panjang, makcik. Ada ramai tadi,” kata Saleha sambil teresak-esak.

“Kau dengan Bago ada di sana masa tu, ya? Patutlah kamu tak datang sarapan pagi tadi. Eh, Bago mana? Kerja ke?”

Esak tangis Saleha kian menjadi-jadi membuatkan Makcik Nina mula syak sesuatu. “Kau datang tadi bukan dengan Bago, ya?”

Saleha menggeleng dan menyapu air mata dengan hujung lengan baju kurung. “Diorang datang cari Bago, lepas tu semua pukul dia. Dia melawan.”

“Apa jadi dengan Bago?”

“Saya tak tahu. Saya terus ambil barang, lepas tu lari ikut jalan belakang. Entah-entah diorang dah bunuh dia.” Saleha menekup kedua tangan ke muka.

Setelah tangisnya agak reda, Saleha menceritakan semua yang dia tahu tentang Bago. Bermula dari episod dia dituduh mencuri di kedai Haji Malik sehinggalah dia membelasah Sharul di tepi jalan, pergi mencuri di rumah tuan punya restoran itu dan kedatangan lelaki-lelaki dengan parang panjang ke Rumah Selamat subuh tadi.

“Astaghfirullahalazim. Kalau dah tahu dia macam tu, kenapa kau masih ikut dia, Leha? Seram sejuk makcik dengar cerita kau,” kata Makcik Nina menunjukkan bulu roma di lengannya yang berdiri.

“Saya sayang sangat-sangat dekat dia, makcik. Lagipun, dia memang ambil berat dan jaga saya elok-elok.” Ketika melafazkan kata-kata itu, Saleha kian tersedar perasaan sayang itu sudah tiada makna lagi. Entah apa yang mengaburi mata dan hatinya selama ini.

“Abih tu, sekarang macam mana? Kau tak ada sedara mara dekat sini. Kau tinggal dengan makcik ajelah, ya? Rumah ni pun tak ada orang. Kau boleh tolong-tolong apa yang patut. Nanti makcik bagilah kau upah apa yang termampu. Nak?”

Saleha merenung sayu ke mata wanita yang begitu ikhlas mahu membantunya itu. Dia tahu Makcik Nina berniat baik tapi wanita itu takkan mampu melindunginya dari bahaya yang menanti.

“Saya tak boleh tinggal di daerah ni lagi, makcik,” kata Saleha dengan suara tertahan-tahan. “Orang upahan Haji Malik mungkin tengah memburu saya. Kalau Bago tu belum mati, mesti dia pun tengah cari saya. Dahlah dia tahu rumah makcik ni.”

Makcik Nina melepaskan keluhan berat. “Itulah. Anak sedara makcik tadi kata yang mati tu dua-dua Melayu. Mungkin salah sorang yang cedera parah tu Bago.”

Saleha tak tahu sama ada dia patut berasa lega ataupun makin cemas. Kalau Bago benar-benar sudah tiada, dia mungkin akan bersedih selama beberapa hari. Tetapi selepas itu InsyaAllah dia akan dapat meneruskan kehidupan dengan perasaan tenang. Tapi jika Bago hanya cedera, bila dia sembuh nanti pasti dia akan mencari perempuan yang meninggalkannya hingga ke lubang cacing.

 

 eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/125482/langkah