[REVIEW] SISTEM PANGKALAN DATA

SISTEM PANGKALAN DATA OLEH Mohd Helmy Abd Wahab

Sistem pangkalan data merupakan satu aspek yang penting dalam dunia pengkomputeran. Kebanyakan aplikasi berkomputer menggunakan pangkalan data untuk menyimpan, mengakses, serta mengurus data untuk tujuan kegunaan masa hadapan. Perkembangan pangkalan data juga berkembang seiring dengan perkembangan teknologi ICT yang lain kerana ia perlu mengikut tren dan kesesuaian aplikasi. Buku ini membincangkan aspek teoritikal pangkalan data yang mana merupakan asas kepada pembangunan pangkalan data. Konsep dan teori ini amat penting dalam memahami proses mereka bentuk dan membangunkan sistem pangkalan data. Penekanan buku ini adalah berfokus kepada peringkat reka bentuk dengan memahami terminologi dan definisi serta teknik mereka bentuk jadual menggunakan model yang sesuai dan manipulasi data menggunakan bahasa pertanyaan berstruktur (SQL).


Buku ini membincangkan aspek teoritikal pangkalan data yang mana merupakan asas kepada pembangunan pangkalan data. Antara yang dibincangkan di dalam buku ini ialah perbandingan antara sistem berasaskan fail dan sistem berasaskan pangkalan data. Selain daripada itu, buku ini juga ada memberi panduan mengenai fungsi sub-sistem DBMS iaitu program yang digunakan untuk mengawal sesuatu operasi. Antara produk DBMS ialah Oracle, DB2, Paradox. Ia merupakan panduan yang boleh diguna pakai oleh programmer di luar sana yang berminat untuk belajar mengenai database ini.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/203446/sistem-pangkalan-data

[REVIEW] STROK MASALAH DAN PERSOALAN

STROK MASALAH DAN PERSOLAN Oleh Zuraida Zainun, Zefarina Zulkafli, Geshina Mat Saat

Buku panduan ini merangkumi pendedahan umum menggunakan bahasa yang mudah difahami, diikuti dengan penjelasan mengenai kaedah rawatan semasa bagi pelbagai permasalahan dan langkah pencegahan, mengenengahkan kesan-kesan ke atas seseorang yang mengalami strok daripada pelbagai sudut fizikal, psikologi, peranan harian termasuklah dari konteks implikasi perundangan yang berguna.


Baiklah, ulasan buku pada minggu ini, admin pilih daripada genre akademik am. Hari ini, admin akan bawa anda untuk mempelajari serba sedikit mengenai strok. Kita mulakan dengan “Apa itu Strok?”

Strok ialah satu penyakit dimana bahagian otak manusia tidak mendapat bekalan darah secukupnya. Kekurangan bekalan ini boleh berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya:

-pembuluh darah pecah dan
-salur darah tersumbat

Selain daripada itu, buku ini juga ada menerangkan secara ringkas bagaimanakah rawatan dibuat kepada pesakit strok. Antara rawatan yang terdapat dalam buku ini ialah Modul Bal ex Stroke, dan rawatan kecemasan sekiraya pesakit strok terkena serangan strok.

Berminat utnuk mengetahui lebih lanjut?  Klik pada pautan di bawah

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/203284/Strok-Masalah-dan-Persoalan