[ULASAN] Zero to Hero: Anak Orang Miskin Kini Anak Emas Universiti

Zero to Hero: Anak Orang Miskin Kini Anak Emas Universiti
— karya Mohammad Rahim Kamaluddin


Buku ini merupakan karya suntingan yang mempersembahkan kompilasi perjalanan lima mahasiswa universiti yang telah berjaya merangkul Anugerah Pingat Emas pada peringkat universiti. Perjalanan cerita lima anak muda yang asalnya dari latar belakang miskin amat memberangsangkan dan mampu menjadi sumber inspirasi kepada mahasiswa di luar sana.
Mesej yang ingin disampaikan oleh mahasiswa-mahasiswa ini adalah jangan jadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak berjaya. Malah, kemiskinan itu menjadi kebab utama untuk meraka mara ke hadapan dalam mana-mana bidang yang diceburi. Buku ini ditulis dengan cara yang santai agar mesej dapat disampaikan kepada para pembaca dengan cara yang mudah. 
Dapatkan e-book penuh di E-Sentral.com