[ULASAN] Warkah Akhir dari Van Der Wijck

Warkah Akhir dari Van Der Wijck
— karya Nazry Yahya


Warkah Akhir dari Van Der Wijck merupakan rentetan kisah-kisah cinta Kapten Akkerman dan Magda, Hayati dan Zainudin, Tara Alia kepada Zainudin tetapi bukan dari Zainudin kepada Tara Alia. Hati Tara Alia yang sudah terpaut kepada Zainudin remuk kerana tiada balasan cinta dari Zainudin, seorang duda yang baru kematian isterinya. Zainudin itulah cinta suci pandang pertama seorang gadis kacukan orang asli Menado dengan Belanda.

Berkisarkan kepada senario perkapalan Belanda di Kepulauan Indonesia pada tahun 1930-an, novel ini juga memaparkan deskripsi yang jelas mengenai ilmu-ilmu perkapalan dan kelautan pada waktu itu. Novel ini juga menggunakan secara selektif dialog-dialog di dalam bahasa Belanda, Inggeris dan juga Nusantara.

Novel “Warkah Akhir dari Van Der Wijck” memberikan nafas baharu kepada karya asal Hamka bertajuk “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” terbitan tahun 1938.

Dapatkan e-book di sini: https://www.e-sentral.com/book/info/361026