Ulasan novel: Wahai Kau Cinta…

Wahai Kau Cinta-COVER

Novelis tersohor Aina Emir tampil dengan karya terbarunya, Wahai Kau Cinta. Ia mengisahkan Lisa yang trauma dengan kisah hidupnya. Dia pernah kecewa bercinta, pernah juga gagal dalam perkahwinan. Walaupun dia mempunyai pasa rupa yang cantik, namun dia berasa hidupnya tidak sempurna kerana nasib tidak sering menyebelahinya.

Kaysan, anak majikannya juga menaruh hati padanya. Namun, abang Kaysan iaitu Eshan kerap menunjukkan sikap yang tidak menyenangkannya. Sehinggakan dia sering menjadi buah mulut rakan di pejabatnya.

Hidupnya menjadi lebih tertekan apabila perlu menepati permintaan tayta dan jiddo yang mahu menjodohkannya dengan lelaki pilihan mereka.  Lisa bertambah buntu kerana dia masih belum bersedia untuk menerima kehadiran cinta dalam hidupnya.

Siapa yang akan menjadi pilihan hatinya setelah kisah malangnya sebelum ini? Kaysan, Eshan, Syed Khalil atau Muel? Ikuti kisah liku hidup, Khalisa dalam novel Wahai Kau Cinta… eksklusif hanya di e-Sentral. https://www.e-sentral.com/search/byid/19158/wahai-kau-cinta