Ulasan eBook: Cerita Kyra

Mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Kyra yang mempunyai tabiat buruk iaitu malas tetapi bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pabila dewasa kelak. Kyra yang sering malas membuat kerja sekolah telah merubah menjadi seorang yang lebih baik selepas dia di masukkan ke Kem Motivasi oleh ibu bapanya.

Perkenalan yang tidak disengajakan di antara Kyra dan Airil Hafizi, lelaki yang hampir-hampir melanggar Kyra di sekolah rupa-rupanya mempunyai pertalian saudara dengannya. Abang Aril merupakan seorang doktor dan merupakan doktor yang bertanggungjawab merawat datuk Kyra sebelum datuk Kyra menghembuskan nafas terakhir. Semangat kental yang ada pada abang Aril sedikit sebanyak telah memberi dorongan kepada Kyra untuk merubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kyra menjadikan abang Aril sebagai “role model” untuk dijadikan sebagai pembakar semangat untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Atas dorongan yang telah diberikan oleh ibubapa, guru-guru, rakan-rakan serta abang Aril sendiri. Kyra telah berjaya mendapat keputusan yang cermelang di dalam peperiksaan UPSR.

Novel awal remaja ini banyak memberi kesan yang positive kepada pembaca. Melalui penulisannya, penulis ingin memberi dorongan kepada pembaca untuk berusaha memajukan diri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Melalui watak yang diberikan, novel ini dapat memberi semangat baru kepada pembaca bagi mencapai cita-cita yang mereka hajati.

Penulis: Ozzah Haneefa

Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn. Bhd.

URL: http://www.e-sentral.com/search/byid/1647