Ulasan buku: Hijrah Carl

Selepas menjadi yatim piatu, Carl Haikal dihantar pulang ke Malaysia dari London untuk ditemukan dengan warisnya. Di Malaysia, Carl menempuh cabaran tidak diduga apabila terpaksa berdepan dengan kebencian berpanjangan neneknya terhadap ibu bapanya. Keadaan semakin sukar apabila dia dikatakan pembawa malang dan penyebab kematian sepupunya.
Ketika dia bergelut dengan segala cabaran, muncul Batrisya Nur menjadi sumber inspirasi untuknya berhijrah, mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik, yang rela berkorban demi orang-orang tersayang.

Melalui novel ‘Hijrah Carl’ ini penulisnya, Nuroll Shazlinda Hairul, cuba casino online memberi inspirasi dan motivasi, khusus buat remaja. Padat dengan mesej berguna untuk golongan remaja melalui watak bernama Carl, remaja yang pernah terpesong kemudian mengharungi pelbagai dugaan sebelum bangkit semula hasil dorongan sahabat sejati, novel ini memaparkan nilai persahabatan, pengorbanan, dan kasih sayang, yang dapat memberi inspirasi kepada pembacanya.
Sebagai penulis baharu, Nuroll Shazlinda dilihat berbakat dan berpotensi menjadi antara pengarang wanita yang disegani dalam dunia kesusasteraan Malaysia.

Kategori: Novel Remaja

Penerbit: Pelangi ePublishing Sdn Bhd

Harga: RM 9.99

URL: http://www.e-sentral.com/search/byid/1592