[REVIEW] MY MR.LOVE

MY MR.LOVE Oleh Cyda Yusof

 

Alya; di usia 30 tahun, hidupnya yang bahagia tiba-tiba menjadi kucar-kacir apabila soal kahwin menjadi isu utama oleh keluarganya. Kehadiran Mak Ngah yang menjadi match maker, kedinginan Encik Zafril, kehadiran kembali Razul yang menuntut kembali cinta Alya. Semuanya membuatkan Alya semakin buntu untuk memilih. “Oh Hujan bunga di Kuala Lumpur! Siapa bakal jodoh aku sebenarnya?-“- Alya


Kisah dimana seorang gadis bernama Alya yang bahagia dengan kehidupan solonya. Akan tetapi ramai orang disekelilingnya lagi-lagi ahli keluarganya yang menitikberatkan tentang jodohnya termasuklah ingin perkenankan dia dengan seorang lelaki. Dalam keadaan itu juga hadirnya beberapa orang lelaki termasuklah bekas kekasihnya datang untuk menambat hatinya. Akhirnya, siapakah pilihan Alya?

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/276717/MY-MRLOVE

[REVIEW] HEARTSHOT BUATMU IKHWAH

Heartshot Buatmu Ikhwah Oleh Troll Tarbawi & Al-Mutarobbi

 

Heartshot Buatmu Ikhwah ialah buku gandingan mantap Troll Tarbawi dan Al-Mutarobbi menyentuh pelbagai isu seperti isu ummat, futur dalam dakwah, kepentingan tarbiyah, manisnya ukhuwwah dan banyak lagi. Anda yang tidak kuat, jangan baca buku ini, kerana anda pasti akan kena heartshot!


Heartshot Buatmu Ikhwah mempunyai banyak makna tersirat yang boleh memberikan kesan terhadap diri seseorang semestinya dari sudut positif. Pesanan yang disampaikan sangat relevan dan boleh memberi pengajaran dalam hidup kita. Jalan cerita dan situasi yang diberikan memberi ruang untuk kita berfikir jauh dan buka mata serta minda kita. Nak tahu apa lagi menarik?

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/276573/Heartshot-Buatmu-Ikhwah

 

 

[REVIEW] #CHENTA

#Chenta Oleh Inche gabbana

#Chenta ialah kompilasi cerita-cerita pendek tulisan Inche gabbana yang menjadikan cinta sebagai temanya yang utama. Anda pasti akan jatuh cinta berguling-guling dengan buku ini!


#Chenta dipilih sebagai tajuk buku ini kerana dapat menghidupkan kita dengan cerita-cerita pendek dari pelbagai tema dari segi kehidupan, agama, kekeluargaan, persahabatan dan banyak lagi. Buku ini bukan sahaja dapat menghiburkan hati kita malah banyak lagi kisah-kisah yang menarik yang dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam diri kita. Setiap kisah yang ditulis memberikan dapat memberi kesan dalam diri kita. Nak tahu apa lagi yang menarik?

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/276572/Chenta

REVIEW[MASIH SEPERTI DULU]

Masih Seperti Dulu Oleh Azleya Shadzalin

Yang tersisa hanyalah rindu. Rindu ini tak pernah terhenti walau janji tinggal janji. AYU RANIA yang baru pulang dari Abu Dhabi bersama tekad ingin membalas dendam terhadap suaminya, Ryan Hazeq yang telah meninggalkannya tanpa khabar berita sehingga mereka terpisah selama lebih lima tahun. Ayu Rania dituduh curang dengan lelaki lain sehingga suaminya sendiri meninggalkannya. Disebabkan itu, bapanya telah mengusirnya dari rumah tanpa menyelidik terlebih dahulu puncanya. Tanpa berfikir panjang, Ayu Rania mengambil keputusan untuk ke Abu Dhabi. Di sana, dia ditimpa kemalangan dan mengalami kecederaan yang teruk di wajah. Ayu Rania dirawat dan dijaga oleh sebuah keluarga angkat dari Malaysia yang menetap di sana. Setelah pulang ke tanah air dan berjumpa sesuai dengan Ryan Hazeq, keadaan berubah sama sekali. Ryan Hazeq kembali merayu kasih Ayu Rania dan ingin bersama semula dengannya. Ayu Rania yang menyimpan dendam terhadap suaminya berkeras tidak mahu bersama semula. “Now, what? You dah sedar yang you sayangkan I? Macam tu? Mudahnya rasa sayang you tu. Boleh timbul bila-bila masa So, akan tenggelam bila-bila masa jugak, kan?” ~ AYU RANIA ALLAH temukan kita semula pasti ada sebabnya. You tahu sebab apa? Sebab DIA mahu kita bina semula apa yang pernah hampir runtuh antara kita.” ~ RYAN HAZEQ Apakah kesudahan di antara Ayu Rania dan Ryan Hazeq? Masih mampukah mereka kembali seperti dahulu andai yang tersisa hanyalah waktu? Bagaimanakah penerimaan bapa Ayu Rania yang telah mengusirnya dari rumah sebelum ini?


Rania dituduh melakukan pekara tidak elok sehingga suaminya meninggalkannya selama lima tahun tanpa khabar berita. Rania mengambil keputusan untuk pergi ke Abu Dhabi dan diasana Rania mengalami kemalangan yang teruk di wajahnya.Setelah Rania pulang ke tanah air Ryan Hazeq kembali merayu kasih Rania Idayu dan ingin bersama semula dengannya. Walau bagaimanapun, Rania Idayu tetap berkeras tidak mahu bersama semula. Apakah kesudahan di antara Rania Idayu dan Ryan Hazeq? Masih mampukah mereka kembali seperti dahulu

 

 

 

 

 

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/275133/MASIH-SEPERTI-DULU

[REVIEW] DIA JANJIKAN SETIA

Dia Janjikan Setia oleh Wan Nur Najihah

 

MARINA KHADEEJA – Seorang gadis yang ego dan anti lelaki. Dia saksi penderitaan ibunya yang hidup bermadu. Lantaran itu dia memilih untuk hidup dalam keadaan bencikan lelaki. Bertahun hidup dalam dunia ciptaan sendiri, kehadiran Izzhan mula mengganggu hidupnya. Hanya kerana satu pertemuan, dirinya terus dikejar. “Keikhlasan memang tak nampak, tapi saya boleh buktikan dan awak akan rasa keikhlasan saya. Saya betul-betul nak kawan dengan awak. Seumur hidup saya tak pernah jumpa perempuan macam awak. Tak sangka wujud lagi.” “Tak sangka perempuan jahat masih wujud?” UMAR IZZHAN – Dia tahu Rina bencikan dia. Dia tahu Rina bencikan semua lelaki. Tapi dia tidak peduli. Hatinya sudah berkenan pada gadis sombong itu. Hati Rina perlu ditawan. Berkali lamarannya ditolak, tetap Marina Khadeeja yang dikejar. “Tolong bagi peluang pada saya. Saya akan buktikan tak semua lelaki macam apa yang awak fikir. Masih ada lelaki yang setia. Terima saya sebagai suami awak.” Mereka berjaya disatukan tanpa kerelaan Rina. Tapi kebahagiaan yang diimpikan tidak mudah dicapai. Bukan mudah untuk merubah Rina. Hati batu Rina perlu dileburkan. Hanya satu jalan. Kesetiaan! Dia perlu setia. Belum lagi mengecapi bahagia, kesabarannya kembali diuji. “Saya terima Ainul jadi isteri kedua abang.” “Kau penipu. Selama ni kau tak pernah cintakan aku. Cinta kau palsu. Cinta aku pada orang yang salah. Orang yang langsung tak hargai aku.” Kesabaran yang dibina akhirnya runtuh. Sejauh mana sayangnya kepada Rina akan kekal andai cinta sucinya dipermainkan? Apa yang menyebabkan Rina menyerahkan Izzhan kepada Ainul? Siapa sebenarnya Ainul? Dan berjayakah Izzhan merubah Rina?

 


 

Novel terbaharu karya Wan Nur Najihah ini terdapat sedikit kelainan dalam plot dan jalan ceritanya. Tidak terlalu tipikal seperti novel-novel cinta yang lain kerana terdapat beberapa plot twist. Admin enjoy membaca kerana penggunaan bahasa dan susunan plot cerita yang digunakan oleh penulis mudah difahami. Tetapi pada awal penceritaan, admin rasakan watak Izzhan terlalu perfect dan romantis. Jalan cerita dalam novel ini juga dapat dihayati dengan baik terutama sekali apabila melibatkan watak Rina. Admin dapat merasakan kebencian terhadap lelaki dalam diri Rina. Akan tetapi sekeras mana pun hati Rina, sebagai perempuan, Rina tetap cair dengan pujukan lelaki. Rina akhirnya menerima Izzhan di dalam hidupnya tetapi dijanji untuk setia bersama. Malangnya, nasib Rina seperti ibunya. Hadirnya perempuan lain di dalam rumah tangga yang dibina sangat mengecewakan hati Rina. Apakah kesudahan yang akan berlaku? 

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/272101/Dia-Janjikan-Setia

[REVIEW] BIDADARI SALJU

Bidadari Salju oleh Mia Kiff

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu. Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.


Novel ini agak panjang jalan penceritaannya. Terdapat beberapa bahagian dalam novel sepanjang perjalanan hidup Kayra. Bermula dari umur 16 tahun sehingga umur 27 tahun. Lelaki yang pernah membenci Kayra kini amat cintakan dia. Plot cerita di dalam novel ini disusun dengan teratur dan imbasan kembali juga tidak mengganggu penceritaan tetapi terdapat banyak scene membuatkan readers perlu memahami cerita dengan betul. Bahasa yang digunakan oleh penulis juga agak straight forward. Bermula pada zaman sekolah,  Kayra Binti Ilias simiskin yang dibuli Hariz . Hariz juga mengedarkan kononnya gambar bogel Kayra sehingga digelar pelacur. Gambar tersebut sampai ke pengetahuan Pak Ilias dan Kyra dihukum seteruknya sehingga sampai tahap Kyra ingin membunuh diri. 8 tahun kemudian, Kayra bekerja di syarikat yang kebetulan milik keluarga Hariz. Hariz yang selama ini mencari Kayra untuk meminta maaf dan meluahkan rasa cintanya mula menggoda Kayra. Kayra melayan dengan motif untuk membalas dendam atas perbuatan Hariz terhadapnya 8 tahun dulu. Kemudian Kayra dan Hariz bertunang dalam paksa. Kayra cuba memutuskan pertunangan tersebut tetapi tidak berjaya. Rentetan pergaduhan dan pertelingkahan Kayra dan Hariz ditamatkan dengan berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Kehidupan selepas mereka berkahwin juga masih tetap tidak bahagia. Terdapat banyak konflik yang berlaku sehinggalah di hujung penceritaan novel ini. Novel ini recommended buat readers yang sukakan novel yang panjang jalan penceritaannya dan penuh dengan konflik. 

 

 

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/271642/bidadari-salju

[REVIEW] SAAT AKU BERPALING

Saat Aku Berpaling oleh Adry Tihani

Tidak mudah menjadi Nadhirah. Sejak kecil dia sudah biasa dicaci, dimaki, diherdik, dihina, didera dan dikecam. Malah mendapat bapa tiri kaki pukul dan kaki botol, babak pergaduhan antara Natrah dan Johan telah menjadi hidangannya saban hari. “Give me some money and I let her go.” – Johan “Kill her Johan! Do you really think that I would care?” – Natrah. Saat dirasakan dunianya gelap, muncul seorang lelaki menyelamatkannya. Dalam keterpaksaan, dia diterima dalam keluarga Tan Sri Malik dan Puan Sri Munirah. Fikirnya babak sedih dalam hidupnya akan berlalu pergi. Namun… “Kehadiran Nadhirah dalam keluarga ini adalah rahsia. Papa tak nak orang luar tahu pasal kewujudan dia. Faham?” – Tan Sri Malik. Beberapa tahun berlalu. Dia memilih untuk kembali ke Australia, menyambung pengajian di sana sambil meneruskan legasi ibunya. Di sana dia mengenali Imran. Lelaki yang mampu membuat hatinya yang mati kembali penuh dengan rasa. Dia mula menggantung harapan. “Jangan lah reject lamaran saya. Awak tak kesiankan saya ke? Kalau awak tolak, siapa lagi yang nakkan saya ni.” – Imran. Dalam diam, kehadiran Faliq, peguam muda a.k.a Penyamun Australia mengusik jiwa gadisnya. Dia terperangkap. Antara Imran dan Faliq, siapa yang harus dia pilih? “Saya sukakan awak. Sebab tu saya cari awak.” – Faliq Akhirnya rahsia yang merantai dirinya dan keluarga Tan Sri Malik terbongkar jua. Dia kecewa. Hatinya parah dilukai. Teganya lelaki yang dia sayang sepenuh jiwa merobek seluruh kepercayaannya. Dilukai berkali-kali, kali ini dia tekad. Dia jadi pendendam. Mengatur satu persatu rancangan asalkan hatinya puas dan dendamnya terbalas. Adakah Nadhirah berjaya dalam rancangannya? Apa yang terjadi pada keluarga Tan Sri Malik dan Puan Sri Munirah? Bagaimana pula kisah hidup Natrah dan Johan? Apakah hubungan Natrah dan Tan Sri Malik? Antara Imran dan Faliq siapakah yang layak bertakhta di hati Nadhirah? 


Novel Saat Aku Berpaling merupakan karya sulung penulis Adry Tihani. Hanya dengan membaca sinopsis sahaja telah membuat admin tertarik untuk membaca novel ini. Nadhirah merupakan seorang gadis yang sangat kuat dan tabah menjalani kehidupannya. Dibenci oleh ibu kandung sendiri, ditinggalkan oleh bapa kandung dan dihina oleh keluarga tirinya membuatkan Nadhirah menjadi seorang gadis yang kuat. Penulis juga membawakan kelainan dalam penulisan. Lain dari kebiasaan kebanyakan buku yang ada di pasaran yang hanya mempersembahkan kisah cinta semata-mata. Watak  di dalam novel dapat dipotretkan dengan baik sekali. Admin dapat melihat gelojak rasa dan gelodak jiwa Nadhirah. Dan apabila Nadhirah mengambil keputusan untuk berpaling dari keluarganya. Itu yang dipotretkan dalam keseluruhan novel ini. Kemuncak bila Nadhirah membalas dendam pada keluarganya. Storyline di dalam novel ini juga membuat admin ingin habiskan pembacaan tanpa henti. Cerita ini lebih difokuskan kepada watak Nadhirah dan kehidupannya berbanding kisah beliau bersama lelaki yang inginkan cintanya. Watak Nadhirah menjadi contoh bahawa wanita perlu kuat dan tabah untuk bangkit sendiri walaupun dikhianati oleh teman lelaki dan keluarganya. 

 

 

 

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/269530/saat-aku-berpaling