[SNEAK PEEK] AKU SUKA KAU BENCI

AKU SUKA KAU BENCI Oleh Tinta Biru

IZA merenung jam di pergelangan tangan. Sudah hampir pukul 8.30 pagi. Dia semakin gelisah menanti. Hari ini masuk hari ketiga pelajar tahun satu Kolej Kediaman Keempat di Universiti Malaya menjalani Haluansiswa. Semalam saja ramai yang telah dikenakan denda kerana datang lewat. Ada yang disuruh berjalan itik, ada yang dikenakan ketuk ketampi dan ada pula yang dipaksa lompat bintang. Oh, tolonglah… Dah macam pelajar sekolah pula. Sekarang ini mereka bukannya bertaraf pelajar sekolah lagi, tetapi mahasiswa di universiti. Jam di pergelangan tangan dipandang lagi. Mungkinkah hari ini dia turut didenda sama? Oh… Tidak. Tak sanggup rasanya dia dimalukan di hadapan khalayak ramai. Pintu tandas diketuk beberapa kali. Mia Sarah perlu diminta supaya cepat menyelesaikan ‘misinya’.

“Mia!!! Cepatlah… Kau buat apa lama-lama dekat dalam tu? Dah pukul lapan setengahlah. Nanti kita lambat.”

“Alah… Perut aku tengah meragam ni. Dari tadi tak lepas-lepas. Tak apalah, kau pergilah dulu. Aku rasa aku lambat lagi ni.”

“Biar betul kau ni? Dah berapa hari kau tak melabur dekat amanah saham ni? Sekali melabur sampai berjam-jam. Eh… Aku pergi dululah, ya. Aku takut kena marahlah.”

“Okey, tak apa. Kau pergilah dulu.” Mia Sarah terpaksa merelakan pemergian Liza.

Dia pun tidak mahu disebabkan dirinya, Liza akan dimarahi. Tapi agak-agaklah Liza, tak adalah sampai berjamjam dia bertapa di dalam ruang sempit ini. Ikutkan hati, dia pun mahu cepat sampai ke dewan, tetapi entah kenapa perutnya asyik meragam sahaja sejak malam semalam. Mungkin dia ada tersilap makan agaknya. Ataupun tekaknya masih tidak serasi lagi dengan makanan di sini.

SELESAI misinya tadi, Mia Sarah mula mengatur langkah menuju ke dewan. Berdebar-debar hatinya memandangkan dia sudah terlewat. Apalah agaknya denda yang akan dikenakan oleh senior kepadanya nanti? Jangan denda yang berat-berat sudahlah. Termengah-mengah dia menuruni anak tangga memandangkan biliknya berada di tingkat tiga. Sudahlah tangganya kelihatan berpusing seperti bulatan. Naik pening kepalanya kerana menuruni tangga dengan laju. Sampai sahaja di dewan, suasana seakan-akan sunyi. Seorang pun tidak berada di dalam dewan.

“Eh… Mana semua orang pergi ni?” Timbul rasa cemas dalam hatinya.

 

****

Mak Bedah bergegas menuju ke pagar rumah. Terdapat sebuah kereta berwarna hitam sedang menunggu di luar. Dengan perasaan waswas, Mak Bedah membuka pagar dan menjenguk-jenguk ke arah kereta hitam itu. Tiba-tiba pintu kereta dibuka. Keluar dua orang lelaki Cina yang kelihatan garang sekali.

“Itu Derus pigi mana?” sergah lelaki yang tinggi sikit. Bermisai lebat dan rambut panjang paras bahunya diikat rapi.

Mak Bedah kecut perut. Ada apa hal pula kedua-dua lelaki yang berlagak samseng ini mencari suaminya?

“Er… Saya tak tahu.”

“Apa pasai talak tau? Lu bini dia, kan… Mesti lu tau punya.”

“Dah lama dia tak balik rumah. Manalah saya tahu…” Mak Bedah memberanikan diri menjawab padahal dalam hati sudah kecut perut.

“Okey, talak apa. Derus tak ada, tak apa. Janji lu ada. Wa manyak pelik sama itu Derus, lumah manyak besar, lumah olang kaya. Tapi… apa pasai mau pinjam sama along maaa…”

Mak Bedah terkejut. Rasa hendak saja dia tumbang di situ sekarang juga. Berita yang diberitahu amat memeranjatkannya. Pak Derus ni memang melampau betul. Tidak cukup-cukup lagi dengan duit hasil jualan barangan dari rumah ini, sekarang dia meminjam duit dari along pula. Memang mencari nahas betul. Bukan Pak Derus saja yang akan menghadapi masalah besar, malah keluarganya juga akan terkena tempiasnya.

“Er… Saya tak tau. Saya… tak tau fasal tu…” Takut-takut Mak Bedah menjawab tambahan pula melihat muka bengis kedua-dua lelaki itu. Rasa seperti hendak menelannya hidup-hidup saja.

“Wa tak kisah lu talak tau pun. Yang wa tau… hutang Derus lu bayar. Talak banyak maa… 15k saja. Minggu depanwa datang sini tuntut itu duit. Kalau talak, bunga tambah lagimaaa… Okey. Wa cau dulu.”

Kereta hitam dipecut laju meninggalkan Mak Bedah yang hampir terkulai layu. Lemah segala urat sendinya. Kali ini hidupnya betul-betul malang. Sudah jatuh ditimpa tangga. Lepas satu, satu malang datang menimpa. Apa yang harus dilakukannya saat ini? Nyawanya terasa seakan-akan hampir melayang. Setapak demi setapak Mak Bedah melangkah ke dalam rumah.

Dia terus menuju ke bilik Nora. Ingin memberitahu perkhabaran buruk tersebut kepada Nora. Sekurang-kurangnya anak bongsunya itu ada sebagai tempat dia meluahkan perasaan. Pintu bilik diketuk berkali-kali. Nama Nora dilaung, namun tidak berjawab. Dada Mak Bedah rasa berdebar. Terus dia memulas tombol pintu. Kosong. Nora tidak ada di dalam bilik. Hanya kelihatan sebuah Toto dan bantal yang digunakan oleh Nora di atas lantai. Pakaiannya juga sudah tidak ada. Jangan-jangan Nora juga mengikut jejak Norli yang keluar dari rumah.

Mak Bedah mendekat ke arah bantal yang digunakan oleh Nora apabila terpandangkan sepucuk surat di situ. Sudah pasti surat itu daripada Nora. Nasib baiklah Mak Bedah boleh juga membaca walaupun dalam keadaan merangkak. Perasaan berdebar semakin kuat menghentam jiwa. Sampul surat dibuka, sekeping surat daripada Nora ditatap dan dibaca perlahan-lahan.

Assalamualaikum, mak…

Saat mak baca surat ni, Nora telah pergi jauh dari sini. Tak perlulah mak cari Nora. Nora minta maaf banyak-banyak sebab terpaksa tinggalkan mak sendiri. Dah pasti mak marahkan Nora, kan. Dahlah Kak Norli tinggalkan mak, sekarang Nora pula.

Nora minta maaf mak, bukan niat Nora nak tinggalkan mak sendiri. Tapi Nora rasa bersalah sangat dekat mak. Perasaan bersalah ini semakin kuat terasa bila Nora pandang wajah mak. Sebab itulah Nora pergi menjauh.

Mak nak tahu sangat siapa anak dalam kandungan Nora, kan? Entahlah, kadang-kadang rasa nak marah dekat mak pun ada. Mungkin mak tak sedar, segala yang terjadi berpunca daripada diri mak sendiri.

Anak di rumah mak tinggalkan, sedangkan mak pergi menjaga Mia pula. Nora dah cakap, tak nak tinggal seorang kat rumah. Sebab Nora rasa semacam. Dan memang betul, perkara tak elok terjadi kepada Nora.

Pada suatu malam… Nora memang takkan lupa raut wajah yang Nora hormat selama ini sanggup mencemari maruah Nora. Siapa lagi? Siapa lagi kalau bukan suami mak sendiri…

Untuk kesekian kali, Nora minta maaf lagi… Perginya Nora bukan untuk membunuh diri atau apa… Anak yang Nora kandung ni tak berdosa, tak bersalah langsung. Nora cuma pergi mencari tempat perlindungan yang terbaik untuk diri Nora dan anak ini.

Terima kasih atas segala jagaan mak kepada Nora selama ini. Halalkan segala makan minum dan pakai Nora. Maafkan kekhilafan anakmu ini.

Sekian,

Nora.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/93887/aku-suka-kau-benci

[SNEAK PEEK] TIBA-TIBA, DIA ADA

TIBA-TIBA, DIA ADA Oleh Rehan Makhtar

TANGISAN silih berganti menyapa telinga aku. Aku sendiri dah penat. Dah bengkak mata. Mama Ayie menitiskan air mata tak henti-henti. Biarpun Ayie dah sedar tapi penjelasan doktor kepada kami sebentar tadi memang boleh buat hospital ini banjir dengan air mata kami semua.

Apabila aku khabarkan kepada mereka semua yang Ayie disahkan menghidapi prosopagnosia ataupun face blindness iaitu kesukaran mengenali wajah orang termasuk wajah yang dah dia kenal, masing-masing hampir jatuh terkulai ke lantai.
Aku sendiri pun baru tahu kewujudan penyakit macam ni di dalam dunia. Tak ramai menghidapinya. Kesnya sangat sikit di dalam dunia ini. Dan, sadisnya Ayie adalah termasuk antara 2.5 peratus tersebut. Jumlah yang sangat minor tapi siapa sangka apabila Allah mahu menduga?
Kata doktor pakar, Ayie bertuah sebab hanya otak bahagian kanan saja yang cedera. Kemungkinan nak sembuh itu ada tapi entah bila. Atau boleh jadi tak sembuh langsung.
“Arya okey ke?”
Aku angguk apabila tangan mama menyapa bahu aku.
“Macam mana boleh jadi macam ni?” soal papa pula. Cukup perlahan.
Aku kerling mama dan papa mertua aku, juga dua orang kakak Ayie. Wajah sugul, pucat-lesi tak payah nak cakap. Kemudian aku pandang papa di depan mata. Jambang dan misai dah tumbul meliar. Sebiji nampak macam atuk dah rupa papa sekarang.
“Entahlah, pa… Kata doktor, otak Ayie ada kecederaan sikit dekat fusiform gyrus. Bahagian bawah, belakang otak. Entah… Arya tak faham sangat dan tak tahu. Katanya kalau sebab kemalangan macam ni, Ayie boleh sembuh… eventually. Bergantung pada cara kita merawat. Kalau daripada keturunan tu lagi teruk, kata doktor. Tapi, buat masa sekarang ni, doktor dah sahkan tahap prosopagnosia Ayie. Masih boleh dirawat sebab dia tak adalah sampai tak kenal wajah sendiri. Mujur juga otak dia yang cedera itu pada hemisphere kanan aje,” beritahu aku separuh berbisik. Dah tak berkudrat mana sebenarnya. Letih tubuh, letih lagi hati.
Tak mampu aku bayangkan kalau sampai Ayie tak mampu nak cam wajah dia sendiri. Apalah nasib dia dan nasib aku ni? Aku bukan doktor untuk rawat dia. Aku isteri yang menyayangi dia. Yang akan sentiasa ada di sisi dia tapi aku bimbang apabila renungan Ayie kepada aku kosong, tidak seperti biasa. Kaku bagai melalui musim salji. Takut sangat dia menolak kehadiran aku apabila tak mampu nak cam aku ni isteri dia.
Aku senyum kelat kepada mama dan papa yang setia menemani. Aku nak menangis tapi dah banyak air mata tumpah. Sekarang ni, aku perlu kuat. Sekuat-kuatnya. Sebagaimana kuatnya aku ketika pertama kali menerima Ayie dalam hidup aku.
Melihatkan Mama Resa dan Papa Zaf, mereka lagilah parah jiwa. Yalah, anak yang dikandungkan berbulan-bulan, sukarnya nak bawa ke dunia, lepas itu dibesarkan dengan penuh kasih sayang, alih-alih macam ini jadinya. Pastilah kecewa menggunung.
“So far, tahap intelektual Ayie tak terjejas langsung. Tak ada kena-mengena ingatan dia dengan penyakit dia tu. Dia cuma tak boleh nak cam rupa kita semua dan ada sikitsikit perkara itu, dia mungkin lupa. Dia masih ingat dia belajar dekat mana, kursus apa, ada keluarga tapi tak boleh nak ingat rupa. Dia ingat nama dia, siapa dalam keluarga… Itu dah kira sangat bagus, pa… ma. Yang paling menakutkan…”
Aku pandang mama dengan papa dengan air mata yang berjejer ke pipi buat pertama kalinya selepas Ayie kemalangan dan lepas dia sedar daripada koma. Rasa tak tahan apabila aku dengar sendiri Ayie cakap macam tu kepada aku.
“… Dia tanya Arya, Arya siapa lepas mama dan papa dia kenalkan diri. Dia renung wajah keluarga dia dan bila Arya dekat, dia tanya Arya siapa? Dia tak kenal langsung Arya dan dia macam tak ingat dia ada isteri. Arya dah jadi orang asing dekat Ayie…” Aku ketap bibir. “… a stranger, ma,” sambung aku.
Mata aku memandang mama dan papa. Kabur. Air mata terus menitis laju. Mama tarik aku ke dalam pelukan. Dugaan lain-lain, kata ma. Tapi, aku macam perit sangat apabila dugaan untuk aku macam ini. Sudahlah tak kenal wajah dan dia tak ingat yang dia ada aku sebagai isterinya.
“Sabar, sayang…” Mama memujuk lembut. Dia pun dah teresak-esak.
Papa mencangkung di depan aku. Mereka yang lain dah masuk ke dalam bilik Ayie. Aku dah tak sanggup nak masuk jumpa dia. Patah riuk jiwa aku apabila dengar Ayie tanya aku siapa dan kenapa aku selalu ada di sini. Macam aku ni suka menyibuk pula.
Berkali-kali aku katakan aku ialah isteri dia, dia tetap tak boleh nak terima. Dia tak membentak tapi renungannya kepada aku ternyata kosong. Tak ada nyawa. Tak ada rasa dan tak ada… cinta.
SEMINGGU.
Dua minggu.
Tiga minggu dan akhirnya hampir mencecah sebulan. Masa berlalu begitu pantas, meninggalkan aku yang terkial-kial sendiri. Ayie dah keluar hospital minggu lepas. Hanya perlu datang untuk buat rawatan susulan aje lepas ni. Urusan pengajian Ayie pun Papa Zaf dah selesaikan dengan pihak universiti. Worst come to worst, Ayie kena tangguh satu semester kata Papa Zaf tapi pada aku, worst come to worst… kami akan jadi macam orang asing.
Aku dan Ayie macam kawan biasa aje sekarang. Apabila aku temankan dia makan, hanya perkara-perkara biasa yang kami bualkan. Seperti beberapa hari lepas.
Rutin harian aku. Kejutkan Ayie bangkit menunaikan solat subuh. Siapkan pakai dan makan dia serta temankan dia hampir dua puluh empat jam sehari. Biarpun dia pandang aku macam aku ini makhluk daripada Marikh aje.
Setiap hidangan aku yang sediakan. Kata mama, setidak-tidaknya lidah dia rasa masakan aku. Apabila dah redup, matahari dah menyembunyikan diri di balik awan, aku ajak dia lepak di laman.
Masa aku temankan dia di hospital pun, dia banyak kali tanya kenapa aku temankan dia? Kenapa nak susahkan diri untuk dia? Kenapa itu, kenapa ini? Semua yang aku buat dia persoalkan. Apabila aku tak jawab, dia pun berhenti menyoal dengan sendirinya.
“Arya dah makan?”
Aku kalih sikit. Nampak Mama Resa di muka pintu dapur. Memegang sebakul pakaian kotor, memandang aku yang sedang membersihkan pinggan terakhir di dalam singki lepas makan tengah hari tadi.
“Kejap lagi, ma…” Aku senyum. “Nanti makan sambil temankan Ayie makan.”
Kami semua tahu, biarpun Ayie dah makin sihat tapi doktor memang tak bagi dia buat apa-apa kerja yang berat lagi. Sudahnya, dia banyak kurungkan diri di dalam bilik. Kadang-kadang apabila mamanya sendiri masuk ke bilik dia, dia tanya itu siapa. Tapi rasanya sejak akhir-akhir ni, dah ada berita baik. Dia dah dapat cam siapa mama, siapa papa, siapa kakak-kakak dia, daripada lenggok tubuh, rambut, suara dan bau. Aku pun dia dah cam tapi dia tetap kata dia tak boleh ingat aku. Segalanya tentang aku dia tak boleh nak ingat.
“Arya kena makan dulu. Masa makan tengah hari tadi pun, Arya tak makan. Kami aje makan. Arya kena makan, baru ada kudrat nak jaga Ayie. Kalau Arya rebah tersungkur nanti, mama dengan papa nak harapkan siapa lagi nak pulihkan Ayie?” soal Mama Resa kepada aku.
Aku menundukkan wajah. Bilasan terakhir siap. Aku tutup paip. Mengelap tangan yang basah kemudian duduk di atas kerusi di tengah-tengah ruang dapur. Sejak Ayie keluar dari hospital, mama dan papa suruh aku tinggal di rumah keluarga Ayie. Temankan Ayie. Temankan jasad yang bagaikan tak ada jiwa itu.
“Arya bukanlah tak yakin, mama… Tapi macam tak kuat.” Aku sengih mengaku apa yang ada dalam hati aku sekarang ini.
Mama Resa mendekati. Dia letak bakul baju kotor itu di depan pintu bilik air. Lepas tu dia duduk di depan aku. Menarik tangan aku lalu diramas lembut. Pandangan dia pilu. Hati aku lagilah pilu dan sebu.
“Arya kena kuat. Ayie kena tahu, Arya ialah perempuan yang temani tidur dia setiap hari. Yang berkongsi hati dan rasa dengan dia. Mama percaya hanya Arya saja boleh bantu Ayie pulih. Arya jangan macam ni. Jangan sedih, jangan tak makan…”
“Arya…” Kata-kata tu terpaksa aku telan semula apabila aku angkat pandangan, mata aku bertaut dengan mata Ayie yang entah sejak bila berdiri di muka pintu masuk ke dapur.
Mama kalih. Dia diam. Aku lagilah kaku. Rasa nak berlari peluk Ayie tapi buatnya dia membentak karang, lagilah merana jiwa aku.
“Ayie nak makan?” soal mama lembut.
Ayie angguk. Dia menapak mendekati kami. Mama tarik kerusi untuk Ayie. Sedang elok Ayie duduk, aku terus angkat tubuh lantas berpaling ke arah kabinet. Konon nak siapkan makanan, padahalnya nak sembunyikan air mata aku yang bergenang tiba-tiba.
Hati isteri mana yang tak luluh kalau suami yang dulu nakal dan merayu-rayu, tapi sekarang ni pandang isteri sendiri bagai patung bernyawa? Ada masanya aku rasa pandangan Ayie sangat jengkel terhadap aku. Boleh jadi dia rasa aku ni penyibuk. Orang tak hendak, aku pula yang tersua-sua.
“Ayie nak makan?” Aku dengar mama menyoal.
Aku hanya memasang telinga dan cepat-cepat menyeka air mata yang dekat nak menitis. Dah terlalu banyak air mata tumpah di dalam rumah ini. Aku perlu kuat. Sepertimana mama dan papa percaya, mama dan papa Ayie percaya, aku kena jadi sepertimana yang mereka yakin. Aku ini Aryana binti Mohd Mukhlis. Lahir bersama kesabaran dan kekuatan mama menghadapi dugaan.
“Ayie tahu siapa ni?”
Aku berpaling sikit apabila mendengar mama tanya soalan macam itu. Mama tepuk dada sendiri. Itulah soalan yang ditanya setiap hari dan setiap kali. Ayie pandang mamanya. Senyum tawar lalu angguk. Tak ada suara pun. Lemau aje. Tak macam Ayie yang aku kenal. Lelaki yang ghairah meraih cinta aku satu waktu dulu.
“Mana kenal? Dapat cam wajah mama?” Bergenang air mata Mama Resa bertanyakan soalan itu kepada anak lelakinya. Aku pun dapat rasa sebak itu.
Ayie geleng tipis lalu tunduk. Memegang lengan yang masih ada parut kesan daripada kemalangan itu. Kemalangan akibat kecuaian pemandu lain yang keluar simpang tanpa melihat jalan utama.
“Ayie dapat cam susuk tubuh mama dan bau haruman mama. Haruman ni Ayie ingat sejak Ayie kecik lagi, macam inilah bau mama…”
Mama Resa tekup mulut. Air matanya mengalir laju menuruni pipi. Pilu sungguh keadaan ini. Tiada siapa mengerti perasaan seorang ibu. Tangan Ayie ringan menyentuh pipi mamanya.
“Kenapa mama nangis?” Disapunya air mata mamanya.
“Mama gembira Ayie dah semakin sihat…”
“Tapi Ayie tetap tak mampu ingat wajah mama… Papa… Kakak…” bicara Ayie mati. Dia kalih memandang aku dengan pandangan itu lagi.
Kosong.
Aku tak beralih. Hanya membalas renungan Ayie. “Dan siapa dia…”
Aku tunduk mengetap bibir bawah sekuat hati. Janganlah aku meroyan, melalak, melolong masa ini. Ayie perlu diubati. Penyakit ini tak bahaya dan cara rawatannya juga mudah. Cuma tinggal ruang dan peluang yang Allah berikan saja nanti. Kalau kata Allah nak Ayie sembuh, dia akan sembuh. Kalau tidak, kami akan terus berusaha. Allah tak suka kepada orang yang putus asa.
Kami hanya perlu beritahu dia setiap hari. Minta dia cam lenggok badan, bau badan, suara, rambut dan yang paling aku nak dia cam… hati aku ni. Hati yang menjadi milik dia.
“Dia isteri Ayie…”
Ayie senyum. Tetap hambar. “Tahu… Semua orang cakap tapi…” Dia berjeda lagi.
“… macam pelik mama dan papa pilih dia…”
Apa maksud Ayie macam pelik mama dan papa dia pilih aku? Hei, dia mungkin tak ingat tapi dia kena tahu, bukan mama dan papa dia pilih aku tapi dia dah lama jatuh cinta dekat aku.
“Ayie cintakan dia daripada awal. Sebelum kami pinangkan Arya untuk Ayie…” Macam mengerti perasaan dan apa yang bermain di dalam kepala aku, Mama Resa bersuara sambil mengerling kepada aku.
“Ayie tak ingat dia, mama… Tak dapat cam langsung. Setidak-tidaknya mama, papa, kakak… Ayie dapat cam sesuatu lepas semua mengaku keluarga Ayie tapi dia…” Ayie menggeleng.
Aduh. Sakit sungguh hati aku tertusuk dengan kata-kata Ayie. Dia? Apa maksud Ayie dengan ‘dia’ tu? Dia yang dimaksudkan tu ialah aku, Aryana. Masa ini memang rasa sangat jauh. Tersangat jauh. Kami dekat, sangat dekat tapi hakikatnya kami sangat jauh dan terasing.
Sebilik, sekatil malah ada masanya sebantal tapi hanya dua jasad yang terasing tanpa rasa.
“Ayie akan cam siapa Arya. Ayie cuma perlu buat macam mana Ayie cuba cam mama, papa, Auni dan Aina… peka dengan bau, lenggok dan suara Arya. Ayie akan pulih.” Mata kami saling memandang. “Tapi, Ayie kena cuba bersungguh-sungguh. Tak boleh sambil lewa. Nanti Ayie lambat nak pulih…” Bergetar suara aku mengeluarkan katakata.
Ayie tunduk lama. “Saya takut dalam masa saya nak cuba cam tu, saya akan terus menyakiti hati awak, Aryana…” Dia panggung kepala.
Saya? Awak?
Allah… Sakit telinga aku dengar. Rasa jauh benar hubungan kami ini. Rasa orang asing sungguh.
“Ayie akan ingat dan terus cam Arya…” Aku senyum pahit dan berpaling semula. Menarik pinggan daripada kabinet atas kemudian membuka periuk nasi.
“Cuma masa yang akan tentukan,” sambung aku dalam tekak.
Air mata aku jatuh lagi.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/93882/tiba-tiba-dia-ada

[REVIEW] EVOLUSI SI NAKAL

EVOLUSI SI NAKAL Oleh Almar Nalea
Ketenangan hidup AWINA SYAFINI, seorang gadis yang berlagak kasar tetapi sangat manja bergoncang apabila dia menjadi saksi kepada satu kes pembunuhan kejam oleh konco-konco John. Hadirnya QALIFF FIRDEE, si nakal yang handal dalam sukan drift dalam hidup Awin sebagai penyelamat nyawanya. Atas keselamatan Awin, Firdee menyembunyikan Awin di dalam sebuah rumah pusaka daripada penjahat. Telatah Firdee yang suka mengusiknya selalu menaikkan angin Awin. “Suka kat kau?Uwek! Uwek! Nak termuntah hijau aku dengar. Tak ingin aku nak suka kat kau. Aku benci! Benci! Benci dengan kau! Meluat aku tengok kau tahu tak?” – AWIN “Kau jangan… Kau cakap benci, nanti suatu hari kau cinta! Cinta! Cinta! Dan cinta kat aku, baru padan muka kau. Baru terhegeh-hegeh nak merayu kat aku. Kita tengok nanti.” – FIRDEE Usik-usik, marah-marah. Lama-lama jadi suka. Lama-lama jadi cinta. Namun seperkara yang Awin tidak tahu, Firdee mempunyai hubungan yang rapat dengan seorang janda muda beranak satu iaitu Lisa dan anaknya, Raiyan. Firdee melayan Raiyan seperti anaknya sendiri. Lisa dan Awin ibarat langit dan bumi. Lisa jauh lebih baik daripada Awin dan mempunyai ciri-ciri idaman setiap lelaki. Awin yang disembunyikan di rumah pusaka itu sudah tidak betah duduknya apabila Firdee tidak datang menemuinya selama dua minggu. Dia tahu Firdee punya seseorang yang lebih istimewa di luar sana. Dirasakan mungkin Firdee terdesak mengurungnya di situ. “Ya! Memang saya tak sabar nak pergi dari sini. Tak sanggup nak tunggu bila awak nak lepaskan saya. Saya tak mahu awak terpaksa simpan saya, terpaksa jaga saya kalau hati awak tak rela. Sekarang saya betul-betul percaya yang awak nak jaga saya daripada mereka yang sedang buru saya kat luar sana sebab saya terdesak! Kan?!” – Awin “Kalau kau nak tahu sangat… Ya! Betul apa yang kau katakan tu. Kau terdesak, aku memang terpaksa jaga kau selama ni!” – Firdee Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dek cinta yang tak diluah, kedua-duanya terseksa menanggung rasa. Bahana kata-kata Firdee itu, Awin pergi membawa diri meninggalkan sepucuk surat yang memberi seribu satu penyesalan kepada Firdee.

 Admin suka sangat dengan jalan cerita novel ini, tak cliche dan bukan typical kahwin paksa macam kebanyakkan novel cinta yang lain. Admin suka dengan watak Firdee dan Arwina ni, gaduh-gaduh manja tapi still caring and loving. Demi keluarga tercinta mereka korbankan hati dan perasaan masing-masing. Sedihkan…….. Tapi readers jangan risau, ending novel ini memang takkan menghampakan anda.
So, itu adalah ulasan buku yang dapat admin kongsikan kepada readers pada hari ini. Kalau readers nak dapatkan ebook ini, boleh klik pada link di bawah.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/93884/evolusi-si-nakal

[SNEAK PEEK] SUAMI EKSPRES

9789670890142r-medium
SUAMI EKSPRES Oleh Fieyta An Nisa

MALAM ITU, sedang asyik Adriana mengemas barang-barang yang ingin dibawa pulang esok, dia menyambung kembali tugasnya yang tergendala pada petang tadi. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk erat dari belakang. Tanpa menoleh ke belakang dia sudah tahu si empunya diri hanya dengan bauan minyak wangi. Lagi pula siapa yang berani memeluk erat dirinya kalau bukan suaminya sendiri.

“Abang… Riana tengah kemas barang ni,” tegur Adriana perlahan, mahu menyambung kembali kerja yang tergendala pada petang tadi. Faris semakin mengeratkan pelukan di pinggang Adriana. Dia sengaja mahu mengusik isteri solehahnya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia kini seakan-akan tidak mahu berenggang dengan isterinya. Seakan-akan ada magnet yang menarik supaya dia selalu di samping isterinya itu. Mungkinkah ini dikatakan manisnya cinta kepada yang halal? Cinta selepas nikah, pada jalan yang halal. Kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, semakin banyak kemanisan yang kita teguk  sebelum bernikah, semakin banyak kepahitan yang terpaksa kita telan selepas bernikah.

“Abang tahu, sayang. Nak abang tolong tak?” bisik Faris.

“Tolong duduk jauh-jauh sikit. Sikit aje lagi yang Riana tak habis kemas ni,” ujar Adriana sambil berusaha merungkaikan pelukan di pinggangnya.

“As your wish, dear. Tapi jangan lama-lama tau. I have something for you, sayang. I’m waiting.” Faris mengalah, dirungkaikan pelukan di pinggang isterinya. Kakinya melangkah ke arah katil. Dia berbaring di atas katil sambil matanya ralit memerhati wajah Adriana yang bersungguh-sungguh mengemas  barang. Comel wajah isterinya. Beruntungnya dia memiliki isteri solehah yang sentiasa menjaga aurat dan  maruahnya.

‘Apa mahar yang diperlukan untuk meminangmu di syurga nanti, sayang?’ monolog Faris sendirian sedangkan matanya tidak lepas daripada memandang Adriana. Adriana menelan air liur yang seakan-akan tersekat di tekak. Renungan Faris mendebarkan. Dia sengaja berpura-pura tenang sedangkan hati hanya Ilahi yang mengerti.

Renungan suami yang mampu membuatkan dia seperti kekurangan oksigen di dalam bilik hotel itu. ‘Abang, tolong
jangan tenung Riana macam tu. Rasa macam nak tercabut dah jantung ni!’

Faris sedar tingkah laku Adriana mula gelabah apabila dia merenung isterinya lantas dia tergelak kecil melihat telatah isterinya itu. Sikap pemalu yang menebal itu kadangkala menyebabkan dia semakin sayang kepada bidadarinya itu. ‘Malu itu perisai orang beriman,’ bisik hati kecilnya perlahan.

“Sayang, dah sudah kemas?” soal Faris apabila dilihatnya barang-barang yang tersusun tadi kini sudah tersusun kemas.

“Dah!” Adriana menelan air liur. Dia menarik nafas untuk menenangkan hati  sendiri.

“Mari dekat abang…” ajak Faris sambil dikenyitkan matanya. Sengaja mahu mengusik Adriana yang nampak cemas. Adriana melangkah perlahan menuju ke arah Faris yang sedang berbaring di atas katil. Sengaja ditundukkan kepalanya memandang karpet, segan dengan renungan suami sendiri. Faris sudah tergelak kecil. Geli hati melihat telatah Adriana.

“Sayang, karpet tu lagi handsome daripada abang, ya?” Faris giat mengusik.

“Errr…” Adriana kelu sendiri. Mestilah Faris lagi kacak daripada karpet merah yang ditenungnya sebentar tadi.

“Meh, duduk dekat abang,” pelawa Faris sambil menarik perlahan tangan Adriana. Dia lantas duduk di atas katil itu. Adriana akur dengan permintaan Faris, sedar tanggungjawab seorang isteri untuk menghiburkan suaminya. Dia tersenyum manis sambil membalas renungan Faris sebentar tadi. Tidak sampai tiga saat, dia kembali melarikan pandangannya. Segan mahu terus membalas renungan Faris. Faris sudah mengukir senyum. Dia masih merenung wajah isterinya. Seakan-akan tidak puas merenung wajah polos itu. Seakan-akan ada kuasa yang mahu dia terus merenung wajah isteri kesayangannya itu. Nikmatnya apabila cinta itu sudah halal.

“Sayang… Abang ada something untuk sayang. Special for my dear. Hanya untuk bidadari kesayangan abang ni…” balas Faris lantas sempat dikucupnya dahi Adriana.

Kemudian dia bangun menuju ke almari solek. Adriana terpegun pada saat melihat Faris mengeluarkan sekotak hadiah dan sekeping kad yang berwarna ungu. ‘Arggghhh, romantiknya Mister Faris a.k.a suami soleh aku ini.’
Faris sudah tersenyum melihat Adriana yang kelihatan terpegun. Bulat terus mata isterinya pada saat itu. Nampak makin comel pula. Sedang asyik dia menyusun langkah menuju ke arah Adriana, kakinya tersadung karpet merah tadi. Bagai nangka busuk jatuh menyembah bumi apabila badannya jatuh terjelepok di hadapan isterinya sendiri. Malu jangan cakaplah, sudah setebal Kamus Dewan dirasakan pada saat itu. Masa nak tunjuk macho ni jugalah dia nak jatuh, kan? Sumpah dia rasa segan! Hilang terus suasana romantis sebentar tadi. Adriana mula panik. Cepat-cepat dia bangun, mahu membantu suaminya.

‘Faris jatuh? Okey ke tak suami aku ni? Mana aku larat nak angkat tubuh sasa suami aku jika kecederaannya serius. Hesy, apa yang aku merepek ni?’ Adriana menepuk perlahan dahinya. Bertuah punya isteri! Suaminya sedang sakit boleh pula otaknya melayang ke tempat lain.  Astaghfirullahalazim…

“Abang okey tak?” soal Adriana risau. Dahi Faris sudah berkerut menahan kesakitan. Dia cuba mengukir senyuman walaupun dia tahu senyumannya hambar pada saat itu. Adriana cuba membantu Faris untuk bangun. Kasihan melihat suaminya yang jatuh terduduk sebentar tadi. ‘Isy, macam manalah Mister Faris ni boleh jatuh?’

“Abang, are you okay?” tanya Adriana lagi, risau melihat Faris yang masih tidak menjawab soalannya sebentar tadi. Faris melemparkan senyuman, tidak mahu Adriana terlampau panik melihat keadaannya. ‘Sayang juga Adriana dekat aku, kan?’

“I’m okay, sayang. Cuma punggung ni rasa kebas sikit.” Bibir Faris masih lagi mengukir senyuman. Sudah berkurang sedikit kesakitan yang dialaminya. ‘Alahai, macam manalah dia boleh jatuh?’ Rasa malu akibat jatuh tadi melebihi rasa sakit yang dialaminya sebentar tadi.

“Betul ni?”

“Betullah sayang…” Faris mencubit perlahan pipi Adriana. Adriana menghela nafas lega. Alhamdulillah… Sempat pula Faris mencubit pipinya sebentar tadi, petanda yang suaminya benar-benar okey.

“Sayang… Ni untuk sayang. Just for you.” Faris mengambil hadiah yang terjatuh sebentar tadi.

“Thanks abang…”

“Sayang suka?” tanya Faris. Tangannya mula bermain-main dengan rambut Adriana. ‘Gulp! Alamak! Mood romantis Faris sudah datang kembali.’

“Mestilah suka. Hadiah free, kan?” sakat Adriana. Lama sudah dia tidak menyakat Faris. Selalunya Faris asyik menyakat dia. Mungkin hobi terbaru Faris menyakat dia agaknya.

“Amboiii, nakal…” balas Faris.

“Boleh Riana buka sekarang?” pinta Adriana.

“Boleh, Riana.”

Adriana terpegun pada saat dia membuka hadiah daripada Faris. ‘Eh, Faris hadiahkan aku bantal peluk? Uniknya. Jarang suami nak hadiahkan bantal. Selalunya orang kasi bunga.’ Tapi bagi Adriana yang alahan dengan bunga, dia bersyukur Faris tidak menghadiahkan dia bunga. Memang sejak kecil dia alahan dengan bunga. Jika perempuan di luar sana lebih menggemari bunga, tetapi tidak dia.

“Bantal peluk?” soal Adriana. Dibeleknya bantal  peluk yang bersaiz kecil itu. Cantik, ada gambar kartun lelaki dan perempuan yang di tengah-tengahnya ada bentuk hati. Unik sekali bantal peluk yang berwarna merah jambu itu.

“Haah, kenapa? Tak suka? Nak tahu kenapa abang  bagi bantal peluk?”

“Mestilah Riana suka. Suka sangat-sangat. Kenapa abang?”

“Sebab nanti bila Riana dah balik universiti, Riana tidur sorang-sorang, kan? Abang tak ada nak temankan Riana. So, bila rindu bolehlah Riana peluk bantal tu. Tapi kalau abang ada, jangan harap Riana boleh peluk bantal tu,” bisik Faris nakal. Adriana menggaru kepala yang tidak gatal. ‘Eh, kenapa tak boleh nak peluk pula? Habis tu hadiah ni nak buat apa? Perhiasan?’

“Kenapa tak boleh pula?” tanya Adriana tidak puas hati.

“Sebab abang nak Riana peluk abang. Bantal tu letak tepi, ya sayang.” Faris sudah tergelak nakal.

Adriana sudah termalu sendiri. ‘Amboi, nakalnya Faris… Rancangan baik punya.’ Cepat-cepat tangan Adriana mencapai sekeping kad yang dihadiahkan oleh suaminya sebentar tadi. Mahu mengusir malu yang sudah bertandang. Kemudian dia membaca ayat yang tertulis di dalam kad tersebut.

Tiba-tiba aku jatuh cinta,
Bukan sekali,
Tetapi berkali-kali,
Kepadamu bidadariku,
Aku kasih…

Tiba-tiba aku jatuh cinta,
Ketika kau sujud kepada Tuhanmu,
Sewaktu tulus dalam doamu,
Kepadamu isteri solehahku,
Aku terpesona…

Tiba-tiba aku jatuh cinta,
Bukan pada wajah,
Pun bukan pada harta,
Tapi pada agama yang ada dalam dirimu,
Aku rindu…

Tiba-tiba aku jatuh cinta,
Pada dirimu isteriku,
Terasa tenang melihat wajahmu,
Apabila kau dan aku bersatu,
Kerana cintakan Dia yang satu,
Aku cinta kepadamu…

Much of love,
Faris Ar Rayyan.

Air mata Adriana menitis perlahan, terharu dengan bait-bait cinta nukilan daripada suaminya. ‘Aku cinta kepadamu, wahai bidadara syurgaku.’

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/90652/Suami-Ekspres

[SNEAK PEEK] JANGAN PANDANG SEBELAH MATA BRO!

9789670890111s-medium
JANGAN PANDANG SEBELAH MATA BRO! Oleh Syima Syawal

GAMBAR Dato Mustaffa Harun terpampang di dada akhbar,Dato Mustaffa Harun telah memfailkan saman malu dan fitnah kepada Dyna. Siaran berita tengah hari itu juga telah tersiar mengenai perkara itu. Dyna terduduk apabila mengetahui hal itu. Dia seakan-akan tidak percaya Dato Mustaffa Harun mengotakan kata-katanya. Bagaikan orang gila, dia membaling peti televisyen itu. Dia mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja kecil berdekatan dengan tempat duduknya. Dia mendail nombor seseorang. “Helo!” jerkahnya sebaik sahaja panggilannya dijawab. “Pekak telinga aku,” marah penerima. “Kau tengok apa dah jadi? Dato Mustaffa nak saman aku. Semua ni kau punya idea!” marah Dyna. “Kau yang silap, kenapa aku pula kau nak salahkan? Aku suruh lain, kau buat lain!” sahut  menerima panggilan itu. “Sekarang apa aku nak buat? Kalau aku tak ikut idea kau, benda ni semua takkan terjadi.”
“Sudahlah… Bukan ke aku suruh kau pujuk kekasih kau tu. Bukan maki hamun perempuan tu. Kau yang gila! Tak sabar sangat!” marah penerima panggilan itu. “Aku nak kau tolong aku.”

“Nak tolong apa lagi?” jawab suara di hujung talian. “Aku belum dapat apa yang aku nak. Kau kena tolong aku sampai dapat!” keras Dyna mengeluarkan katakata. “Kau yang tak ikut betul-betul plan kita tapi kau ikut sangat hati. Akibatnya?” soal suara tersebut. “Arghhh!!!” Dyna mula menjerit. “Kau kena relaks, Dyna. Kalau kau gelabah macam ni, susah kau nak atur apa-apa plan.”

“Aku dah tak ada idea. Kau ingat senang nak lawan Dato Mustaffa? Dia peguam terkenal. Silap hari bulan, memang aku masuk penjara!” jawab Dyna dengan penuh rasa dendam. “Kalau kau fikir macam tu, lebih baik kau menyerah saja. Kau minta maaf, mesti mereka maafkan kau.” Mudah benar si penerima panggilan itu mencari jalan keluar. “Aku nak Alif Hazriq. Aku tak nak benda lain. Aku nak kekasih aku kembali dekat aku!!!” jerit Dyna lagi. Klik! Talian terus dimatikan. Naik pekak telinga si penerima panggilan itu apabila Dyna menjerit bagai orang gila. Dyna menjerit lagi. Dia tidak sangka begini nasib yang menimpa dirinya.

BARU sahaja Mira Maira ingin ke dapur, loceng rumahnya berbunyi berkali-kali. Dia tidak terus membuka pintu, ia mengintai melalui lubang kecil yang ada di pintu rumahnya. Dadanya berdebar sebaik sahaja dia nampak tetamu yang ada di hadapan rumahnya itu. “Macam mana dia boleh naik? Siapa yang benarkan?” soalnya sendiri. Mira Maira terus mendail nombor telefon Alif Hazriq. Dia bimbang akan berlaku perkara yang tidak diingini apatah lagi lelaki itu tiada di rumah. “Abang…” Cepat-cepat Mira Maira melangkah ke dapur. “Assalamualaikum, sayang…” “Waalaikumussalam, abang… Abang…” ucap Mira Maira tersekat-sekat. “Kenapa suara macam cemas aje ni?” “Mira tak tau nak buat apa ni. Dyna ada kat luar,” katanya cemas. “Hah?! Siapa benarkan dia masuk?” marah Alif Hazriq padahal dia telah memberi arahan kepada pihak pengawal keselamatan supaya tidak membenarkan sesiapa yang ingin menemui isterinya kecuali dengan keizinannya. “Mira tak tau, bang,” jawab Mira Maira. “Okey… Okey… Abang call guard sekarang. Mira jangan bimbang ya… Kunci pintu. Selagi abang tak balik, jangan buka pintu. Faham?” Mira Maira mengangguk. Mira Maira duduk diam. Dia langsung tidak berkutik. Seketika kemudian, dia terdengar ada suara lelaki mengarahkan Dyna pergi dari situ. Dyna pada awalnya enggan dan memaki hamun pengawal keselamatan itu. Mira Maira mengintai lagi. Tangan Dyna ditarik oleh lelaki warga asing itu. Akhirnya, Dyna pergi juga. Mira Maira rasa lega. Telefon bimbitnya berbunyi. Dia segera menekan punat berwarna hijau.

“Ya, bang…” jawabnya sebaik sahaja dia memberi salam. “Dia dah pergi?” soal Alif Hazriq dalam nada yang risau. “Dah… Dua orang guard datang tadi,” terang Mira Maira. “Bagus! Mira jangan bimbang apa-apa ya… Semuanya akan selamat. Guard tu nak kena dengan abang. Entah macam mana boleh lepas. Abang pun tak tau. Okey, Mira. Abang kena pergi sekarang. I love you…” “Love you to, abang…” Mira Maira cukup lega. Namun jauh di sudut hatinya, dia bersimpati kepada Dyna. Kes saman malu dan fitnah itu akan berlangsung di mahkamah tidak lama lagi. Mungkin Dyna tertekan. Apabila orang tertekan, macam-macam dia akan lakukan. Kalau boleh dia ingin menolong, namun apa yang dia mampu buat? Babahnya enggan menarik kembali kes saman itu manakala suaminya tidak membenarkan dia bertemu dengan Dyna. Sudahnya, dia tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku seterusnya. “Ya Allah… Kasihanilah hamba-Mu tadi… Dia tersesat dalam kehidupannya. Kembalikan dia ke pangkal jalan. Kasihanilah dia, Ya Allah,” doanya tanpa henti.

SEBELUM maghrib, Alif Hazriq sudah sampai ke rumah. Sebaik sahaja memberi salam dan pintu dibuka dari dalam, Alif Hazriq terus memeluk isterinya. “Sayang tak ada apa-apa, kan?” soal Alif Hazriq. “Abang… Dia tak masuk rumah kita pun. Dia kat luar aje…” terang Mira Maira. “Abang bimbangkan sayang… Tadi abang jumpa guard tu, tanya macam mana Dyna boleh lepas.” “Apa jawabnya?” soal Mira Maira. “Hmmm… Dia yakinkan guard tu. Katanya abang dah beri kebenaran. Dia tipu kononnya sayang sakit. Geram pula abang rasa. Lepas ni kalau terlepas lagi, mahu abang amuk dia orang tu,” bebel Alif Hazriq. “Dahlah, bang. Lagipun, Mira selamat. Abang pergilah mandi. Dah dekat nak masuk waktu dah ni,” gesa Mira Maira. Alif Hazriq segera ke bilik air. Ketika Mira Maira menyediakan baju tidur untuk suaminya, telefon bimbit milik suaminya berbunyi. “Abang… Abang…” Mira Maira mengetuk pintu bilik air. Mungkin ada hal penting, detik hatinya. “Yup!” jerit Alif Hazriq dari arah dalam.

“Handphone abang berbunyi. Banyak missed call masuk. Mungkin ada hal penting,” laung Mira Maira untuk melawan bunyi air di dalam bilik air. “Mira tolong jawabkan,” arah Alif Hazriq. “Okey!” Mira Maira menanti andai orang yang sama membuat panggilan lagi. Sangkaannya tepat sekali. Telefon bimbit itu berbunyi lagi. Mira Maira menekan punat berwarna hijau. “Assalamualaikum…” Senyap. Si pemanggil enggan bersuara. “Helo… Siapa ni?” Senyap lagi. Mira Maira menjongket bahunya. Dia terus memutuskan talian. “Siapa yang call, sayang?” tanya Alif Hazriq sebaik sahaja dia melangkah keluar dari bilik air. Mira Maira menggeleng. “Mira angkat pun tak nak jawab. Nombor tak ada dalam senarai,” kata Mira Maira. Dia sudah bersiap-siap mengenakan kain telekung. Tidak sampai lima minit, telefon bimbit itu berbunyi lagi. Kali ini Alif Hazriq pula yang menjawab. “Sayang… Tolonglah jangan buat I macam ni… Tolong I, sayang.” Belum sempat Alif Hazriq berkata apa-apa, dia terdengar suara Dyna merayu.

“Pergilah ambil wuduk dan bersolatlah. Hanya Allah sahaja yang mampu tolong you. Assalamualaikum.” Alif Hazriq terus mematikan talian dan juga telefon bimbitnya. “Siapa?” soal Mira Maira ingin tahu. “Dyna…” jawab Alif Hazriq malas. Mira Maira mengangguk. Patut pun dia tidak mahu bersuara, bisiknya sendiri.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/90659/jangan-pandang-sebelah-mata-bro