[REVIEW] A MALAYSIAN RESTAURANT IN LONDON

A MALAYSIAN RESTAURANT IN LONDON by Tunku Halim

 

The new novel from the author of the bestselling collection HORROR STORIES. A child goes missing. On a hill stands a huge banyan tree. The story unfolds … Kenny Leong, a university student, and his two brothers open a restaurant in London.  His Irish friend, Trevor, helps out as a waiter. At first the restaurant is a failure but when the junior chef, Faizah, cooks up a new mysterious Malay dish, everything changes for them all. In this haunting tale of love and healing, we follow Kenny and Trevor from London to Seville, and then to Malaysia thirty years later.


The Leong brothers, James, Robert and Kenny from Teluk Intan are staying in London to finish their degree in accounting and economics. James and Robert are trainee accountants but they are bored with their job and decided to quit and open a Malaysian restaurant in London. Concerning the low profit generated from the restaurant, they decided to close the restaurant for good. For the last week of closing the restaurant, they served special malay dishes for their customer and a junior chef at the restaurant, Faizah, cooks a mysterious dish called Hunger Pangs. Some people believed that the dish healed their illnesses but the magic isn’t actually from the dish, but from Faizah herself. Whether Faizah is gifted or cursed, you may have your own opinion but this novel depicts the sorrow of a healer and a lover between Faizah and Trevor.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/53712/a-malaysian-restaurant-in-london

[SNEAK PEEK] Trilogi Ajaib #1: AJAIB

EBUKU Trilogi Ajaib #1: AJAIB oleh Syafiq Aizat
EBUKU Trilogi Ajaib #1: AJAIB oleh Syafiq Aizat

1

 

“Apa yang kamu nampak?!”

“Sa… Saya…”

“Apa?! Apa yang kamu nampak?!!”

“Saya… boleh nampak…”

“APA?!”

Pak Kudin terus-terusan mendesak aku menjawab. Siapa-siapa pun yang baru lepas alami peristiwa tadi memang boleh bengong sementara waktu. Tapi perlukah orang tua ni menggoncang aku sebegini kencang supaya aku keluarkan jawapan? Apa dia ingat aku tabung jawapan?

 

**

 

Seingat aku, kali pertama aku alami benda alah macam ni adalah semasa aku masih 3 tahun. Ketika di pertengahan musafir menuju ke kampung. Road-block. Barisan kereta penuh bersopan menyeberangi polis. Aku di tempat duduk belakang. Mak dan ayah masing-masing di hadapan. Ketika itu gelap malam.

Ia di situ – di belakang seorang anggota polis yang sedang menjaga aliran perlahan kereta. Barangkali polis itu tidak perasan. Atau memang tak ada siapa perasan. Tiada siapa yang nampak kecuali aku. Satu lembaga berambut kusut panjang. Tangannya umpama ranting, tapi masih berfizikal tangan, berwarna merah menjulur ke hadapan, bergerak-gerak. Aku tak nampak di mana matanya. Atau di mana wajahnya – tertutup dek rambutnya yang kusut masai.

Kini giliran kereta yang aku naiki melintasi polis itu. Lembaga itu merapatkan diri ke cermin lutsinar di sebelah tempat duduk aku dan mula mencakar-cakar dengan tangannya yang mereput buruk itu. Terbukti, ayah memang tak dapat melihat lembaga aneh ini. Kalau ayah nampak, sudah pasti lembaga ni sudah diherdik ayah. Ayah memang pantang keretanya dicakar.

Aku hanya memandang kosong lembaga berambut kusut itu. Dalam lebih kurang 10 saat, ia berada sangat hampir dengan aku, cuma cermin lutsinar yang memisahkan kami. Tapi aku bingung pada masa itu. Kenapa cuma aku yang dapat melihat makhluk kusut ini?

Aku masih ingat lagi ketika aku belum berkhatan dulu-dulu, aku selalu mengadu kepada Mak pasal aku ternampak kelibat budak perempuan dalam tandas. Sebenarnya, bukan sekadar budak perempuan, malah ada juga bayangan-bayangan lain muncul lalu lalang di dapur, tapi aku bodohkan diri dan diamkan mulut sahaja.

Ada masanya juga, aku rasa ada yang menepuk bahu aku ketika aku sedang leka berimaginasi seorang diri di dalam bilik. Bukannya merungut. Tapi kehadiran mereka semua ni agak sedikit mengganggu kebahagiaan dan kelapangan hidup aku. Tidak semena-mena aku rasa dunia aku agak sempit. Sempit dengan sapaan dan lintasan mereka.

“Kamu budak yang dianugerahkan dengan kelebihan, nak,” kata Tok Cantum.

“KELEBIHAN? Lebih dari orang lain?……”

Sehingga saat ini, aku hanya pendamkan tentang ‘kelebihan’ ni. Yang mengetahui hanya Mak, Ayah, dan beberapa orang di kampung. Ia bukannya satu kebanggaan, atau yang boleh ditunjuk-tunjuk. Ia bukan sesuatu yang menggembirakan pun.

 

**

 

Pagi tadi aku ke sekolah seperti biasa. Bersekolah pada hari Sabtu, memang gampang. Tapi, apa boleh aku buat, tahun ini merupakan tahun UPSR aku. Fatin sangat mencuri tumpuan aku. Tak, bukan Fatin yang aku lihat sebenarnya. Tapi makhluk kecil yang mengikut rapat Fatin. Aku tahu dia baru. Fatin tak pernah diikut mana-mana yang ghaib sebelum ni. Sejak bila pula Fatin berminat membela hantu?

“Izaq? Lama usha Fatin. Sangkut ke?” Tangkas Firdaus menerpa aku dengan sindiran. Dia kawan baik aku. Dari darjah 2, sampai sekarang darjah 6, dialah teman melepak aku.

“Hahaha. Bodoh la kau Daus. Tapi kan, lawa pulak Fatin hari ni.” Aku pantas membalas gurauannya. Ekor mata aku masih melekat pada si kecil yang sedang ghairah mendampingi Fatin.

Melihat apa yang tidak boleh dilihat orang sudah lali bagi aku. Takut? Ya. Aku masih ada simpan rasa takut. Tapi aku cuba sorok. Sorok sedalam mungkin. Sebab aku anak lelaki. Malu lah kalau anak lelaki ada sifat pengecut. Anak lelaki fitrahnya melindungi.

Aku biarkan sahaja Fatin bersama pendamping itu. Aku cuma pelihat. Bukan penghalau.

Malam tiba, dan Mak suruh aku ke kedai. Membeli sabun basuh, garam, dan setin sardin untuk makan malam. Maksud aku, sardin itu makan malam kami, bukan sabun. Berjalan menuju ke kedai mengambil masa kurang 5 minit. Aku perlu menuruni tangga berikutan rumah aku di tingkat tiga, menembusi empat bangunan kondominium dan taman permainan menuju ke kedai.

Dalam perjalanan, aku sedikit terganggu dek kelibat budak kecil yang merenung aku dengan penuh sayu. Aku tahu dia tidak memiliki saluran darah seperti aku. Aku buat bodoh sahaja, dan terus menuju ke destinasi.

“Lapan linggit sapuloh sen. Kasi lapan linggit saja la, dik,” taukeh kedai menyatakan. Kepala aku masih terganggu dengan kelibat budak tadi. Sial. Renungannya yang mengancam seperti hendak memberitahu aku sesuatu bermain-main dalam benak aku. Tapi aku tak pernah berkomunikasi dengan mana-mana makhluk halus sebelum ni.

Aku menapak pulang semula, dan mata aku tidak lepas memandang bawah pokok, tempat budak tadi merenung aku. Jantung aku sudah macam irama drum pancaragam sekolah. Dan ya, dia masih di situ, merenung aku. Renungannya umpama satu rayuan, merayu agar aku membantunya. Debaran dapat aku rasakan dalam tubuh aku. Aku beranikan diri membalas renungannya yang hanya bermata putih itu.

“Apa?” aku mula bersuara kepadanya. Tak sangka pula aku seberani ini untuk menegur sesuatu yang halus. Teringat pesan orang tua-tua di kampung dan dalam cerita-cerita drama di TV, yang mana kalau ternampak hantu, jangan ditegur. Alamak! Bangangnya aku. Apa aku dah buat? Mampos.

Aku telan air liur dalam-dalam, menahan rasa takut.

Dia menuding ke arah sebuah rumah. Aku segera menoleh. Sebuah rumah di tingkat empat, barangkali. Mungkin ada sesuatu yang hendak ditunjuk, tapi apasal pulak dia tunjukkan pada aku? Aku menoleh semula ke hadapan dan dia sudah tiada. Okay. Aku terdiam, menghadam apa yang cuba disampaikan. Sabun basuh, sepeket garam dan setin sardin dalam plastik aku genggam kuat. Aku terkebil-kebil. Kemudian aku pandang semula rumah yang ditunjuknya. Entah rumah siapa.

Kaki aku melangkah ke arah flat itu. Kini aku berdiri di hadapan tangga. Aku masih terkebil-kebil. Otak aku seakan kosong. Alang-alang… hatiku berbisik dan aku menapak naik menuju ke tingkat empat. Aku berjalan di koridor, melintasi pasu bunga milik penduduk tingkat ini. Merenung bawah semula – ke arah pokok tadi. Aku berjalan tanpa tujuan sebijik macam orang gila.

Satu daripada rumah di situ terbuka luas pintunya. Ada tiga orang budak seusia aku berpegangan tangan melihat ke dalam rumah itu dengan wajah takut. Tiba-tiba keluar seorang lelaki dewasa berwajah runsing tergesa-gesa. Dia menyarungkan selipar dan memecut ke arah tangga, melintasi sebelah aku.

“Cepat bang! Mana-mana ustaz pun tak kisah!” kedengaran isterinya memekik dari dalam rumah

Ustaz? Aku bergegas ke arah pintu tidak bertutup itu dan menjengukkan kepala ke dalam rumah itu.

Ada tiga orang makcik duduk mengelilingi sesuatu. Aku cuba melihat di celah-celahnya, dan aku ternampak seorang ibu sedang menangis memegang erat tangan anaknya yang sedang terlentang di lantai. Anak perempuannya kelihatan sedang meracau. Mata hitamnya sudah tidak kelihatan, kakinya menendang-nendang apa yang ada. Makcik-makcik di situ memegang erat anggotanya. Dari celah kelengkangnya keluar darah, dan seorang makcik sedang mengelap darah itu. Dan ada di situ – menjilat darah itu, satu makhluk kecil berkepala besar. Badannya seperti bayi, tumbuh saki-baki rambut di kepala botaknya. Aku hanya melihat dari belakang.

“Fatin??” Aku kenal budak ini. Dia rakan sekelas aku. Juga lembaga kecil ini. Dialah yang mengekori Fatin di sekolah tadi.

“Mana budaknya?!” Melintasi hadapan aku, meluru masuk seorang lelaki berjanggut kambing, bersama lelaki yang keluar sebentar tadi. Mereka masing-masing tidak mengendahkan aku.

“Astaghfirullahhalazim. Teruk ni budak ni.” Entah kenapa, tiba-tiba dia cakap budak ni teruk. Padahal baru dua tiga saat tengok.

“Macam mana ni, Pak Kudin?”

Pak Kudin duduk bersila bersebelahan Fatin. Makcik-makcik yang ada menjarakkan diri dari Fatin, memberi ruang tetapi masih memegang anggota Fatin. Makcik yang mengelap darah tadi menghentikan kerjanya. Pak Kudin seperti menggumam ayat-ayat suci al-Quran. Ibu dan ayah Fatin berwajah risau, dan kusut. Aku memerhati dalam-dalam mata Fatin. Aku pernah lihat orang kerasukan sebelum ini. Selalunya akan keluar satu lembaga dari mulut orang yang kerasukan itu. Mungkin Fatin juga akan memuntahkan benda sama.

“Adik? Pergi balik!” tegas seorang makcik kepadaku.

Makhluk yang menjilat darah di antara kaki Fatin tadi mula menuju ke arah kelengkangnya untuk mendapatkan lebih darah. Aku tidak sampai hati melihat lagi. Bukan melangkah pulang sebaliknya aku menapak ke dalam rumah.

“GI MAMPOS!” Aku membabi buta mencelah dan cuba menolak makhluk kenit yang ghairah menjilat itu. Tapi sia-sia. Aku tak mampu sentuh dia. Plastik yang aku pegang tadi terjatuh. Makhluk tadi tersentap melihat plastik itu, dan lantas memandang aku. Aku membatu ketakutan.

Pak Kudin selesai membaca serangkap ayat dan menepuk belakang Fatin. Makhluk kenit itu kelihatan terganggu. Keluar satu makhluk lain, yang lebih besar dari dalam mulut Fatin. Tidak pasal-pasal mahkluk itu datang menerpa aku. Aku hanya memejam mata ketakutan.

Gelap. Ya, sebab aku tutup mata. Tapi entah kenapa suasana jadi sunyi. Aku tak ingat pula bila aku tutup telinga. Aku rasa badan aku berat. Aku cuba bercakap tapi suara aku tak keluar.

“Kamu budak yang dianugerahkan dengan kelebihan, nak,” kata-kata Tok Cantum kembali menjenguk dalam kepalaku. Dan aku teringat ketika itu aku menjawab kepadanya.

“KELEBIHAN? Lebih dari orang lain?… Tak. Ni musibah.”

Aku teringat ustazah ada pesan di sekolah. “Kalau takut, baca ayat kursi, baca tiga kul. Insya-Allah, Allah akan tolong kita.”

Aku tidak menghafal ayat kursi sangat. Masih merangkak-rangkak. Jadi aku membaca tiga kul sekuat hati. Walaupun suara aku tidak keluar langsung. Tapi aku cuba minta pertolongan. Pertolongan dari Tuhan yang Maha Mendengar.

“Dik?” aku rasa bahu aku ditepuk. Aku membuka mata. Ayahnya Fatin terus-menerus menepuk bahu aku. Aku bangun dari mencangkung. Pak Kudin bagai kerasukan meluru ke arah aku. Dipegangnya lengan aku sekuat hati.

“Apa yang kamu nampak?!”

“Sa… saya…” aku tergagap-gagap menjawab. Apakah patut orang tua ni menyergah aku selepas aku baru tersedar? Siap digoncang-goncang badan aku yang kecil ini.

“Apa?! Apa yang kamu nampak?!!”

“Saya.. boleh nampak…”

“APA?!”

 eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/18183/trilogi-ajaib-1-ajaib