[SNEAK PEEK] BEBASKAN JIWAMU

BEBASKAN JIWAMU Oleh Afdholul Rahman

Menjemput Kematian Ke Dalam Hati

Sebahagian salaf berkata:

“Berwaspadalah (persiapkan diri) kamu dengan kematian di dunia ini sebelum kamu berpindah ke satu tempat di mana kamu berharap adanya kematian, tetapi kamu tidak akan memperolehinya lagi.”
Kalau kita menganggap kehidupan adalah sebuah kenikmatan, maka kematian juga sebenarnya adalah sebuah kenikmatan.

Dengan kematian, kita belajar sesuatu untuk diri kita. Kita belajar menghargai hidup, mempersiapkan masa depan, mempersiapkan akhirat kita dan yang lebih penting kita belajar menyediakan hidup yang terbaik di dunia.

Orang yang inginkan kematian yang terbaik buat dirinya pastilah akan mempersiapkan kehidupan yang terbaik juga ketika berada di dunia.

Kematian Adalah Motivasi Untuk Hati

Lantas, kita teringat yang baginda Rasul S.A.W sering berpesan kepada kita:

“Perbanyakkanlah mengingat penghancur kelazatan.” [HR Ibn
Majah, no. 4258]
Kematian. Itulah penghancur kelazatan.

Ketika badan tidak mampu lagi bergerak, mata tak mampu lagi melihat, tangan dan kaki tak mampu diangkat, lidah tak dapat lagi merasa, hidung tak dapat lagi mencium bau-bauan, telinga tak dapat lagi mendengar, maka di saat itu, segala kelazatan dahulu yang enak dinikmati hilang dan lenyap begitu sahaja.

Dulu kita mungkin makan makanan paling sedap, paling mahal, di restoran yang mahal, tetapi hari ini tidak ada lagi restoran, tidak ada lagi makanan sedap, minuman yang hebat menunggu kita di dalam kubur.

Dulu kita mungkin tidur di atas katil empuk, tilam yang mahal dan bagus, di bawah pendingin hawa yang sejuk, tetapi hari ini yang ada hanyalah tanah biasa, yang kita akan ditinggalkan berseorangan, gelap dan tiada berteman.

Dulu kita mungkin mendengar muzik-muzik indah, menonton filem, video dan sebagainya yang menarik-menarik belaka ketika di dunia, tetapi hari ini yang ada hanyalah kegelapan, soal jawab munkar nakir. Tidak ada lagi movie, tidak ada lagi artis-artis yang menjadi tontotan dan kegemaran kita dahulu untuk menyelamatkan, membantu atau menemani kita dalam kegelapan kubur itu.

Sehinggakan Nabi S.A.W suatu ketika pernah duduk di tepi kubur ketika sedang ada proses pengembumian jenazah, lalu menangis. Di dalam riwayat hadith ini dikatakan sehingga basah tanah itu. Kemudian Nabi S.A.W berkata kepada para sahabatnya,

“Wahai saudara-saudaraku, persiapkanlah diri kalian untuk yang semisal ini (yakni kematian).” [Ibn Majah, 4195, dihukum Hasan oleh Al-albani)

Persiapkan Kematian, Lalu Kita Persiapkan Kehidupan

Apabila kita merancang untuk kematian yang terbaik, maka kita sedang menyiapkan satu design, satu pelan hidup yang baik.

Orang yang tidak ingat kepada kematian, melalaikannya, tidak mempersiapkannya, maka dia hidup di dunia ini seakan-akan dunia adalah segala-galanya untuk dirinya sedangkan dunia hanyalah tempat persinggahan sementara menguji insan.

Akhirnya dia tidaklah memanfaatkan dunianya untuk hidup akhiratnya, tetapi dirinya pula dipergunakan oleh dunia.

Abu ‘Ali Ad-Daqaq menasihatkan kita dengan mutiara nasihatnya :

“Siapa yang banyak mengingati mati, maka dia dimuliakan dengan 3 perkara.

Dia dimuliakan dengan kesegeraan dirinya untuk bertaubat,
Bersungguh-sungguh dalam ibadah dan
Sifat qanaah (rasa cukup) dalam hati…”
Sambungnya lagi, “…siapa yang melupakan kematian, nescaya dia dihukum dengan 3 perkara, iaitulah :

Bertangguh dalam bertaubat
Malas dalam melakukan ibadah
Dan tidak ada qanaah (rasa cukup) dalam diri.”

Menjemput Kematian

Menjemput kematian bukanlah bermaksud kita pergi mencari kematian. Kematian tidak perlukan kita untuk mencarinya kerana ialah yang akan mencari kita.

Hanya saja, kita tidak tahu bila dan di mana kita akan mati.

Menjemput kematian adalah menghadirkan gambarannya dalam mata hati kita supaya kita menjadi orang yang lekas sedar diri, celik imannya, dan segera bangun melaksanakan tanggungjawab kita di muka bumi Allah ini sebagai hamba-Nya.

Rasul S.A.W berpesan :

“Kalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit gelak tawa dan banyak menangis.” [HR Bukhari , no. 6485]
Ada orang menziarah orang mati, tetapi tidak mengizinkan hatinya mengambil iktibar dan pelajaran dari kematian itu.

Jemputlah pelajaran kematian masuk ke dalam hati, supaya hati kita terus subur hidup dan tidak mati.

Ingat mati bukan kerana kita mahu lari dan mengabaikan tanggungjawab dunia.

Ingat mati kerana itu adalah penghujung dunia menuju alam abadi yang kita akan hadapi lalu kita mahu hadapinya dalam keadaan Allah redhai.

Ingat mati supaya kita lebih tawaduk, tidak sombong diri dan sederhana hidup.

Ingat mati supaya hati kita terus hidup.

Bahkan mengingati mati adalah supaya kita lebih kuat dan bersungguh dalam beramal di dunia, mempersiapkan bekalan menuju akhirat.

*****

Syaitan Yang Mengajarkan Taubat

Yusuf A.S datang kepada ayahnya, Yaaqub A.S, mengadukan bahawa dirinya telah bermimpi akan segala kebesaran di langit tunduk sujud kepadanya. Bulan, bintang dan matahari yang ternyata di antara makhluk hebat di cakerawala tunduk kepadanya.

Di balik kehebatan mimpi sedemikian, baginda Yaaqub A.S mengetahui ada urusan besar sedang diatur oleh Allah S.W.T untuk anaknya itu.

Lalu dipesannya, “Jangan kau ceritakan mimpi kau itu kepada saudara-saudara kau, nanti mereka merancang makar untukmu.”

Pesanan itu bertali pada ayat yang seterusnya dengan ingatan dari Allah S.W.T. “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.”

Apa kaitan makar saudaranya Yusuf dengan syaitan?

“Boleh jadi syaitan itu,” kata Al-Qurtubi, “yang membawa mereka kepada bermaksud sesuatu yang buruk terhadapmu (Yusuf).”

Kalau saja terhadap orang semulia Yusuf yang mendapatkan mimpi sehebat kebesaran alam yang bersujud padanya itupun syaitan berniat hasad dan mahu bermakar padanya, pasti sesuatu yang tidak menghairankan kalau orang sekerdil kita ini lebih kuat desakan.

Lubang syaitan itu bukan satu. Sering tersangka pada ramai orang, lubangnya syaitan itu hanya melalui pintu kejahatan yang nampak secara langsung. Syaitan juga sudah begitu berpengalaman dengan lama umurnya dan tidaklah begitu bodoh untuk menusuk ke dalam hati manusia hanya melalui jalan kejahatan.

Beransur-ansur melalui jalan kebaikan, ia menukarkan kiblat kita sedikit demi sedikit kepada kejahatan, membuat kita terkeluar hanya 1 darjah saja dari permulaan landasan yang lurus, 1 darjah itu akhirnya tak disedari, hari demi hari membuatkan 1 darjah itu kian membesar menjadi 90 darjah dan seterusnya kita melencong tersesat tanpa sedar.

Ia tidak harus bersusah payah menyuruh orang baik minum arak, cukuplah dengan hanya berbangga dengan amalnya, ia merosakkan kebaikan tersebut. Ia tidak harus bersusah payah menyuruh orang rajin ke masjid berhenti solat, cukuplah dengan hanya menghantar susuk gadis menggodanya atas alasan meminta nasihat dari seorang yang dirasakannya soleh, yang akhirnya di situ punya potensi kembang biak menjadi maksiat yang menjauhkannya dari Tuhan. Ia tidak harus bersusah payah menyuruh lelaki perempuan ber-couple bermaksiat, cukup dengan hanya menyuntik mereka melalui jalan yang dilihat baik seperti study berdua, saling bermesej tazkirah, akhirnya satu pakej lengkap maksiat terangkum di dalamnya bagi mereka yang terpengaruh dengan bisikan syaitan itu.

Kesesatan Nyata VS Iman Yang Tidak Nyata

Syaitan tidak bodoh.

Kita pula tidaklah terlalu bijak.

Kita justeru telah mengetahui lama bahawa jalan syaitan itu adalah kesesatan yang nyata, tetapi berapa ramai yang langsung terpengaruh. Barangkali kesesatan yang nyata dihadapi oleh iman yang tidak nyata, maka seringlah iman yang tidak nyata itu tertewas.

Iman yang tidak nyata, yang masih banyak berbelah baginya, yang masih banyak berkira-kira dengan Tuhan di kala Tuhan tidak berkira-kira memberi anugerah-Nya, memilih-milih dalam ibadah yang dirasakan senang dan suka bagi dirinya, bersikap sambil lewa dan tidak bersungguh dalam menjejak kaki di atas kebenaran, selalu senang berada dalam keadaan lalai dan leka, akhirnya kita terperangkap dalam nyatanya perangkap syaitan.

Iman yang tidak nyata, tidak kuat untuk mendepani kesesatan yang telah nyata.

Meski terbukti dan jelas-jelas di depan mata, bahawa yang di depan kita itu adalah sebuah kesesatan, tetapi kerana iman yang tidak nyata, bergolak di antara hidup, sakit atau matinya iman, membuatkan kesesatan yang nyata itu pun dilihat indah sebagai jalan yang lurus.

Syaitan Bermakar Melalui Jalan Taubat

Sepertimana saudara bersepuluh yang telah bermakar ke atas Yusuf, apakah mereka tidak mengetahui ketika mana mereka bermakar itu, makar mereka itu ternyata adalah suatu kesesatan?

Tidak. Mereka bahkan mengetahui.

Itu adalah kerana makar mereka itu berhasil daripada bisikan syaitan.

Mereka itu bukan sebarangan orang, mereka adalah anaknya Nabi Yaaqub

A.S. Namun, iman tidak membeza-beza anak Nabi atau bukan, keturunan Nabi atau tidak.

Iman tidak diwarisi sebagaimana harta dan takhta sang monarki.

Kalau imannya tidak nyata, maka makar syaitan yang lebih nyata itu akan memenangi ke atas dirinya.

Begitulah sebagaimana yang dirancang oleh mereka. Syaitan bermakar kepada mereka melalui jalan taubat.

“Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu daerah supaya perhatian ayahmu tertumpah kepadamu saja,” kata mereka, lalu disambung lagi, “dan sesudah itu, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang soleh.”

Buatlah jahat semahu kalian, selepas ini, bertaubatlah. Pintu taubat itu terbuka luas untuk kalian. InsyaAllah, masih punya kesempatan taubat selepas berbuat jahat ini. Seakan-akan itulah bisikan syaitan ke atas mereka.

Syaitan bahkan mengajarkan taubat kepada mereka, mengajar tentang bagaimana menjadi soleh. Namun, itu pastinya ajaran yang tidak percuma dan tidak beres.

Ia adalah talbis iblis. Tipu daya iblis.

Ia bersenandung di baliknya bisikan jahat, bukan untuk sampai kepada tujuan taubat itu, kerana akhirnya bisikan syaitan itu permulaannya akan membawa kepada pakej kejahatan berantaian yang lengkap dalam hidup insan sekiranya insan itu tidak segera kembali dan benar-benar bertaubat.

Siapakah yang punya jaminan terhadap hidupnya sesaat selepas dia melakukan dosa dalam kesengajaan dia mengetahui bahawa dosa itu adalah satu dosa? Siapakah yang punya jaminan bahawa dia masih bisa bernafas lagi untuk kembali bertaubat setelah dia memilih melakukan dosa dalam keadaan dia mengetahui itu adalah suatu yang salah?

Justeru, tidak siapa pun punya jaminan sedemikian melainkan Allah S.W.T. Sesiapa yang memilih menangguh taubatnya kerana mendahulukan dosanya yang diketahuinya salah, maka ia telah terjatuh ke dalam perangkap syaitan yang nyata.

Persiapkan Iman

Dalam senggang-senggang ruang yang ada, syaitan tidak pernah berputus asa menipudaya kita.

Tidak berjaya dengan jalan yang terang-terang menyuruh berbuat jahat, dimakarnya kita dengan jalan kebaikan.

Tidak berjaya dengan jalan yang besar, dipilihnya denai-denai kecil.

Tidak berjaya dengan jalan dosa, atas nama jalan taubat pun boleh menjadi perangkapnya.

Sentiasalah syaitan itu tidak berhenti bekerja. Ia jelas, di atas kesesatannya yang nyata itu, apa yang ingin dicapainya terhadap manusia.

Kita, dengan iman kepada Allah S.W.T., yang telah jelas sebenarnya bagi kita akan kebenaran jalan Allah S.W.T. ini, apakah kita sejelas dan sekuat itu kita bekerja untuk akhirat kita, untuk Islam kita?

Persiapkanlah iman yang nyata.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/203495/buku-motivasi-bebaskan-jiwamu

 

[SNEAK PEEK] ENRIQUE MELAKA

 

9789674118327-medium
EBUKU ENRIQUE MELAKA Oleh Abdul Latip Talib

Setelah Roboh Kota Melaka

Selepas enam minggu lamanya kota Melaka bermandikan darah, dan selepas bumi Melaka berjaya ditakluk Portugis, barulah suasana menjadi tenang. Rumah kediaman dan deretan kedai yang terbakar sudah diratakan dan akan dibangunkan kediaman yang baru. Mereka yang terkorban sudah pun dikebumikan dan para tawanan serta harta rampasan perang sudah dikumpulkan.

Kini, impian Alfonso de Albuquerque bagi menakluk kawasan paling kaya dan strategik di Asia Tenggara sudah tercapai. Dendamnya terhadap Melaka yang memusnahkan angkatan perang Portugis yang diketuai Gonzalo Pereira pada tahun 1509 sudah berbalas. Apa yang lebih menggembirakan hatinya, pusat penyebaran Islam di alam Melayu sudah berjaya ditakluknya. Sekali gus dia telah berjasa terhadap agamanya, serta memenuhi impian Raja Manuel I yang mahu menjadikan Melaka sebagai kawasan tanah jajahan Portugal. Dengan penaklukan Melaka itu beliau berjaya menguasai rangkaian pusat perdagangan yang menganjur dari Laut Arab di selat Hormuz, hingga ke Goa dan menjangkau ke Melaka.

Alfonso de Albuquerque sedar kejayaan itu tidak disenangi Sepanyol yang menjadi saingan Portugal. Selain Sepanyol, dia yakin Sultan Mahmud Syah dan para pengikutnya pasti datang menyerang bagi merampas semula Melaka. Bahaya ketiga datang dari kerajaan Acheh, yang juga memusuhi Portugis. Menyedari bahaya itu, maka Alfonso de Albuquerque segera mengarahkan pembinaan kubu pertahanan yang kukuh serta penempatan yang selamat.

Bagi menjimatkan tenaga, masa, dan belanja, maka Alfonso de Albuquerque memaksa rakyat Melaka yang menjadi tawanan perang supaya membina kubu-kubu dan penempatan tersebut. Kerana tujuan menakluk Melaka itu adalah bagi menguasai perdagangan dan menyekat penyebaran Islam, maka rakyat Melaka dilarang mengamalkan ajaran Islam. Semua masjid diruntuhkan dan bahan-bahannya digunakan bagi membina kubu. Setelah kubu dan penempatan tentera Portugis siap, tawanan perang yang dianggap tidak berguna dibunuh. Pekerja mahir seperti tukang kayu, tukang besi, tukang jahit, dayang-dayang, dan budak istana dibiarkan hidup kerana mereka akan dihantar ke Lisbon setelah dibaptiskan.

Kemudian Alfonso de Albuquerque memberi arahan supaya semua harta rampasan perang termasuk meriam kecil dan besar, senapang lantak, sumpitan beracun, anak panah, baju besi serta barang perhiasan daripada emas dan tembaga dimuatkan ke dalam beberapa buah kapal termasuk Trinidade, Enxobregas, dan Flor De La Mar untuk dibawa pulang ke Portugal bagi dijadikan persembahan kepada Raja Manuel I. Tetapi malang menimpa apabila kapal yang sarat dengan muatan khazanah Melaka itu karam apabila sampai di Pantai Aru Sumatera.

Adapun tawanan perang yang tidak dibunuh termasuk biduanda, dayang, penari, tukang mahir, dan budak istana, kemudian diagihkan sesama kapten dan anak-anak kapal setimpal dengan jasa mereka menakluki Melaka. Daripada kalangan tawanan perang itu terdapat seorang budak lelaki berumur sekitar 12 hingga 15 tahun. Ternyata tidak siapa yang mahukan budak itu lalu Alfonso de Albuquerque menyimpannya bagi dihadiahkan kepada seorang pegawai yang paling tidak disenanginya iaitu Ferdinand de Magellan. Lelaki itu menunjukkan sikap kurang ajarnya sejak dari Goa lagi. Hanya dia yang berani mempertikaikan perancangannya menyerang Melaka. Sekarang apa yang dirancangnya itu sudah berjaya. Namanya menjadi semakin terkenal.

Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama kerana setelah Portugis menakluk Melaka, kapal dagang dari Arab. Parsi dan India tidak mahu lagi singgah di pelabuhan Melaka. Mereka memilih Pulau Maluku dan Pulau Cebu bagi dijadikan tempat persinggahan. Keadaan itu amat merunsingkan Alfonso de Albuquerque.

“Tujuan kita menakluk Melaka adalah bagi menguasai perdagangan rempah dan menyekat penyebaran Islam di rantau ini. Jika kapal dagang tidak mahu singgah di Melaka, dan jika penduduk Melaka tidak mahu menganut agama kita, maka matlamat asal kita masih belum tercapai,” kata Alfonso de Albuquerque dalam satu mesyuarat dengan para pembantunya.

“Salah kita juga kerana bertindak kejam terhadap penduduk Melaka yang beragama Islam, dan juga terhadap pedagang Arab dan India,” kata Ferdinan de Magellan pula yang turut hadir dalam mesyuarat itu.

“Kapal dagang Arab dan India itu memang patut dirampas atau dibakar, kerana mereka tidak mahu membantu kita menyerang Melaka. Tetapi kapal dagang Cina tidak diusik kerana mereka membantu kita menakluk Melaka. Orang Melaka yang beragama Islam pula mesti dihapuskan, supaya agama kita boleh disebarkan di sini,” kata Alfonso de Albuquerque pula mempertahankan arahannya itu.

Kemudian katanya lagi. “Sejak dari Goa lagi kamu sering mengkritik saya. Kamu hanya tahu mengkritik, tetapi tidak tahu buat kerja. Apa yang kamu buat langsung tidak membantu saya.”

“Salahkah saya mengeluarkan pendapat apabila saya rasa tindakan tuan itu kurang bijaksana?” tanya Magellan pula.

Apabila Alfonso tidak menjawab, maka Magellan berkata lagi, “Tuan mahu Melaka ditakluk dengan menggunakan semua kekuatan bermula dengan tembakan meriam, kemudian membakar rumah di sepanjang pantai. Sedangkan saya berpendapat kita boleh menakluk Melaka tanpa pertumpahan darah. Kita boleh merasuah Sultan dan para pembesar kerana Sultan Melaka tidak lagi dihormati rakyat. Para pembesar Melaka pula berebut kuasa sesama mereka. Kerana itu saya yakin kita dapat menakluk Melaka dengan mudah tanpa pertumpahan darah. Apabila cadangan saya itu ditolak, kita mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melaka. Setelah enam minggu berperang baru Melaka dapat ditakluk. Itu pun selepas kita merasuah pembelot.”

“Aku tidak mahu perkara itu diungkit lagi kerana sudah berlalu. Sekarang Melaka sudah kita takluk. Tugas kita sekarang memajukan pelabuhan Melaka dan menyebarkan Kristian di sini,” kata Alfonso de Albuquerque.

“Pedagang Islam terutama dari Arab yang memusuhi kita, memilih Maluku untuk dijadikan tempat perniagaan. Kemudian diikuti pedagang dari India dan Parsi. Malah, pedagang dari kawasan alam Melayu pun tidak mahu lagi singgah di Melaka,” kata Serrao lalu melahirkan rasa marahnya.

“Apa cadangan kamu?” tanya Alfonso de Albuquerque pula. “Kita sudah berjaya menguasai Goa dan Melaka. Bagi melengkapkan penguasaan ini kita mesti menguasai Maluku pula,” kata Serrao mencadangkan.

Alfonso de Albuquerque teringat cerita Lodovico de Varthema seorang pengembara bebas dari Bologna Itali, yang pernah singgah di Goa dalam perjalanan pulang dari pelayarannya. Menurutnya, Maluku sebuah pulau yang kaya dengan rempah, cengkih, buah pala, dan rempah ratus lainnya.

“Saya bersetuju dengan cadangan Serrao, sahabatku itu. Dan saya menawarkan diri bagi menjadi utusan ke Maluku,” sokong Ferdinan de Magellan pula.

“Bagi menakluk Maluku, saya perlukan tentera yang berani bukan utusan yang pengecut,” kata Alfonso de Albuquerque.

“Apakah saya yang dimaksudkan utusan yang pengecut itu?” tanya Ferdinan Magellan pula.

“Bukankah tadi kamu yang menawarkan diri menjadi utusan ke Maluku?” tanya Alfonso de Albuquerque pula.

“Benar…,” jawab Ferdinand Magellan.

“Saya mahu menakluk Maluku, bukan tunduk kepada Maluku. Kerana itu saya akan hantar pasukan tentera bukan utusan yang pengecut,” kata Alfonso de Albuquerque pula.

“Kita baru sahaja berperang dengan orang Melaka. Pasukan tentera kita perlu berehat dan disusun semula sebelum menyertai mana-mana peperangan. Kerana itu ada baiknya kita hantar pasukan peninjau dahulu ke Maluku. Jangan terus menyerang kerana kita belum tahu kekuatan dan kelemahan mereka,” kata Simao Afonso Bisagudo pula.

“Jika kita gunakan kekerasan, maka Maluku akan menerima nasib seperti Melaka yang tidak disinggahi kapal-kapal dagang. Kerana itu saya juga bersetuju kita menghantar pasukan peninjau dahulu,” sokong Serrao pula.

“Bukankah lebih tepat kalau dinamakan menghantar utusan?” kata Ferdinand Magellan pula.

“Saya bersetuju sekiranya kita menghantar pasukan peninjau yang terdiri daripada tiga buah kapal ke Maluku. Dan saya akan melantik Simao Afonso Bisagudo sebagai kapten dan Serrao pembantunya,” kata Alfonso de Albuquerque.

“Saya menawarkan diri untuk menyertainya,” kata Ferdinand Magellan pula.

“Kamu akan dihantar pulang ke Lisbon hujung tahun ini kerana khidmat awak tidak diperlukan lagi di sini,” kata Alfondso de Albuquerque.

“Kenapa? Apa salah saya?” tanya Ferdinand Magellan kerana tidak berpuas hati.

“Kamu tidak bersalah. Cuma khidmat kamu tidak diperlukan lagi di Timur ini,” jawab Alfonso de Albuquerque.

“Saya ada pengalaman berperang kerana sudah lama berkhidmat sebagai tentera dan saya juga ada pengalaman belayar di lautan. Kenapa pula khidmat saya tidak diperlukan lagi?” tanya Ferdinand Magellan.

“Kerana saya tidak perlukan kamu lagi…,” jawab Alfonso de Albuquerque. Ferdinand tidak berpuas hati lalu bertindak keluar dari majlis mesyuarat.

“Tunggu dulu…,” kata Alfonso de Albuquerque. Ferdinand Magellan tidak jadi keluar lalu menunggu apa yang dimahukan ketuanya.

“Sebagai menghargai khidmat awak yang turut bersama menyerang Melaka, maka ada hadiah istimewa untuk awak,” kata Alfonso de Albuquerque sambil tersenyum sinis.

Kemudian beliau berbisik sesuatu kepada pembantunya dan lelaki itu segera keluar dari bilik mesyuarat. Tidak lama kemudian pembantu Alfonso de Albuquerque datang semula bersama seorang remaja lelaki berumur antara 12 hingga 15 tahun.

“Budak ini adalah tawanan perang yang kita ambil dari istana raja. Saya hadiahkan kepada awak untuk dibawa pulang ke Portugal. Ini hadiah istimewa yang saya maksudkan itu,” kata Alfonso de Albuquerque sambil tersenyum mengejek.

Semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu tertawa kecuali Serrao kawan baik Ferdinand Magellan. Dia berpendapat tindakan Alfonso itu satu penghinaan. Ferdinand Magellan memandang wajah budak lelaki itu.

Tiba-tiba timbul rasa kasihan dan sayang dalam hatinya, lalu dia pun berkata, “Saya terima hadiah ini walau ia suatu penghinaan.”

Ferdinand Magellan berlalu sambil membawa budak lelaki itu keluar dari bilik mesyuarat.

Pada awal bulan Disember 1511, Alfonso de Albuquerque mengarahkan lima buah kapal iaitu Tidore, Ternate, Macian, Bacian, dan Halmahera keluar mencari Pelabuhan Maluku. Angkatan kapal peninjau ini diketuai oleh Antonio d’Abreu dan termasuk bersama-samanya adalah Francisco Serrao, rakan baik Ferdinand Magellan.

“Saya berasa amat kecewa kerana tidak dibenarkan menyertai kamu ke Maluku. Dan lebih dukacita apabila khidmat saya tidak diperlukan lagi di sini. Saya dipaksa pulang ke Lisbon hujung bulan ini,” kata Ferdinand Magellan melahirkan rasa kesalnya.

“Apabila kami sudah sampai di Maluku nanti saya akan mengutus surat kepada kamu. Dengan itu kamu boleh datang ke sana dan saya menunggu kedatangan kamu,” pujuk Serrao.

“Untuk apa saya datang jika khidmat saya sudah tidak diperlukan lagi,” kata Ferdinand Magellan pula.

“Khabarnya Maluku itu sebuah pulau yang kaya dengan rempah, cengkih, buah pala, dan rempah ratus lainnya. Saya yakin di sana banyak peluang perniagaan. Dan kamu boleh datang ke sana sebagai pedagang bukan lagi sebagai tentera,” kata Serrao pula.

“Kamu memang sahabatku yang baik,” kata Ferdinand Magellan sambil tersenyum gembira.

Beberapa hari kemudian angkatan peninjau dari Melaka belayar ke Maluku. Pelayaran mereka hampir menemui kegagalan apabila kapal yang mereka naiki hampir karam dilanda ombak dan badai. Mujur mereka dapat singgah dan berlindung di Ternete serta mendapat layanan yang baik daripada Sultan Abdul Hasan. Serrao yang dapat menjalin hubungan baik dengan raja pulau itu minta kebenaran untuk menetap di Ternete sementara kawan-kawannya yang lain meneruskan pelayaran ke Maluku.

Dengan kebijaksanaan Serrao, dia dapat mendamaikan permusuhan antara Sultan Abdul Hasan, raja Ternete dengan Sultan Al Mansur, raja Pulau Tidore. Sebagai ganjarannya, Serrao dilantik menjadi wazir Sultan Abdul Hasan dan berkahwin dengan puteri Sultan Al Mansur. Dengan itu Serrao dipandang tinggi oleh penduduk tempatan. Semua itu diceritakan oleh Serrao dalam suratnya kepada Ferdinand Magellan.

Tidak lama kemudian Ferdinand Magellan diperintahkan pulang ke Lisbon kerana khidmatnya tidak lagi diperlukan. Dan dia dapat merasakan kepulangannya itu adalah misi terakhirnya di timur di bawah kibaran bendera Portugis. Namun, kandungan surat Sarrao itu mampu mengubat hatinya yang terluka.

“Saya tahu khidmat saya tidak diperlukan lagi. Tetapi saya berhak menuntut hak saya yang sama-sama berjuang menakluk Melaka,” kata Ferdinand Magellan kepada Alfonso de Albuqerque sebelum pulang ke Lisbon.

“Kamu telah pun mendapat hak iaitu budak lelaki yang saya berikan itu. Bawalah dia pulang ke Lisbon. Kamu boleh jual ataupun jadikan hamba,” kata Alfonso de Albuqerque pula.

“Saya berhak mendapatkan harta rampasan perang,” kata Ferdinand Magellan pula.

“Semuanya akan diserahkan kepada Raja Manuel,” kata Alfonso de Albuquerque.

“Saya berhak menuntut gaji selama berkhidmat di Goa dan Melaka.”

“Kamu boleh buat tuntutan kepada raja kita.” Alfonso de Albuqerque terus membetah.

Ferdinand Magellan berasa amat kecewa kerana harta yang dapat dibawanya pulang hanya seorang budak lelaki yang dinamakannya Enrique Melaka. Budak itu telah dibaptiskan sempena hari Saint Hendry.

“Kamu melayan budak itu dengan baik. Tidak seperti seorang hamba. Apa yang membuat kamu tertarik padanya?” tanya salah seorang kawan Magellan.

“Tubuhnya tegap dan raut mukanya seorang yang berani dan setia,” jawab Ferdinand Magellan.

“Kamu tidak mahu menjualnya?” tanya kawannya lagi. Ferdinand Magellan menggeleng perlahan sambil menjawab,

“Rasanya tidak….”

“Kenapa?”

“Aku pernah menjadi budak istana. Kerana itu Alfonso memberikan budak istana ini kepada aku sebagai satu bentuk penghinaan. Namun, aku menerimanya dengan dengan senang hati kerana yakin budak ini akan membawa tuah kepadaku,” jawab Ferdinand Magellan.

“Kenapa diberi nama Enrique Melaka?” tanya kawannya lagi. Ferdinand Magellan menghela nafas panjang. Seketika kemudian dia menjawab, “Saya tertarik dengan nama itu. Dan dia sesuai dengan nama itu.”

Dia pulang ke Lisbon dengan membawa hanya seorang budak lelaki yang bernama Enrique Melaka. Namun, ada sesuatu yang lebih berharga daripada itu. Ferdinand Magellan membawa pengalaman mengenai dunia Timur termasuk maklumat mengenai dunia Melayu dan Pulau Maluku. Dia yakin maklumat itu yang akan mengubah masa depannya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79581/enrique-melaka

[SNEAK PEEK] AKU NABI ISA!

9789673693436-medium
EBUKU AKU NABI ISA Oleh Dr. Rozanizam Zakaria

Apabila berbicara perihal pesakit mental atau psikiatri, saya bukan sekadar berhadapan dengan mereka yang kronik seperti yang tidak siuman, tidak terurus, berbau, dan tinggal di kaki lima. Berbeza dengan gambaran tipikal yang sering diberikan masyarakat, kadangkala kita didatangi oleh mereka yang sihat fizikalnya, memiliki keupayaan intelektual yang baik, dan kerjaya yang bagus. Namun, mereka mengetuk pintu kami kerana ada sesuatu di sebalik luaran yang sihat dan tenang itu.

PROFIL PESAKIT

Temujanji di klinik saya pada petang itu disusun untuk seorang pesakit baru yang dirujuk oleh kaunselor universiti. Pemuda berusia dalam lingkungan 20-an itu adalah mahasiswa tahun satu di sebuah universiti di Adelaide. Dia dilahirkan dalam keluarga berketurunan Vietnam dan menetap di Australia sejak 15 tahun yang lalu. Daripada apa yang dia ceritakan, dinamik keluarganya begitu terkesan dengan tekanan hidup di Barat. Bapanya bekerja sebagai jurutera di lombong mineral dan hanya ada di rumah selama dua hari seminggu. Ibu dan abangnya pula sibuk dengan urusan perniagaan masing-masing. Dia adalah antara ratusan ribu, malah mungkin jutaan generasi kedua imigran yang menetap di ‘bumi penuh pengharapan’, Australia.

“Tak tahu,” jawabnya ringkas apabila ditanya mengapa dia datang ke klinik pada hari ini. Dia sendiri pada mulanya keliru mengenai sebab musabab dia disuruh bertemu dengan saya pada hari itu. Sesi klinik pada pagi itu bermula hambar, lesu, dan kebanyakan masa terisi dengan kesunyian akibat respons dia yang minimum pada sesi itu. Dia menghabiskan masa tunduk merenung lantai dan bermain dengan jari-jemarinya seakan-akan orang yang gemuruh dengan sesuatu yang ditakuti sejak sekian lama.

Pada wajahnya jelas riak risau bercampur keliru. Nada suaranya yang perlahan dan butir kata-kata yang berat untuk diluahkan memerlukan saya menggunakan pelbagai jalan bagi mencairkan suasana yang beku.

Sememangnya dalam banyak keadaan, saya dan rakan-rakan seangkatan mengalami masalah yang sama. Bukan semua pesakit ‘gembira’ dirujuk ke klinik psikiatri. Ini berbeza dengan orang sakit mata yang berjumpa dengan pakar mata. Pesakit kami kadangkala tidak terasa masalah yang dialami mengganggu kehidupan dan tidak merasakan kami dapat membantu dalam apa juga bentuk. Maka, tugas kami bermula dari kosong. Kemudian, membina sedikit demi sedikit batu-bata kepercayaan pesakit terhadap kami, sehingga terbina binaan yang mereka dapat rasakan mampu melindungi mereka.

“Pastinya ada orang yang risau tentang awak hingga awak dirujuk ke sini,” ujar saya melontarkan sesuatu untuk dia berfikir. Dia hanya membalas dengan menghembus nafas keluhan yang kuat. “Entahlah doktor, mungkin juga,” jawabnya ringkas.

BUKAN SEMUA PESAKIT ‘GEMBIRA’ DIRUJUK KE KLINIK P SIKIATRI.

Apa yang saya faham, dia dirujuk kepada doktor oleh kaunselornya yang risau dengan emosi pemuda itu yang tak menentu sejak akhir- akhir ini. Dia jadi semakin pendiam, kadangkala cepat marah, tak bergaul dengan orang lain, hilang semangat belajar, dan selalu ponteng kuliah. Akibatnya, pelajarannya semakin merosot. Baru- baru ini dia gagal dalam dua subjek semester dua pengajiannya.

Tak banyak yang diluahkannya kepada saya. Diam, tunduk, dan termenung ke luar tingkap adalah respons yang saya terima pada kebanyakan masa. “Cuba awak ceritakan pada saya, mana tahu ada yang saya dapat bantu,” sambung saya lagi.

“Jika tak membantu sekalipun, sekurang-kurangnya saya mampu mendengar.” Dia mula memberi respons dengan memandang ke arah saya sambil kedua-dua tangannya digenggam tanda gelisah.

Dalam keadaan yang sukar itu, sedikit demi sedikit dia membuka bicara. “Saya rasa macam nak meletup,” ujarnya membuka bicara.

“Satu demi satu perkara menimpa saya. Saya rasa tewas dalam semua ini. Sesak dan tak dapat bernafas,” ujarnya lagi sambil saya mendengar dengan penuh minat.

Tekanan daripada keluarga yang kucar-kacir menambahkan lagi tekanan dirinya dari hari ke hari. Apatah lagi kedua-dua ibu bapanya bertegas mahukan dia berjaya dalam hidup dan meletakkan harapan yang tinggi supaya dia menjadi doktor gigi. Oleh kerana keadaan rumah yang sentiasa berantakan, dia memilih untuk mengalihkan perasaan ingin disayangi kepada rakan-rakan. Malangnya, pengaruh rakan-rakannya memakan diri apabila mereka memperkenalkan dia kepada dadah.

Tak habis di situ, dia mula mengalami masalah kewangan yang terhad akibat tabiat suka bersosial serta mengambil arak dan dadah pada hujung minggu. Baru-baru ini dia dilanda konflik dengan teman wanita yang memanjangkan lagi senarai masalah hidup yang perlu ditelan. Itu adalah antara kecamuk yang terselindung di sebalik batang tubuh anak muda ini. Membacanya sahaja sudah merimaskan, apatah lagi memikulnya di atas bahu sendiri.

Sedikit demi sedikit diluahkan kepada saya keperitan yang menggunung dalam hatinya. Dia mengungkapkan, kadangkala terasa seperti ada suara yang menjerit di dalam kepalanya dengan membisikkan perkara-perkara negatif. Tidak hairan ada ketikanya dia melepaskan tekanan dalam diri dengan mencederakan dirinya sendiri.

“Jadi, itu sebab tangan kamu berbalut?” telah saya. Parut pada tangan menjadi bukti bagaimana satu-satunya cara keluar adalah apabila dia menoreh tangannya dengan pisau sehingga dia melihat sendiri darahnya mengalir. Biarpun bukan berniat membunuh diri, tetapi kecederaan yang dialami itu dirasakan seolah-oleh merawat kekebasan emosi yang dilalui.

“Saya tak nak mati. Tapi ini saja yang mampu saya buat bagi melupakan semua ini,” sambungnya.

Selepas berkenalan, berbual, bertanya, dan memberi dia peluang meluahkan isi hatinya, baru saya mengerti mengapa dia memilih untuk bertindak seperti apa yang orang lain lihat pada dirinya sejak akhir-akhir ini. Dia mungkin selama ini diam, namun jiwanya sedang menjerit dan meronta-ronta mengkhabarkan tekanan yang ditanggung oleh dirinya selama ini.

“Saya rasa saya tahu apa yang awak perlukan sebenarnya. Tapi awak perlu sabar dan beri peluang kepada diri awak sendiri,” ujar saya. Dia hanya tunduk diam dan mengangguk.

SAYA TAK NAK MATI.
TAPI INI SAJA YANG MAMPU SAYA BUAT BAGI MELUPAKAN SEMUA INI.

Jelas, keserabutan akibat tekanan yang dialami diterjemah menjadi kerisauan atau anxiety yang juga dirumitkan dengan tabiat mencederakan dirinya senditi. Dalam kes seperti ini, ubat biasanya bukan jalan penyelesaian utama. Ada banyak kerja yang perlu dilakukan bagi meneroka liku-liku dalam hati pesakit yang menyebabkan emosi mereka terganggu.

Biarpun mengambil masa, sesi terapi psikologi dan kaunseling biasanya adalah jalan paling baik dan berkesan untuk jangka masa panjang. Mereka harus dibimbing sehingga mampu mengenal dan mengawal keserabutan mereka. Sekiranya mereka tewas menguruskan keserabutan ini, mereka akan terus berhadapan dengan hari-hari yang sukar. Cabaran terbesar mendekati kes seperti ini adalah kesanggupan mereka bekerjasama dengan terapi yang diberikan.

TEKANAN: ANTARA MASALAH DAN PENYELESAIAN

Mengapa Serabut Perut?

Serabut perut adalah istilah yang muncul lewat dalam kehidupan saya. Sesuatu yang saya belajar selepas berkahwin dengan isteri yang berasal dari Terengganu. Serabut perut adalah ungkapan yang digunakan oleh penutur dari Pantai Timur bagi menggambarkan perasaan serba tak kena, gelisah, cemas, tak keruan atau tak tenteram kerana sesuatu masalah ataupun perkara yang berlaku dalam hidup seseorang itu.

Saya tertarik dengan istilah ini kerana secara tidak langsung dua perkataan ini menggambarkan semua perasaan yang disenaraikan tadi. Dalam kata lain, ia menceritakan pada kita gambaran sebenar perasaan itu dalam ungkapan yang ringkas.

Saya juga tertarik dengan istilah ini kerana ia sebenarnya begitu dekat dengan istilah bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, perkataan naluri kadangkala diterjemah dengan istilah gut feeling atau perasaan perut atau usus, jika diterjemah secara langsung. Kerana itu kadangkala mereka menggunakan ungkapan sick in the gut bagi menggambarkan perasaan tak keruan ataupun tak senang. Tidak mengejutkan apabila ramai pengkaji neurosains (kajian berkaitan saraf ) mengkaji dan mempercayai adanya hubungkait antara sistem pencernaan dan sistem daripada sudut embriologi.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79566/aku-nabi-isa

[SNEAK PEEK] TRAVELOG FAGHUZI

9789671317136-medium
EBUKU Travelog Faghuzi Oleh Ahmad Fauzan Azam

 

Traveller Dari Seberang

Jakarta, Indonesia

“One day you will wake up and there won’t be any more time to do the things you’ve always wanted. Do it now.”

– Paulo Coelho

Akhirnya kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta. Ketika keluar dari badan kapal terbang, sempat juga aku menjenguk ke tingkap, kelihatan hujan sedang turun. Suasana gelap di luar walaupun ketika itu jam menunjukkan pukul 5.30 petang waktu Indonesia. Di Jakarta perbezaan waktu adalah sejam awal berbanding Kuala Lumpur. Suasananya pada pukul 5.30 petang ini seakan berada di Sabah. Waktu Maghribnya sekitar jam 6 begitu.

Seusai mengecop pasport di kaunter imigresen, aku melihat Haeri sudah menunggu di luar. Aku menghampirinya sambil bersiul lagu ‘Holiday’ dari Jelly Belly. Ini yang bagusnya pakai backpack, tak payah nak check-in luggage walaupun MAS menyediakannya. Harung je sekali bawa masuk dalam flight. Tak payah pening kepala kalau beg hilang masa sampai kat airport. Haeri singgah ke kaunter money changer untuk menukar duit. Aku dah siap-siap tukar masa kat Malaysia. Waktu itu RM278 adalah bersamaan dengan Rp1 juta. Haeri yang menukar wang di airport pada waktu ini dikenakan kadar RM280 untuk Rp1 juta. Mahal sikit berbanding aku, namun lebih menguntungkan berbanding ketika aku ke Medan tahun lepas. Ketika itu kadar tukaran wangnya adalah RM300 untuk Rp1 juta.

Sebaik saja Haeri menukar wang, kami berjalan ke luar. Aku sudah pun mengeluarkan rokok Marlboro soft-pack dari kocek. Haeri pula membeli air di vending machine. Aku perhati, banyak juga air-air jenama pelik dalam mesin tu. Rata-ratanya berharga Rp5000. Pening pula tengok nombor kosong banyak sangat kat belakang. Aku duduk di ruangan merokok tepi vending machine dan menyalakan rokok yang berada di bibir. Haeri menghampiri aku dengan dua botol air isotonik seakan 100Plus. ketika ralit menghisap rokok, Haeri memulakan bicara.

“So, kita nak naik bas ke teksi ke apa ni?” tanya Haeri.

“Hmm… ok je nak naik bas. Teksi kalau nak naik pun kena yang Blue Bird la kan baru boleh percaya sikit,” aku membalas.

“Tapi teksi mahal sikit,” balas Haeri.

Betul juga tu. Kalau naik teksi Blue Bird pun still mahal kalau nak dibandingkan dengan pengangkutan awam lain. Sementara kami sibuk berbincang, datang seorang pakcik yang aku kira seorang supir.

“Selamat sore anak-anak muda. Dari mana dan mau ke mana?” pakcik itu menyapa kami.

“Selamat sore. Kami dari Malaysia dan sekarang ini mau ke Citi Residence di Jalan Hayam Wuruk,” kata Haeri.

“Bisa. Bisa. Naik sama saya, saya punya mobil,” balas pakcik itu.

“Berapa ya kalau menaiki mobil pak?” aku pula bertanya.

“Enggak mahal, buat kalian cuma Rp200,000,” balas pakcik itu lagi.

“Terima kasih. Enggak mengapa ya pak. Kami menaiki bus saja.”

Sebelum ini Haeri memberitahu bahawa kos menaiki bas awam hanya Rp50,000 untuk ke hostel yang telah ditempah secara online. Jauh lebih murah. Sesak juga keadaan waktu itu dan hujan masih belum reda di bumi Jakarta. Oh ya, dalam Bahasa Indonesia bas itu disebut bus dengan sebutan Melayu, bukan seperti sebutan dalam Bahasa Inggeris.

“Waduh, susah mau dapat bus waktu ini. Keadaan di sini machet bangat. Kalau menaiki mobil bisa cepat sampai,” balas pakcik itu memujuk kami supaya setuju menaiki teksinya.

“Enggak mengapa. Di mana kami bisa menaiki bus?” balas Haeri, sopan sambil bertanya lagi.

“Pergi aja di sana. Di tempat yang ramai orang itu,” pakcik itu membalas dengan nada yang seakan sedikit kecewa.

Kami terus berjalan setelah aku mencampakkan puntung rokok ke dalam bekas rokok. Ketika menuju ke tempat menunggu bas, ramai pemandu-pemandu teksi mengerumuni kami untuk menghulurkan perkhidmatan. Agak sukar untuk berjalan pada waktu itu namun pada masa yang sama, sempat juga bermain harga dengan mereka. Mana tau boleh dapat yang betul-betul murah.

Lebih kurang 10 minit berjalan dan mengharungi para supir yang mengerumuni kami, akhirnya tak tersampai juga ke tempat menunggu bas.

“Jauh betul tempat bas ngan terminal ni wei!” aku menjerit kepada Haeri.

Haeri mengangguk sambil berkata, “Ye la tu. Jauh betul ke kita sesat ni?”

“Baru sampai je dah sesat. Power! Haha!” aku membalas kenyataan Haeri. Selepas itu kelihatan kelibat seorang mas menghampiri kami. Wajahnya familiar.

“Mas, mobil saya harganya murah aja. Saya bisa hantar ke Jalan Hayam Wuruk,” ujar mas itu. Oh patutlah familiar wajahnya, ini mas yang ada melepak tepi money changer tadi masa Haeri menukar wang.

“Berapa harganya mas?” Haeri membalas.

“Buat kalian cuma Rp 140,000 saja. Susah mau dapat bus waktu ini. Terlalu sesak,” ujarnya. Dua keping kad bisnes dikeluarkan dan diberikan kepada kami. Tertera nama Jimmy di kad tersebut. Mas ini menyediakan perkhidmatan teksi dan sewa kereta di sekitar Jakarta. Kami saling memandang seperti mencari satu kata putus. Dalam kepala otak ni fikir juga Rp140,000 bahagi dua jadi Rp70,000 seorang. Lebih Rp20,000 dari harga tiket bas seorang. Aku fikir OK lah tu lalu mengangguk kepala sebagai memberi maklumbalas bahasa badan kepada Haeri. Haeri pun layankan aje.

Persetujuan dicapai lalu Mas Jimmy membawa kami menuju ke keretanya yang diletakkan di kawasan parkir kereta pelawat. Kami menghampiri sebuah kereta Kijang berwarna hitam. Kijang memang mudah didapati di Indonesia. Kenderaan-kenderaan SUV atau MPV lebih menjadi keutamaan bagi kebanyakan mereka. Kalau di Malaysia ia dikenali sebagai Toyota Avanza. Pintu belakang dibuka untuk kami letakkan backpack yang dibawa.

Aku membuka pintu penumpang hadapan manakala Haeri masuk duduk di belakang. Sebaik saja melabuhkan punggung dan menutup pintu, terus aku menoleh ke arah Mas Jimmy dan bertanya, “Bisa merokok di dalam mobil, mas?”

“Iya, bisa. Saya juga mau merokok ni. Hujan pun sudah berhenti,” Mas Jimmy membalas sambil menurunkan tingkapnya dan juga tingkap di pintu aku. Sekotak rokok kretek Surya dihulurkan. Aku pun mengambil sebatang. Enjin kereta dihidupkan dan Mas Jimmy terus memandu keluar dari petak parkir. Lagu kugiran Bunga Hitam didendangkan sebaik saja Mas Jimmy memainkan pemain CD di dalam keretanya. Mas Jimmy kemudian memulakan perbualan, ramah juga orangnya.

“Dari Malaysia ya. Ke sini mau berwisata di mana aja?” tanya Mas Jimmy.

“Iya dari Malaysia. Apa ertinya berwisata itu mas?” aku bertanya kebingungan. Walaupun Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu itu seperti adik-beradik namun masih ada perkataan yang aku tidak faham.

“Oh wisata itu artinya bepergian bersama-sama dengan tujuan mengenali hasil kebudayaan setempat,” balas Mas.

“Oh kalau di Malaysia kami bilang berjalan-jalan aja,” sampuk Haeri.

“Iya, haha. Mau ke mana aja di Indonesia ini? Berapa lama di sini?” tanya mas lagi.

“Kami di Indonesia selama sebulan. Mulanya di Jakarta dan pulang ke Malaysia dari Lombok,” aku membalas.

“Waduh, enak sekali. Bagus. Bisa belajar kebudayaan di sini juga,” sebuah kata-kata galakan terpacul keluar dari mulut Mas Jimmy.

Perbualan demi perbualan bertukar-tukar di antara aku, Haeri dan Mas Jimmy. Sudah hampir 10 tahun dia berkhidmat sebagai supir di Jakarta. Di samping itu, dia juga mempunyai pekerjaan lain untuk menyara hidup di Jakarta. Mas Jimmy dari suku Batak. Suku ini banyak didapati di Berastagi, Danau Toba dan Medan. Dia berhijrah ke Jakarta untuk mencari rezeki lebih. Ya, kaum Batak. Di Malaysia, kita selalu menggunakan perkataan Batak itu untuk sesuatu yang negatif. Kalau di sini terutamanya di Danau Toba atau Berastagi, mungkin kita dah kena pukul kerana dianggap mengejek mereka.

Setelah menempuh 45 minit dari airport termasuk mengharungi jalan yang sungguh ‘machet’, kami tiba di Jalan Hayam Wuruk. Jam menunjukkan tepat pukul 7.45 malam. Agak sukar untuk mencari hostel Citi Residence ini kerana ia tak kelihatan dari tepi jalan utama melainkan kita memasuki lorong-lorong sempit dan kecil. Lebih kurang 10 minit jugalah Mas Jimmy berpusing-pusing di sekitar untuk mencari tempat tersebut. Lokasi yang dicari berdasarkan peta dimuat turun oleh Haeri ke dalam henfon Nokia 808nya. Setelah berpusing-pusing, sampai juga kami di depan pintu utama Citi Residence itu.

Agak menyeramkan juga ketika pertama kali kami memasuki lorong kerana gelap dan sempit. Terasa seperti hendak pergi ke rumah pelacur atau menagih dadah. Seusai mengambil backpack dari belakang kereta dan membayar upah Mas Jimmy kami pun menuju ke kaunter Citi Residence. Semua perasaan yang terbit ketika mulamula memasuki lorong itu lenyap. Kami disambut dengan senyuman oleh penjaga kaunter yang memperkenalkan dirinya sebagai Tom. Mukanya seperti orang Cina, tetapi bila ditanya, dia menidakkan. Dia menjelaskan bahawa dia berasal dari daerah Kalimantan dan menjalankan bisnes ini bersendirian pada mulanya.

Haeri yang telah menempah bilik memberikan passport kepada Tom untuk proses pendaftaran dan pembayaran. Aku melihat ke sekeliling, pada mulanya aku fikir ia berkonsepkan dorm hostel tapi bukan. Ia mempunyai bilik berasingan untuk ruang privasi, namun pada masa yang sama terdapat ruang untuk berkumpul, bersarapan dan bersosial di tengah-tengah antara bilik. Walaupun tempatnya tidak sebesar mana namun tetap selesa. Hostel tersebut mempnyai dua tingkat dan kami dapat bilik bawah. Dapur dan peti ais juga disediakan di kawasan bersosial itu untuk para pengunjung. Kami meletakkan backpack ke dalam bilik dan mengeluarkan apa yang patut. Haeri berbaring di atas katil sambil membaca buku ‘Culture Shock!: Jakarta’ yang dibeli ketika event Big Bad Wolf. Aku pula keluar dari bilik sambil bertanya kepada seorang mas yang sedang menyusun kerusi meja di laman tengah itu. “Mas, bisa merokok di sini?”

“Sila merokok di luar. Jangan merokok di dalam bilik ya,” bilang mas itu. Aku mengangguk kepala dan tersenyum sambil mengucapkan terima kasih. Mas itu kemudian berlalu pergi untuk naik ke tingkat atas. Mungkin hendak mengemas bilik barangkali atau beliau memang tinggal di situ. Aku pun duduk di kerusi yang telah tersusun di depan bilik dan meletakkan portable ashtray aku di atas meja. Sebatang rokok dikeluarkan dan disisip ke bibir. Setelah dibakar, aku hembuskan asap dengan penuh nikmat. Aku terlihat serbuk kopi di dapur dan kemudian bingkas bangun mengambil cawan yang telah disediakan untuk membuat kopi panas. Cuaca sejuk pada malam itu membuatkan aku rasa asyik untuk menghisap rokok sambil menikmati secawan kopi panas. Di tingkat bawah hostel terdapat empat bilik, begitu juga di tingkat atas. Ada dua bilik air yang mempunyai tandas untuk dikongsi sesama pengunjung di setiap tingkat. Bilik sebelah kami tiada penginap, begitu juga dengan bilik di hadapannya. Bilik hadapan kami pula kelihatan gelap sahaja namun terdengar bunyi orang batuk dari dalam bilik.

Sedang sedap-sedap menikmati secawan kopi panas dan rokok, kedengaran suara Tom berbicara dengan turis (pelancong/tourist). Dari lorong itu kelihatan seorang lelaki Eropah dan seorang wanita yang aku kira pasangannya membuka pintu bilik berhadapan bilik sebelah kami. Aku yang tiba-tiba peramah pun menegur, “Hello neighbour!” dan teguran itu dibalas oleh mereka dengan senyuman dan sapaan “Hello”. Selepas itu mereka bergegas masuk ke dalam bilik dan kemudian lelaki Eropah itu keluar kembali, meninggalkan aweknya setelah meletakkan bagasi. Dia menghampiri aku yang sedang menikmati kopi dan rokok.

“Hey. How are you? May I join you?” dia memulakan bicara.

“Oh I am fine, thank you. Yea sure, please have a seat,” aku membalas sambil melemparkan senyuman dengan asap rokok keluar dari celahan bibir.

“What’s your name and where are you from?” aku kembali menyoal.

“I am Wilco and I am from Netherland. You?” balas Wilco, diakhiri soal balas kepada aku.

“I am Faghuzi from Malaysia. Do you smoke?”

“Yea, why not. How about we trade our cigarette. You can have my cigaratte and as an exchange you can give me yours. I have Lucky Strike which I bought in Poland,” balas Wilco panjang lebar siap mahu buat pertukaran rokok.

“Lucky Strike from Poland? That is cool. I would love to. You can have a try with my Marlboro that I bought in Malaysia,” aku bersetuju dengan sistem barter itu. Maka, sebatang rokok kami telah bertukar tangan. Bagaikan sebuah perjanjian telah dimeterai di antara pihak Belanda dan juga Malaysia. Eceh, tukar rokok je pun. Masing-masing menyalakan rokok di bibir dan menghembuskan asap yang terhasil.

“Whoa, your cigarette taste quite heavy than usual,” tiba-tiba mamat Belanda ni bersuara. Mungkin dia pening kot hisap rokok Malaysia ni. Maklumlah rokok Malaysia ni berbeza sikit dari negara lain. Kadar nikotin dan tar lebih tinggi. Tak pelik jugaklah bila orang Malaysia ni susah sikit nak berhenti merokok dan orang-orang asing agak rasa berat bila hisap rokok dari Malaysia. Lalu rokok Lucky Strike dari Poland itu aku belek tulisannya di dalam Bahasa Poland. Namun aku masih faham dengan nombor 1.2 itu yang bermaksud 1.2 mg tar ataupun nikotin. Itu yang aku pasti. Jumlah itu ternyata jauh berbeza dengan 1.8 mg tar yang terkandung dalam rokok Malaysia.

“Ha ha, Malaysian cigarettes contain more nicotine and tar than any cigarettes from around the world,” aku berseloroh.

“Anyway, how come you have a Polish cigarette while you are from the Netherlands?” aku sambung bertanya.

“Well, actually I am a Dutch but now living in Berlin with my girlfriend, Barbra who is a Polish. Usually the Polish cigarettes were bought by my girlfriend. And we come from Berlin and transitted at Dubai before we arrived here. You know the accomodation here is actually quite nice,” jelas Wilco panjang lebar sambil kepalanya memerhatikan keadaan sekeliling di tempat itu.

Selepas itu kelihatan awek Wilco pun keluar dari bilik untuk turut serta dalam perbualan kami.

“Hi there!” sapa awek Wilco kepada aku seraya mencapai kerusi dan duduk tanpa perlu dijemput.

“Hi!” balasku ringkas.

“Well, this is Barbra Gracowski,” ujar Wilco kepadaku.

“Hi Barbra. I am Faghuzi,” aku memperkenalkan nama sambil bersalam dengan Barbra. First time gak aku jumpa orang Poland. Aku hulurkan rokok namun dia menolak kerana baru saja lepas merokok tadi. Kemudian kedengaran pula pintu bilik aku dibuka, kelihatan Haeri keluar untuk terus ke bilik air. Mungkin mahu mandi barangkali. Terdapat tuala tersangkut di bahunya.

“So, how long will you be here or what is your plan here in Indonesia?” balas Wilco sambil menyambung bicara. Dia sudah selesai menghisap rokok dan puntung rokoknya ditekan ke dalam bekas pasu bunga berhampiran kami.

“Well, I am here with my friend, Haeri and we will be here for a month. From Jakarta we will go to Bandung, and then Jogjakarta, then Mount Bromo, then Bali and lastly at Lombok before going back to Malaysia,” itulah jawapan yang aku beri dengan penuh keyakinan.

“Wow, that would be great for you and your friend. That is a good trip!” balas Wilco sambil aweknya mengangguk tanda setuju dengannya.

“Yea, it would be great. How about both of you?” aku pula bertanya.

“Oh, we are only here for a week and then going back to Europe. We will stay here maybe until day after tomorrow because we have a flight to Bali,” Barbra pula menjawab mewakili mereka. Aku mengangguk. Sejurus selepas itu Haeri keluar dari tandas dan menyertai kami yang sedang melepak. Wilco pula bergegas ke dalam biliknya lalu keluar membawa dua tin bir Bali Hai. Kedua tin bir dan empat gelas yang diambil di dapur diletakkan di atas meja.

“Hey, I am Haeri,” Haeri datang terus memperkenalkan diri sambil meggosok tuala ke kepalanya.

“Hi Haeri. I am Wilco and this is Barbra,” Wilco memperkenalkan diri dan aweknya kepada Haeri.

“Come on, let’s have a drink,” pelawa Wilco kepada kami berdua. Kelihatan dua tin bir dibuka.

“Oh, sorry. I don’t drink alcohol,” Haeri menolak sopan. Kelihatan sedikit terkejut di wajah Wilco apabila Haeri menolak pelawaannya. Wilco mengalih pandangannya kepada aku.

“How about you?” persoalan itu terpacul dari mulut Wilco.

“No, I don’t drink and I am not so good with alcohol,” aku juga menolak sambil teringat kali terakhir menelan minuman beralkohol. Ianya berlaku ketika praktikal di akhir semester dulu. Itupun sebab ada seorang eksekutif yang belanja aku atas alasan menemani client dan sekarang dah lama aku tak minum arak. Tergugat juga rasa bila ada orang offer ni.

“Beer isn’t so strong. It is not a vodka or tequila. So you don’t want it too? Is that because of religious purpose or what? But it’s okay, I understand and respect your choice,” balas Wilco dan kemudian meneguk bir itu. Selepas itu dia melemparkan senyuman. Keengganan kami untuk minum tidak menghalang untuk terus melepak dan bersembang. Bermacam-macam topik yang dibualkan, daripada soal bolasepak sehingga hal-hal pengembaraan. Setelah hampir sejam lebih bergaul mesra, kedua pasangan itu pun bangun dan meminta diri untuk masuk tidur kerana terlalu keletihan. Mungkin mereka jetlag. Aku pun OK saja dan berjanji dengan mereka untuk bersarapan bersama keesokan pagi kalau dapat bangun awal. Tapi mesti kena bangun awal, kalau tak rugilah breakfast percuma.

Setelah Wilco dan Barbra masuk ke bilik, aku mengajak Haeri keluar berjalan sebentar. Mahu ke Indomaret yang terletak di hujung blok Jalan Hayam Wuruk. Aku perasan kewujudan Indomaret ketika dalam perjalanan tadi. Haeri bersetuju dan sememangnya kami hendak membeli beberapa barang keperluan seperti sabun mandi dan mi segera. Jika di Malaysia kita lebih banyak nampak 7 Eleven dan juga KK Mart, tapi di Indonesia Indomaret ini bersepah-sepah. Jalan sikit je nampak Indomaret.

Kami keluar dari tempat penginapan dengan menyelusuri lorong yang gelap itu kembali. Memandangkan baru je lepas hujan, lorong yang gelap itu dipenuhi dengan lopak air setinggi paras buku lali. Tak ada pilihan, maka kami melalui laluan di tepian lopak air yang sempit itu. Dalam perjalanan ke Indomaret, kepala otak aku rasa best. Best sebab sedang berada di bumi asing. Walaupun suasana di bandar Jakarta takdelah jauh beza sangat pun dengan KL tapi aku tetap rasa gembira. Haeri juga rasa begitu. Itu berdasarkan pemerhatian aku dari lenggok bahasa badannya. Ketika menghampiri Indomaret, satu kelibat menghampiri kami.

“Mau cewek, mas? Murah aja ini,” seorang bapa ayam membuat tawaran kepada kami. Aku dan Haeri pun tersenyum nakal namun hanya mampu menggelengkan kepala saja. Pada waktu yang sama, mata kami meneliti setiap genap badan cewek yang berada di tepi jalan itu. Boleh tahan menarik juga bentuk badan diorang ni. Namun keinginan nafsu itu ditolak ke tepi dulu agar kami dapat menjayakan misi ke Indomaret.

Di Indomaret kami capai apa yang kami hajati dan kemudian terus ke kaunter. Bukan hanya sabun mandi serta mi segera, malahan syampu, ubat gigi dan bermacam lagi. Sampai di kaunter aku membeli dua kotak rokok Marlboro, maklumlah harga rokok kat sini murah-murah belaka berbanding di Malaysia. Haeri juga membeli rokok kretek Djarum untuk dicuba. Haeri bukan perokok tegar seperti aku. Dia boleh diibaratkan sebagai social smoker. Kalau di Malaysia, dia hisap rokok gulung je. Itu pun pada situasi tertentu. Dia merokok bila dia rasa nak merokok. Setelah pembayaran dibuat, kami keluar dari Indomaret dan melalui jalan tadi.

Sekali lagi kami terserempak dengan bapa ayam tadi yang masih datang dengan tawaran murahnya. Rp 150,000 harganya. ‘Boleh threesome ni kalau pancung bayar cewek.’ bisikku bergurau dalam hati. Namun pelawaan itu sekali lagi kami tolak dan berlalu terus ke tempat penginapan kami.

Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Kalau di Malaysia sudah pukul 1 pagi dan suasananya memang seperti 1 pagi di Malaysia. Tanpa berlengah, kami terus masuk ke bilik untuk tidur kerana badan masih lagi kepenatan. Tak jauh mana pun Malaysia dengan Indonesia. Nak kata jetlag tu pun takdelah pula. Tapi memang nak tidur awal sebab kepala otak pun tak tau nak buat apa lagi. Nak main cewek pun tak terasa nak main. Setelah menutup lampu bilik, kami berborak-borak kosong ala-ala pillow talk sambil baring di katil masing-masing. Beberapa minit kemudian berhenti bersembang. Mungkin tak tau apa yang hendak dibualkan lagi dan kedengaran pula Haeri sudah berdengkur lena. Aku set alarm di henfonku supaya tidak terlepas untuk bersarapan pagi. Mata dipejam dan cuba untuk tidur memandangkan aku ini insomnia.

Tiba-tiba aku terjaga. Sudahlah aku ni susah nak tidur malam, boleh pula terjaga. Aku capai henfon dan kelihatan jam menunjukkan pukul 3 pagi. Aku pusing ke kiri, tak boleh lena. Pusing lagi ke kanan pun sama. Haeri masih tidur dengan nyenyak. Alangkah nikmatnya jika aku dapat tidur seperti Haeri. Rokok Marlboro di meja aku capai dan bangkit dari katil untuk keluar dari bilik. Mungkin kena sebatang rokok ni boleh buat aku kembali dilamun mimpi. Ketika sedang merokok, kelihatan seorang lelaki Eropah baru sampai dan minta untuk menumpang ashtray aku. Aku mempersilakan dia untuk duduk bersama.

“Hi, I am Stefan,” lelaki itu memperkenalkan dirinya.

“Hi, I am Faghuzi. Did you just arrived here?” aku bertanya.

“Yea. Just arrived here and so exhausted! Haha. I will go to sleep right after I finish smoking,” balas lelaki itu.

“Where are you from?” soalku lagi dengan soalansoalan lazim ketika mengembara. Siapa nama, asal mana dan buat apa di sini adalah soalan-soalan lazim yang akan ditempuhi bila kita mengembara.

“I am from Germany. And you, are you from Malaysia?” tanya Stefan sambil cuba meneka negara kelahiran aku.

“Yes. I am from Malaysia. Good to see you here,” membalas ringkas sambil menghembuskan asap.

Seperti yang diceritakan tentang perancangan aku di sini kepada Wilco, perkara yang sama juga kepada Stefan. Dia juga menyatakan kedatangan dia ke sini adalah untuk berjumpa dengan kawannya yang kini berada di Thailand. Mereka merancang untuk berjumpa di Bali dan selepas itu ke Jogjakarta. Di samping itu Stefan juga cadangkan kepada aku untuk lepak bersama di Jogjakarta jika berkesempatan. Ini kerana kemungkinan untuk terserempak itu ada.

“Okay dude. I am so tired and I want to sleep. Well, see you tomorrow OK,” Stefan bersuara.

“OK. See you tomorrow and please have a rest, Stefan,” Puntung rokok aku penyet ke dalam ashtray sebelum ke water cooler untuk meminum sedikit air. Usai minum aku kembali ke bilik untuk sambung tidur. Mudah-mudahan berjaya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79546/travelog-faghuzi