[SNEAK PEEK] ASH DAN AISH

ASH & AISH OLEH MAYA ADRIA

“Awak okey?” Ashrafi hidupkan enjin kereta. Di hadapan mereka, Munirah bercekak pinggang, menjerit-jerit macam perempuan gila hilang boyfriend. Dia mahu ketawa melihat si gadis. Sayang, muka cantik, perangai jelik

“Kenapa awak ketawa?”

Ashrafi muncungkan mulut sambil tolak gear. “Tu, orang gila pun tak tunjuk perangai macam dia. Malang nasib siapa yang jadi laki Cik Munirah tu nanti.”

Aisha senyum senget. Ingatkan lelaki muka toya sebelah dia ini tak ada sense of humor. Manusia jugalah ya.

“Berapa dia caj awak satu malam tidur dalam stor kedai tu?”

“RM50, bukan stor tapi bilik rehat. Tapi tak macam bilik rehat kafe Encik Ashrafi.”

“Ash, boleh tak awak panggil saya Ash. Berencik-tuan ni buat saya geli-geleman.”

Pulak. Kita nak tunjuk hormat, biarlah ada beza pekerja dengan majikan.

“Saya tak biasa.”

“Biasakan.”

Kereta itu kembali sunyi. Mujur ada Ashrafi, kalau tidak mungkin dia bermalam di kaki lima. Sampai di hadapan kafe, Ashrafi terlebih dahulu turun dan bukakan pintu.

“Masuk dalam. Pintu ni saya kuncikan dari luar. Pintu belakang awak boleh buka dari dalam kalau ada apa-apa kecemasan.”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351986

[REVIEW] SUDI JADI ISTERI SAYA?

Sudi Jadi Isteri Saya? Oleh Maya Adira

Salahkah jika dia tidak lagi percayakan cinta? Berdosakah dia, menidakkan cinta yang dihulur barisan perawan yang ada. Huh, cinta! Bagi Irfad Haji Muzir, cinta adalah penipuan. Cinta adalah permainan. Maaf, dia tidak lagi percayakan perkataan itu. Ya, dia pernah mencintai dengan setulus hati lelakinya. Namun, baru ingin dipetik sebagai suri, cinta itu terbang pergi. Permainan waktu menemukan mereka. Hatinya remuk, hancur diinjak sang tunang dan sahabat baiknya, dua insan paling disayanginya. Dia mengalah untuk tidak mahu bernafas lagi. Apa gunanya? Aflah tekad, dia mesti pergi. Kenapa mesti dia diselamatkan? Dia mahu mati! Mulut kata jauh, hati kata datang. Otak kata benci, rindu khabar sayang. Kasih hampir bertaut. Namun belum sempat diikat, Nadya yang dipuja Irfad pula datang. Nadya yang menyesali tindakannya. Perkahwinannya tidak bahagia, terdera katanya. Hati Irfad mula goyah. Cinta lama yang masih bersisa atau kasih baru yang mahu bertaut? Aflah menjauh, tersiksa dalam kerinduan. Nadya kian dekat, mahu cinta kembali berulang. Ada rahsia yang disimpan, petunjuk isteri pilihan.


Admin tengok macaron kat cover dia tu haih lapar lah pulak hehe. Tapi comel kan cover buku dia. Nampak sweet and simple je! Watak dalam cerita ni pun banyak yang mempunyai ciri ciri tersendiri. Novel ini mengisahkan tentang Irfad yang telah menyelamatkan Aflah yang ingin membunuh diri kerana kecurangan tunang dan kawan baiknya.

Tapi yang best nya, Irfad tu pun sebenarnya dah tak percaya cinta. Semua kata kata yang keluar dari mulut dia boleh tahan annoying jugak. Kita sebagai pembaca pun boleh sakit hati dan geram. Rasa nak cili cili je mulut dia tu tau! Hahahaha. Tapi, lama lama emmm… anda semua baca la sendiri, admin taknak jadi spoiler hihihi

Secara keseluruhannya, novel ni seronok untuk dibaca pada masa lapang. Admin memang suka gaya bahasa dan cara penulis ni. Banyak jugak pengajaran yang kita dapat semasa baca novel ni. 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/344455