Sejenak Bersama Hannah Ezaty

Hello readers! Pada bulan ini, admin akan kongsikan kepada anda hasil temu bual kami bersama penulis buku yang bernaung bawah Karyaseni dan Penulisan2u.

Kalau readers nak tahu serba sedikit tentang penulis buku yang terkenal ini, boleh ikuti temu bual kami di bawah.

 

Latar belakang Hannah Ezaty

Lahir, membesar dan tinggal di Pulau Pinang. Mempunyai pendidikan dalam bidang Perakaunan tetapi lebih cintakan dunia penulisan. Mula menceburkan diri dalam bidang penulisan selepas tamat belajar pada tahun 2011.

1) Siapa yang memberi inspirasi untuk Hannah Ezaty menulis?

Ketika di Tingkatan 2, cikgu Bahasa Inggeris saya ‘memaksa’ saya untuk menulis sebuah sajak. Kemudian, sajak tersebut telah diterbitkan ke dalam majalah sekolah. Bermula dari situ, tercetusnya minat dan inspirasi untuk menulis. Terima kasih, cikgu!

 

2) Apa makanan kegemaran Hannah?

Semestinya makanan pedas. Lagi pedas lagi syokk!

 

3) Siapakah penulis kegemaran Hannah? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Ramaiiii!

 

4) Apakah novel kegemaran Hannah? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Banyak. Tak tertulis rasanya. Tapi, antaranya ialah daripada tulisan Bikash Nur Idris, Ismi Fa Ismail dan Ramlee Awang Murshid.

 

5) Ada haiwan peliharaan tak di rumah?

Tak ada.

 

6) Jika Hannah diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah Hannah mahu pergi dan mengapa?

Negara-negara Eropah terutamanya Switzerland, Spain dan Iceland. Saya nak ke Switzerland sebab nak naik mountain coaster sambil menikmati panorama dan keindahan alam semulajadi di sana. Spain kerana sejarah serta budayanya dan Iceland kerana Aurora! Oh, ya. Teringin juga nak ke Istanbul untuk food hunting. I’m a food lover!

 

7) Adakah Hannah merancang untuk menulis dan produce novel terbaru?

Ya, saya bakal menerbitkan sebuah novel bergenre romance-mystery tak lama lagi berjudul 9 NOTA yang menceritakan kisah hidup seorang wanita yang sering menerima nota misteri daripada pengirim tak bernama dan bagaimana cara dan usaha yang dilakukan untuk menjejaki pengirim misteri berkenaan.

 

8) Pada pandangan Hannah, apa istimewanya novel Hannah berbanding novel lain di pasaran?

Dekat dengan hati pembaca kut?

 

9) Dari mana Hannah selalu dapatkan ilham untuk menulis? Ada yang dari pengalaman sendiri ke?

Ilham datang tak kira waktu. Kadang-kadang, bila nak tidur pun ilham boleh muncul. Bangun pagi pun boleh dapat ilham. Kebanyakannya datang daripada pemerhatian dan pembacaan. Ada juga daripada pengalaman sendiri dan orang sekeliling. Adakalanya daripada berita dan isu-isu semasa yang telah diolah sehingga menjadi sebuah fiksyen.

 

10) Apa rutin harian Hannah? Ada yang rare tak?

Rutin harian biasa-biasa saja. Cuma saya akan menulis antara jam 3 pagi sampai jam 9 pagi kalau ada deadline. Selebihnya macam rutin orang lain.

Saya juga suka melepak seorang diri kat balkoni rumah antara jam 2-3 pagi kalau tak boleh tidur sambil perhati kereta yang lalu lalang. Err… itu dikira rare tak?

 

11) Describe diri Hannah dalam 3 patah perkataan.

Sepi itu mengasyikkan.

 

12) Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, apa lagi bahasa lain yang Hannah kuasai?

Pernah belajar Mandarin, Italian dan Spanish tapi sampai sekarang tak fasih-fasih. Hehe.

 

13) Apa nasihat Hannah kepada penulis-penulis yang masih baru dalam industri buku?

Jangan cepat mengalah dan berputus asa. Hargai diri sendiri dan bakat pinjaman tuhan. Teruskan berjuang!

 

14) Apakah pesanan Hannah kepada pembaca di luar?

Teruskan membaca dan teruslah menyokong industri buku dan penulisan.

 

Kami harap cik Hannah Ezaty akan terus merwarnai dunia penulisan dengan coretan yang menarik dan bermutu lagi. Jika anda berminat dengan tulisan Hannah Ezaty, boleh klik pada link di bawah untuk mendapatkannya.

 

Lebih banyak karya dari Hannah Ezaty boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/author/filter/au_47199_hannah-ezaty/~

[SNEAK PEEK] KARAMEL

Karamel oleh Nasz

 

“ANA!” Aku pusing belakang apabila dengar orang panggil nama aku. Tengok-tengok Kak Ain, admin production tengah tersengih belakang aku.

“Mak aii… sengih macam baru dapat surat increment. Tapi bukan ke kita dapat dua persen je ke? Ke akak dapat lebih? Ni saya suspek akak bukan-bukan ni.” Aku tarikbackpack komputer riba aku dengan beg tangan lepas tu sangkut kat bahu kanan dua-dua beg dan tekan remote kereta.

“Aku suspek kau dulu, takkan dapat dua persen dapat pergi Bandung.” Kita orang sama-sama jalan masuk ofis dari tempat letak kereta.

“Tahun lepas lagi dah beli tiket kak… dengan harapan banyaklah dapat. Alih-alih… alahai, nak sebut pun rasa macam nak menitiskan air mata. Nak beli pisang kat Kartika Sari tu pun tak lepas.”

“Aku ni bajet dapatlah tukar peti ais baharu… rupanya haram.”

“Dah tak ada ayat nak bagi ni kak… macam nak cekik-cekik je Komagan tu. Nasib baiklah dah berhenti. Kalau tak, memang saya calar je kereta dia.” Terbayang saja muka Komagan, bekas bos aku yang bercakap macam menyanyi tu. Maklumlah dari India datangnya. Bercakap pun bunyi macam lagu A.R. Rahman dah. Kadang-kadang dengan aku sekali geleng-geleng kepala tengok dia bercakap sebab dah memang gaya dia orang bercakap walaupun maksud ‘ya’ tapi geleng kepala. Tapi kalau ‘tak’, tak pulakdia angguk.

“Jangan dikenang orang yang dah tak ada…” Kak Ain gelak. “Hah… kau tak jumpa lagi bos baharu kau kan?” Dia bukakan pintu untuk aku.

“Mestilah tak… dah nama pun saya baru masuk kerja hari ni. Handsome ke kak?” aku tanya dengan harapan bos baharu aku tu handsome macam Jang Dong Gun ke, tak pun Wenworth Miller pun dah bersyukur banyak dah. Aku ni bukan apa, kurang-kurang naklah cuci-cuci mata sekali-sekala. Ni alih-alih kena tengok Chin yang dah nak pencen tu; tak pun Albert yang muka memang dah cukup pakej. Sekali tengok dah macam Jiro Wang tapi apakan daya dah ada boyfriend. Kalau kalah dengan perempuan tak apalah lagi, ni dengan lelaki.

Hampa aku mula-mula dengar dulu. Tapi dia memang dah sedaya upaya nak cakap kat semua orang yang dia tu gay, kalau boleh hari-hari duk tukar subang sebelah kiri dia tu. Tapi kita-kita yang tengok ni macam buat-buat tak nampak aje. Sekali dia bawakboyfriend dia, semua pun nganga. Tapi apa hairan, sekarang ni benda biasa aje. Kalau terkejut karang orang cakap tak moden. Adoi, tak tau pula selama ni maksud moden tu kena buat benda-benda yang Tuhan larang.

“Bolehlah daripada HoD lain… ada jugak selera aku nak tengok.”

Aku sebenarnya dah tengok dia kat resume tapi apa sangatlah gambar pasport tu. Tak pernah lagilah gambar pasport aku ni cantik. Huduh je rasa. Walaupun aku ni cantik juga sebenarnya. Ahaks! Agaknya gambar pasport tu memang dah ditakdirkan tak semenggah kut.

“Dah kahwin ke dia?” Kak Ain tanya… kita orang dah terberhenti kat tengah-tengah simpang antara ofis aku dengan productionProduction kena belok kanan… ofis aku belah kiri. Tapi disebabkan kita orang tak reti-reti nak masuk ofis lagi jadi mengumpatlah kat tengah-tengah ni. Ala, lagipun baru pukul 7.55. Aku masuk kerja pukul lapan, ada lagi lima minit apa.

“Bujang kak.” Aku tau dia bujang pun sebab tumpang menyemak tengok resume dia masa Kak Wati yang kerja jadi Human Resource (HR) executive baca sebelum bagi pada Collin.

“Hah… aku memang suka orang bujang.” Dia gelak.

“Dan-dan hah.”

“Betul-betul bujang eh… bukan duda anak enam ke?”

“Dia tulis bujanglah… tak pulak dia tulis duda. Tapi kalau duda pun apa salahnya, bukan laki orang pun. Koman-koman dah ada experience. Akak kan suka yang adaexperience.” Aku gelak. Sempat perli dia yang memang kahwin dengan duda anak tiga. Ala, tak kisahlah duda ke apa. Janji baik sudah. Sekarang ni nak cari orang kaya lagi senang daripada orang baik rasanya.

Cehh… sempat mengumpat aku tu. Kalau bujang kirim salam. Duda tak payah.” Dia sengih.

“Aku kena masuk… karang orang tua tu bising. Fasal SOP tu nanti aku e-mel kaulah. Aku tak faham apasal kau orang kena buat holding time tu tapi orang tua tupulak kena sign.” ‘Orang tua’ tu refer kat bos dia yang memang dah tua pun. Tunggu pencen saja lagi.

Aku angguk. Apabila saja aku masuk ofis aku… aku nampak bilik bos dah terang. Mak aii, cepatnya sampai. Eleh, mula-mula aje datang cepat ni. Lama-lama pukul lapan baru nak siram air atas kepala.

Aku letak beg atas kerusi dan keluarkan komputer riba dari beg. Pasang wayar sana sini.

Best ke cuti?” Nana tiba-tiba hulur kepala kat meja aku.

Best lagi kalau tak habis duit.” Aku tak tengok pun muka dia. Terus masukkanpassword kat komputer riba.

“Ni hint-hint kau beli banyak hadiah…”

“Kau menapak tempat aku pagi-pagi ni semata-mata nak tanya hadiah ke? Kut yepun, bawalah air Milo ke… teh ‘o’ ke, kopi kapal api ke. Ni bawak badan je, aku nak kasi hadiah pun rasa tak sudi.”

“Alaa… aku ni bukannya tak nak buat air tu semua tapi sekarang ni kan kempen kurangkan gula. Nak pulak harga gula manjang je naik tak reti-reti nak turun. Lagipun minum air gula ni tak bagus untuk kesihatan. Minum air suam jelah. Di samping dapat kurangkan bajet, dapat juga mengurangkan lemak. Sekian.”

Punyalah panjang jawapan dia, dah boleh buat karangan SPM dengan tajukTerangkan Faktor-Faktor yang Membolehkan Kita Menjana Ekonomi.

“Hah… pilihlah mana nak. Letih aku dengar kau membebel tak tentu fasal. Hah… barang yang kau pesan ada kat rumah. Nanti datang ambil tau.” Aku keluarkan macam-macam benda dari beg tapi kebanyakannya makanan yang aku beli kat Kartika Sarilah.

“Okey bos.”

“Aku rasa kena menghadap bos aku la… karang dia ingat dia tak ada sekretaripulak.”

“Pergilah… kirim salam sekali. Dengan ucapan… sudilah kiranya dia lunch dengan aku.” Nana buat muka gedik.

“Kau ni apa hal? Gedik semacam je… bos aku handsome sangat ke?”

“Nak kata handsome macam Oh Jiho tu memang tak ada harapanlah. Tapi kalau nak compare dengan HoD kita yang dah kertu tu semua, dia boleh menang tanpa bertanding aku rasa. Alaa… kesimpulannya, bos kau tu bakal jadi jejaka terhangat kat sini. Orang kat sini kan macam pantang nampak lelaki bujang. Semua dia nak zass… nak-nak yang tu.” Sempat dia cakap sambil tunjuk bilik Zila yang kerja finance executive. Aku gelak apabila dengar ayat minah tu. Huish! Zila tu macam topik wajib mengumpat Nana. Kalau tak sebut nama dia sehari macam makan tak kenyanglah jadinya.

“Hari tu kemain kau cakap dia ‘sesuatu’lah. Ada kad keahlianlah… sekarangmenggedik pulak.”

“Tu sebelum aku tengok dia.” Aku cebik bibir dengar jawapan dia tu.

Aku jalan nak masuk bilik bos aku, tapi sempat singgah minum air kosong kat pantri yang betul-betul depan bilik bos baharu aku tu. Nama bos aku ni pun aku lupa sebenarnya, tapi aku ingat pula dia bujang ke tak. Maklumlah jumpa pun tak pernah. Dia masuk masa aku cuti seminggu pergi Bandung. Ni pertama kali nak menghadap ni. Tapi sebelum apa-apa, aku berhenti baca nama dia kat pintu… Mohd Arif Mohammad.

Aku ketuk bilik dia yang dah memang terbuka. Dia yang tengah menghadap komputer riba tengok aku lepas dengar bunyi ketukan.

Dua saat pertama dia pandang muka aku, dia senyum. Tapi bila saja masuk saat ketiga dia cancel senyum tu. Walaupun agak musykil, tapi aku dengan mulianya senyum kat dia pagi-pagi buta ni. Aku rasa dia taklah handsome sangat pun. Biasa-biasa aje, dah nama pun orang Melayu. Muka mestilah macam Melayu, takkanlah jadi macam Oh Jiho yang handsome amat tu pulak. Tapi disebabkan dia satu-satunya manager yang bujang lagi muda, jadi mesti ramai yang nak menempel nanti. Sekarang mana kirahandsome ke tak, yang penting kerja apa, gaji berapa, pakai kereta apa, rumah ada berapa biji, ada tanah berapa ekar, kalau bank statement ada lima-enam kosong lagi baik.

“Saya Nory Ana. Sekretari encik.” Aku kenalkan diri sambil senyum penuh keriangan… kenalah kenalkan diri aku yang glamor ni.

Sebenarnya aku ni kerja Document Controller. Tapi disebabkan kilang ni jimat cermat jadi Document Controller cum secretary sekalilah. Disebabkan aku ada dua jawatan jadi kerja aku pun ada lebih daripada dua. Masalahnya ialah, gaji aku tak pula naik dua kali ganda!

Dia macam tak dengar apa aku cakap sebab dia tengok aje muka aku. Apa hal macam tak ada respons aje dengar ayat aku tu? Koman-koman cakaplah hai ke… kalau cakap awak cantik lagilah terbaik.

“Saya sekretari encik.” Aku ulang suara. Mata dia tak beralih dari muka aku macam orang kena sampuk. Tetap tak ada respons. Haa… sudah, agaknya bos aku ni ada masalah pendengaran ke apa. Perlu ke aku guna bahasa isyarat ni? Adoyai… apasaltak ada orang pun warning kat aku fasal masalah pendengaran dia ni? Cuba cakap sekali lagilah.

“Encik?” aku panggil dia lagi… tapi tetap tak ada respons. Confirm dia cacat pendengaran! Terpaksalah pakai bahasa isyarat. Collin ni kut ye pun nak ambil Orang Kurang Upaya (OKU), keluarlah e-mel alert ke apa. Boleh la aku beli buku bahasa isyarat buat standby.

“ENCIK.” Aku lambai-lambai depan muka dia sambil cakap.

“SAYA… SAYA NI.” Aku tunjuk kat muka aku… “SEKRETARI.” Aku tunjuk actiontulis-tulis. Betul ke sekretari action dia macam ni? Apasal tulis-tulis, karang dia ingat aku cikgu pulak. Belasah ajelah dulu. Kalau dia tak faham aku buat action lain pulak.

“SEKRETARI ENCIK.” Aku tunjuk dia.

Baik saja lepas aku dengan gigihnya berbahasa isyarat segala, dia buka mulut. “Awak ni apasal… dah tak boleh cakap slow-slow ke?” Dia marah sebab suara aku boleh dengar sampai bangunan sales kat sebelah.

Eh… eh… dah susah payah aku cakap macam nak terkeluar anak tekak, bolehpulak dia sound-sound aku dengan jayanya. Kecil hati tau!

“Laa… boleh dengar rupanya. Saya ingat tak boleh sebab tu saya cakap kuat-kuat. Lagipun dah banyak kali saya cakap, encik macam tak dengar je…” Aku senyum walaupun menyirap aje dengar dia marah aku tadi.

“Awak nampak muka saya ni macam orang tak dengar ke?” Suara dia memang terang-terang dah naik dua volume. Rasanya kalau Pakcik Mat orang warehouse yang baru buat pembedahan pintasan jantung tu dengar, mau masuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) balik.

Err… macamlah jugak. Kalau tak, taklah saya jerit macam orang epilepsi pagi-pagi ni.” Aku tetap senyum walaupun tengah perli dia.

Dia tengok aku macam nak telan. Motif dia nak sentap aku sound dia padahal dia sedap mulut aje maki aku? Dah tu pulak siap tunjuk muka tak suka aku walaupun aku tak tau apasal. Ajaib betullah dia ni, agaknya memang gaya dia bercakap macam jeneral perang zaman Rome tak pun dia tak puas hati aku lagi cantik daripada awek dia.

“Betul ke awak ni sekretari saya?” Lepas saja jeling aku tadi… dia tanya soalan ajaib ni. Tanya pun macam tak nak aje aku jadi sekretari dia. Sekali dia tak sudi, aku ni lapan kuasa enam belas tak sudi tau! Huh!

Yelah… takkan saya bos encik pula.” Aku buat lawak bodoh untuk soalan tak berapa cerdik dia tadi. Sebenarnya tak ada niat nak buat lawak pun. Niat aku nak sumbat komputer riba dalam mulut dia aje. Dia ingat aku ni saja-saja ke nak buat drama penglipur lara pagi ni untuk hiburkan hati dia dengan mengaku sekretari dia. Lepas tu kalau aku bukan sekretari dia, aku pasrah ke kena maki dengan dia tadi siap dengan pakej sengih macam orang gila. Kalau tak, dah lama aku baling pasu bunga yang ada pokok kaktus sejemput atas meja dia. Kaktus tu pun macam tak berapa sudi nak hidup apabila tengok muka mamat ni. Kurang zat punya orang!

Lagi satu, selama aku kerja tak pernah hayat aku panggil Komagan dulu encik. Aku panggil Komagan je pun. Tapi dengan dia ni aku dengan murah hatinya panggil dia encik segala. Dah gaya macam dialog slot Samarinda aje berencik-encik ni. Tu pun dia tak nampak betapa mulianya aku.

“Berapa umur?” Still tengok macam tak puas hati… soalan tiba-tiba ni macam lalu jekat cuping telinga aku.

“Umur siapa?” aku tanya dia balik dengan muka blur.

“Umur awaklah… takkan umur jiran awak pulak.” Jawapan yang aku tak tau dia buat lawak ke tak. Perlu ke aku gelak ni? Tapi kalau tengok pada rupa dia yang tak berubah dari tadi tu macam bukan lawak aje.

Err… dua… err… tujuh.” Terpaksa je aku jawab. Dia tau tak… perempuan cukup pantang orang tanya fasal dua benda… satu, umur. Satu lagi berat badan. Tak kisahlah dia bos ke tak, bos ada hak ke tanya berat pekerja dia erk?

“Baru dua puluh tujuh…  awak lagi muda daripada saya tau.” Dia sebut sambil senyum sinis.

Eh… eh… macam salah pula aku lagi muda daripada dia. Dia nak sekretari umur empat puluh lima ke apa? Musykil betul aku dengan manusia ni. Aku rasa ramai bos nak sekretari muda, tapi dia nak yang dah nak pencen pula.

“Berapa adik-beradik?”

“Tiga… semua perempuan. Saya yang sulung.” Aku cakap juga walaupun dia tak tanya. Sebab aku rasa, kalau aku tak cakap dia tanya juga nanti. Aku rasa macam aku pula kena interviu sekarang. Bukan ke dia yang baru masuk kerja? Bukan aku pun.

“Dah kahwin?”

“Tak.” Aku jawab juga walaupun agak hairan.

“Saya tanya awak, bukannya adik awak.” Suara dia naik lagi.

“Saya jawab fasal sayalah… saya tak kahwin lagi. Adik saya semua dah kahwin.” Aku betulkan fahaman dia. Kena cakap aku single, manalah tau dia nak kenalkan kawan-kawan kat aku ke. Tapi nak ke berkenalan dengan kawan-kawan dia ni? Huish, macam tak selamat aje. Kawan-kawan dia mesti sama spesies aje macam dia.

“Awak ingat saya bodoh ke.” Dia cakap macam nak tak nak, menyebabkan perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut dia macam tak berapa sudi nak masuk telinga aku. Tapi aku dengar jugalah.

“Huh?” Aku dah ternganga kat situ. Adakah dia tanya aku dia bodoh ke tak? Kalau aku jawab dia bodoh, agak-agak dia baling tak fail Risk Kaizen kat depan dia tu atas kepala aku?

“Seminggu hilang pergi mana?” Dia tukar soalan lain. Siap silang tangan tengok aku atas bawah. Hobi dia ni marah orang ke? Agaknya boleh kena leukemia ke kalau cakap elok-elok? Bajet best sangatlah setakat jadi bos aku tu. Belum lagi jadi tauke kilang ni lagi… kalau tak, mau dia pijak-pijak aje kepala aku sekarang.

“Cuti.” Aku jawab sepatah. Suara pun lembut aje lagi. Mampu lagi aku melembutkan suara masa ni. Kagumnya aku dengan diri sendiri.

“Pergi mana? Bandung?” Ni spesies soal siasat ke apa ni? Dahlah cakap Bandung tu macam aku pergi Israel. Rasanya Malaysia tak haramkan pergi Bandung. Tapi dia dapat teka aku pergi Bandung dengan cepat dan tepat ni. Adakah agenda biasa orang cuti seminggu pergi Bandung? Mana tau ada dalam piagam pelancongan Malaysia ke apa.

A’ah… salah ke saya pergi Bandung? Soalan macam berdosa je pergi sana.” Aku tanya balik dengan bengongnya.

“Tak salah kalau pergi sorang.” Lain macam aje bunyi ayat ni. Macam perli aku pun ada. Ni buat darah aku mendidih-didih ni. Motif dia nak perli-perli aku holiday sorang? Suka hati tok wan akulah nak pergi berlapan ke bersepuluh ke berlima belas ke. Dah nama pun aku yang bayar tiket, bukan minta derma kat dia pun. Dahlah kenal tak sampai lima minit. Suka jiwa je nak perli-perli aku.

“Tak tau pula selama ni kena pergi holiday sorang. Akta mana cakap macam tu, boleh kena tahan ISA ke kalau pergi holiday ramai-ramai.” Aku tetap senyum. Kalaulah senyum aku tu boleh rasa, dah macam-macam perisa ada. Pahit, masam, masin, payau.

Dia tengok aje apabila aku menjawab tadi. Cuak juga aku… dibuatnya dia tembak aku ke simbah asid sitrik ke, tak ke free aje aku terkorban hari ni. Bukan kira orang sekarang ni, ramai yang psiko daripada waras rasanya.

“Buat kopi untuk saya.” Dia mengarah aku.

Aku yang tengah berkhayal macam sentap kejap. “Apa?”

“Kopi! Lain kali saya cakap dengar!”

Kopi? Haram tak pernah aku buat kopi segala untuk Komagan dulu. Semua Head of Department (HoD) ni buat sendirilah kopi dia  orang. Tak ada pun orang tolong-tolong ambilkan. Site director tu pun buat sendiri teh dia. Apa dia ingat aku ni tea lady ke apa? Tulah, banyak sangat tengok drama. Bajet sekretari tu kerja dia mesti pakai mini skirt, rambut belang-belang. Dua tiga helai hitam lepas tu blonde lepas tu hitam balik. Dah tu pula sikit-sikit touch up mekap ke apa. Pagi-pagi datang tanya bos nak minum apa. Banyak cantik! Tapi apa-apa pun dengan ini aku isytiharkan aku tak suka sama mamatini.

“Bos… sana ada mesin. Haa… Collin tengah bancuh teh dia. Apa kata bos join dia… bolehlah mengeratkan silaturahim. Saya keluar dulu.” Aku sengih sambil tunjuk Collin selaku Site Director kita orang yang tengah masukkan green tea dalam mug dia. Collin tu berdiri betul-betul sebelah coffee machine. Dalam tu macam-macam ada, nak latte, kapucino, ada gula, tak ada gula, nak cream ke tak nak pandai-pandailah tekan sendiri. Kalau malas tekan jangan minum.

Aku terus keluar dari bilik malapetaka tu. Aku nampak Nana duduk bertenggek kat meja aku lagi. Minah ni tak reti-reti nak balik tempat dia ke apa?

“Na… aku kena update Job Streetlah.”

“Hah? Apa hal tetiba pulak ni?” Dia yang tengah makan pisang molen daripada Kartika Sari terkejut.

“Aku rasa bos baharu aku tu psikolah. Kesian tau, muda-muda dah jadi macam tu.” Aku duduk kat kerusi aku sambil tengok Nana.

“Masa aku install laptop dia last week, nampak macam waras je. Minggu ni dah tak waras ke?” Nana dah kerut kening.

“Kau tau tak, dia marah aku pergi Bandung. Lepas tu dia macam bengang aku pergi Bandung ramai-ramai. Tak ke psiko namanya?”

“Serius dia marah kau pergi Bandung.” Dia suap lagi pisang dalam mulut walaupun muka macam confuse.

Ye la. Siap tengking-tengking aku lagi. Dahlah baru limit minit aku kenalkan diri. Bukan nak puji baju aku cantik ke apa… terus je keji-keji aku. Psiko tak?” aku tanya lagi sekali fasal psiko tu. Aku tak kira Nana kena kata bos aku psiko baru aku puas hati.

“Agak psiko… aku rasa dia tak suka orang pergi Bandunglah. Mana tau awek dia cabut lari dengan orang Bandung ke. Nak lagi tragik… awek dia mati kat situ. Sebab tu dia tak suka kau pergi Bandung.” Nana dah kasi teori drama dengan sungguh-sungguh.

“Kalau awek dia lari dengan orang Bandung pun, ada aku kisah? Aku rasa awek dia…” Belum sempat aku habiskan ayat telefon pejabat depan aku dah berbunyi. Keluar nama dia kat skrin.

“Orang gila tu…” Aku cakap kat Nana sambil tunjuk kat telefon.

“Angkat! Angkat.” Nana cakap.

“Tak naklah.” Aku buat tak tau walaupun telefon terus berbunyi.

Nana cubit lengan aku. “Apa kau ingat bilik bos kau tu duk kat kilang sebelah ke? Sekali dia jenguk kepala dari bilik dia pun dah nampak kau tercongok kat sini.”

Aku lepas nafas lemah sebelum jawab. “Helo…”

“Mana kopi saya? Saya tak nak awak ambil kopi kat machine. Saya nak awak bancuh sendiri kopi saya. Faham!” dia dah jerit kat aku.

“Kejap ye bos… saya pergi ‘bancuh’.” Aku tekankan perkataan bancuh tu. Aku terus hempas telefon tu. Nasib baik telefon ofis, kalau telefon bimbit aku… alamatnya dah kena tukar baharu.

“Aku rasa awek dia lagi rela lari daripada menghadap dia.” Aku habiskan ayat yang tergantung tadi. Aku terus pergi pantri. Ambil cawan yang dah disediakan dalam kabinet. Mata cari-cari kopi antara balang-balang yang ada depan mata. Kat situ ada Nescafe, Milo, coffee mix, teh, macam-macamlah. Aku ambil balang kopi sambil dalam hati maki hamun bos baharu aku tu.

Aku tuang serbuk kopi dalam cawan. Malas nak pakai sudu, biar jadi kopi pahit.

“Ana… kopi tu dah tamat tempoh. Makcik baru nak tukar ni.” Makcik cleaner tiba-tiba cakap kat belakang. Aku pandang dia yang tengah pegang serbuk kopi baharu.

“Hah? Dah lama ke expired ni makcik?”

“Minggu lepas.” Makcik jawab. Disebabkan semua orang kat sini pakai mesin kopi aje jadi serbuk kopi ni pun terabai begitu sahaja. “Buanglah yang tu…” dia cakap lagi.

Tangan aku baru nak tuang serbuk kopi dalam tong sampah tapi otak aku tiba-tiba ada idea lain. “Tak apa makcik… orang yang nak minum ni memang suka kopi expired.” Aku gelak.

“Sakit perut nanti.” Dia dah risau.

“Tak…” Aku cakap sambil tambah lagi serbuk kopi expired sampai separuh cawan.

“Saya nak pergi kafe kejap… makcik jangan buang tau kopi saya ni.” Aku pesan sambil tengok makcik yang tengah buang serbuk kopi lama.

Aku turun ke kafe sambil sengih.

“Kak… ada Ajinomoto tak?” aku tanya Kak Lin yang duduk kat meja cashier. Dia sebenarnya tauke kafe ni. Dapat tender dah tiga tahun rasanya.

“Mestilah ada… kalau kau tanya minyak hitam logiklah tak ada kat sini.” Sempat lagi Kak Lin sound aku.

“Kak… nak beli Ajinomoto dalam tiga sudu boleh?” Aku sengih.

“Nak buat apa?” Dia kerut kening.

“Ada lah…” aku jawab konon-konon rahsia.

“Kau ni macam-macamlah.” Dia bangun dari tempat duduk dan masuk dapur. Lebih kurang tiga minit… dia datang balik dengan plastik kecil Ajinomoto.

“Ambillah sepeket ni.” Dia hulur kat aku.

“Berapa kak?”

“Ambil jelah.”

“Betul ni? Saya tak bayar ni.”

“Budak ni… karang aku suruh bayar betul-betul kang.”

“Haha… tapi akak dikira bersubahat dengan pelan jahat saya. Kira nasiblah ehh akak derma tuk saya buat benda jahat.” Aku cakap sambil undur belakang.

“Bertuah punya budak.” Dia jerit. Aku gelak aje dengar dia jerit.

Aku jalan cepat-cepat naik ofis aku kat tingkat dua. Nampak kopi expired tu ada lagi dalam cawan. Aku pun tuang air panas dan letak sepeket Ajinomoto dalam cawan.

Aku kacau air dengan sudu sambil sengih sampai telinga. Padan muka dia! Apa, dia ingat aku ni tak ada kerja lain ke nak buat? Kalau teringin sangat nak orang bancuh kopi, ambillah orang gaji tak pun kahwin ajelah. Sengal!

“Agak-agak dia fire aku tak lepas minum air ni?” aku tanya diri sendiri. Ala… apa nak kisah. Ingat senang ke nak buang-buang orang. Setakat nak buang sebab tak reti bancuh kopi, sungguh tak relevan alasan tu. Dulu pun Komagan tak suka dengan GMS Champion dia tapi bukan boleh buang pun.

Aku ketuk bilik dia. “Bos… saya dah buat air spesial untuk bos ni.” Aku letak kopi atas meja dia.

E-Leave saya ada problem. Panggil IT.” Dia mengarah lagi.

“Hai bos… baru kerja seminggu dah nak cuti? Nak pergi Bandung juga ke?” Aku sengih lepas tu keluar dari bilik sebelum dia maki hamun aku.

Aku nampak Nana tak bergerak dari tempat tadi. Budak ni tak nak kerja ke?

“Na… bos aku cakap e-Leave dia ada problem. Baik kau pergi tengok… karang dia baling laptop atas kepala kau.”

Halamak! Serius ke dia psiko wei… aku dah cuak ni. Suruh Zul jelah.” Zul tu IT juga. Relaks aje pass malapetaka tu kat Zul.

“Tak ada maknanya… baik kau masuk sekarang.” Aku paksa dia masuk bilik bos aku.

Wei… apa punya memberlah cenggini.

“Disebabkan aku dah kena pagi ni… jadi selaku best friend aku, kau pun diwajibkan menanggung sama keperitan aku ni. Cepat masuk!” Aku tolak dia.

“Ginilah member.” Dia masuk bilik bos aku dengan cuaknya.

Aku mengendap Nana dari depan pantri. Sambil-sambil mengendap, aku ambil mugyang tulis Nory dalam kabinet. Aku letak mug dekat mesin dan tekan Cappucino. Nampak macam bos aku tak sentuh lagi air dia.

May I?” Nana tunjuk kat komputer riba bos aku.

Please.” Dia senyum. Serius dia senyum kat Nana. Kalau dengan aku tadi nak cakap elok-elok pun malas. Cis!

Dia kemaskan fail yang bersepah atas meja, lepas tu ambil air dan halakan ke mulut. Aku senyum sampai telinga. Muahaha!

Muka dia berubah apabila air masuk mulut. Mau tak terkejut dengan air tu. Tapi dia telan juga sebab tak nak Nana kat sebelah tu lari keluar kalau dia sembur. Aku gelak lagi lepas tu pusing tambah krim dengan gula dalam kapucino aku. Lepas siap aku angkat mug dari mesin dan pusing balik nak pergi balik kat meja.

“Allahuakbar.” Perkataan tu keluar daripada mulut apabila tiba-tiba mamat tu ada depan muka aku.

Dia rampas air kat tangan aku dan bagi mug yang aku bagi dia tadi.

Lepas tu dia terus masuk bilik, cakap dengan Nana sambil senyum. Wah… wah… dahlah rompak air aku. Sepatah haram pun tak cakap. Asbestos punya bos!

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/16020/Karamel

[SNEAK PEEK] PELANGI

Pelangi oleh Syud

“BOLEH KAU TOLONG ulang balik apa yang kau cakap tadi?”

“Yang mana satu?”

“Ayat yang ada sebut perkataan nak kahwin tu.”

Usamah mengerut dahi. “Kau dah suruh aku ulang lebih daripada tiga kali, kan?”

And suppose my ears dont want to believe that?

Usamah jongket bahu. Nonchalant. Dia menguis nasi goreng yang masih berbaki di pinggannya. Perutnya masih lapar namun asakkan soalan demi soalan daripada Hazriq sedikit sebanyak mengganggu seleranya.

Tell your ears. You need to believe it.

Believe that youre getting married?” ulang Hazriq dalam nada tidak percaya. Sejurus kemudian Hazriq ketawa. “You? Married? No way.”

How about yes way?”

Hazriq menggeleng. “Tak mungkin.” Jus tembikai dicapai. “Selama ni aku rasa sebab kau tak ada girlfriend ialah sama ada kau sangat busy atau kau masih pining over Syaz.”

“Dah empat tahun dah Hazriq. Kau ingat aku ni suku sakat setia sampai mati ke? Kalau betul dia tu memang untuk aku, mungkin la. Tapi… judging from what she did… kau ingat aku ni buta ke untuk tunggu dia lagi?”

“Tak.” Cepat sahaja Hazriq menjawab. Namun sahabatnya itu jelas mengukir senyuman mengusik.

“Kau dengan mama aku sama jek. Tau tak? Semua tak nak percaya.” Usamah menggumam perlahan. “Nanti aku bawak lari anak dara orang tu, baru korang tau.”

Bawak lari konon. Yang sorang kat Dublin dulu tu pun tak terjaga….” sindir Hazriq penuh makna.

Usamah kembali menyudu nasi gorengnya. Malas hendak berlawan cakap dengan Hazriq.

“Mesti kau jumpa perempuan Melayu terakhir ni… siapa nama dia?”

Usamah masih lagi setia mengunyah nasi gorengnya.

Come on, spill the details la. Sanggup kau buat best friend kau ni tertunggu-tunggu?” selar Hazriq sambil buat muka kesian. “Bro, cmon.”

Akhirnya selesai juga nasi goreng di pinggannya itu. Mulutnya dilapkan dengan tisu, sebelum meneguk air kosong. Hazriq masih menunggu dirinya bersuara.

“Aku tak tau nama dia. Atau macam mana rupa dia.”

Kidding.

No.

Kerutan di dahi Hazriq bertambah selapis. “Then kau tetiba drop a bomb kata nak kahwin? Kau ni kena demam kepialu ke apa?”

Pinggan kosong itu ditolak ke tepi. “Dia… calon menantu pilihan mama aku.” Usamah memulakan, dan senyuman sinis automatik terukir di bibirnya sebaik sahaja dia menuturkan perkataan ‘pilihan’ itu.

Hazriq dilihat terdiam. Mungkin cuba mencerna kata-katanya.

“Aku tak sanggup dengar mama aku bising lagi. So the solution is… marry the woman that she approves.” Usamah menyambung lagi.

So kiranya this unknown lady is your moms choice?” soal Hazriq. Nadanya membayangkan yang dia masih kabur.

Usamah tepuk dahi. “Kau ni dengar tak apa aku cerita dari awal tadi?”

“Dengar.” Hazriq mengangguk-angguk. Kemudian dia seolah-olah tersedar. “Kau rela la ni?”

Sekali lagi Usamah menepuk dahi. “Its a plan, okay? Kau ni sejak bila jadi slow ni?”

Hazriq sekadar tersengih. Dia menggaru kepala. “Entah. Penat kut. Banyak kerja. So now youre going to tell your mom about this? When?

Usamah tidak terus menjawab.

“Balik kerja ni aku beritahu dia.”

Hazriq memandangnya lama, sebelum menggeleng perlahan. “Aku rasa macam baru sebulan lebih kau balik Johor… tup-tup kau kata nak kahwin… wonder kalau kau balik lebih awal daripada tu. Mungkin dah ada little boy yang panggil aku uncle gamaknya.”

Tawa Usamah pecah mendengar omelan Hazriq. Namun Hazriq tidak turut ketawa. Dia masih kelihatan serius.

I hope youre serious this time, bro.

Tawa Usamah terhenti mendengarkan nada Hazriq yang serius. Dia berdeham beberapa kali.

I really hope youre serious. Youre talking about marriage. Ni bukan benda main-main. Berdosa tau tak, main-mainkan ikatan yang bernama perkahwinan ni.”

Lama Usamah terdiam. Hazriq memang begitu. Julukan nama ‘ustaz’ semasa zaman mereka belajar dulu sememangnya padan dengan Hazriq.

I am serious.

“Bagus.”

Ill let you know how it goes.

Shes a nice lady, right?

“Nampaknya macam tu lah.”

“Bagus. Nanti kenalkan la kat aku.”

“Kalau dia terima… kalau tak…” Usamah jongket bahu. “Tak ada rezeki la kau nak kenal dia.”

“Dan kau pun tak ada rezeki nak kenal dia jugak, kan?”

Usamah ketawa, sambil mengangguk perlahan. Jam di tangan dipandang sekilas. “Almost two. Thank you la sudi lunch dengan aku. Jauh kau datang.”

“Mangkuk. Kau ingat City Plaza dengan Menara Pelangi ni jauh sangat ke? Aku siap jalan kaki lagi.”

Usamah bingkas. “Memang tak jauh… but for me to steal masa emas kau tu… thank you.”

Mereka melangkah keluar dari kafe itu beriringan. Tiba di pintu keluar Plaza Pelangi, Usamah menghulur tangan.

“Jumpa lagi.”

“Kirim salam mama kau.”

“Ada masa datang la rumah aku.”

Spontan Hazriq ketawa. “Kita ni macam takkan jumpa lagi jek. Lawak la kau ni.”

Ye la tu… kau tu sibuk memanjang. Baik-baik jalan.”

Hazriq mengangkat tangan sebelum memusing dan melangkah pergi. Usamah pula mengatur langkah menuju ke lif untuk kembali ke pejabatnya di tingkat sepuluh.

IMAN MERENUNG wajah Mak Su. Terasa sendiri dahinya berkerut.

“Siapa?”

“Cik Kamisah. Iman ingat tak Cik Kamisah yang datang masa tahlil dulu tu?”

“Ingat.” Iman mengangguk laju. “Tapi kenapa dia datang…”

“Dia tanya pasal Iman.”

Iman makin kabur. Dahlah Mak Su menelefonnya di pejabat mengkhabarkan ada sesuatu yang serius yang memerlukan Iman pulang ke kampung. Tiba sahaja Iman disambut dengan sebentuk cincin yang terletak cantik di dalam bekas baldu merah itu.

“Tanya?”

Mak Su tarik nafas. “Dia tanya Iman untuk anak dia.”

“Iman…”

“Dia nak pinang Iman untuk anak dia.”

“Iman tahu. Tapi kenapa?” soal Iman pantas. Wajah Mak Su ditenung dalam. Guru matematik itu dilihat tersenyum simpul.

“Mak Su…”

“Mak Su tanya dia tadi… tapi dia kata, dia cuma sampaikan hajat anak dia. Maksudnya, anak dia yang minta dia pinangkan Iman.”

“Tapi Iman tak kenal anak dia!”

“Mak Su pun tak kenal.” Tutur Mak Su separuh mengusik. “Diam-diam ada peminat rupanya anak sedara Mak Su nih...”

Iman tak menjawab. Mak Su ni! Aku tengah pening dia buat lawak pulak… apa nak buat ni?

“Mak Su beritahu Cik Kamisah, yang apa-apa pun, jatuh pada keputusan Iman sendiri. Mak Su takkan putuskan untuk Iman. Lagipun Cik Kamisah kata, insya-Allah dalam dua tiga hari ni, anak dia akan call Iman. Nak bincang pasal ni.”

Iman memegang dahi. Telapak tangannya menggosok-gosok mata yang dirasakan pedih tiba-tiba. Terbayang di matanya, wajah Puan Kamisah yang baik. Dan dia dapat memutar kembali malam majlis tahlil semasa Puan Kamisah datang ke sini. Dan lelaki berbaju Melayu biru muda itu….

Dahinya di tepuk-tepuk. Think Iman think! What shall I do?

“Dah la tu… kesian Mak Su tengok. Iman tak makan lagi kan? Malam ni tidur sini jelah. Esok kan Sabtu. Nak balik pun dah malam ni. Pergi mandi dulu.”

“Mak Su…”

“Lepas ni kita cerita lagi ek? Iman letih tu. Pergi la rehat dulu.”

“SIAPA?”

Some mysterious guy that popped out of nowhere.”

“Kau tak tau siapa?”

No. No idea at all. Except…” Matanya jatuh pada bekas baldu di atas meja solek. “A really nice platinum ring.

A stalker?” Adilah bersuara ala-ala misteri. “You have a stalker. Aku sangat tak sangka kawan baik aku ada stalker!!!

Iman menjauhkan Samsung itu daripada cuping telinganya. Namun masih dapat didengar dengan jelas butir tutur bicara Adilah.

Hire a bodyguard, Iman!

“Kau ni kenapa?”

You have a stalker!

Oh, now Im Paris Hilton? Siapalah nak stalk aku Adi? Dah la hidung penyek, tak lawa pulak tu. Kaya jauh sekali. Aku setakat drive Wira je. Siapa yang tak ada kerja sangat nak jadi stalker aku tu? Baik dia berkebun ke… buat jigsaw puzzle ke…”

“Okey. Aku dah habis berdrama.”

Iman spontan tergelak mendengar apa yang dituturkan Adilah.

“Siapa dia? Aku tau kau tak kenal tapi siapa dia? Menurut Mak Su kau la.”

Iman menarik nafas. “Anak Makcik Kamisah.”

“Bila korang jumpa?”

No idea.

A matchmaking scheme?” Adilah menyoal. Iman terdiam.

“Entahlah… masak otak aku ni….” keluhnya perlahan. “Apa dah jadi ni?”

“Tanya aku pulak…”

Iman baru hendak membuka mulut untuk menyatakan sesuatu namun perbualan mereka terganggu dek satu bunyi menandakan ada panggilan masuk.

“Adilah. Ada call masuk la.”

“Oh okey. Karang kita sambung diskus pasal your so-called stalker ni.”

“Okey.”

Tangannya cepat-cepat memutuskan talian, dan segera menekan butang hold. Dia mengerut dahi seketika. Nombor tidak dikenali.

“Helo?”

“Iman Aisyah?” Satu suara lelaki menerobos cuping telinganya di hujung talian.

Iman terdiam. Kaget bersulam terpaku, dijahit dengan terperanjat. Tiga perkataan yang membawa maksud lebih kurang sama?

Indescribable.

Jantungnya tiba-tiba sahaja bertukar rentak. Lebih pantas.

“Iman Aisyah? Are you there?” suara yang begitu asing itu menyoal, mungkin hairan dengan dirinya yang tiba-tiba senyap.

“S… saya.”

“Ingat dah letak tadi.” Suara itu seolah-olah berseloroh. Masih tidak memperkenalkan diri.

“Taklah. Still here. Siapa ni?” perlahan Iman menyoal, walau hatinya sudah boleh mengagak.

Baju Melayu biru muda….

Suara di hujung sana kedengaran berdeham. Nervous?

“Usamah. Usamah Razif. I believe that my mom had met your Mak Su today, kan?”

Sah. Jantungnya semakin hebat berdegup. Jika tadi ala-ala Gavin DeGraw, kini seumpama My Chemical Romance.

Apa aku nak cakap ni?

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/9960/Pelangi

[REVIEW] NOVEL HERO

Novel HERO Oleh Hilal Asyraf

 

Tragedi menimpa keluarganya menyelak jendela konspirasi yang lebih besar. Diri yang penuh dengan noda kini menggalas sebuah perjuangan, menjadi HERO Kotaraya Angsana, harapan kepada Malaysia. Dua tahun berlalu, negara masih lemas dalam korupsi, dirinya pula terpaksa menikahi Sang Bidadari kontradik dengan diri, sedang muncul watak misteri bakal mengancam perjuangan suci. Mampukah dia mengusahakan perubahan?

Novel-novel oleh Hilal Asyraf tidak lagi janggal didengari dikalangan peminat novel pada masa sekarang. Novel HERO ini mengisahkan bagaimana kehidupan seorang pemuda yang dipanggil Afam ini telah berubah dari tiada hala tuju ke tanggungjawab besar yang perlu dipikulnya. Afam bertanggungjawab berjuang dalam sut yang canggih demi melindungi rakyat Malaysia. Begitu menarik sekali apabila, latar tempat ini menggambarkan Malaysia pada zaman yang akan datang, kotaraya yang baru, mempunyai bangunan yang mengalahkan bangunan tertinggi di dunia dan penuh dengan teknologi yang tiada tandingannya. Hilal Asyraf gemar menceritakan realiti latar masyarakat Malaysia pada zaman ini dan secara tidak sedar, jalan cerita ini ada juga menyelitkan dakwah dan nasihat yang sangat bermanfaat untuk rakyat Malaysia menjadi lebih baik dan bertanggungjawab terhadap persekitaran. Secara keseluruhannya, jalan cerita novel ini sangat best dan saya cadangkan anda semua tidak melepaskan peluang untuk membaca eBook ini.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/205706/Novel-HERO

[SNEAK PEEK] ALAHAI, MAT SALIH!

EBUKU Alahai, Mat Salih! oleh Zan Zarida
EBUKU Alahai, Mat Salih! oleh Zan Zarida

HARI ini Kak Sha, setiausaha Zafri mengadakan kenduri kesyukuran sempena berpindah ke rumah baru di Sri Gombak. Sebelum ini, hampir lima tahun juga Kak Sha dan keluarganya menetap di Bandar Baru Selayang. Selain ahli keluarga, Kak Sha turut menjemput rakan sepejabat termasuk Zafri.

Patutnya Zafri tiba dalam pukul 1.00 seperti yang dijanjikan. Namun, secara tidak sengaja dia terjumpa pula kawan lamanya di Bangsar. Padahal Zafri ke sana hendak mencari bunga idaman tetapi terjumpa kumbang pula.

Rugi betul apabila hari ini tidak berpeluang dan tidak sempat hendak meninjau taman. Anak buahnya juga terpaksa ditinggalkan di rumah Kak Jah kerana si kecil tidak mahu ikut. Mujur pada hari ini Kak Jah tiada urusan lain, bolehlah menjaganya.

Borak punya borak tidak sangka pula masa berlalu begitu pantas. Sedar-sedar jam telah menunjukkan pukul 2.30 petang. Kesesakan jalan raya ditambah dengan hujan yang turun mencurah-curah menyebabkan Zafri lewat tiba di rumah Kak Sha. Mujur juga hujan telah berhenti ketika tiba di Sri Gombak. Walaupun jarang sampai ke Sri Gombak, tidak sukar mencari rumah Kak Sha.

“Sila-sila Encik Zafri, kenapa lambat?” tanya Kak Sha sambil mempelawa bosnya masuk.

“Sorry la Kak Sha, tadi terjumpa kawan lama di Bangsar. Asyik sangat berborak, terleka pulak,” jawab Zafri sambil duduk di sofa.

“Tak apa, janji datang tapi itulah, kawan-kawan pejabat semua dah balik. Tinggal saudara-mara saya saja, takut Encik Zafri yang segan. Makanan pun tinggal saki-baki,” terang Kak Sha sambil mengemas meja yang sedikit berselerak.

“It’s okay, Kak Sha,” ujar Zafri sambil tersenyum. Tiba-tiba Zafri tersiku bingkai gambar yang diletakkan di atas meja sisi. Dia membetulkan semula kedudukannya sambil mengamati gambar tersebut. Tidak berkelip mata Zafri memandangnya.

“Itu gambar semasa Kak Sha pergi ke Butchart Gardens kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu Kak Sha bekerja dengan syarikat lama,” terang Kak Sha apabila menyedari Zafri seakan berminat dengan gambar tersebut

Oh! It’s really beautiful…” ujar Zafri, namun ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Walaupun tidak berapa jelas, gadis dalam gambar itu macam pernah tengok sahaja.

“Gambar pemandangan yang cantik atau orang dalam gambar tu yang menarik?” duga Kak Sha.

“Hehe… dua-dua,” jawab Zafri sambil meletak semula bingkai gambar tersebut. Hatinya masih tertanya-tanya apakah hubungan Kak Sha dengan gadis itu.

“Tak nak tahu ke siapa gadis sebelah Kak Sha tu? Kalau berkenan boleh Kak Sha kenalkan. Orangnya masih belum berpunya,” sakat Kak Sha.

“Kak Sha ni… ke situ pulak,” tingkah Zafri, namun dalam hati cepatlah perkenalkan, tidak sabar rasanya.

“Yalah… Zafri kan masih sendiri, Aira pula solo. Apa salahnya kalau Kak Sha rekomen,” cadang Kak Sha.

“Aira? Sedap namanya,” ujar Zafri sambil otaknya cuba mengingat sesuatu.

“Ingatkan tak berminat. Sebenarnya nama penuh gadis sebelah Kak Sha tu, Aira Latisha. Walaupun kulitnya lebih kurang Queen Latifah, namun manis orangnya.”

“Aira Latisha? Macam pernah dengar saja nama tu,” ujar Zafri pula.

“Ai, baru balik Malaysia dah familiar dengan nama gadis Melayu? Pelik…” Sengaja Kak Sha mengusik.

“Duduk luar negara tak bermakna saya tak ambil tahu langsung tentang bangsa dan negara asal saya,” balas Zafri pula, tidak mahu mengalah.

“Hmm… andai dah berkenan janganlah segan. Nanti melepas pula,” usik Kak Sha lagi.

“Okeylah. Kalau Kak Sha dah sudi membantu, saya lagi sudi menerima. Frankly speaking, saya macam pernah saja jumpa kawan Kak Sha tu, tapi tak ingat di mana,” ujar Zafri berterus terang

“Suatu perkembangan yang menarik. Kalau Encik Zafri betul-betul berminat, Kak Sha boleh mainkan peranan sebagai orang tengah,” ujar Kak Sha menawarkan diri.

“Iya, kena pengeras tak?” tanya Zafri bagai tidak sabar-sabar pula.

“Tak main la pengeras-pengeras. Itu zaman Tok Kaduk. La ni zaman cyber, Kak Sha nak iPad2 boleh?” Saja Kak Sha hendak pekena Zafri cukup-cukup. Lagipun bukan selalu.

“Amboi, macam rasuahlah pulak!” perli Zafri, padahal dia sendiri yang bertanya. “Dah Encik Zafri tanya pasal pengeras, kenalah minta yang canggih-canggih sebagai balasan,” jawab Kak Sha.

“Kalau pasal Kak Sha, bukan setakat iPad2, kalau nak airport pun saya boleh sediakan,” jawab Zafri sambil tertawa gembira.

“Alangkah bagusnya andai Encik Zafri datang awal, boleh terus Kak Sha perkenalkan. Ini kena cari masa lain pulak untuk kenalkan korang berdua. Kempunan la Kak Sha…” keluh Kak Sha

***

Sebenarnya selain dengan Zura, Aira juga rapat dengan Kak Sha dan Suria. Satu persamaan mereka berempat adalah mereka ini memang gila kerja sampai tidak fikir sangat pasal kahwin. Sebab itu walau sudah masuk 30 tahun, masih solo lagi.

Kak Sha bertemu jodoh dengan duda tiada anak ketika berumur 32 tahun. Sama seperti Kak Sha, Suria juga berkahwin ketika berumur 32 tahun tetapi dengan duda beranak satu. Sementara Zura yang berusia 33 tahun pula baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan duda beranak dua.

Kini cuma tinggal Aira seorang yang masih belum bertemu jodoh. Nampaknya jodoh Aira pasti dengan duda juga seperti tiga lagi sahabatnya tetapi masakan dengan duda beranak tiga pula? Bagi Aira, walau terdesak sekalipun dia tidak akan setuju langsung.

Tiba-tiba Aira teringatkan Abang Lokman yang merupakan jiran sekampung yang dijumpanya di Anjung Putrajaya pada minggu lepas.

Kebetulan pada masa itu Abang Lokman hendak makan tengah hari lalu mempelawa Aira sekali. Orang sudah hendak belanja masakan mahu menolak pula. Abang Lokman seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia yang telah berpindah ke Kajang mempunyai tiga orang anak. Dengar cerita isterinya sudah lima tahun menderita sakit buah pinggang.

Berbagai isu dibualkan termasuk perkembangan kampung Aira di Gopeng, Perak. Tiba-tiba Abang Lokman bertanya kenapa sampai sekarang Aira masih tidak kahwin-kahwin. Seperti biasa jawapan Aira pastilah tiada jodoh. Jawapan standard yang akan diberi tidak kira siapa yang bertanya.

“Susah-susah abang pinang Aira sajalah.” Aira hanya tertawa kerana tahu Abang Lokman hanya bergurau. Namun, apabila diingat kembali, manalah tahu umur isterinya tidak panjang dan dia benar-benar meminang Aira? Oh, tidak!

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/66579/alahai-mat-salih

[SNEAK PEEK] Rasa Paling Indah

9789831247914-medium
EBUKU Rasa Paling Indah oleh Durrah Fatiha

DIA bangkit dari duduknya yang hanya sekejap lalu bergerak menuju ke tingkap. Langsir itu diselak sedikit. Amani melemparkan pandangan ke arah taman yang teratur dan kemas di luar rumah.  Perlahan dia berusaha menghirup udara segar yang berlegar di taman yang berlanskapkan pepohon hijau dan pelbagai bunga yang sedang memekar. Jiwa kembali tenteram dihidangkan dengan pemandangan indah berwarna-warni yang diselang-seli dengan kehijauan. Sungguh harmoni. Amani tunduk mengamati pakaian yang tersarung di tubuhnya pula. Dres labuh longgar berlengan panjang dihiasi corak bunga-bunga kecil warna merah jambu, coklat muda dan maroon. Dres potongan empat tingkat bermula dari bawah dada itu dimaniskan dengan sulaman riben satin berwarna maroon di setiap tingkat. Sesuai dengan potongan badannya yang tinggi langsing. Amani membuka almari, memeriksa tudung warna coklat muda yang baru semalam dibeli dari butik Ariani. Memang sepadan! “Macam mana penampilan aku, ek? Okey ke?” Cepat dia bergerak dari almari pakaian menuju cermin meja solek di hujung bilik yang luas itu. Mengamati diri dari situ. Amani pantas merapikan penampilannya. Hati puas. Cuba membayangkan senyuman suami tatkala pandangan singgah di wajahnya, seolah-olah lelaki itu sedang berdiri di hadapan mata. Ada rasa teruja dengan pertemuan yang bakal berlangsung, tetapi dalam masa sama gemuruh di dada tetap mengombak. Bagaimana perasaan suami terhadapku? Betul ke dia sayangkan aku? Mungkin dia hanya mahu membuktikan kemampuan dirinya? Ataupun… dia berkahwin sekadar untuk puaskan ego lelakinya? Ya, egonya memang beratus tan! Ah, lelaki memang begitu. Amani menggeleng dalam sinis. Namun bila teringatkan kesungguhan lelaki itu menjadi imam solat mereka, hatinya tersentuh. Sejurus kemudian dada Amani berkocak lagi. “Ya ALLAH, apakah pilihan yang kubuat ini tepat?” soalnya kepada diri sendiri. Dalam tempoh perpisahan mereka selama sepuluh hari ini, dia banyak menyoal diri. Sudah pastikah aku dengan hati ini? Sejauh mana aku menerima si dia yang bergelar suami ke dalam hidupku? Dengan penuh kecintaan? Ya ke? Mungkin bibit-bibit cinta itu datang setelah melalui pelbagai kerenah dalam hubungan kami. Mungkin tidak. Hingga kini Amani tidak pasti akan perasaan suami terhadap dirinya. Benarkah dia menyayangi aku seperti kata Haifa? Walaupun nampak dari perlakuannya seperti lelaki itu memang sayangkan dia, tetapi entahlah… Amani melabuhkan punggung ke atas kerusi kayu jati di tepi tingkap. Menyandarkan tubuh ke belakang sambil mata dipejamkan. Dia menarik nafas panjang dan dilepaskan sedikit demi sedikit. Fikirannya menemui titik tenang semula. Perlahan-lahan mindanya hanyut ditelan memori, memfokus kepada rentetan peristiwa yang dilalui hingga termetrai ikatan perkahwinannya dengan lelaki yang kini bergelar suami. Kini minda Amani menyelami semula kisah mereka..

****

PAGI itu Amani dan suaminya agak kelam-kabut kerana terlewat bangun. Tanpa sempat bersarapan masing-masing bergegas memasuki kereta untuk ke tempat kerja. Setiap hari berkongsi kenderaan yang diserahkan oleh bapanya untuk kegunaan mereka.  Sheikh Iqbal mempunyai beberapa buah kereta yang diatur di halaman rumahnya. Dia juga boleh dikatakan tokoh perniagaan yang berjaya menerajui syarikat sendiri, walaupun tidak sebesar kepunyaan Datuk Syed Yusoff, ‘besan tak jadinya’.  Sebaliknya, Sheikh Abu Wasim yang menjadi besannya sekarang bukanlah ahli perniagaan seperti mereka. Sebaliknya lelaki itu menjawat jawatan tinggi di sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Itu menjadi sebab dia sentiasa sibuk. Kadangkala ke luar negara untuk beberapa lama. “Sejak dua hari ni saya tengok selera awak dah bertukar kepada kereta kecil. Ada sebab tertentu ke? Minggu lepas elok aje kita guna BMW lama tu,” komen Amani setelah mereka berada di dalam kereta untuk ke pejabat.  Sejak berkahwin Amani tidak dibenarkan memandu ke pejabat. Isyraf menetapkan, dia akan menghantar dan mengambil Amani dari tempat kerja. Alasan? Dia mahu bersamanya di dalam kereta. “Ni pun kira baik saya tak pakai motor. Awak nak rasa pengalaman naik motor?” balas Isyraf tersengih nakal.  Sebelum berkahwin dahulu, Isyraf gemar menunggang motosikal ke pejabat. Cara berkesan untuk mengelak dari terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Tetapi sekarang tidak mungkin dia menghantar Amani ke pejabat menaiki motosikal. Mati kena sergah dengan babah kelak! Kadang-kadang dia gemar juga meminjam kenderaan walid. Namun, sudah dua hari berturut-turut selera Isyraf bertukar kepada Mini Cooper kepunyaan Fikri yang dikebas. “Kereta kecik ni kan bagus. Jimat minyak.” Isyraf menyambung penjelasannya setelah melihat mata Amani yang mencerlang. Tau takut! “Kereta ni nama aje kecik tapi kuasanya tinggi. Jimat sangatlah tu,” balas Amani dalam cebikan sinis. Dia menjeling sekilas kepada Isyraf sebelum pandangannya dikalih ke luar tingkap. “Hmm…” Isyraf tersengih nakal.  “Kereta kecik ni sempit, kan. Tulah best. Saya boleh selalu dekat dengan awak. Kita duduk himpit-himpit sampai berlanggar kepala lutut.” Serentak itu Isyraf menggerakkan tangannya hingga tersentuh peha Amani. Satu perbuatan yang sengaja dan bertujuan menyerlahkan maksud kata-katanya. Terkesima sejurus Amani yang menerima perlakuan tak senonoh itu. Huh, tak habis-habis dengan perangai gatal dia! Memang sahlah perangai dia dulu-dulu macam ni, getus Amani dalam diam. “Amani, kita pindah duduk asing nak?” Tiba-tiba sahaja timbul usul sebegitu yang diajukan Isyraf. Perkahwinan mereka sudah masuk ke bulan kedua. Kadang-kadang mereka pulang ke rumah ibu bapa Isyraf dan ada masanya tinggal di rumah ibu bapa Amani. Setakat ini mereka belum memutuskan untuk terus menetap di mana. Isyraf sendiri lebih suka mereka tinggal terus di rumah ibunya tetapi dia harus memikirkan perasaan Amani juga.

Terpegun Amani mendengarnya. Baharu dua bulan menjadi suami isteri, dia dah tak sabar nak berpindah keluar dari rumah orang tua? “Pulak? Awak ni kenapa?” Kerut di dahi Amani begitu ketara. “Alah, kita dah kahwin. Saya rasa nak belajar hidup sendirilah. Susah senang kita sama-sama tanggung. Lagipun ada privasi.” Isyraf tersengih nakal menghabiskan ayat terakhir itu. Di dalam kereta yang sempit itu, laju sahaja tangan kirinya menjalar ke peha Amani. “Hey, tangan tu kat sterenglah. Cepatlah pandu. Saya dah lewat nak masuk pejabat, tau. Ni semua awak punya pasallah.” Amani mengingatkan.  Bibirnya sudah muncung empat belas. Serentak itu dikuis tangan Isyraf yang masih berlabuh di atas pehanya. Nanti tak pasal-pasal terlanggar kereta depan. “Saya pula dituduh lewat. Awak tu apa kurangnya?” Isyraf tersengih-sengih mengingatkan keadaan mereka yang terlewat bangun pagi tadi. “Awak tu kerja dengan Ammi Yusoff, pukul berapa masuk ofis pun dia tak kisah. Tapi saya kerja dengan orang, tau. Ada peraturan,” sergah Amani. Sengaja tidak mahu dilayan omelan Isyraf yang menjadi-jadi sejak pulang dari New Zealand. “Okay Mrs. Amani… at your service, ma’am.” Serentak itu Isyraf menambah tekanan pada pedal minyak dan keretanya menyusup laju di celah-celah kenderaan yang berderet-deret. Amani menahan nafas. Ngeri! “Cuba awak fikir… kalau tak nak duduk asing, kita nak duduk mana? Tentulah umi dan babah nak kita tinggal dengan mereka. Sebaliknya, mama dengan walid saya macam mana pula?” Isyraf kembali menyambung cerita tadi.  Setelah beberapa lama mengharung jalan yang amat sesak, dia berputus asa dan mengikut rentak lalu lintas yang sudah merangkak-rangkak. Tiada guna mencelah dan membahayakan mereka dalam keadaan sesak begini sedangkan sudah sah mereka akan lewat! Lama kedua-duanya berdiam diri, Isyraf memberi ruang untuk isterinya berfikir dan menimbangkan cadangan tersebut. “Betul juga kata awak. Kita tak mahu mana-mana pihak berkecil hati. Nampaknya jalan terbaik adalah dengan kita berpindah duduk asing. Macam tu maksud awak?” Amani sudah menangkap maksud di sebalik cadangan suaminya. “Tahu tak apa!” Isyraf tersenyum ceria. Dia sebenarnya tidak mahu ada pihak yang berkecil hati. Lagipun, dia ada perkara yang mahu dirahsiakan daripada kedua-dua belah keluarga.  Dengan tinggal berasingan dari keluarga masing-masing, dia berharap hal Erina mampu ditanganinya tanpa pengetahuan sesiapa. Yang paling mahu dielakkan ialah Erina mengganggu isterinya.  Isyraf berjanji akan memastikan Erina tidak mengenali Amani, jauh sekali untuk mengetahui lokasi di mana mereka tinggal. Gadis itu boleh bertindak apa sahaja, tidak mustahil jika satu hari nanti dia akan mencari Amani dan bercerita yang bukan-bukan mengenai hubungan silam mereka. “Awak menantu kesayangan walid dengan mama. Jadi awaklah yang kena pujuk dia orang,” putus Isyraf yang sudah mengenyit mata. Hee… dia ni. “Kenapa saya pulak yang kena buat kerja sensitif tu?” Amani mengerutkan dahi seraya mencebirkan bibir. “Sebab saya tahu awak dah tawan hati walid dengan mama. Dia orang pandang tinggi pada awak. Dia orang lebih dengar cakap awak dari saya. Babah dengan umi tu perkara kecik aje.” Laju sahaja Isyraf menawarkan hujahnya. Isterinya hanya menjeling sambil menghadiahkan cebikan. Nyata, tidak senang dengan saranan itu. “Awak kan peguam, gunalah hujah-hujah yang kaw-kaw dan kreatif untuk pujuk. Please…” rayu Isyraf dengan senyuman penuh menggoda di wajahnya yang kacak itu. Ah… susahnya bila dia cakap please macam tu, sahut hati Amani. Jiwa semakin kacau dengan gelagat suami yang menawan kalbu.  Kini wajah Thaqif semakin jauh dari mindanya. Amani mula membuka ruang di hatinya untuk menerima kasih sayang suami.

DENGAN kebijaksanaan Amani yang memujuk kedua-dua belah pihak keluarga, akhirnya dia dan Isyraf berpindah ke sebuah taman perumahan yang tidak berapa jauh dari rumah keluarganya. Hanya lima belas minit perjalanan. Rumah baharu itu kepunyaan babah yang kebetulan baharu beberapa bulan diserahkan kunci oleh pemaju. Kini kuncinya bertukar tangan kepada mereka pula.  Itu adalah syarat daripada keluarga mereka. Jika tidak mahu tinggal di situ, jangan harap walid mahupun babah akan benarkan mereka berpindah keluar. Petang itu Isyraf pulang dari pejabat lebih awal dari biasa. Selesai memparkir kereta di garaj dan mematikan enjin, dia menyandarkan tubuh ke belakang. Lama dia melengung di dalam kereta baharu yang dihadiahkan babah kepadanya. Lega kerana dia dapat bersendirian memandangkan Amani awal-awal lagi meminta izin untuk pulang ke rumah umi pada petang itu bersama Fikri. Abang iparnya itu sudah dua hari balik bercuti dari Sabah. Dia sendiri akan menyusul selepas solat maghrib. Isyraf melayan fikiran yang berkecamuk disebabkan insiden yang tercetus sejak beberapa hari yang lalu. Tidak mampu diketepikan lagi, perlahan-lahan mindanya memainkan semula apa yang berlaku sewaktu lawatan ke New Zealand tidak lama selepas majlis perkahwinannya selesai.   “I SAYANG you. Sungguh, I tetap sayangkan you. Tapi kita tak mungkin bersama lagi. I’m sorry love.” Kepada Erina dia menyampaikan keputusan. Itulah hajat sebenar kedatangannya ke New Zealand.  Hanya beberapa hari sebelum perkahwinannya berlangsung, dia menghubungi Erina melalui e-mel, menjemput gadis itu ke majlis hari bahagianya. Sekali gus memaklumkan tentang perkembangan dirinya.  Dia tahu Erina tidak akan dapat menghadirinya kerana gadis itu masih di New Zealand. Tujuan sebenar adalah bagi membuatkan Erina faham bahawa hubungan mereka benar-benar telah bernoktah, sementalah Erina sendiri yang memutuskannnya tempoh hari. Namun balasan e-mel dari gadis itu membuat hatinya resah. Erina seolah-olah tidak dapat menerima status baru mereka sebagai kawan biasa. Dia mengugut untuk ‘menggegarkan’ perkahwinan Isyraf apabila balik nanti. Jika tidak diselesaikan hal antara mereka, dikhuatiri Erina akan mengganggu hidupnya sesudah berkahwin kelak.  Itu sesuatu yang harus dielakkan. Nyata telahan dia benar apabila berhadapan dengan keengganan Erina melepaskan dirinya. “Isyraf! You… you tak maksudkan apa yang you cakapkan ni, kan? You’re just joking, right? Please…” Erina tersengih lucu mendengar kata-kata Isyraf. Ia sesuatu yang tidak mungkin. “I’ve never been more serius, Erina.” “Tapi muka you tak nampak serius pun. Janganlah macam ni, Isy. Let’s continue where we left off. Macam dulu-dulu. I menyesal dengan keputusan yang I buat hari tu.” Jemari Erina menyentuh pipi Isyraf. Dielus lembut dan perlahan. Gaya memujuk yang selalu digunakan terhadap lelaki .Isyraf mengelakkan diri dari sentuhan tangan itu dengan bertindak bangkit dari sofa. Tidak wajar begini, desis hatinya. “Erina, kali ni I betul-betul minta maaf. I meant every word I’ve just said.” Isyraf bernada serius. Dia mengangkat serta mendepangkan kedua-dua telapak tangan memberi isyarat dia sudah cukup dengan semua ini. Dah muak, dah bosan. Erina menggeleng beberapa kali, berusaha mengusir kenyataan yang menusuk telinganya. Sungguh dia tidak percaya dan tidak mahu mendengar kata-kata tersebut. Mana mungkin hubungan dia dengan Isyraf berakhir selamanya?  Sudah beberapa kali kasih mereka terpisah, namun setiap kali tetap bertaut semula. Dan hari ini juga masih serupa. Dia sering mampu memujuk Isyraf dengan gaya manjanya untuk menyambung semula hubungan mereka.  Pasti kali ini tiada bezanya, tekad Erina. Akan digunakan daya pujuknya untuk mengembalikan cinta mereka ke era dulu. “It’s over. Erina, I love you, but not like before. Sekarang ni kasih I pada you hanya sebagai kawan…” Isyraf bersuara dalam lembut. Ayatnya tergantung apabila Erina mencelah. “Syyh…” Segera tangan Erina berlabuh di bibir Isyraf. Menghalang jejaka itu dari bersuara lanjut. Isyraf yang tidak selesa dilayan begitu hanya membiarkan keadaan dalam sepi buat seketika. Dalam hatinya dia telah nekad. Harus diluahkan juga apa yang bersarang di minda. Harus diselesaikan misi kedatangannya ke sini. Direnung Erina dengan pandangan yang redup. “Dengar sini Erina… I tak cintakan you macam dulu lagi. Cinta kita yang tu dah lama berakhir. Dah padam.” “Tidak,” geleng Erina beberapa kali.  “It cannot happen.” Tangannya lembut merayap ke dada Isyraf. Tidak dipedulikan reaksi lelaki itu yang berundur dua langkah kerana rimas dengan tindakannya. Erina tidak mahu melepaskan Isyraf, semakin merapatkan jarak antara mereka. “Erina, listen to me…” Isyraf memegang kedua-dua lengan Erina erat lalu direnggangkan bagi menghentikan perbuatan gadis itu yang hampir menyembamkan wajah ke dadanya. Kini anak matanya ditala kepada anak mata Erina. “Semuanya dah berakhir sejak perpisahan kita beberapa minggu sebelum I balik Malaysia hari tu. Tak mungkin diperbaharui, Erina. You sendiri yang putuskan masa tu, bukan I.” Nadanya ditegaskan walau suaranya masih berlembut.  Dia harus bersabar dengan kerenah Erina dalam rangka membuat gadis ini faham dan sedar akan perkara yang baru disampaikannya. Perpisahan mereka untuk kali ini telah menemui jalan mati. Tidak mungkin diperbaharui. Dia sudahpun berumah tangga. Tidak dihiraukan kata-kata lelaki itu, Erina terus merenung wajah di hadapannya dalam mata yang seolah-olah merayu. Operasi memujuk dan menggoda harus bermula secepat mungkin! Dari sekarang. “Isyraf, dulu kita pernah berpisah. Malah beberapa kali… tapi lepas tu kita berbaik semula. Apa bezanya untuk kali ni?” Erina menghamburkan senyuman ceria. Senyuman yang dulu sering mengundang bahagia di wajah jejaka ini. Mustahil Isyraf tidak terkesan dengannya. Dia bergerak memaut mesra pinggang jejaka itu. “Dulu, mungkin ya. But not for this time, Erina. You sendiri yang buat keputusan tu, ingat tak?” Isyraf masih mengekalkan nada suaranya yang lembut namun tegas.Perlahan dileraikan tangan Erina yang berada di pinggangnya. Matanya menikam pandang anak mata Erina dalam usaha menyampaikan maksud. Hati berdebar juga. Takut andainya benteng pertahanannya ampuh bila berdepan dengan pujuk rayu Erina.  Erina memang juara dalam hal pujuk-memujuk sejak dulu lagi. Tetapi hari ini dia nekad untuk tidak tunduk kepada godaan mahupun rajuk manja Erina. Dia bukan lagi Isyraf yang meninggalkan bumi Kiwi ini enam bulan yang lalu.  Kini dia adalah Isyraf yang lebih bertanggungjawab, yang sudah berubah menjadi lelaki sopan lagi beradab.  Isyraf sekarang adalah yang lebih pentingkan solat dan amal kebajikan, yang menepati janji, yang lembut tutur kata dan sentiasa hormatkan orang lain terutama sekali kedua-dua ibu bapanya.  Dia berazam menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain, menjadi suami yang penuh tanggungjawab dan dihormati. Demi Amani, dia mahu menjadi kekasih yang setia. Ya, dia berusaha membetulkan dirinya supaya menjadi Muslim yang bermaruah! Dalam beberapa hari kebelakangan ini, dialog sebegitu sudah kerapkali berulang. Tetapi hingga sekarang ia berlarutan tanpa sebarang kata putus.  Dia sudah pening memikirkan bagaimana untuk menoktahkan segalanya. Namun setiap kali tiba ke penghujung, ia sering temui jalan untuk berbalik ke pangkal.  Pujuk rayu Erina membuatkan dia berasa bersalah terhadapnya. Erina seolah-olah bertekad mendapatkan semula dirinya sekalipun tahu dia sudah berkahwin.

Mungkin kini Erina menyedari hakikat bahawa dia memang bersungguh-sungguh dan muktamad dalam menerima pengakhiran hubungan mereka beberapa minggu sebelum pulang ke Malaysia dulu.  Tetapi, kenapa dia tidak rela menerima perpisahan ini? Kenapa dia masih menagih kasih?   ISYRAF membuka matanya setelah dipejamkan untuk beberapa waktu. Dia hanya tidur-tidur ayam, langsung tidak dapat nyenyak. Dikerling ke kiri setelah agak lama menyedari bahunya terasa berat.  Erina di sisinya masih terlentok dalam lena yang nyenyak. Isyraf membiarkan sahaja, tidak sampai hati mengejutkannya.  Dia membuang pandang ke luar tingkap pesawat. Masih gelap. Penerbangan dari Christchurch mengambil masa hampir 12 jam untuk tiba ke Kuala Lumpur. Diamati jam di pergelangan. Kira-kira satu jam lagi mereka akan mendarat di KLIA. Hatinya walang memikirkan duduk perkara… bagaimana setelah menjejakkan kaki kelak? Dahi Isyraf mula berpeluh. Bagaimana mahu menjelaskan tentang kepulangannya bersama gadis ini? Jika diketahui walid dan mama… mampus aku! Ya ALLAH, bantulah aku tangani kemelut ini dengan sebaik-baiknya. Panjang monolog Isyraf sementara kapal terbang terus membelah awan. “Oh, you dah bangun, Isy. Berapa lama lagi kita nak sampai?” Erina terus berpaut kepada lengan jejaka itu sebaik sahaja membuka mata. Suara Erina memecah haluan fikirannya. Isyraf melepaskan keluhan kecil.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/66584/rasa-paling-indah

REVIEW SEMERAH RED VELVET

9789831248461-medium
EBUKU SEMERAH RED VELVET OLEH HEZZY AZRA

Di waktu Raina ingin lari daripada Emir Hadhri, kek cawan Red Velvetnya telah menemukan mereka kembali. Raina jadi kalut. Hati Emir semakin terpaut. Mereka bagai langit dan bumi. Namun rasa cinta itu lebih mengatasi sehingga Raina tidak teragak-agak untuk menjadi isteri kepada lelaki yang baharu sahaja dikenalinya.

Oh… rupanya tidak mudah menyesuaikan diri. Banyak perbezaan wujud di celah-celah kehidupan mereka. Setiap kali Emir berulit dengan buku, Raina mati kutu. Raina kepingin untuk berkumpul dengan adik-beradiknya, Emir pula mahukan ruang privasinya. Emir terlalu obses dengan pengajiannya, Raina dambakan kemesraan mereka. Tersilap kata, cemburu pula melanda.

Rasa tidak puas hati semakin membukit. Kisah lama kembali diungkit. Hati masing-masing mula rasa sakit. Hidup sebumbung, tetapi tetap rasa kosong. Benarkah perpisahan merupakan yang terbaik buat mereka?


Bagi ulasan buku kali ini, sejujurnya admin puji cara olahan cerita ini walaupun pada permulaannya admin tak suka pada seorang watak ni.  Dari segi ‘keberatan’ novel, ia tidak la begitu berat hingga membuatkan anda pending. Cukup untuk anda sengih sendirian sambil membaca bila sampai di bahagian yang kelakar dan rasa macam nak baling buku ini apabila tiba di bahagian yang membuatkan anda geram. Oleh itu, bacalah dari kulit depan sampailah kulit belakang untuk mengetahui kisah selanjutnya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/66587/semerah-red-velvet