Sejenak Bersama Yumi Hyra

Karya Yumi Hyra

Hai readers semua! Seperti kebiasaanya, admin akan kongsikan kepada anda hasil temu bual kami bersama penulis buku. Pada bulan ini kami berjaya menemu bual seorang penulis buku yang terkenal, Yumi Hyra. Salah satu daripada novel beliau juga sudah berjaya diadaptasi ke drama ialah Encik Suami Mat Salih Celup.

Kalau readers nak tahu lebih lanjut mengenai cik penulis kita Yumi Hyra, readers boleh ikuti perbualan kami di bawah.

Ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang Yumi Hyra. Kami akan kongsikan kepada peminat Yumi Hyra juga info ini.

Seorang novelis bukan sepenuh masa yang bernaung di bawah Lovenovel Publication sejak kelahiran novel pertama pada Mac 2015. Setakat ini mempunyai tiga buah novel iaitu:

  • Encik Suami Mat Salih Celup
  • Encik Kutub Utara
  • Bukan Encik Sempurna

Lahir di Labuan tetapi membesar di Ipoh, Perak. Masih lagi menyambung pengajian separuh masa ke peringkat seterusnya untuk mendapatkan lesen akauntan bertauliah (Chartered Accountant) dan pada masa yang sama bekerja sebagai auditor di salah sebuah Big 4 Audit Firm di Malaysia.

1. Siapa yang memberi inspirasi untuk Yumi Hyra menulis?

Saya mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan sejak sekolah menengah tetapi lebih kepada penulisan artikel. Saya pernah menceritakan angan-angan kepada Pn Hikmah (guru Bahasa Malaysia saya sewaktu menuntut di MRSM Langkawi) yang saya akan menulis sebuah novel.  Alhamdulillah, angan-angan itu tercapai juga.

Apabila saya mula mencuba dengan penulisan novel, ahli keluarga saya terutamanya umi, abi dan kak ngah serta mereka yang berada di sekeliling saya yang banyak memberi inspirasi kepada saya.

Sebenarnya saya suka berangan; tak kira masa dan tempat. Sewaktu memandu kereta dan tersekat di dalam kesesakan jalan raya pun saya boleh berangan untuk mencari inspirasi jalan cerita. Haha!

2. Apa makanan kegemaran anda di hari raya?

Rendang tok yang dimasak oleh umi saya. Rendang tok ini sinonim sebagai resipi kebanggaan orang Perak. Sedapnya jika dimakan bersama lemang. Sebenarnya, semua juadah di hari raya sedap-sedap belaka. Saya cuma tak gemar dengan taugeh sahaja!

3. Siapakah penulis kegemaran anda? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Of course J.K Rowling dan Sophie Kinsella.

4. Apakah novel kegemaran Yumi Hyra? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Semua sequel Harry Potter (saya sebenarnya mengumpul versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris disebabkan kegilaan yang melampau) dan semua koleksi novel Sophie Kinsella.

5. Ada haiwan peliharaan tak di rumah?

Tak ada disebabkan umi saya memang tidak mengizinkan saya untuk membela haiwan walaupun si hamster yang comel. Tetapi adik bongsu saya yang berumur 11 tahun suka meniru bunyi kucing. Tak pastilah ini boleh dikira sebagai mempunyai pet ataupun tidak 😉

6. Jika anda diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah anda mahu pergi dan mengapa?

United Kingdom! Saya sukakan binaan castles di Wales, mahu menonton Shakespeare’s plays di Stratford-upon-Avon yang merupakan tempat kelahiran beliau, menjejakkan kaki ke Warner Bros Studio Tour London dan mahu mengadakan sesi jelajah Arthur-Merlin History di UK. I’m a big fan of both Merlin and Harry Potter.

7. Apakah Yumi Hyra merancang untuk menulis dan produce novel terbaru?

Saya sedang dalam proses menyiapkan sebuah novel romantik komedi yang menampilkan watak heroin yang mempunyai masalah insomnia (sukar untuk tidur) dan watak hero yang merupakan seorang spy professional tetapi menyamar sebagai lelaki nerd. Mereka bergandingan untuk menyelesaikan kes pemerdagangan manusia yang dijalankan oleh salah seorang pengarah di tempat kerja mereka. Ini merupakan percubaan pertama saya dengan genre yang lain sedikit (sebab ada watak spy) tetapi saya masih ketengahkan elemen komedi.

8. Apakah pesanan Yumi Hyra kepada pembaca di luar?

Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang yang diberikan kepada penulis-penulis novel tempatan. Terima kasih kerana sudi menjadikan karya-karya saya sebagai koleksi dan terhibur sewaktu membaca karya-karya saya tetapi dalam masa yang sama mengambil nilai-nilai murni yang cuba saya sampaikan. Teruskan menyokong industri penulisan negara dengan komen-komen membina yang boleh membantu para penulis meningkatkan mutu karya kami.

9. Pada pandangan Yumi Hyra, apa istimewanya novel Yumi Hyra berbanding novel lain di pasaran?

Saya tak reti nak menulis dengan ayat berbunga-bunga. Jadi, saya selesa menggunakan ayat-ayat seharian di dalam novel saya. Disebabkan itu, novel-novel saya biasa sahaja. Jika para pembaca inginkan novel yang ringan dan boleh membuatkan diri sendiri tersengih dan tergelak seorang diri; insya-ALLAH novel-novel saya boleh dijadikan sebagai ‘kawan baik’.

10. Dari mana Yumi Hyra selalu dapatkan ilham untuk menulis? Ada yang dari pengalaman sendiri ke?

Saya suka berangan dan menonton drama terutamanya yang bergenre romantic comedy. Ada juga yang diilhamkan daripada pengalaman sendiri dan apa yang berlaku di sekeliling saya. Kadang-kadang perkara yang simple yang pernah saya alami seperti mempunyai kawan-kawan foreigners yang pelat berbahasa Melayu pun boleh dijadikan idea. Disebabkan itulah boleh tercetusnya idea novel si mat salih celup! Hehe…

11. Apa rutin harian Yumi Hyra? Ada yang rare tak?

Idea untuk menulis akan datang bila saya super stress dengan kerja. Pelik tapi benar. Jadi, saya akan randomly update bab baru walaupun kerja ofis menimbun. Bila stress disebabkan masalah writer’s block, saya akan kacau adik saya yang bongsu. And… ting! Idea datang semula. Kesian dia; menjadi mangsa keadaan.

12. Describe diri Yumi Hyra dalam 3 patah perkataan?

Introvert. Nocturnal. Takut jarum.

13. Apa nasihat Yumi Hyra kepada penulis- penulis yang masih baru dalam industri buku?

Saya sendiri masih mentah dalam industri ini. Namun; apa yang saya boleh kongsikan ialah menulislah dengan hati. Jika hati kita ikhlas; insya-ALLAH para pembaca dapat merasanya. Dongibap!

14. Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Apa lagi bahasa lain yang Yumi Hyra kuasai?

Bahasa Perancis. Oh la la!

Kami harap Yumi Hyra akan sentiasa mewarnai industri penulisan dan, jika anda peminat Yumi Hyra,

Karya terbaru Yumi Hyra boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/79666/encik-suami-mat-salih-celup

[REVIEW] MY SOULMATE

MY SOULMATE Oleh Shila Alish
“Ayuni Zara – Dia terperangkap oleh perasaan mencintai dan dicintai oleh dua orang sahabat. Meletakkan hati dan perasaannya kepada orang yang salah setelah merasakan bosnya itu ialah soulmatenya selepas dua kali diselamatkan daripada kemalangan yang hampir meragut nyawanya, biarpun dia sedar cintanya itu cinta terlarang. Taufik Hidayat – Dia assistant kepada sahabat sendiri, telah jatuh cinta separuh mati kepada Ayuni Zara. Ditentang hebat oleh sahabatnya itu hanya kerana sebab yang tidak boleh diterima. Namun kerana cinta, dia tetap dengan pendiriannya kerana gadis itu telah mengembalikan sinar bahagia dalam hidupnya. Hisyam Datuk Bakri – Dia telah ditunangkan dengan Zetty Nur Sarafina. Seolah-olah menjilat ludah sendiri. Tanpa diduga dia telah jatuh cinta kepada cinta hati sahabatnya hingga dia nekad mengkhianati hati sahabtnya itu dan mengecewakan hati si tunang. Konflik demi konflik berlaku. Baik Ayuni mahupun Hisyam, masing-masing terpaksa berpijak di bumi yang nyata dan terpaksa menerima ketentuan takdir bahawa mereka memang tidak dijodohkan bersama. Masing-masing nekad untuk mengakui bahawa mereka ialah soulmate hanya sekadar dalam hati mereka. Itulah janji mereka tanpa boleh dihalang oleh sesiapa pun kecuali DIA. “…The very moment I heard my first love story, I wanted a soulmate of my own. I searched blindly, not knowing where to look. Finally, I realised… lovers don’t just meet anywhere. They’re in each other all along…” -Hisyam “…Sometimes I think a soulmate is someone who lets you be the person you want to be…” -Ayuni Zara Ternyata cinta Ayuni dan Hisyam tidak bertitik noktah di situ apabila seorang soulmate tetap akan menjadi soulmate dalam hati pasangannya apabila sekali lagi cinta mereka dipertemukan walaupun ia datang dengan cara cerita yang berbeza. Penuh air mata dugaan dan pengorbanan kerana seorang soulmate bukan sekadar pasangan serasi, yang sehati sejiwa tetapi sebaliknya yang saling melengkapi.”

Pada pendapat admin, cerita ini sangat tragik. Kisah hidup Taufik Hidayat yang menyayat hati, demi cintanya kepada Ayuni Zara, dia terpaksa mengorbankan kegembiraannya. Dia menyerahkan insan yang dicintai kepada sahabat baiknya yang juga mencintai isterinya. Sadis kan… Tai ada sebab kenapa Taufik buat keputusan begitu. Kalau nak tahu sebabnya apa, kenalah baca eBook ni.

Sambil baca eBook ini nanti, jangan lupa sediakan tisu sekotak. Admin baca eBook ini sampai meleleh-leleh air mata dan air hidung. Sedih sangat *sobs sobs… eBook ini memang berbaloi untuk dibaca dan dihayati sebab jika kita tanya semula diri kita, mampukah kita menghadapi  dugaan sebegini besar?

So, itu adalah ulasan buku yang dapat admin kongsikan kepada readers pada hari ini. Kalau readers nak dapatkan ebook ini, boleh klik pada link di bawah.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/97223/my-soulmate

Sejenak Bersama Sara Kyoko

IMG-20161219-WA0002
Antara Tulisan Sara Kyoko, Isteri Tuan ihsan.

Hai readers!!! Seperti yang Admin janjikan, pada bulan ini kami berjaya menemu bual penulis buku ISTERI TUAN IHSAN, Sara Kyoko!

Kalau readers nak tahu serba sedikit tentang Sara Kyoko, boleh ikuti temu bual kami di bawah 🙂

1. Siapa yang memberi inspirasi untuk Sara Kyoko menulis?

Suami sayalah yang memberikan inspirasi untuk saya menulis. Kalau bukan beliau,  saya masih lagi seorang   pembaca novel yang cuma berangan – angan hendak baca buku sendiri.

2. Apa makanan kegemaran Sara Kyoko?

Saya paling menggemari pasta.

3.  Siapakah penulis kegemaran Sara Kyoko? (tak kisah luar negara or dalam negara)

JK Rowling – the one and only.

4. Apakah novel kegemaran Sara Kyoko? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Rangkaian novel – novel Harry Potter. Masih tidak mampu untuk move on.

5. Ada haiwan peliharaan tak di rumah?

Ada. Dua ekor kucing yang saya berikan nama Teja dan Oddie.

6. Jika anda diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah Sara Kyoko mahu pergi dan mengapa? 

London. Sebab Harry Potter berasal di sana? 😉

7. Apakah novel baru yang bakal diterbitkan oleh Sara Kyoko? Boleh ceritakan sedikit mengenai novel tersebut?

Saya sedang dalam proses untuk menyiapkan sebuah novel romantik komedi berjudul ‘perisik cinta 001’. Novel ini memaparkan kisah cinta seorang wanita ‘plus size’ yang menjadi seorang perisik secara bidan terjun, dengan seorang bekas bintang bola sepak antarabangsa yang penuh misteri.

8. Apakah pesanan Sara Kyoko kepada pembaca di luar?

Setiap pembaca punyai selera yang berbeza. Saya juga seorang pembaca. Saya faham perasaan seseorang kalau ‘terbaca’ novel yang tidak kena dengan selera saya. Tapi, jangan terus mengadili novel tersebut, apatah mempertikaikan kredibiliti penulis dan penerbit novel. Mungkin novel itu bukan untuk kita, tapi, untuk pembaca yang lain pula. Sebuah novel dihasilkan bukan untuk tatapan dan selera seorang pembaca sahaja. Berilah peluang kepada semua penulis tempatan untuk mencabar diri mereka supaya ada ruang untuk terus memperbaiki diri. Barulah industri penulisan negara boleh berkembang setanding dengan luar negara. ‘Kritik bukannya kutuk’.

9. Pada pandangan Sara Kyoko, apa istimewanya novel Murni Aqila  berbanding novel lain di pasaran?

Novel – novel saya biasa sahaja. Cuma, kalau anda seorang pembaca yang memerlukan karya yang boleh mencabar minda dan perasaan, #karyasarakyoko bukanlah untuk anda. Tapi, kalau anda sukakan sebuah karya ringan yang menghiburkan, In Shaa Allah, novel – novel saya sesuai untuk anda.

10. Dari mana Sara Kyoko selalu dapatkan ilham untuk menulis? Ada yang dari pengalaman sendiri ke?

Ilham saya datangnya daripada orang sekeliling. Keluarga, sahabat, kenalan, mahupun orang asing yang cuma lalu di hadapan mata. Pengalaman peribadi juga ada membantu serba sedikit untuk mengemaskan jalan cerita saya, supaya lebih ‘real’.

11. Apa rutin harian Sara Kyoko? Ada yang rare tak?

Rutin harian saya biasa sahaja. Yang rare cuma waktu saya mula menulis. Saya jenis yang hanya boleh menulis pada waktu tengah malam. Noctural homo sapien agaknya. Bayangkan saja waktu – waktu saya perlu siapkan satu manuskrip. Hidup tak ubah seperti kelawar!

12. Describe diri anda dalam 3 perkataan?

Introvert. Diam – diam ubi. Cerewet.

13. Apa nasihat Sara Kyoko kepada penulis- penulis yang masih baru dalam industri buku?

Saya juga masih baru dalam industri ini. Entah sesuai atau tidak untuk memberi nasihat. Namun, kalaulah kata – kata saya ini untuk diguna pakai, ;kepada yang lebih baru hendak berjinak – jinak dengan dunia penulisan, cuma satu saja yang saya pesan, kalau hendak menulis, tulis apa yang kita tahu, apa yang kita suka (genre). Jangan ikut ‘trend’ semata.

14. Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Apa lagi bahasa lain yang Sara Kyoko kuasai?

Malangnya, cuma dua bahasa itu sajalah yang saya mampu kuasai dengan baik.

Kami harap Sara Kyoko akan sentiasa mewarnai industri penulisan dan, jika anda peminat Sara Kyoko

Lebih banyak eBook boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_2845_Lovenovel-Enterprise/~