[REVIEW] TEKNIK BERKESAN MENDIDIK ANAK

TEKNIK BERKESAN MENDIDIK ANAK OLEH ZUHAIMY HJ ISMAIL, AZIZI YAHAYA, HALIMAH MA’ALIP

Buku ini dapat memberikan pedoman kepada ibu bapa untuk mengasuh dan mendidik anak, khususnya dalam pembentukan tingkah laku dan jati diri mereka. Mendidik anak merupakan tanggungjawab dan amanah yang besar kepada ibu bapa. Justeru, persiapan mental, ilmu pengetahuan, dan kemahiran dalam mendidik anak wajar dipelajari oleh kedua ibu bapa kerana ia merupakan sesuatu yang sangat mencabar dalam era globalisasi pada masa kini. Mereka mudah terdedah kepada pelbagai anasir negatif yang dapat mempengaruhi pembentukan tingkah laku mereka. Didikan awal yang kukuh banyak memainkan peranan semasa proses tumbesaran. Oleh itu, selari dengan perkembangan pemikiran dan tingkah laku mereka, pendekatan dari sudut psikologi merupakan kaedah yang terbaik yang boleh dilaksanakan oleh kedua ibu bapa dalam mendidik dan membentuk anak-anak mereka supaya menjadi insan yang berintegriti, positif, dan berketerampilan tinggi pada masa hadapan. Antara perkara yang diketengahkan dalam buku ini ialah tingkah laku negatif anak yang lazim dan kaedah menanganinya, membentuk tingkah laku positif, dan teori-teori perkembangan remaja. Buku ini diharap dapat dijadikan panduan dan rujukan yang bermanfaat kepada masyarakat umum, ibu bapa khususnya, dan pihak-pihak yang terlibat dalam perkembangan dan pendidikan anak secara umumnya.


Setelah habis membelek setiap muka surat buku ini, apa yang admin boleh kongsikan ialah buku ini merupakan buku panduan umum khususnya kepada ibu bapa untuk mengetahui teknik-teknik yang berkesan dalam mendidik anak. Buku ini dibahagikan kepada 16 bab di mana setiap bab menfokuskan kepada faktor-faktor yang membantu mendidik anak dengan berkesan. Antara teknik yang boleh admin kongsikan ialah pendekatan melalui behaviorisme. Tips yang pertama ialah penerapan disiplin perlu diikuti dengan kasih sayang supaya dalam pembinaan

Secara ringkasnya, buku ini merupakan rujukan atau panduan yang lengkap mengenai tindakan yang seharusnya dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha membesarkan anak. Untuk dapatkan eBook penuh, boleh ikuti link dibawah.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/182936/Teknik-Berkesan-Mendidik-Anak

[REVIEW] LIFESTYLE OF FUTURE HOUSE BUYERS IN MALAYSIA

LIFESTYLE OF FUTURE HOUSE BUYERS IN MALAYSIA BY MOHD WIRA MOHD SHAFEI, FANNY FOO SUAN SUAN, ILIAS SAID, OMAR OSMAN

“The essential cornerstone of robust, successful marketing strategies is to understand house buyers’ needs, markets and trends. This book introduces the reader to basic lifestyle segmentation by using an exploratory study as a tool in determining the lifestyle of Malaysian house buyers. By understanding our customers and their needs can give insights to massive solutions and consultations in our core business. The way we understand our customers and their needs has been responsible for our massive shift into solutions and consulting, which will account for the majority of our business. Housing development is dominated by projects in which insight into house buyers is the foundation to improving interactions between developers and potential house buyers. This book reduces the gap between marketers and house buyers. Beyond the business needs, lifestyle of Malaysian house buyers provide an added lifestyle value to professionals like architects, engineers, designers, planners and researchers together with guidance on typical issues such as survey analysis, and more specific matters such as limitations and recommendations for future research. ”


 

This book is characterized by a good pedagogical approach, and provides an overview of the objectives in identifying house buyers’ lifestyle segments for the segmentation research. This book covers a research problem, its translation into statistical terms, a theoretical review, a dataset description, a guided analysis and interpretations of the results. It concludes with discussion and recommendations of features and locations that reflects lifestyle, behaviour and preferences of house buyers’ in Malaysia. So, whether marketers are just beginning to understand their customers, or whether this has been an issue of priority for years, this book is a guide and it is with great pleasure that we recommend this interesting book to anyone engaged in or interested in lifestyle segmentation research in Malaysia.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/182990/Lifestyle-of-Future-House-Buyers-in-Malaysia

 

[SNEAK PEEK] BINGIT

BINGIT Oleh Jeehan

“Kira hari-hari I layan you macam you tu suami I, sampai bila eh kita kena hidup macam gini?”

Satu soalan cepu emas ke muka gua dilempar dari mulut perempuan gua. Gua diam, bangun, capai rokok, hisap. Berkepul-kepul asap gua hembus. Feeling sekejap hingga tiba-tiba bantal sampai ke muka gua.

“Kalau ye pun, you pakai la boxer tu, kalau jiran lalu nampak, malu jugak muka I ni.”

Faiza bangun dan masuk ke toilet, gua sarung boxer sambil rokok di bibir gua, terkenyit-kenyit mata gua tahan pedih bila asap rokok terkena bijik mata. Tak lama kemudian, Faiza keluar.

“I ni dahlah kecik lagi parents dah bercerai, mama I tu sendiri bab agama worst, tapi you tahu? I dengan mama suka dengar ceramah agama tau. Tapi selalunya bila dah dengar separuh jalan, kita orang tutup itu radio, kita orang rasa tak layak kita orang dengar ceramah sebab kita orang kotor.”

Sambil mengelap kaki, Faiza menyarungkan seluar pyjamas pula.

“Once you datang, I rasa I semakin dekat dengan neraka, I harap you boleh bimbing I. Tapi you sendiri hanyut dengan maksiat. I memanglah dah sesat, you tarik I lagi jauh.”

Itu jam gua rasa muka gua kena tampar. Tiba-tiba gua teringat Puan Fatimah, mak gua. Kala subuh, gua dengar dia mengaji, perlahan, habis mengaji, usap kepala gua, kasi cium sekali, dia pun pergi dapur bikin tugas dia sebagai isteri dan mak.

Gua ni anak yang degil, dari zaman primary school lagi. Bila bapak belasah gua, perempuan yang beranakkan gua itulah yang akan bela gua. Gua makin degil, gua berani tipu mak bapak. Banyak kali jugak dia orang dapat tahu gua ni jahanam. Bapak bising siap nak belasah gua lagi seperti selalu, tapi mak tetap cool, nasihat gua baik-baik. Tapi mata bulat gua ni selalu tunjukkan yang gua ni tak akan dengar cakap dia. Korang baca ni, mesti korang rasa nak ketawa, tapi korang kena ingat, gua ni tetap manusia, lahir dari benih Islam, gua juga bukan anak haram.

“I memang nak kahwin dengan you la, sayang.” Bohong. Gua tak pernah rasa nak kahwin dengan Faiza atau mana-mana perempuan. Gua masih muda pe.

“Kalau macam tu, kenapa you tak pernah kenalkan I dengan family you?” Faiza mula berbaring semula di tempat dia tadi, sambil sebelah tangan menongkat kepala.

“Okeylah, ini petang kita jumpa family I.”

“Puasa pun dah nak dekat, you tak rasa nak ajak I puasa?”

Satu lagi ayat yang gua rasa kena tampar. Gua sengih sahaja. “You pernah nampak I puasa ke?”

Faiza mengangkat bahu sambil mencebikkan mukanya. “Mana I tahu, I kenal you pun baru setahun.” Gua sudah habis sebatang rokok. Gua teguk air masak, gua naik semula ke atas katil dan masuk dalam selimut. Gua nampak Faiza jauhkan badan dia daripada gua.

Satu perkara yang korang kena tahu. Walau gua ni kaki stim macam-macam, satu stim yang gua tak layan, stim arak. Gua tak tahu kenapa, pernah gua cuba nak minum, seteguk, itu yang pertama dan terakhir. Masam, kelat, pahit, manis, gua tak mahu lagi dan kenapa gua rasa itu lagi besar dosanya daripada yang lain-lain dosa pun gua tak tahu.

Tak payah gebang pasal dosa. Gua akan jadi baik bila gua balik ke Toa Payoh. Korang tahu rumah siapa kat Toa Payoh tu? Itulah rumah mak yang sangat gua sayang dan bapak yang dalam diam gua kasih kat dia.

 

****

 

Perempuan itu datang dalam hidup gua, gua cintakan dia sepenuh hati, dia cuba jaga gua. Tapi gua tak pernah jaga dia. Dia tak pernah putus asa. Tapi satu ketika bila dia dan anak-anak diancam, Bani diseksa oleh Tony, dia terpaksa berpisah dengan gua yang terlalu dia cinta. Gua simpan dendam lama setelah kita orang berpisah. Itu perempuan tidak lagi gua panggil perempuan, gua gelarkan dia betina. Tidak cukup itu, gua selalu doakan keburukan dia. Tapi sebenarnya dia tetap setia sama gua. Hingga hari ini, dengan izin suami dia, dia tetap bersama gua. Menjaga gua. Betapa sialnya gua. Faiza, maafkan I.

Seorang gadis kecil yang dilahirkan di dunia tanpa dipinta. Membesar dengan penuh perhatian walau tanpa didikan agama, tanpa mengenal erti kasih sayang seorang bapak. Gua tak pernah bela dia, tapi dengan naluri darah, gua sayangkan dia. Sayang juga bila gua tak dapat bersama lama dengan dia. Apa yang terjadi pada dia tetap menjadi rahsia. Gua tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dia. Itu anak gua nama dia Farah.

Seorang bapa yang merelakan dirinya menjadi bahan untuk dihina apabila anak lelakinya membuat celaka dalam kehidupan. Pangkat dia bukan jadi kehormatan lalu ditukar menjadi satu penghinaan. Maafkan orang, bapak.

Itulah perempuan tua yang gua sentiasa harapkan doa dia, perhatian dia. Dia tidak pernah berputus asa kepada gua yang selalu bikin celaka dalam hidup dia. Dia tetap bersabar. Itu perempuan tua bikin gua sudah berhutang airmata sama dia. Gua selalu fikir, mak takkan buang gua, gua terus membuat celaka, tapi hakikatnya walau mak tidak murka, Allah telah murka, bala demi bala gua terima semua dari perihal celaka yang gua bikin. Mak, maafkan orang.

“Dia ni kawan gua, sekarang sudah hilangkan barang Tony harga 80 ribu dolar, gua mahu lu tolong dia kasi settle hutang dengan Tony.” Gua masih ingat lagi ayat ini dia bilang.

Dengan dia ni gua ada beribu pengalaman. Kalau ikut dendam, sudah lama gua bunuh dia. Tapi gua berfikiran rasional, dia terpaksa. Gua pernah jadi pondan sama dia hanya kerana seorang anak. Gua pernah maki dia, tapi dia diam. Gua pernah tengok dia menangis dan dia jugak pernah tengok gua menangis. Gua tak kisah kalau dia nampak buruk gua, sebab gua akui dia sahabat gua selamanya. Thank you, Fadhil.

Roller coaster gua sudah berhenti.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/99750/BINGIT

REVIEW SELF- ESTEEM: THE LAZY PERSON’S GUIDE

9780717165902-medium
SELF- ESTEEM: THE LAZY PERSON’S GUIDE OLEH THERESA FRANCIS- CHEUNG

Do you want change how you think and feel about yourself – and change your life? Enter The Lazy Person’s Guide! In no time at all this little guide will help you understand and improve your self-esteem. It will give you all the essential information and advice you need and will help you change your life for the better, right now.


Apa yang anda tahu mengenai self- esteem? Self – esteem itu adalah cara anda berfikir dan apa yang anda rasa mengenai diri anda sendiri. Apa yang boleh admin ulaskan mengenai buku ini, ia menarik apabila ia memberikan kepada kita beberapa nasihat yang menarik.  Sebagai contoh:  bagaimana cara untuk mengawal emosi apabila anda tidak pasti dengan perasaan anda,  apa yang menyebabkan anda kurang self- esteem dan cara untuk memperbaiki skil berkomunikasi anda.

Jadi, dalam buku ini ada menceritakan bagaimana hendak meningkatkan jati diri? Menurut buku ini cara- caranya ialah:

  1. Kenali diri anda
  2. Jangan mudah percaya sesuatu hanya kerana anda memkirkannya
  3. Kawal emosi anda
  4. Tingkatkan skil berkomunikasi anda
  5. Buat keputusan dengan bijak
  6. Sayangi diri anda
  7. Kawal stress anda dengan baik

Itu adalah antara nasihat- nasihat untuk meningkatkan jati diri anda yang dikongsikan daripada buku tersebut.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79123/self-esteem-the-lazy-persons-guide

 

REVIEW 7 KEYS TO NORMALIZE YOUR CHOLESTEROL LEVEL

9789833735495E-medium
7 KEYS TO NORMALIZE YOUR CHOLESTEROL LEVEL OLEH DR BRUCE MILLER

What is all the big fuss about high cholesterol? The big concern: Excess cholesterol in the blood is a major risk factor for heart attack and stroke in America.
If this is you: LDL cholesterol is above 3.36, HDL is less than 1.16, and your Total Cholesterol to HDL ratio is over 4.4 mmol/L, you need to urgently bring down these numbers. You are in control. Do not wait for symptoms to appear. In 50 percent of deaths from a heart attack, sudden death was the very first symptom.
We have the knowledge to prevent a tremendous amount of death, disability and suffering right now if we are wise enough to apply it. Visit the cardiac ward of any hospital and you will understand what I mean.
In this book, you will discover seven keys in simple and concise language to help lower your cholesterol to a healthy level.


Jadi, readers sekalian. Admin tahu di bulan Syawal ni banyak betul jemputan rumah terbuka, dan banyak betul wishlist anda kan… So eBook ini mengingatkan anda kalau nak makan biarlah berpada. Jangan pula hingga memudaratkan diri sendri.

Ulasan buku kali ini adalah daripada buku yang bertajuk 7 Keys to Normalize Your Cholesterol Level.  Antara tips yang boleh dikongsi bersama ialah:

  1.  Mengetahui Blood Lipid Profile anda – Bagaimanakah hendak mengira berapa (Low Density Lipoprotein) LDL dan (High Density Lipoprotein) HDL. Ni admin share cara untuk mengira kolesterol anda.

LDL: Bad Cholesterol

  • Less than 2.56     – Optimal
  • 2.57-3.36              – Near / Above Optimal
  • Above 3.36- 4.11 – High
  • Above 4.99           – very high

Your desirable LDL level is below 3.36

HDL: Good Cholesterol

  • More than 1.16 for men – Desirable
  • More than 1.55 for women- Desirable

Total Cholesterol

  • 5.17                        – Desirable
  • Above 5.17- 6.18  – Borderline high
  • More than 6.18     – High

Antara lain yang terdapat dalam buku ini ialah apa pemakanan yang sesuai dengan jantung anda supaya anda boleh kekal sihat. Antara tips yang diberikan ialah, mengurangan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu, lebihkan pengambilan makanan yang mengandungi omega -3 dan banyak lagi.

Jadi dapatkan buku ini bagi mengetahui lebih lanjut mengenai cara untuk menyanyangi jantung anda.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79878/7-keys-to-normalize-your-cholesterol-level