[SNEAK PEEK] TUNGGU AIRA DI KOTA BANDUNG

Tunggu Aira di Kota Bandung oleh Nirrosette

 

EH ABANG! Kak Ilah!” Aira yang sedang duduk di atas kerusi di sisi Encik Zainudin spontan bangun dari duduk. Terkejut apabila tiba-tiba sahaja abang dan kakak iparnya terpacak di depan mata. “Bila sampai Singapore?”

“Malam tadi. Phone Aira minta kena buang dalam gaung eh? Abang telefon banyak kali tak dapat, abangWhatsApp tak reply,” rungut Yusuf rendah. Ketika sampai di Lapangan Terbang Changi semalam, orang pertama yang Yusuf cari ialah Aira. Tapi, hampeh! Panggilannya tak berjawab pun. Mulanya Yusuf nak pulang ke rumah letak bagasinya dahulu sebelum ke hospital. Tapi apabila sampai di rumah, mama ada di rumah. Kata mama waktu melawat dah habis. Cuma seorang aje yang boleh duduk teman pesakit dalam wad. Jadi Yusuf dan Nabilah batalkan sahaja hasrat mereka untuk melawat abah.

Memandangkan malam sebelumnya Puan Suhaida yang tidur di sini, jadi malam tadi Aira menawarkan diri untuk menemani abah. Lagipun, memang seluruh tubuh Puan Suhaida sakit-sakit sebab tidur di atas kerusi.

Alamak! “Phone Aira dah mati la. Aira lupa nak bawa charger. Mama mana? Aira pesan pada mama suruh bawakan charger phone Aira.”

“Mama ada dekat rumah. Mama nak masak dulu, nanti dia datang.” Memandangkan Yusuf dengan Nabilah dah pulang, takkan nak makan nasi bungkus aje kan. Kesian pula Puan Suhaida pada anak dan menantunya tu. Sebab itu pagi-pagi lagi dia sudah ke pasar dahulu, beli apa-apa yang patut untuk memasak. Boleh juga bawakan untuk Aira, jadi Aira tak payahlah beli makanan di medan selera. Makanan di medan selera tu punyalah mahal. Kalau sedap tak apa juga.

“Doktor kata apa fasal abah, Aira?” soal Nabilah perlahan sambil melirik ke arah bapa mertuanya yang sedang tidur. Dah berselimut macam tu, mana Nabilah nampak apa-apa.

“Lengan abah cuma luka-luka sikit je sebab terkena serpihan kaca. Kaki kanan abah yang tercedera. Tapi doktor cakap tak serius. Dalam sehari dua dah boleh keluar dah.”

“Macam mana abah boleh accident ni sebenarnya?” soal Yusuf pula, ingin tahu. Memang Puan Suhaida tak beritahu sangat tentang kecelakaan yang menimpa abahnya. Yang Yusuf tahu, abah kemalangan, tapi tak serius, masuk wad biasa. Tu aje.

“Entah,” Aira angkat bahu. Tak terlintas pula nak tanya Encik Zainudin butir-butir kejadian tersebut. Yang penting, Aira tahu abah selamat. Itu sudah cukup.

Honeymoon macam mana Kak Ilah? Seronok tak? Banyak shopping?” Aira mengalih pandang pada Nabilah yang sedang tercegat di sebelah Yusuf. “Duduk sinilah kak. Biar abang seorang je berdiri.” Sempat Aira menepuk kerusi yang kosong di sebelahnya, mempelawa Nabilah duduk.

Wad kelas A1 tu memang cuma ada dua buah kerusi aje. Kalau ada ramai-ramai orang, terpaksalah berdiri.

“Hong Kong memang best! Kita ada belikan Aira sesuatu, nanti balik rumah akak bagi okey.”

“Beli apa? Beli apa? Beli apa?” Dah bersinar-sinar mata Aira memandang Nabilah. Memang haruslah dia orang belikan Aira oleh-oleh. Mana boleh tak belikan! Aira merajuk setahun karang.

“Adalah,” Yusuf pula bersuara, menyampuk. “Balik nanti kita bagi. Kita pun belum unpack lagi ni. Semalam balik terus knock out tidur, penat sangat. Pagi ni pulak terus ke sini.”

“Okey, tak apa.” Aira sedia maklum abang dan kakak iparnya pasti keletihan. Takkan nak buat perangai budak-budak kan desak suruh beri sekarang.

“Ni Aira cuti sampai bila?”

“Sampai hujung tahunlah, Januari depan Aira ada practicum.”

“Lepas tu graduate?”

Yeap!”

“Yusuf?” Teguran Encik Zainudin mematikan terus perbualan mereka. Suara lelaki itu serak sedikit, pastinya dia tersedar daripada lena apabila mendengar suara orang berbual. Dia cuba mengesot bangun namun lekas-lekas Yusuf membantu membetulkan letak bantal untuk Encik Zainudin bersandar.

“Abah….” Tangan Encik Zainudin diraih untuk disalami. “Abah okey?”

“Abah okeylah.” Bosan pula Encik Zainudin apabila ditanya soalan yang sama tak tahu untuk kali ke berapa ratus.

Semalam aje apabila ada saudara-mara dan teman-teman yang datang menziarahi, penat rasanya mengulang jawapan yang sama. Rasa macam nak ambil pita perakam aje jadi, apabila orang tanya boleh tekan ‘play’. Memanglah niat dia orang baik datang untuk berziarah, tapi kalau dah datang beramai-ramai macam nak buat parti, pening kepala Encik Zainudin nak melayan. “Suf dengan Ilah baru sampai ke ni?”

“Baru jugak bah, dalam sepuluh minit kut.”

“Kenapa tak kejut abah?”

“Abah kan tengah tidur, tak naklah ganggu.”

“Hmm…” Encik Zainudin tak mengulas lanjut.

“Ilah, ambilkan abah air.” Pintanya pada Nabilah.

Nabilah menoleh ke sisi, terpandang satu jag air jarang dan gelas yang terletak di atas meja di sebelahnya. Lincah sahaja tangan Nabilah mencapai gelas tersebut lalu dituangkan air ke dalamnya.

“Sekarang pukul berapa?” soal Encik Zainudin selepas mengambil beberapa teguk air.

“Pukul sepuluh,” jawab Aira pantas. Kebetulan waktu itu dia memang tengah tengok jam di pergelangan tangan.

“Mama tak datang saing Suf dengan Ilah ke?”

“Tak,” Yusuf menggelengkan kepalanya.

“Mama cakap lepas zuhur nanti dia datang.”

“Oh.” Encik Zainudin mengangguk sedikit. “Reza?”

“Hah?” Aira dah ternganga mendengarkan soalan Encik Zainudin.

“Reza?” Yusuf pula dah pandang Encik Zainudin dengan dahi yang berlapis. “Reza siapa?” Seingat Yusuf, dia tak ada pun saudara-mara bernama Reza. Rizal ada, Reza tak ada. Ke Yusuf yang salah dengar tadi?

“Reza, kawan Aira,” jelas Encik Zainudin. Dia meneguk lagi air yang berbaki daripada gelasnya. “Dia tak datang hari ni?”

Aira dah terkebil-kebil tak tahu nak jawab apa. Lebih-lebih lagi dengan renungan tajam abangnya yang menuntut penjelasan. Aira kehilangan kata-kata. Sejak bila Reza tu ada kepentingan pada abah sampai nak kena datang hari-hari, eh?

SO, siapa Reza ni?”

Aira mengangkat mata ke atas mendengarkan soalan Yusuf. Dia memang dah agak dah ini tujuan sebenar kenapa Yusuf ajak dia turun menemaninya ke 7-Eleven. Bukannya Yusuf nak beli apa-apa tapi sengaja nak mengorek cerita.

“Budak Perbayu.”

“Kawan?”

“Sort of.”

Sort of?” Yusuf menyoal kembali, pelik. Apa punya jawapan tu? “Oh… maksud Aira, bukan kawan je eh? Lebih daripada kawan eh?”

No.” Langkah Aira terhenti. Dia berpusing, menghadap abangnya sambil memeluk tubuh. “I don’t think we’re even friends to begin with.”

“Hah?” Makinlah Yusuf tak faham. “Apa kata kita duduk kat situ kejap? Susahlah nak berbual macam ni.” Tanpa menunggu balasan Aira, terus sahaja Yusuf menarik tangan Aira untuk menurut langkah ke sebuah bangku berdekatan.

“Okey, sekarang cerita pada abang A sampai Z.”

“Tak ada ceritalah,” Aira menuturkan datar. Dia tunduk meramas jemari di riba. Dia teruja sebenarnya apabila Yusuf balik. Aira nak tanya macam-macam tentang percutian abangnya. Tapi kalau inilah topik yang Yusuf nak bincangkan, baik tak payah.

“Aira.” Panggil Yusuf lagi, memaksa anak gadis itu untuk memandang ke arahnya. “Pandang abang.”

“Tak nak.”

“Kenapa tak nak? Takut? Aira memang ada sembunyikan sesuatu daripada abang, kan?”

Aira menggelengkan kepalanya laju, menidakkan.

“Tipu.”

“Fine!” Aira dah angkat kedua-dua belah tangan, menyerah kalah. Malas lagi hendak berdolak-dalik. Yusuf memang macam tu, kalau dia nak tahu sesuatu, dia akan korek habis-habisan sampai dia puas hati. Dan Aira tak pandai berahsia dengan Yusuf. Kalau dengan orang lain, Aira boleh tipu. Tapi kalau dengan Abang Yusuf, Aira tak boleh nak lari.

“Dia duduk dekat hall sama dengan Aira. Aira tak suka dia. Tapi mana-mana Aira pergi, Aira nampak dia. Kebetulan masa Aira dapat panggilan daripada mama fasal abah kemalangan tu, dia tercongok depan muka Aira. Jadi dia hantar Aira pergi hospital and the rest is history. Puas?” Senafas Aira menuturkan. Punya laju! Mujur juga Yusuf bangsa yang cepat tangkap. Memang dah biasa dah dengan adiknya yang berbual laju apabila sedang beremosi.

“Kenapa Aira tak suka dia?”

“Kenapa Aira tak suka dia?” Aira tidak segera menjawab. Kenapa Aira tak suka Reza? Sebab Reza mengingatkan Aira tentang Faisal! Sebab tulah. Tapi kalau Aira jawab macam tu, agak-agak, Abang Yusuf pancung tak kepala Aira?

“Aira…” Yusuf memanggil lagi. “Kenapa Aira tak suka dia?”

“Dia orang Indonesia.”

“And?” Kening Yusuf terangkat sebelah. Dia orang Indonesia. Okey, jadi?

“Dia ingatkan Aira pada seseorang.”

“Seseorang…?” Yusuf masih lagi samar-samar. Tak tahu ke mana arah dan hala tuju perbualan ini. Sorry la Aira, kalau nak bagi abang teka-teki macam ni, memang abang tak pandai huraikan. “Siapa?”

“Faisal Syahindra.” Aneh, lancar sahaja bibir Aira menyebutkan nama itu. Seolah-olah nama itu sudah terbiasa meniti di bibir Aira sedangkan dah bertahun kut Aira tak sebut nama tu.

Oh! Untuk seketika Yusuf senyap. Mana mungkin Yusuf lupakan nama lelaki yang pernah menghancurkan hati adiknya suatu masa dahulu.

“Dia macam Faisal ke? In what way?”

“Entah.” Aira angkat bahu. “Bila Aira tengok dia, Aira nampak Faisal. Aira tak suka.”

“You’re not over…”

Belum sempat Yusuf menghabiskan ayat, Aira terlebih dahulu memotong. “Yes, mungkin Aira belum boleh lupakan Faisal. Tapi bukannya Aira masih sayang kat dia. Tolonglah. Aira cuma tak boleh maafkan apa dia buat. Yang tinggal dalam hati Aira untuk Faisal cuma rasa benci dan marah. Apabila Aira nampak Reza, automatically I felt the same way towards him. I can’t help it.” Aira terhenti sejenak untuk menarik nafas. “I’ve learnt to accept fate, yes. But I’ve yet to master the art of forgiving. All it took me was eight days to fall in love. But it’s taking a lifetime to forget the pain, abang.

“Tapi Reza tak bersalah. You’re not being fair to him.”

“Aira tahu!” kasar Aira membalas. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Aira sedia maklum, Reza tak patut menerima layanan sebegitu daripada Aira. Tapi Aira tak tahu nak buat macam mana lagi. Sangka Aira, mengelakkan diri daripada Reza ialah cara yang terbaik. Tapi Aira tersilap. Semakin Aira cuba mengelak, Reza semakin datang mendekat.

Saat itu Aira teringat pada kata-kata semangat pemberian Humairah yang ditampal di meja studinya.

But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.

Potongan ayat yang ditafsirkan daripada surah al-Baqarah ayat 216 itu seakan-akan sesuai dengan situasi Aira sekarang. Sesungguhnya dalam apa jua yang berlaku, Dia lebih tahu kan? Pertemuan ini tidak akan berlaku tanpa keizinan-Nya. Pasti ada sesuatu yang cuba Dia sampaikan kepada Aira. Cuma Aira sahaja yang tidak tahu apa.

“Why don’t you make your life easier?” 

“How do I do that?”

“Maafkan dia lepas tu move on.”

“Senang je kan abang cakap? Aira dah cuba okey, sumpah Aira cuba. Aira dah tak ingat pun fasal dia. Tapi apabila Reza muncul dalam hidup Aira, semua jadi huru-hara.”

“Keadaan jadi huru-hara sebab Aira kaitkan dia dengan Faisal. Cuba Aira berkawan dengan Reza sebab siapa dia. Don’t think of where he came from or his race or anything.”

“Susah la abang. Reza selalu dibayangi Faisal.”

“Mungkin susah tapi tak mustahil, kan? Cuba ubah persepsi Aira tentang Reza. Reza dan Faisal ialah dua orang yang berlainan. Abang yakin mesti personaliti dia pun berbeza. Maybe now you think Reza and Faisal are similar a little bit here and there. But do you even know Reza in the first place? Aira tak kenal Reza kan? Kalau Aira dah kenal Reza dengan lebih dalam, abang yakin mesti Aira akan sedar Reza jauh berbeza daripada Faisal. Masalahnya, abang tak rasa Aira beri Reza peluang pun untuk mengenali Aira. Kan?”

Aira tertunduk mendengar nasihat Yusuf yang panjang berjela. Ada betulnya juga kata-kata Abang Yusuf. Aira terlalu cepat menghakimi Reza pada tanggapan pertama. Memanglah tak adil untuk Reza.

“Why don’t the next time you see him, try to be a little friendly. Boleh?”

“Erk?”

“Bukan la abang suruh Aira gedik ke apa! Just be nice. Jangan pandang dia macam nak bunuh orang.” Lekas-lekas Yusuf menjelaskan. Bukan Yusuf tak tahu, pandangan membunuh Aira memang mengerikan. Macam manalah orang nak dekat kalau muka masam mencuka, langsung tak senyum. Kalau pergi temu duga pun mesti tak lepas tau.

“Tengoklah macam mana,” acuh tak acuh Aira menjawab. Lagipun, Aira sendiri tak pasti bila dia akan bertemu Reza lagi. Mungkin dah tak jumpa kut. Jadi tak pentinglah kan pesanan Yusuf ni.

“Tak ada tengok-tengok. Abang nak Aira janji Aira akan cuba.”

Yelah yelah. Aira janji,” Aira menuturkan malas. Tangan kanannya diangkat konon-konon macam tengah angkat sumpah.

“You know… the stupid neither forgive nor forget; the naive forgive and forget.”

The wise forgive but do not forget,” Aira pantas sahaja memotong, melengkapkan ayat Yusuf yang dipetik daripada buku karya Thomas Szasz. Kalau temannya, Farah, rasa pelik bagaimana Aira boleh hafal-hafal quote bagai ni semua, Farah patut jumpa dengan abang Aira. The master of quotes. Daripada Yusuf jugalah Aira mula minat untuk membaca buku- buku motivasi dan ilmiah, taklah asyik melayan novel cinta sahaja.

Yusuf sudah tersengih memandang adiknya itu. Kepala adiknya diusap perlahan. “Tau pun!”

“Tudung Aira jangan buat mainlah!” Cepat sahaja Aira menepis tangan abangnya yang sudah mendarat di atas kepala.

Yusuf terkekeh ketawa melihat Aira dah kelam-kabut betulkan letak tudungnya. Sebijik macam isterinya Nabilah. Tudung tu sensitif okey. Boleh merajuk dua minit kalau Yusuf usik. “Jomlah, kita naik atas. Lama pulaknanti dia orang tunggu.”

Beriringan mereka melangkah menuju ke lif, ingin ke atas. Ketika hendak melangkah masuk ke dalam bilik, langkah Aira mati apabila terdengar suara seseorang yang sedang bergelak tawa bersama abah, mama dan Kak Ilah. Yusuf dah tertoleh-toleh ke belakang apabila Aira tidak menurut langkahnya masuk ke dalam.

“Kenapa?” Yusuf menyoal tanpa suara.

Aira sudah melopong. Matanya bulat. Tubuhnya terkaku di hadapan pintu. “Kat dalam tu Reza!”

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/257335/tunggu-aira-di-kota-bandung

[REVIEW] ONE FINE DAY

One Fine Day by RodieR

 

Just when Zahra thinks her world crumbles, she meets Aryan. Fascinated with each other, he brings her out of misery into his own understanding of love… and happiness. And so with him, she finds happiness again. It doesn’t last long, though because again she is tested with difficulty. Love isn’t always patient. Sometimes we get short, brusque, or frustrated with the people we love the most. Love is, however, doing our best to see the people we care about with compassion and understanding. This is the story of Zahra and Aryan, one about love, pain and happiness regained. For there will be a relief with every difficulty, will they be able to withstand the test of time?


Zahra was devastated after the incident that took her parents’ lives, Aryan came into her life, showing her the beautiful side of life when they met in a country that has different culture than Malaysia. Every beautiful love story, there must be a hardship that will appear as a test in their lives. This novel teaches us about life and the setting is very calm but will make you shed a tear. If you need a calm reading on a rainy or beautiful day, then this will be the perfect novel for you. You have to find out about their fate because the storyline is very different from the usual. 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/257332/One-Fine-Day

[REVIEW] WARNA HATI NURUL

Warna Hati Nurul oleh Shahzy Hana

 

Nurul Hasyifa (Syifa) kehilangan suami, Razeef beberapa jam setelah mereka bernikah akibat kemalangan jalan raya. Pemergian Razeef benar-benar merentap seluruh jiwa Syifa. Tapi, siapa dia untuk menolak takdir. Demi menyelamatkan satu nyawa, dia menerima Fasil dalam keadaan terpaksa. Biarpun Fasil telah berterus terang ingin mengahwini Syifa kerana ‘cinta pandang pertama’, hatinya tetap tidak mampu menerima kehadiran lelaki itu. Tapi, dia sukar untuk menolak kerana dia tersepit antara perasaannya dan nyawa ibu Fasil.


Sebuah novel yang banyak berunsurkan dakwah agama Islam. Admin suka baca kehidupan Syifa yang rapat bersama keluarganya tetapi ada detik-detik Syifa bersedihan selepas kehilangan suaminya, Razeef dan dia terpaksa akur untuk menerima lelaki lain dalam kehidupannya. Realitinya, di antara kita memang ada yang telah lalui pengalaman seperti ini. Terpaksa akur dengan ketentuan hidup walaupun hati susah untuk menerima takdir tersebut. Tetapi apakan daya, seorang perempuan muslimah seperti Syifa tidak sampai hati untuk menolak Dr. Fasil yang sememangnya baik akhlak, hati dan budi pekertinya. Siapa sahaja yang tidak mahu kahwin dengan seorang doktor? Biasa kita lihat di klinik atau hospital seseorang doktor itu pasti berkomunikasi dalam cara yang berhemah dan prihatin sekali terhadap pesakitnya. Sememangnya sesiapa pun pasti akan terjatuh hati dengan cara doktor berkomunikasi dengan pesakitnya ketika di hospital. Novel seperti ini sudah tentunya akan membuatkan watak doktor itu sangat prihatin terhadap isterinya di hospital, di rumah mahupun di mana jua supaya pembaca dapat berasa secebis kebahagiaan dari novel itu. Jadi, untuk pembaca yang ingin membaca dengan lebih lanjut lagi kisah Syifa dan Dr. Fasil ini boleh lah dapatkan eBook ini di link di bawah.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/257337/Warna-Hati-Nurul

[SNEAK PEEK] SEKAKI PAYUNG MERAH JAMBU

Sekaki Payung Merah Jambu Oleh Orked V

 

SEPANJANG menaiki LRT hingga tiba ke tempat kerjanya tadi, Jaja masih terbayang-bayang lagi peristiwa semalam. Dia gelisah dan bimbang. Adakah Aim pulang dengan selamat? Adakah dia masih sakit lagi?

Namun, dia juga bingung kenapa dia perlu gelisah dan bimbang. Semua ini menyebabkan dia rasa tidak sedap hati. Kenapa mamat kerek itu juga mengganggu fikirannya?

“Nampak sedap. Apa benda ni?” tanya Jamie apabila membuka bekas Tupperware yang dibawa oleh Jaja.

“Quiche.” Jawab Jaja sepatah sambil menongkat dagu di atas meja pantri.

“Apa? Kuch? Macam Kuch Kuch Hota Hai tu ke?” Agaknya itu kali pertama Jamie mendengarnya. Bunyinya kedengaran tidak sesuai dengan bentuk kuih di depannya. Dia membelek-belek dan menghidunya sebelum meletakkan semula di dalam Tupperware.

“Apa-apalah. Janji boleh makan dan halal.” Jaja malas hendak mengulas lanjut. Dia sedang kusut dengan fikirannya sendiri dan malas mahu melayan Jamie.

“Oh, baru aku tahu Kuch Kuch Hota Hai tu asalnya nama kuih,” kata Jamie polos. Dia akhirnya mengambil sebiji dan mencubanya.

“Emm, sedap. Kau buat ke?” komen Jamie. Dia sudah menghabiskan sebiji dan sedang mengambil sebiji lagi di dalam bekas Tupperware tersebut.

“Taklah. Roommate aku yang buat,” jawab Jaja dengan malas.

Tidak lama kemudian, Kak Ana pula masuk bilik tersebut untuk rehat bersama mereka.

“Apa yang kau orang makan ni?” tegur Kak Ana.

“Kuih Kuch Kuch Hota Hai,” jawab Jamie dengan lurusnya.

“Hah? Kuih Kuch Kuch Hota Hai? Jamie ni biar betul?” Kak Ana mendekati mereka dan menjenguk isi bekas tersebut.

“Oh, kuih ni,” ulas Kak Ana. “Bukan Kuch Kuch Hota Hai, tapi quiche.”

“Macam sama aje.” Jamie mencemik.

“Mana sama, Jamie. Suka hati aje menambah yang bukan-bukan.” Kak Ana geleng kepala.

“Orang mana tau.” Jamie membela diri. “Jaja buat ke ni?” tanya Kak Ana.

“Taklah. Kawan serumah Jaja yang buat. Jaja tolong sikit-sikit saja. Jaja ni manalah reti masak resipi yang pelik-pelik ni,” jawab Jaja.

“Mana pula pelik? Ini kan biasa.” Kak Ana geleng kepala. “Rajinnya buat kuih. Bila buat?”

“Malam tadi.”

“Ada masa pula buat ni.”

“Saja-saja buat. Kawan Jaja tu kalau rasa stres, dia masuk dapur buat makanan.”

“Oh, bagusnya kawan kau tu,” komen Jamie sambil menelan kuih yang ada di dalam mulutnya.

“Jaja, dah siap ke baju Fatty tu?” tanya Kak Ana.

“Dah siap dah. Tinggal dia datang ambil saja.”

“Hari tu cuba baju macam mana?”

“Cerewet. Semua tak kena. Dia kata baju tu longgar,” jawab Jamie.

“Longgar? Akak rasa baju tu okey dah dengan dia.”

“Kak, dia tu kan kurus. Dia mestilah nak tunjuk aset dia.” Tukas Jamie sambil mencebik.

“Hesy! Mulut. Dia kan pelanggan kita, tak baik cakap macam tu, Jamie. Kita kenalah ikut keselesaan pelanggan,” tegur Kak Ana. Jamie hanya sengih sambil sambung makan.

“Lama juga kami pujuk dia supaya setuju dengan baju tu. Baju tu memang dah padan dengan dia, nak kecilkan macam mana lagi. Kalau kecilkan lagi, nampak macam nangka bungkuslah pula,” kata Jaja.

“Nasib baik juga PA Fatty tu kata yang baju tu sangat sesuai dan sangat ‘kena’ dengan bentuk badan Fatty tu. Kalau tak, mesti Fatty nak juga kecilkan baju tu. Hei, tak fahamlah aku dengan selera orang ni. Yang elok nampak buruk, yang buruk itulah orang selalu tengok elok,” sampuk Jamie pula.

“Tapi yang bagusnya, dia suka dengan perincian manik yang Jaja buat tu.” Beritahu Jaja sambil tersenyum gembira. Sekurang-kurangnya, apabila ada orang yang memuji hasil kerjanya, bolehlah dia berasa bangga. Terlupa sebentar perkara yang mengganggu fikirannya tadi.

“Jaja mesti rasa puas hati dapat beri perkhidmatan yang baik kepada pelanggan, kan?” tanya Kak Ana.

“Yalah. Walaupun pelanggan cerewet mana pun, kalau kita dapat beri apa yang mereka nak, mereka mesti akan gembira. Jaja rasa puas hati dapat beri mereka kepuasan. Jaja tengok Fatty senyum pun dah rasa puas hati sebab Jaja rasa macam dah buat sumbangan besar dalam majlis dia nanti.”

“Itulah, walau penat macam mana pun, akak masih kerja di butik ni. Akak puas hati kalau pelanggan bangga dapat pakai pakaian dari butik ni.” Kak Ana tersenyum.

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Jaja melihat nama pemanggil.

“Assalamualaikum. Kenapa Faiz? Hah, depan butik?”

SEBAIK KELUAR dari butik tersebut, dilihatnya Faiz telah menunggu di hadapan keretanya. Melihat kelibat Jaja yang sedang menghampirinya, Faiz melempar senyum.

“Surprise?” tanya Faiz setelah Jaja berada di hadapannya.

“Tak juga,” jawab Jaja bersahaja. Dalam hati, dia sebaliknya memang terkejut apabila Faiz menelefon dan memberitahu sudah berada di depan butik untuk berjumpa dengannya.

“I tahu ni masa rehat you. Sebab tu I datang.”

“Ada apa, ni?”

“Pergi makanlah, apa lagi.”

“Masa rehat I tak lama. Nanti pergi makan dengan you, lambat pula I masuk kerja,” kata Jaja. Dia sebenarnya malas mahu keluar makan. Lebih-lebih lagi dengan Faiz. Dia sedang serabut memikirkan perkara yang baru sahaja terjadi baru-baru ini dan dia tidak perlukan Faiz untuk menambah beban fikirannya lagi.

Faiz tertawa mendengar alasan Jaja.

Jaja kerut dahi melihat reaksi Faiz yang tiba-tiba itu.

“Oh, I baru teringat. You kan sangat menepati masa. I memang kagum dengan you tentang hal ini sejak dulu lagi.”

“So?” soal Jaja.

“I dah sampai sini, kan. Takkan you nak suruh I balik, kut?” duga Faiz.

Kalau boleh memang itu yang Jaja mahu, tapi tidak manis pula kalau dia menyuarakannya.

“Kita bukan makan dekat tempat jauh pun. Dekat-dekat sini aje. Lagipun I ada benda nak bincang dengan you,” kata Faiz lagi.

“Penting ke?”

“You memang tak nak makan dengan I ke? Teruk sangat ke I ni sampai you tak nak jumpa dengan I?” Nada suara Faiz sudah berubah.

“Bukan tu maksud I, tapi…” kata-kata Jaja terhenti apabila terdengar namanya dipanggil. Dia menoleh dan kelihatan Jamie di pintu butik.

“Jaja, ada panggilan daripada wedding planner Fatty. Dia kata urgent!” laung Jamie.

“Hah, wedding planner Fatty? Sejak bila… err, suruh dia tunggu kejap,” jawab Jaja.

“Cepat sikit tau,” katanya lagi sebelum menghilang ke dalam. Jaja memandang Faiz semula.

“Tengok, I bukan tak nak keluar dengan you,” kata Jaja kepada Faiz. Faiz menarik nafas dalam-dalam.

“Of course, kerja you tak sama dengan I. I tak sepatutnya datang. Sorry ganggu you.” Faiz memusing tubuh.

Jaja berasa berbelah bahagi dan mula rasa bersalah. “Faiz…” panggilnya.

Faiz menoleh ke arah Jaja semula.

“Bukan kata you tak boleh datang tapi bagi tahu awal-awal dengan I dulu. Baru I boleh urus siapa yang ganti tempat I kalau ada apa-apa hal nanti,” kata Jaja.

“Of course,” jawab Faiz sambil jongket bahu. “Okey. Lepas waktu kerja nanti, you telefon I semula. Atau I telefon you. Okey?”

“Pergi makan?”

“Yup. Tapi tak nak pergi jauh, okey?”

“Okey. See you then,” kata Faiz sambil tersenyum.

“Okey, assalamualaikum.”

“Wa’alaikumsalam.”

Sebaik kereta Faiz berlalu, Jaja cepat-cepat masuk ke dalam butik dan mencari Jamie. Apabila tidak kelihatan Jamie di ruang kerja, dia mencari Jamie di dalam pantri. Kelihatan Jamie sedang menjamah nasi bungkus.

“Jamie, betul ke ada call untuk aku?” tanya Jaja.

“Mana ada. Aku tipulah tadi.” Jawab Jamie sambil tersengih.

Jaja menarik nafas lega. “Tapi gaya kau tadi macam betul.”

“Kau ingat ada ke wedding planner yang nak telefon kau yang baru setahun jagung dekat sini? Baik dia telefon Cik Kira,” kata Jamie.

“Itulah. Aku rasa Fatty tak ada wedding planner sebab dia buat sendiri. Terkejut pula aku tadi,” kata Jaja sambil membuka peti ais.

“Ala, bukan cik abang kau tu tahu siapa Fatty tu. Janji aku dah selamatkan kau,” kata Jamie.

“Yalah, terima kasih.” Jaja menarik sebuah botol air dari dalam peti sejuk dan menuang isinya ke dalam sebuah cawan.

“Jadi, aku memang berbakat dalam lakonan, kan?” tambah Jamie lagi sambil tersengih lebar.

“Ceh, masuk bakul angkat sendiri.” Jaja mencebik.

“Kenapa Jaja nak mengelak daripada dia?” tanya Kak Ana yang masuk semula ke pantri.

Tadi, sebaik menerima panggilan Faiz, Jaja ligat mereka alasan di dalam kepala untuk mengelak daripada berjumpa dengannya. Tepat dugaannya apabila Faiz mahu berjumpa dengannya.

Sebelum keluar untuk menemui Faiz, Jaja sempat meminta Jamie memanggilnya semula ke dalam butik dengan sebarang alasan. Dia sudah berpesan kepada Jamie yang dia tidak kesah Jamie mahu menggunakan apa-apa alasan sekalipun. Akhirnya, jadilah perkara seperti tadi.

“Hal famili.” Jawab Jaja pendek.

“Macam kena kahwin paksa saja aku tengok,” kata Jamie.

Jaja berubah wajah. Dia menarik kerusi dan meletakkan cawan berisi air sejuk di atas meja. Dia tidak meneguknya tetapi sebaliknya mengeluh. Dia kemudian menyembam wajahnya di atas meja.

“Jaja, err… Kuch Kuch Hota Hai?” Jamie menyuakan seketul quiche. Jaja langsung tidak terpujuk dengannya.

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/257333/sekaki-payung-merah-jambu

[SNEAK PEEK] NYANYIAN HATI

NYANYIAN HATI Oleh RodieR

“SO, dia tu office interior designer, tapi kerja part time jadi photographer. Memang photographer yang sangat berbakat.” Abang Long senyum. Akhirnya Abang Long nak bercerita juga tentang jejaka yang bakal diperkenalkan kepadanya itu.

Ras penat dia mengekor Abang Long ke mana saja abangnya itu pergi dalam rumah pada hari raya ketiga yang hening itu, bertanyakan itu dan ini akhirnya berbayar juga. Abang Long ditahannya di dapur, disogoknya dengan Milo ais, dan didudukkannya di kerusi di dapur yang tiada orang itu. Kak Jee dan Kak Ngah di bilik, melayari Internet. Umi dan abah di depan, menonton TV. Abang Yusuf, suami Kak Ngah pula keluar ke rumah kawan tak balik-balik lagi.

Oh, yeah? Ain sengih. Kalau dah namanya dah lulus ujian Abang Long, memang semua benda dia puji.

“Can you please start with a name?” dia menyakat. Yelah, takkan nanti nak panggil awak, awak aje.

“Danial.” Abang Long menjawab pendek. “Dan apabila Abang Long kata dia berbakat, dia memang betul-betul berbakat, okey. Sampai ambil gambar orang gelak habis nampak semua tiga puluh enam batang gigi pun still nampak cantik.” Senyum Abang Long melebar menjadi sengih nakal.

Ain dah pelik. “Aaa…” eh, kejap. Abang Long ni tengah cakap fasal…

“Aaa… what?”

Ketawa si abang pecah. “Aaa… yes.” Dia mengajuk.

No… nooo… no way…. Takkanlah…

“Dialah photographer masa Abang Long kahwin dulu tu.”

Memang betul la Abang Long cakap fasal tu!

“What? Yang ambik gambar Ain gelak macam orang gila tu? Mamat tu ke?”

Abang mengangguk, ketawa lagi. “Itulah orangnya.”

Teringat hari itu…

April 2005

Waktu itu baru selesai majlis menyambut menantu Abang Long dan Kak Jee. Selepas penat berperang dengan pinggan mangkuk, dia ke ruang tamu, melepaskan lelah. Abang Long dan Kak Jee kemudiannya mengajak dia dan Kak Ngah sama-sama duduk bersila memilih gambar-gambar nikah mereka yang ditayangkan di skrin komputer riba Abang Long.

Cantik! dia berbisik dalam hati, memuji gambar-gambar itu. Pandai Abang Long dan Kak Jee memilih jurugambar. Melayu pulak tu. Biasanya yang terer bab-bab ni ramainya Cina.

“Ha, yang ni boleh dibesarkan.” Kak Ngah dah sibuk memberi cadangan. “Yang ni pun. Cantik satu famili.”

Yang nak dibesarkan dialih Kak Jee ke dalam folder yang berasingan. Cekap jemarinya dilarikan di atas touchpad. Memang kamceng la dengan abang. Nasib baik la abang tu bukan typical computer geek. Boleh aje buat lawak-lawak tahap cipan dan selamba yang dia sendiri tak pernah nak terfikir. Dia senyum sendiri melihat gambar Kak Jee mencium tangan abang untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tiba-tiba…

Aih, apa hal tiba-tiba muka aku yang menonjol tu?

“Ek?”

Kak Jee di sebelah dah sengih. “Kejap, Ain. Ain kena tengok yang lain-lain.”

Huh? Yang lain-lain?

Gambar dia tadi Kak Jee ‘cut’ dan ‘paste’ ke dalam folder bertajuk Ain’s.

Apakah…? Folder itu dibuka.

Ada dekat sepuluh juga fail JPEG itu. Dan semuanya adalah gambar-gambarnya semasa majlis nikah tu.

“Abang paling suka yang ni.” Abang Long yang tadi diam, mencelah dengan senyum.

Satu fail JPEG itu dibuka.

Terpampang muka Ain dengan sengih cukup lebar hingga menampakkan segala gigi dan gusi.

“What the…!” kali ni kuat dia hampir menyumpah.

Abang Long, Kak Jee dan Kak Ngah serentak ketawa.

“Kenapa Bang Long?” umi di belakang yang sedang duduk di atas sofa di sebelah abah, menonton TV bertanya.

“Ada gambar Ain gelak, suka hati sangat-sangat.” Abang Long menjawab, menepis tangan

Ain yang cuba nak menampar lengannya. “Didn’t know you’re that happy when I got married, sis. I’m touched.”

“Ei, tak nak tengok, tak nak! Padam… padam!”

Salur darah di muka dah kembang bertubi-tubi. Gila photographer ni, baru tadi puji. Sekali dia ambik gambar aku gelak macam orang gila tu dah kenapa? Tak de benda lain dah nak ambil?Ambik la gambar bunga telur tu ke, pasu bunga ke, pintu pagar yang cantik berukir tu ke? Yang muka aku tengah herot-berot tu jugak yang diambilnya kenapa?

“Buruknya muka Ain!” dia mengeluh kuat. Memang pun. Dah la gigi nampak hampir semua, hidung pulak dah berkerut seribu. Ei, buruk!

“Apa pulak buruk? Cantik la. Nampak spirit of the party, ceria.” Kak Ngah membantah.

Ceria, buah peria. “Tak de, tak de, delete!”

“Tu baru satu, Ain.”

Ala, jangan la… ini namanya mimpi ngeri. Please, Wake Me Up When September Ends. Eh, bukan! Tu Greenday punya lagu. Wake me up, please, tolonglah cubit kat mana-mana. Aku tak nak mimpi ngeri ni…!

Satu per satu gambar itu dibuka oleh Kak Jee. Gambar Ain sedang mengaminkan doa, sebelah tangan lagi memegang kamera, gambar Ain ketawa lagi, gambar Ain sedang bercakap dengan umi dan Kak Ngah, gambar Ain bersimpuh duduk di depan pengantin dengan senyum simpul….

Cet, photographer ni. Dalam duk lip-lap lip-lap flash tu sempat lagi dia fokus ambik gambar aku.

“Photographer yang mana ni? Nak kenal sikit, nak pergi cekik tekak dia.” Tak berkelip Ain merenung gambar-gambar itu. Eh, yang aku duk senyum sorang-sorang tu macam lawa la pulak. Aih, perasan la pulak aku ni! Senyum, ya, lawa. Gelak bagai nak rak tu, ya, buruk!

“Yang pakai cap hitam ‘KL’ tu.” Kak Jee menjawab, sengih melihat Ain yang dah mengepal penumbuk.

“Oh, yang tu ke? Memang Kak Ngah perasan pun dia asyik duk ambil gambar Ain je.” Kak Ngah pula mencelah dengan sengih.

“Gila!” Hanya sepatah itu saja yang mampu diucapkan oleh Ain. “Padam la Kak Jee, please.” Dia dah merayu.

“Akak pelan nak cuci la gambar-gambar ni.” Kak Jee dah sengih nakal, sama naik aje dengan Abang Long di sebelahnya.

“No! Padam!”

“Okey, kita undi. Siapa nak cuci?” Tiga tangan diangkat tinggi.

Abang Long dengan Kak Ngah dah ketawa kecil.

“Okey. Siapa nak padam?”

Tangan Ain tinggi diangkat. Satu aje. Eh, tak boleh jadi, kena minta bantuan skuad tambahan. “Abah, mi, angkat tangan!” Tapi, walaupun skuad tambahan, jadi seri aje ni. Camne…

“Kenapa?” Abah dah berkerut dahi. “Ala, angkat je la, bah.” Redah aje la.

“Ain nak suruh padam gambar dia masa majlis nikah abang.” Kak Ngah sengaja membuka cerita.

“Eh, buat apa nak padam? Cuci je la semua.” Abah yang tak faham apa-apa dah secara tak sengaja mengumumkan pemenang.

Serentak Abang Long, Kak Jee dan Kak Ngah ketawa. “Okey, thanks, abah!”

Memang betullah dia tak bangun lagi daripada mimpi ngeri itu…

Dan kini, selepas dua tahun, mimpi ngeri itu datang mengejarnya lagi. Biar betul?

Ain dah ternganga, terkebil-kebil matanya merenung Abang Long.

Abang Long sengih jahat, merenungnya kembali.

“Dia kawan pada kawan Abang Long sebenarnya. Kawan Abang Long yang rekomen dia untuk ambil gambar-gambar kahwin tu. Satu hari tu beberapa minggu lepas majlis tu, kawannAbang Long tu pergi rumah dia, nampak gambar Ain yang besar dia tampal kat dinding. Kawan abang tahu la tu gambar Ain, adik Abang Long. So dia tanya kenapa letak situ. Kat rumah dia tau! Kalau tayang kat studio ke, kedai gambar ke, tak la pelik sangat. Kalau la Abang Long yang pergi masa tu, terlepas jugak kut dulu dua tiga biji penumbuk sebelum tau cerita sebenar.”

Isy, sempat lagi tu. “Cerita sebenarnya apa?”

Abang Long sengih. “Mula-mula tu dia jawab sebab Ain fotogenik sangat-sangat, kira yang paling fotogenik yang dia pernah jumpa la. Kira apabila dia tengok gambar Ain, dapat inspirasi la.”

Uish, meremang rasa bulu roma. Fotogenik? Aku? Okey, kensel kerja jadi ahli farmasi, esok jugak aku audition jadi model. Huh Ain, nak merasa ke dua tiga biji penumbuk abang tu?

“Lepas tu?”

“Lepas tu, kawan Abang Long ni, bertuah punya mamat, dia tak puas hati. Dia korek jugak-jugak.” Abang Long terhenti, tunduk menghirup Milo aisnya, lama.

“Korek apa?” Ain dah tak sabar.

Abang Long terus menghirup Milo. “Abang Long!”

“Iye! Apa?” Abang Long buat muka tak bersalah.

“Kawan Abang Long korek apa?”

“Korek rahsia la, takkan korek hidung kut.” Abang Long dah melawak.

“Ei, Abang Long ni!” Lengan Abang Long dicubit. “Betul-betul la.”

Abang Long tergelak. “Okey, okey, abang sambung. Dahaga la bercerita dengan Ain ni.”

Ain menjulingkan mata ke siling dapur.

“Lepas tu, dia cakap la dia dah suka kat Ain.”

Nasib baik bukan dia yang tengah menghirup Milo. Kalau tak, memang ada muka yang free kena sembur. “What?”

“You heard me.”

“Suka Ain? Macam tu je?” Unbelievable. Dia menelan air liur, terasa cuak tiba-tiba.

Abang angguk. “Kalau nak guna istilah yang dia guna, dia kata dia jatuh cinta pandang pertama.”

Air liur yang ditelan tadi terasa nak terhambur keluar. Tak memerlukan Milo pun untuk disemburkan.

Jatuh cinta pandang pertama? Wujudkah benda seumpama itu di muka bumi ni?

“Abang Long, jangan la nak melawak dengan

Ain. Betul-betul la.” Muka dah terasa tebal semacam.

“Bila pulak Abang Long buat kelakar?”

“Mana ada orang cakap macam tu zaman sekarang ni. Cinta pandang pertama konon! Ingat ni Disney movie ke?” Dia dah tergelak kecil.

“Tak tau la Disney movie ke apa. Tapi, itu la yang dia bagi tau kawan Abang Long, dan itu la yang kawan Abang Long bagi tau Abang Long. Honest.”

“Dan benda ni jadi dua tahun lepas?”

“Yup.”

“Kenapa sekarang baru dia nak kenal? Ha, masa tu dia dah ada awek eh, tapi sekarang dah clash, tiba-tiba terasa nak cari Ain balik, kan? Tak nak la macam tu, Abang Long. Ain tak nak jadi rebound girl.”

Abang Long dah berkerut dahi. “Amboi, jauhnya imaginasi. Lari langsung.”

“Dah tu? Kenapa lama sangat tunggu kalau dah cinta pandang pertama sangat?”

“Sebab abang confront dia masa tu.”

“What?” Sungguh la dia rasa kosa kata dia dah mengecil dan hanya tinggal satu perkataan tu aje dalam fikirannya sekarang.

Abang sengih jahat lagi. “Kawan Abang Long cerita dekat Abang Long straight away after dia balik dari rumah Si Danny ni. Weekend tu Abang Long pergi jumpa dia dengan kawan Abang Long, Si Haris tu.” Milo diteguk habis. “Abang Long tanya Danny betul-betul. Daripada cara dia jawab,

Abang Long memang rasa dia serius. Abang Long bagi tau dia, boleh kalau nak kenal dengan Ain, dengan satu syarat.”

“Wh… apa?” Eh, tukar bahasa Melayu la pulak, penat dah dukberwhat-what.

“Tunggu Ain habis belajar dulu.”

Diam. Ain tunduk. Aku habis belajar tahun lepas…

“Tapi Ain habis…”

“Tau.” Abang dah memotong dulu. “Tapi Ain jugak cerita, first yearkerja tension. Buat praktikal and such, banyak kerja dan masih dalam proses belajar lagi. Jadi abang bagi tau kat dia. Memang masa Ain konvo tu dia dah nak pergi jumpa Ain. Abang cakap dengan dia. Dia kena tunggu lagi setahun. Abang siap bagi pilihan pun kat dia sebenarnya, tak payah la nak tunggu kalau dah jumpa orang lain. But, he’s one heck of a firm, loyal guy. He said he wanted to wait, didn’t mind waiting, and he waited.”

Gila mamat ni. “Dia tunggu?”

“Yup.”

“Dua tahun? Tunggu Ain?” Walaupun tak kenal aku langsung-langsung… gila!

“Yup. Yup.”

“Dia tunggu?” Serius, aku masih lagi tak percaya.

“Iye.” Abang dah sengih. “Lepas ni bahasa apa pulak?Mandarin?”

“Ta deng wo?”

Pecah ketawa abang. “Okey, Abang Long kalah. Tak tau nak balas apa dalam bahasa Mandarin, but yes, he waited. Dia tunggu dan sekarang la masanya. Haris tu baik jugak dengan dia, so memang diakeep me up to date la tentang Danny ni. Memang dia bagi tau Abang Long, Danny tu baik orangnya, memang betul-betul dia tunggu, tak main-main dengan mana-mana perempuan pun. Dia memang betul-betul serius dan sebab tu la Abang Long decide dah cukup lama dah dia tunggu Ain.”

Ain hanya mampu ternganga, terkebil-kebil merenung Abang Long yang tersengih memandangnya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/185112/nyanyian-hati

[SNEAK PEEK] NASI LEMAK IKAN PEKASAM

NASI LEMAK IKAN PEKASAM Oleh Ahmad Safarman

KISAH AIMAN membawa katak ke sekolah mendapat pelbagai reaksi cikgu-cikgu di situ. Ada yang khusyuk bercerita. Ada yang diam membisu. Ada yang memasang telinga saja. Bahkan ada yang sedikit pun tidak ambil tahu. Bagi mereka itu perkara biasa yang mereka jumpa. Ada lagi kisah murid yang lebih teruk daripada itu.

Mungkin sebagai cikgu baharu, Cikgu Ezudin menganggap itu adalah satu perkara luar daripada kebiasaan. Sebaliknya, guru-guru lain mengatakan itu perkara biasa. Tak ada apa yang istimewanya. Biasalah murid sekolah. Nakal dan degil ibarat isi dengan kuku.

Itu mereka tapi tidak bagi Cikgu Ezudin. Bahkan sebagai denda, dia telah menyuruh Aiman ketuk ketampi dan melompat macam katak. Bahkan di buku tulisan, mengarahkan menulis perkataan katak sebanyak dua muka surat. Itu sebagai pengajaran.

“Cikgu ni tak biasa dengan kehidupan kampung. Biasalah tu mereka membawa katak ke sekolah,” tegur Miss Marsha selaku guru Bahasa Inggeris berasal dari Sarawak itu.

“Tapi, apa mereka buat dengan katak itu?”

“Cikgu, tu perkara biasa saja kat sini. Tu belum tengok kes bawa lastik, batu, botol, biji getah, ikan pelaga, cicak ke sekolah.” Miss Marsha tersenyum.

“Cicak pun ada ke? Tapi apa mereka buat dengan semua tu? Apa mereka buat kat katak tu? Bukannya boleh makan.” Cikgu Ezudin bertanya bagaikan orang bodoh. Dia betul-betul tak tahu. Sukar menduga perangai anak muridnya.

Guru-guru lain seakan tergelak dengan jawapan itu. Sambil memeriksa buku, mereka tetap mencelah untuk menghangatkan perbualan. Menceritakan kepada cikgu baharu itu akan rentak dan langkah murid-murid di sekolah itu. Cikgu Ezudin masih lagi kebingungan.

“Tak apalah. Cikgu masuk kelas nanti, tanyalah. Apa mereka buat dekat katak tu? Apa mereka buat pada haiwan lain? Banyak kepentingan katak ni kepada murid sekolah. Bahkan ada yang tak boleh hidup tanpa benda-benda macam tu.” Miss Marsha memujuk lembut.

Sesekali dia berpaling ke arah cikgu-cikgu lain. Ada yang tertunduk. Ada yang tersengih. Ada yang tersenyum sinis.

“Nak buat eksperimen subjek Sains ke?” soal Cikgu Ezudin lagi.

“Hahaha!” Sekali lagi Cikgu Ezudin digelakkan oleh rata-rata guru. Ada yang menyampuk kuat. Ada yang tersenyum saja. Ada yang menggeleng kepala. Cikgu Ezudin merasakan dia dimalukan. Semakin ditanya semakin kuat gelak ketawa.

“Cikgu, masa saya mengajar di sekolah di Kapit satu ketika dulu macam-macam lagi berlaku.” Miss Marsha menyambung cerita. Mata guru-guru terarah kepada guru Kristian itu.

“Apa yang berlaku?” Cikgu Ezudin bertanya. Cikgu lain memasang telinga. Agak menarik bunyinya.

“Masa tu saya mengajar kat Kapit. Murid-murid begitu kampung dan jakun sekali. Rata-ratanya murid Kristian macam saya. Ada beberapa orang saja murid Melayu. Ketika itu pertengahan tahun persekolahan. Dan guru besar sedang menerima hadiah daripada murid-muridnya.”

“Hari Guru ke?”

“Ya cikgu. Ni kisah Hari Guru.”

“Wah, mesti hebat cerita kamu ni Marsha.” Guru yang lain bersuara.

Cikgu Ezudin memandang tepat ke arah guru yang masih bujang itu dan selalu disindir dengan gelaran andartu. Umur sudah mencecah 30 tahun, masih tak kahwin-kahwin lagi. Cantik memang cantik. Kulit putih gebu. Menunggu putera kayangan agaknya. Teringat dia akan bekas kekasihnya, Fatin di Kuala Lumpur.

“Salmi, anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberi guru besar hadiah. Guru besar menggoyangkan kotak hadiah itu. Memegangnya di atas kepala, dan berkata, aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga? Itu benar, tapi bagaimana cikgu tahu? Salmi bertanya. Oh, hanya meneka, kata guru besar.

Murid berikutnya ialah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru besar memegang hadiah itu. Menggoyangkannya dan berkata, saya yakin saya boleh meneka apa ini. Sebuah kotak yang penuh berisi gula-gula? Itu benar, tapi bagaimana cikgu tahu? tanya murid itu. Oh, hanya meneka, kata guru besar. Guru besar itu mengucapkan terima kasih.

Hadiah berikutnya adalah daripada anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

Apakah anggur? Guru besar itu bertanya. Tidak, jawab anak murid itu dengan gembira. Guru mengulanginya. Mengambil cairan daripada kotak yang bocor itu ke lidahnya. Apakah champagne? dia bertanya. Tidak, jawab anak murid itu dengan lebih lebar senyumannya.

Guru besar merasai cecair itu lagi sebelum menyatakan, saya menyerah kalah. Apa di dalam bungkusan ini? Anak murid itu menjawab, itu anak anjing!”

“Hahahaha! Sangat kelakar la cerita kamu ni Miss Marsha.” Guru-guru di situ memuji cerita yang disampaikan itu. Cikgu Ezudin ketawa dengan kuatnya. Bilik guru menjadi kecoh seketika.

“Jadi guru besar itu sudah merasa air kencing anjinglah ya? Hahaha!” Cikgu Ezudin ketawa besar. Guru-guru lain menyambung ketawa.

“Tak sanggup! Tak sanggup!” Guru-guru perempuan bersuara dan menunjukkan reaksi muka masing-masing.

“Kalau terkena kat saya, mahu saya sembelih pelajar itu!” Cikgu Ezudin melepaskan keluhan. Dia ketawa. Sekali-sekala dia membetulkan tali leher yang dipakai. Sedikit panas.

“Jadi, Cikgu Ezudin rasa cerita kamu dengan cerita saya mana lagi hebat? Setakat katak tu saya tak hairan.”

“Dengar tu apa Miss Marsha cakap tu, cikgu. Selaku orang berpengalaman. Banyak cerita. Belum ada yang bawa anjing lagi bagi hadiah kat cikgu kan? Saya harap lepas ni cikgu tak terima hadiah katak!” Ustaz Fakri yang diam dari tadi mencelah. Membuatkan suara ketawa lagi kuat bergema.

Cikgu Ezudin pura-pura ketawa. Tapi hatinya sedikit panas. Mungkin ini caranya kaedah buli yang digunakan oleh guru lama kepada guru baharu sepertinya.

“Cikgu teguhkanlah keperibadian anda. Setiap orang adalah berbeza. Anda merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain.” Terdengar suara lembut bersuara. Cikgu Ezudin hanya memerhati tuan punya suara itu. Begitu cantik sekali.

“Tidak seorang pun yang menyerupai kita dalam catatan sejarah kehidupan ini. Belum pernah ada seorang pun yang diciptakan sama dengan kita. Dan tidak akan pernah ada orang yang akan serupa dengan kita di kemudian hari. Jadi, kalau anak murid cikgu degil, terimalah keunikan dia.” Ustazah Humaira menyambung lagi. Dari tadi lagi dia asyik mendengar saja. Kali ini dia bersuara. Mungkin untuk memberi sedikit nasihat kepada Cikgu Ezudin.

“Betul cakap ustazah tu, cikgu. Jadi cikgu jangan melenting tak tentu fasal. Kalau cikgu tengah panas, cubalah minta hadis-hadis atau doa penenang hati daripada ustazah kita ni.” Ustaz Fakri mengusik. Cikgu Ezudin memerhati ke arah Ustazah Humaira yang memberikan sekuntum senyuman. Dia membalasnya. Guru-guru lain mula cuba mencipta gosip baharu.

“Kalau rapat dengan ustazah, suami dia tak marah ke?” jujur Cikgu Ezudin bertanya.

“Hahaha! Jangan risau, suami dia tak marah. Bahkan suami dia suka lagi.” Ustaz Fakri mengusik lagi membuatkan guru-guru sekali lagi ketawa besar.

“Lagi elok, kata suaminya.” Miss Marsha mencelah. Diikuti gelak ketawa. Cikgu Ezudin kebingungan.

“Saya masih cik la. Saya mana ada suami lagi.” Ustazah Humaira yang bertudung labuh berwarna merah jambu itu malu-malu. Merah juga muka Cikgu Ezudin dengan jawapan itu.

“Cikgu ni jangan tertekan sangat. Apa kata cikgu pergi jalan-jalan kat sini. Kat pekan Gerik ke?” Ustaz Fakri cuba lari daripada topik. Dia tidak mahu daripada gosip berlakunya fitnah. Daripada fitnah berlakunya pergaduhan.

“Oh, saya tak sempat lagi melawat kawasan di sini. Saya tak tahu lagi apa itu pekan Gerik. Menarikkah?”

“Menariklah cikgu. Kalah Kuala Lumpur. Kalah Dataran Merdeka.” Miss Marsha memberitahu.

“Ya ke? Tak apalah, nanti saya sendiri pergi tengok.”

“Cikgu, Gerik merupakan bandar yang terletak di tengah-tengah perjalanan dan kedudukannya amat strategik sama ada anda dari arah utara, timur, selatan atau barat Semenanjung Malaysia.” Ustaz Fakri cuba menerangkan dengan penuh semangat.

Bagaikan mengajar anak murid di dalam kelas. “Ustaz, kalau ikutkan, dulu saya pun tak tahu apa itu Gerik. Tapi selepas datang sini saya ada la baca sikit sejarahnya.”

“Apa yang cikgu tahu?”

“Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat yang sekarang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok ‘Ad,” terang Cikgu Ezudin.

“Betul tu cikgu. Ni mesti banyak membaca.”

“Saya buat sedikit pembacaan sebelum datang ke sini, ustaz.”

“Ceritalah lagi, cikgu.” Miss Marsha ingin tahu. “Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang memburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada perkampungan yang terletak di tengah-tengah hutan. Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh.” Cikgu Ezudin menyambung lagi.

“Bunyi apa yang ganjil tu?” Ustazah Humaira yang berasal dari Kelantan juga turut bertanya. Topik berilmu seperti ini begitu menarik minatnya. Mana tahu dia boleh menceritakan kepada murid-murid nanti. Dalam masa yang sama juga dia ingin menambah ilmu.

“Kemudian baginda memerintahkan supaya dipagarkan keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu. Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang mengerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang ganjil apabila digerit oleh dekan-dekan itu.”

“Oh, sebab itulah dia dipanggil Gerik? Tapi siapa yang menamakan tempat ini dengan nama tu?” tanya guru yang lain.

“Cikgu, Gerik ni sebenarnya Raja Reman telah menamakan sebagai Kampung Gerit. Sebutan ‘Gerit’ itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada ‘Gerit’ menjadi ‘Grik’, kemudian menjadi ‘Gerik’ seperti yang digunakan sekarang.” Tambah Ustaz Fakri.

“Ustaz, dekan tu apa ek? Tak pernah dengar pun?” Ustazah Humaira bertanya lagi.

“Sejenis haiwan seakan-akan tikus. Sekarang masih boleh ditemui di Hutan Belum.” Ustaz Fakri cuba menerangkan. Biar semua tahu. Ilmu harus dikongsi. Sejarah harus dihayati. Dikenang sepanjang zaman buat generasi akan datang.

“Takutnya saya dengan tikus. Geli!” Miss Marsha mencebikkan mukanya.

“Sekarang Gerik telah membangun dengan pesat dan banyak kemudahan, bangunan-bangunan kedai, pusat membeli-belah, serta kawasan-kawasan perumahan baharu telah wujud. Gerik terletak di tengah-tengah lebuh raya yang menghubungkan Butterworth dan Kota Bharu.” Ustaz Fakri meneruskan penceritaan. Ternyata ramai lagi yang tidak tahu tentang sejarah Gerik. Orang Gerik sendiri pun tidak tahu apatah mereka yang duduk di luar.

“Macam tu ke ustaz? Wah, ada sejarah tersendiri Gerik ni. Satu ilmu yang saya dapat hari ini. Tapi ustaz, pernah tak Aiman bawa dekan ke sekolah?” Cikgu Ezudin bertanya. Nada suaranya kali ini lembut. Teratur sekali. Takut benar tersalah cakap. Takut dipersendakan kawan-kawan.

“Hahaha! Kamu ni. Aiman tu budak kampung. Budak hutan. Bukan setakat benda tu je dia bawa. Macam-macam lagilah. Pernah sekali dia bawa beruk ke sekolah.” Ustaz Fakri memulakan cerita.

“Beruk?” Cikgu Ezudin ternganga. Namun dia cepat-cepat menutup. Takut andai cikgu-cikgu lain perasan.

Ustaz Fakri mengiakan, “Ya, dia tambat di belakang sekolah. Apabila duduk dalam kelas dia akan jenguk-jenguk ke luar kelas. Dia tengok beruk dia sedang buat apa.”

“Macam-macam.” Cikgu Ezudin melepaskan keluhan.

“Kalau cikgu nak tahu lagi tentang jalan di Gerik ni ataupun Tasik Banding, cikgu boleh tanya Ustazah Humaira. Dia setiap bulan balik ke Kelantan. Dia orang Kota Bharu. Orang Pasir Tumbuh. Nanti bolehlah ustazah tunjukkan jalan ke tasik tu. Nak balik ke rumah ustazah pun boleh,” usik Miss Marsha sambil memandang Ustazah Humaira. Ustazah Humaira hanya tersenyum menerima gurauan itu.

“Tasik Banding? Cantik ke?”

“Sebab tu la saya suruh cikgu pergi. Kalau cikgu tengok tasik tu sah-sah cikgu tak nak balik. Cantik dan mendamaikan.” Miss Marsha menerangkan lagi. Cikgu Ezudin terbayang-bayang akan keindahan Tasik Banding itu. Adakah secantik Tasik Titiwangsa atau Tasik Permaisuri? Suatu hari nanti dia mesti pergi.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/185111/nasi-lemak-ikan-pekasam

[SNEAK PEEK] GADIS BERTUDUNG MERAH

GADIS BERTUDUNG MERAH Oleh Jill Naura

DIA DUDUK di situ sendirian, tanpa mahukan teman. Buat pertama kali dalam hikayat hidupnya, dia seronok tidak berteman. Terasa tenang tanpa gangguan sesiapa. Komputer riba yang terletak kemas di dada meja di hadapannya ditenung kosong. Nafsu untuk melangsaikan tugas kerja bagaikan mati tidak bernyawa. Dirinya juga bingung. Sedangkan deadline kian hampir.

“Kau termenung kenapa?” sapa Joey dengan satu tepukan lembut di bahunya. Segera dia tersentak. Terkebil-kebil dia melihat kawan karibnya itu yang tiba-tiba muncul di hadapannya tanpa sebaris ucapan salam.

“Aku menung tunggu kau la,” jawab Idzrie spontan. Komputer ribanya segera ditutup dan pelayan kafe yang dia kenal sebagai Jack dipanggil. Pesanan minuman diambil sebelum memulakan bicara antara mereka.

“Lama tak jumpa kau. Apa khabar kau sekarang?” soal Joey setelah selesa melabuhkan punggungnya di hadapan tempat duduk Idzrie.

“Aku sihat. Steady je macam dulu,” jawab Idzrie ringkas.

“Punyalah kita lama tak berjumpa, khabar kau sihat je?”

“Kau tak suka aku sihat? Aku taulah aku tak sihat macam kau.” Kali ini Idzrie pula bergurau. Kalimah itu diluahkan dengan mata memandang tubuh Joey yang kelihatan lebih berisi berbanding dulu. Joey hanya tersengih sumbing.

“Orang gembira memang macam ni,” luah Joey yang masih belum lekang dengan senyuman. Hatinya yang berbunga terpancar di wajahnya yang berseri-seri.

Dalam waktu yang sama, dia menghulurkan satu sampul kepada Idzrie. Idzrie senyum. Dia tahu apa yang berada di dalam sampul itu. Pun begitu, sampul itu tetap dibuka dan kandungannya dibaca.

“Tahniah. Nak kahwin dah kawan aku sorang ni,” ucap Idzrie. Satu tepukan mesra hinggap di lengan Joey. Dia sendiri bagaikan tidak percaya hari yang pernah mereka bincang sewaktu belajar dulu tiba untuk Joey dahulu. Joey tersipu-sipu.

“Kau bila lagi?”

“Aku lambat lagi. Relaks dulu,” jelas Idzrie selamba. Minuman coklat panas yang dipesannya tadi dikacau-kacau tanpa tujuan, cuba menyorokkan hakikat yang terbuku dalam hati.

“Kau dengan Mona macam mana?” Dengan sengaja soalan itu diluahkan daripada mulut Joey. Ingin benar dia mengetahui perkembangan terkini tentang diri Idzrie.

“Aku dengan dia dah habis.” Tenang sahaja ayat itu dimuntahkan. Tak ada walau sekelumit pun rasa hiba terselit di suaranya.

“Kau buat perangai ke dia buat perangai?” Joey ingin merisik punca.
Idzrie membisu tanpa sebarang kata. Matanya tajam merenung pemandangan di luar kafe. Dia bagaikan terpukau pada sesuatu.

Joey mengalihkan pandangannya ke arah yang sama. Namun, dia belum pasti arah tujunya. Terlalu banyak perkara yang boleh diperhatikan. Joey akhirnya melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Idzrie untuk mendapatkan kembali perhatian rakannya itu.

“Kau tengok apa?” Joey aneh akan sikap Idzrie yang serba tidak kena. Sejak tadi Joey merenung raut wajah Idzrie yang keruh tidak bermaya. Sensitif sangatkah soalan aku tadi tu? Sampai dia ni mengelamun tak menentu? Persoalan itu hanya mampu bermain dalam minda Joey sahaja.

Idzrie mengerling seketika ke arah Joey sebelum kembali memandang ke luar. Kerlingan itu sekadar isyarat dia mendengar setiap bibit perkataan yang diluahkan Joey. “Aku tengok perempuan tu,” jawab Idzrie tanpa menudingkan jarinya. Hanya lirikan matanya menjadi pembayang kepada teka-teki yang masih belum terjawab pada Joey.

Joey mengerutkan kening tanda hairan namun tetap juga dia menoleh untuk melihat.

“Yang bertudung lilit warna merah tu.” Idzrie membisikkan pembayang kedua.

Pantas pandangan milik Joey menangkap kelibat yang dimaksudkan itu. Dia meneliti gadis kemas bertudung merah itu. Tidak dinafikan, dia turut terpegun dengan gadis tersebut. Bahasa tubuhnya menggambarkan dia seorang gadis yang tegas tetapi ada lembutnya. Blaus berwarna putih bercorak geometri kemerahan dan skirt labuh berona hitam yang dipadankan tampak anggun dengan kaki yang beralaskan kasut but platform sederhana tinggi. Selesai menelaah penampilan, Joey beralih pula pada wajah gadis yang berdiri di hadapan butik pakaian Muslimah yang bertentangan dengan kafe itu.

Wajah gadis itu memang tidak kurang cantiknya. Joey meneka gadis itu kacukan Cina kerana sepasang matanya yang kecil itu tidak sepet. Anak matanya pula besar seperti anak patung. Dengan bibir yang mongel dan kulit yang putih gebu, dia memiliki wajah persis pelakon Korea. Tapi, raut wajah itu kelihatan seperti biasa dilihatnya. Apabila memori tentang gadis tinggi lampai itu mula menyapa, dia ternganga sendiri. Idzrie yang masih khusyuk memerhatikan gadis itu dilihat dengan ekor matanya.

“Kau minat budak tadi tu eh?” Joey bertanya setelah gadis itu berlalu.
Idzrie tersipu-sipu mengangguk.

“Sejak bila?” Joey bertanya lagi. Dirinya dibaluti perasaan ingin tahu.

“Sejak setahun yang lalu,” luah Idzrie selamba. Hakikatnya, dia cuba menyembunyikan perasaan yang bergelojak dalam jiwanya. Rasa teruja apabila dapat menceritakan perasaannya terhadap seseorang kepada orang lain setelah lama perasaan itu dipendam.

“Setahun???” Joey terkejut beruk. Matanya terbeliak kurang percaya akan fakta yang dijelaskan oleh Idzrie. Sahabatnya yang dikategorikan sebagai hunk itu selalunya jaguh dalam perihal memikat wanita. Manakan tidak, dia memiliki paras rupa yang menawan; bersama sepasang anak mata yang bundar dan hidung mancung dengan kulit yang cerah bercahaya. Sekujur tubuh yang tegap dan tinggi menambahkan lagi ciri-ciri kelakian anak kelahiran Melaka itu. Dengan ciri-ciri fizikal sebegitu, siapa yang boleh menafikan kemampuannya untuk mencairkan hati kaum Hawa.

“Who are you? What did you do to my bestfriend?” soal Joey. Jelas dalam nada suaranya dia sukar mempercayai kenyataan yang diluahkan oleh salah seorang insan yang paling dia percayai dalam hidupnya.

Idzrie ketawa kecil. Dia sudah menyangka reaksi sebegitu akan dia terima.

“Kau putus dengan Mona sebab dia ke? Kalau ya, kau memang gila. Kalau kau dah dapat dia lainlah cerita walaupun kalau kau buat macam tu kau memang teruk!” omel Joey lebih pada dirinya sendiri. Idzrie mengerutkan keningnya. Sepatah pun dia tak faham kata-kata Joey. Ayat tunggang terbalik!

“Kau membebel apa? Aku dengan Mona putus dengan aman la. Aku tak menduakan dia, dia pun tak menduakan aku. Dia putus dengan aku sebab dia setuju dengan lelaki pilihan keluarga dia,” terang Idzrie cuba membuang sangkaan buruk Joey.

“Kau tak sedih?” Bebola mata Joey merenung tajam mata Idzrie cuba mencari bibit-bibit kedukaan yang mungkin sedang disorokkan oleh rakannya itu. “Sedih tapi tak la frust menonggeng. Kalau dia tak minta putus pun, mungkin esok lusa aku yang akan minta putus dengan dia. Sebab hati aku dah dicuri orang lain. Time aku tengah cari kekuatan untuk putus dengan dia, dia yang minta putus dengan aku dulu. So, kira okeylah. Dia tak perlu tahu perasaan aku padanya dah hilang.” Panjang lebar Idzrie berhujah.

“Habis yang kau masih berseorangan di sini setelah hatimu dicuri sang puteri rembulan bertudung merah tu kenapa? Kau nak Mona ingat kau frust menonggeng ke?” bebel Joey dengan kata-kata pujangga yang mengusik hati Idzrie. Dia hanya mampu mengulum senyuman.

“Usyarlah dia! Kau kan hero bab pikat-memikat orang ni.” Dalam sindiran, Joey seolah-olah mendesak. Senyuman yang sedari tadi telah sedia terukir di bibir Idzrie kini menampakkan pula sebaris giginya yang putih bak mutiara.

“That’s the problem. I don’t know why I can’t find even the slightest courage to try and get closer to her,”ulas Idzrie dengan ton merendah diri. Terasa lebih rendah dia apabila meluahkan kata-kata itu sebagai seorang lelaki. Mujur yang mendengar seorang yang amat memahami dirinya. Taklah jauh sangat jatuh martabat tu! Tetapi benar, dia terasa dirinya tidak layak berdampingan dengan gadis bertudung merah itu. Alasannya? Masih kabur….

“Ooo… no courage? I’ll give you a hint of courage.” Joey merenung dalam-dalam mata Idzrie.

Idzrie menelan air liur. Entah kenapa dia terasa khuatir untuk melakukan cadangan yang diusulkan oleh Joey. Kelakiannya sudah menerawang entah ke mana. Dia sendiri terasa pelik. Selalunya dia tak macam ni.

“Aku kenal perempuan tu…” kata Joey yang duduk berhadapan dengannya itu.

Kecut perut Idzrie mendengar kenyataan itu. Kenal? Biar benar? Persoalan itu dibiarkan sahaja bermain di minda. Tidak diluahkan seuntai kata kerana dia tahu ayat Joey itu masih tergantung.
“… dan kau pun kenal dia.”

Terbeliak biji mata Idzrie cuba memahami kenyataan itu. Betulkah? Lidahnya kelu. Matanya yang terbeliak masih merenung kosong wajah Joey seolah-olah meminta penjelasan yang lebih mendalam.
“Daripada reaksi kau, aku rasa kau memang tak ingat kat dia. Atau dalam waktu kita dah lama tak berjumpa ni kau hilang ingatan?” sindir Joey.

Idzrie menggeleng. Tak membantu langsung Joey ni. Dah aku tak ingat tolong la ingatkan. Ke situ pulak dia.

“Siapa minah tu? Macam mana kau kenal dia?” Idzrie berusaha mencungkil kisah.

“Dia classmate kita waktu degree dulu. Namanya Marliya. Ingat tak?”

Nama yang disebutkan itu bunyinya tidak asing pada Idzrie. Satu per satu wajah pelajar perempuan yang sekelas dengannya yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik diimbas dalam memori namun nama Marliya tidak dapat diletakkan pada wajah yang diingatnya. Ada antara pelajar-pelajar itu yang dia ingat nama, tapi tak ingat rupa. Ada yang dia ingat rupa, tak ingat nama. Sememangnya ingatannya terhadap Marliya telah pun kabur setelah berapa lama mereka tidak ketemu atau berhubung.

“She does look kind of familiar. Tapi, aku tak berapa ingat. Balik kang aku refreshlah balik.” Ujar Idzrie ringkas.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/185105/gadis-bertudung-merah