REVIEW[MASIH SEPERTI DULU]

Masih Seperti Dulu Oleh Azleya Shadzalin

Yang tersisa hanyalah rindu. Rindu ini tak pernah terhenti walau janji tinggal janji. AYU RANIA yang baru pulang dari Abu Dhabi bersama tekad ingin membalas dendam terhadap suaminya, Ryan Hazeq yang telah meninggalkannya tanpa khabar berita sehingga mereka terpisah selama lebih lima tahun. Ayu Rania dituduh curang dengan lelaki lain sehingga suaminya sendiri meninggalkannya. Disebabkan itu, bapanya telah mengusirnya dari rumah tanpa menyelidik terlebih dahulu puncanya. Tanpa berfikir panjang, Ayu Rania mengambil keputusan untuk ke Abu Dhabi. Di sana, dia ditimpa kemalangan dan mengalami kecederaan yang teruk di wajah. Ayu Rania dirawat dan dijaga oleh sebuah keluarga angkat dari Malaysia yang menetap di sana. Setelah pulang ke tanah air dan berjumpa sesuai dengan Ryan Hazeq, keadaan berubah sama sekali. Ryan Hazeq kembali merayu kasih Ayu Rania dan ingin bersama semula dengannya. Ayu Rania yang menyimpan dendam terhadap suaminya berkeras tidak mahu bersama semula. “Now, what? You dah sedar yang you sayangkan I? Macam tu? Mudahnya rasa sayang you tu. Boleh timbul bila-bila masa So, akan tenggelam bila-bila masa jugak, kan?” ~ AYU RANIA ALLAH temukan kita semula pasti ada sebabnya. You tahu sebab apa? Sebab DIA mahu kita bina semula apa yang pernah hampir runtuh antara kita.” ~ RYAN HAZEQ Apakah kesudahan di antara Ayu Rania dan Ryan Hazeq? Masih mampukah mereka kembali seperti dahulu andai yang tersisa hanyalah waktu? Bagaimanakah penerimaan bapa Ayu Rania yang telah mengusirnya dari rumah sebelum ini?


Rania dituduh melakukan pekara tidak elok sehingga suaminya meninggalkannya selama lima tahun tanpa khabar berita. Rania mengambil keputusan untuk pergi ke Abu Dhabi dan diasana Rania mengalami kemalangan yang teruk di wajahnya.Setelah Rania pulang ke tanah air Ryan Hazeq kembali merayu kasih Rania Idayu dan ingin bersama semula dengannya. Walau bagaimanapun, Rania Idayu tetap berkeras tidak mahu bersama semula. Apakah kesudahan di antara Rania Idayu dan Ryan Hazeq? Masih mampukah mereka kembali seperti dahulu

 

 

 

 

 

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/275133/MASIH-SEPERTI-DULU

[SNEAK PEEK] FAMILI TUAN IHSAN

Famili Tuan Ihsan by Sara Kyoko

INILAH, famili Tuan Ihsan.

Hati Tuan Ihsan bersenandung dengan lagu bahagia. Siapa sangka, dia yang begitu selesa dengan kehidupan sunyi tanpa gangguan sebelum ini boleh berasa bahagia dengan suasana hiruk-pikuk ini. Setiap masa, penuh dengan jeritan dan tangisan. Tak masuk lagi suara-suara membebel yang berselang-seli dengan rungutan.

“Daddy! Tengok Ilyas tu. Dia makan dengan tangan kiri. Oh, my Allah! Ilyas Ihsan!” panggil Iman sambil menepuk dahinya. Lagak macam orang dewasa dia geleng kepala tanda tidak puas hati. Lebih tepat, lagak sebiji macam Tuan Ihsan sendiri.

“Manada?” Ilyas bulatkan mata. Cepat-cepat makanan dipindahkan dari tangan kiri ke tangan kanan.

“Ilyas… makan pakai tangan kanan, please? Iman tolong daddy jaga Ibti dengan Imti ni dulu.” Balas Tuan Ihsan pendek, sebelum mengerutkan dahi mendengar jeritan Ibtisam, si diva kecilnya itu.

“Dediii!!! Imti curi Ibtinyer pancake!!! Huwaaa!!!” Dua tocang yang berhias dengan reben satin merah jambu ditarik-tarik tanda tidak puas hati.

“Ibti darling, daddy dah pesan so many times…”

“We do not shout at each other, kan daddy?” Iqram mencelah menunjuk pandai.

“Bukanlah! Jangan suka tuduh orang lain mencuri.” Sampuk Iman pula.

“Nooo… jangan suka cakap banyak waktu makan.” Ujar Ilyas selamba.

“Huwaaa!!! Imti curi pancake Ibti yagi!”

Tuan Ihsan geleng kepala lebih laju. Anaknya yang seorang ini, hobinya memang melalak tak kira tempat dan masa. Rasanya Ibtisam ada bakat nak jadi penyanyi soprano. Eh, eh? Penyanyi? Tuan Ihsan terkedu sendiri.

‘Over my dead body! No daughter of mine akan cari makan dengan menyanyi!’

“Dediii!!! Imti pencuri!” tuduh Ibtisam lagi dengan jeritan yang lebih nyaring. Abang-abangnya yang lain sudah menekup telinga masing-masing. Sudah masak dengan perangai adik mereka yang seorang ini.

“Nooo… manade Imti curik pancake Ibti? Imti pinjam aje yaaa… nah! Imti puyangkan to Ibti. Janan ah mayah.” Imtihal, dengan selamba melontar sisa pancake di tangannya.

“Imti pun dah tenyang. Erk…” sambungnya lagi dengan mulut yang penuh.

Tuan Ihsan gigit bibir tahan gelak. Hailah… si montel ini.

“Imti jaattt!!!”

“Daddy. Please panggil mommy…” rayu Ilyas, seolah-olah tahu yang daddynya itu tidak akan mampu mengawal perangai dua adik kembarnya itu. Dua tangan kecilnya menekup telinga rapat-rapat. Sakit!

“Ya. Panggillah mommy. Kejap lagi Ibti mesti mengamuk. Kalau Ibti mengamuk, Imti pun nak join sama. Habislah kita semua.” Iman mengangkat keningnya.

Tuan Ihsan mengeluh kecil. Niat dalam hati hendak membantu meringankan beban isteri tercinta sementara ada di rumah. Maklumlah, peraturan utama dalam famili Tuan Ihsan; anak-anak mesti dijaga dan dididik dengan tulang empat kerat Tuan Ihsan suami isteri. Tahu tulang empat kerat dia dan Seroja taklah sehebat mana, dia ada juga mengupah dua orang ‘nanny’ yang turut tinggal bersama untuk membantu isterinya itu.

Tuan Ihsan tahu dia jarang berada di sisi keluarganya. Bukan mudah untuk memastikan empayarnya terus berkembang dan bertahan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang. Dalam usia sebegini, dengan anak-anak kecil dan bilangan pekerja yang jumlahnya mencecah ribuan orang, dia harus bekerja lebih kuat. Bukan periuk nasinya sahaja yang perlu dijaga.

“Hmm… sorry, baby.” Bisik Tuan Ihsan perlahan. Telefon bimbit dicapai, jari menekan nombor satu pada aplikasi speed dial. Telefon kemudian diletak ke telinga.

Erk? Kening mulai bertaut. Pipi terasa melekit. Telefon bimbit dipandang sekilas. Sirap mapel? Siapa punya kerja?

Hmm… muka si montel Imtihal yang menyambung aktiviti mengisi perutnya dengan lahap direnung penuh kasih. Dua tangan kecil itu menggoncang kuat botol berisi sirap mapel sehingga isinya terpercik ke sana sini. Mujurlah sirap mapel itu sudah diisi semula ke botol plastik yang lebih ringan. Kalau botol kaca, alamat ada pula yang cedera parah.

Kepala digeleng-geleng. Tiba-tiba sehelai Sara Kyoko 16 | Famili Tuan Ihsan napkin disua ke depan muka.

“Daddy lap pipi dulu. Muka daddy dah comot macam Imti. Hahaha…” Ilyas dengan senyuman yang manis.

Tuan Ihsan mengusap kepala Ilyas lembut.

“Thanks, Ilyas.”

“Welcome, daddy.”

“Huwaaa!!! Ibti yang nak kasi dedi nappyyy!Abam Iyas jaat!”

“Ibti ni semua pun jahat. Dia aje baik. Malas nak layan!” protes Iqram.

“Uwekkk! Abam Icham pun jaat!” Ibtisam jelirkan lidah.

“Yalah. Ibti ni asyik melalak aje. Bosan tau. Suara dia aje buat kita pekak.” Iman menambah perisa.

“Dediii!!! Imti nak matan agi. Pewut Imti munyik agi.”

“Say please, Imti.” Saran Iqram berlagak.

“Pweesee???” Imtihal sulam semua jemari gebunya, kemudian dua tangan dilekap ke dada. Matanya yang bulat, dikerdipkan laju. Bibir bawahnya dijuih panjang.

Tuan Ihsan mengurut pelipisnya.

“Okey, kita panggil mommy!”

“Mommmyyy!!!” jerit Ibtisam tak semena-mena.

“Not like that Ibti darling…”

“Mommy…” panggil Imtihal berbisik. “Camni kan dedi? Imti pandai. Ibti bodo.” Sambung Imtihal menutup separuh mulut dengan tangan kecilnya.

“Huwaaa!!! Imti kata Ibti bodo!!!”

“Imti sugar…” Tak habis pun ayat Tuan Ihsan, bibir Imtihal sudah bergetar menahan tangis. Sikit masa lagi kumpulan the dynamic duo itu pasti akan mula melalak.

“Huwaaa!!!”

Tuan Ihsan menghela nafas panjang.

“BABY… WAKE-UP, please?”

“Hurmmm…”

“Bangunlah, baby. I perlukan you sekarang. Mayday! Mayday!”

Perlahan-lahan Seroja menggosok kedua pelupuk matanya. Namun, mata masih belum mahu terbuka. Kenapa pulak telinganya buat hal pagi-pagi ni? Haih! 14 hari tidak bersua muka dengan sang suami, lain macam rindunya. Otak boleh tak betul membawa ke telinga. Sampaikan boleh terngiang-ngiang suara garau dan dalam si pak cik hot itu. Mata masih tertutup rapat, namun telunjuk disumbat ke lubang telinga. Garu, garu.

“Baby…”

Seroja menekup muka ke bantal empuk. Sebiji lagi bantal dicapai untuk menutup kedua telinganya. Parah!

“Baby… bangun, sayang.”

Mata Seroja terbuntang luas. Haih! Kedua tangan digawangkan ke udara. Tangan mengibas-ngibas angin. Nyahlah mimpi-mimpi indah! Buat dia kesal aje tiap kali buka mata sebab yang dirindu hanya muncul dalam mimpi. Cis!

Pek! Pek! Pek!

Seroja menjentik dahi sendiri. Satu, dengan harapan dia akan mampu untuk terus terjaga. Dua, sebab dia rindu hendak dijentik. Hahaha… Betul, betul parah! Tubuh yang cuma berbalut dengan spaghetti strap shirt dan seluar pijama dari kain kapas sudah terlentang di atas tilam. Tangan di depang seluasnya. Mata tertancap ke atas siling putih yang tinggi. Wajah yang paling dirinduinya itu mulai menghiasi pandangan mata.

‘Daddy…’ keluh Seroja dalam hati. Rindu!

Lepas solat subuh tadi, Seroja langsung tidak dapat merehatkan diri. Entah kenapa Ibtisam dan Imtihal buat hal. Tepat pukul 8 pagi tadi, dia sudah tidak larat. Dibiarkan saja anak-anaknya dalam jagaan ‘nanny’ dan pembantu rumah yang lain. Kak Maznah hujung minggu begini memang tidak bertugas seperti biasa. Seroja dengan Tuan Ihsan faham, mereka juga perlu berehat.

Nafas dihela panjang. Dia ada lima orang anak yang perlu dilayan sekarang. Yup! Korang semua tak salah dengar dan tak salah baca…

L-I-M-A O-R-A-N-G A-N-A-K!

Semua orang di sekeliling mereka tak putus-putus melahirkan rasa kagum dan mengucapkan kata tahniah atas rezekinya dan Tuan Ihsan dikurniakan anak kembar tiga dan kembar dua berturut-turut. Tapi, yang semua orang itu tidak tahu dan tidak mungkin akan faham ialah kesukaran yang Seroja rasa dalam proses membesarkan anak-anak kecil seramai itu dalam usianya yang masih muda. Anak-anaknya pula semua sama baya! Beza setahun. Ingat senang?

Pak cik hot itu pula dah bagi amaran awal-awal. Seroja julingkan mata ke atas. Ironinya, dalam rasa jengkel, bibirnya pula mengoyak senyuman lebar. Tiba-tiba teringat kata-kata pak cik sejurus sahaja dia selamat melahirkan Iman, Iqram dan Ilyas lima tahun dulu.

“Our children, walaupun ada ramai pembantu, I tetap nak kita sendiri yang besarkan mereka dengan tulang empat kerat kita. Period.”
Seroja mencebik. Cakap senanglah… dia kan selalu outstation? Tulang empat siapa pulak yang terpaksa buat semua kerja kalau bukan tulang Seroja Irdina?

Eh? Teringatkan sesuatu yang lucu, membuatkan bibir Seroja tersungging senyum.

“Tulang empat kerat? You tu larat ke lagi nak…”

Pek!

“You!” Dahi digosok perlahan.

Tuan Ihsan geleng kepala. Macamlah dia tidak tahu apa lanjutan ayat yang hendak keluar dari bibir sang isteri itu. Nak mengejek pasal dia dah tualah tu. Tahu sangat fiil Seroja Irdina.

“Sakitlah daddy…” rengek Seroja seraya menyondol kepalanya ke dada bidang Tuan Ihsan. Nak pasang muncung, tapi tak jadi. Manakan tidak, Tuan Ihsan sudah mula melurut lembut rambut panjangnya. Memujuk. Sudahnya, dahi yang kerap menjadi mangsa itu dikucup lembut.

Haih! Seroja mengeluh kuat. Mengelamun lagi dia. Dahi sendiri dijentik berkali-kali. Rindunya!

“Kenapa mengeluh baby? Tak baik, tahu tak? Dahi tu jangan dijentik. Hanya I yang boleh sentuh kulit isteri I.”

Mata Seroja terbuntang seluasnya. Aik? Seroja menoleh kiri dan kanan. Suara itu… di mana? Bagaimana? Pandangan tertancap ke arah kanan katil.

“Daddy!” Kelam kabut Seroja mencapai iPhone yang tegak bersandar di sebalik beberapa buah novel bersiri ‘Real’ karya Katy Evans, salah seorang penulis yang paling Seroja minati.

“Baby.”

Erk!!!

“Daddy!” Terpampang wajah Tuan Ihsan yang sedang tersenyum manis di skrin melalui aplikasi FaceTime. Tapi… siapa yang atur panggilan kemudian sengaja letak telefonnya dalam keadaan begini? Setahunya, telefon bimbitnya tersadai di atas katil di tepi bantal tadi.

Seroja tepuk kedua pipi pula. Manalah tahu dia masih mengigau? Tak mungkin!

“Nope. You tak mengigau. Ini betul-betul I. Kenapa ni, baby? Penat?” Tuan Ihsan melorekkan jari di skrin telefon. Seolah-olah dia sedang mengusap pipi Seroja.

Seroja tersengih. Dia tak mimpi!

“Ingatkan I mimpi lagi tadi. Penat sikit, daddy.” Seroja juihkan bibir panjang-panjang. Nak minta simpati, okey?

“Ibtisam dan Imtihal meragam lepas subuh tadi. Tak sampai hati nak kejutkan Gia dan Mona. You…” sambung Seroja, disudahi dengan rengekan yang panjangnya berkilo-kilometer!.

Sudah! Tuan Ihsan automatik jadi tak betah. Penangan ‘you’ Seroja sejujurnya masih lagi berkuasa dalam menggoyahkan iman dan menggoncangkan debar dalam dada. Awww!

“Ehem, ehem! Kenapa baby?” tanya Tuan Ihsan lembut selepas berdeham-deham membetulkan anak tekak yang gatal. Segatal hatinya melihat wajah sang isteri yang begitu seksi memintal-mintal hujung rambutnya.

“Rindu.”

Sengih.

“I pun rindukan you, my baby.”

“Baliklahhh…”

“Kalau balik dapat apa, baby?” soal Tuan Ihsan penuh menggoda.

Seroja sudah mula duduk bersila. Tangan menyebak rambut ke belakang bahu. Mata dikerdipkan perlahan.

“Nakal, ya? Selalu nak minta upah. Mesti nak ada imbuhan.”

“Well. I’m a businessman, kan?”

“You baliklah. Kalau you balik, tahulah apa yang akan you dapat nanti.”

“Promise?” soal Tuan Ihsan dengan suara garaunya.

“Promise, daddy.” Sengaja Seroja bermain-main dengan tali spaghetti strap shirtnya.

“Mommy! Tengok ni. Ilyas makan pancake!”

Erk? Seroja menggaru kepala bingung. Kenapa pulak si Ilyas ada kat…

“Mommy! Mommy! Ibti dengan Imti gaduh lagi. Habis dapur berkecah,” adu Iman pula.

Homaiii… Seroja tekup kedua pipi. Wajah Iman, Iqram dan Ilyas yang silih ganti di skrin iPhone Tuan Ihsan cukup buat Seroja jadi teruja dan mulai faham apa yang sedang berlaku.

“Daddy???”

“Mari turun ke tingkat bawah. We’re in the kitchen. I dah sediakan sarapan untuk kita semua. Err… itu pun kalau Imti tak lapar lagi. By the way, I miss you too baby boo…”

Tidak sempat Tuan Ihsan menghabiskan kata, iPhone sudah jauh terpelanting di sudut katil luas itu. Bagaikan tak cukup tanah Seroja berlari menuju ke tingkat bawah. Terlihat saja kelibat lelaki yang menyimpan cinta dan kasihnya itu sedang menyuap Ibtisam dan Imtihal, Seroja sudah terpekik.

“Tuan Ihsan Iskandar!” Tangan terus dilayangkan ke leher Tuan Ihsan, sementara kedua batang kaki Seroja sudah berpaut di kiri kanan pinggang sang suami.

Tuan Ihsan tergelak kecil. Geli hati melihat reaksi kelima-lima orang anaknya yang jelas terlopong dengan aksi akrobatik mommy mereka. Seroja, kan? Si diva sengal!

“I rindu you sangat-sangat wahai Tuan Ihsan Iskandar!” Seroja mengucup pipi Tuan Ihsan bertalu-talu.

“Samalah. I love you, baby boo.” Bisik Tuan Ihsan di cuping telinga Seroja.

“Lebih daripada Ibti dengan Imti?” soal Seroja bergurau.

“You’ll always be my baby. My baby tua… yang utama.”

Seroja tergelak sambil membenamkan mukanya ke pangkal leher Tuan Ihsan. “Nasib baik pinggang you masih ku…”

“Seroja Irdina!!!”

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/271740/Famili-Tuan-Ihsan

Sejenak Bersama Acik Lana

 

Sesi temu bual bersama penulis kali ini sedikit berlainan. Tidak lama lagi, rumah Penerbitan Acik Lana, Booku Enterprise akan bersama kami. Jom kita kenali penulis Red Velvet ini dengan lebih dekat.

1. Siapa yang memberi inspirasi untuk Acik Lana menulis?

Orang sekeliling menjadi inspirasi untuk saya menulis. Kadangkala saya gemar memerhati tindak tanduk manusia dan membuat telahan dan tekaan di kepala. Bukan dari sudut negatif, sebaliknya dari sudut positif. Selain itu kisah-kisah yang dibaca dalam internet, atau pengalaman sebenar rakan rapat atau ahli keluarga juga menjadi inspirasi untuk saya mengembangkan sesebuah cerita yang direka.

2.Apa makanan kegemaran anda?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya gemar menikmati hidangan Korea. Lagi pedas, lagi saya suka. Selain itu lauk pauk Melayu dan ulam-ulaman juga menjadi kegemaran saya.

 

3.Siapakah penulis kegemaran anda? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Sebenarnya sudah berbelas tahun saya tak membaca novel. Cuma penulis yang saya sentiasa suka gaya penulisannya adalah Ma Lee Chuswan. Sanggup kumpul novel-novel lama beliau. Bagi saya lenggok bahasa dan tulisan beliau mampu meletakkan diri saya dalam dunia kisah novel itu sendiri.

4.Apakah novel kegemaran Acik Lana? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Permata Hati karya Ma Lee Chuswan

5.Ada haiwan peliharaan tak di rumah?

Ya. Sejak dari dulu saya suka membela kucing. Dan sekarang sudah memiliki kira-kira enam belas ekor kucing yang ditempatkan di dalam sangkar besar yang ditempah khas. Dan sejak memiliki cahayamata, saya membela pula ikan dan hamster untuk memupuk perasaan cintakan haiwan dalam diri anak kecil ini.

6.Jika anda diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah anda mahu pergi dan mengapa?

Switzerland sentiasa menjadi destinasi percutian impian saya. Saya sukakan negara bersalji dan Switzerland cukup terkenal dengan keindahan panoramanya yang sangat memukau. Cuma belum ada rezeki lagi nak sampai ke sana.

7.Apakah Acik Lana merancang untuk menulis dan produce novel terbaru?

Ya, saya masih dalam proses awal untuk menghasilkan novel terbaru.

8.Apakah pesanan Acik Lana kepada pembaca di luar? 

Pesanan saya, sentiasalah menyokong dunia penulisan di negara kita. Tanpa pembaca tiadalah penulis. Dan segala kritikan serta komen sangat dialu-alukan demi memperbaiki lagi mutu penulisan kami. Kadangkala kita tak mengerti apa yang pembaca mahukan. Jadi pandangan mereka sangat penting untuk para penulis menghasilkan karya yang lebih bermutu dan sesuai dengan selera pembaca.

9.Pada pandangan Acik Lana, apa istimewanya novel Acik Lana berbanding novel lain di pasaran?

Sukar untuk saya nyatakan apa keistimewaannya. Kerana bagi saya, setiap novel yang dihasilkan oleh semua penulis mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing. Bagi novel saya sebelum ini, saya cuba untuk menghasilkan karya yang kisahnya lebih dekat dengan masyarakat kita. Cuma beberapa buah novel kebelakangan ini saya mula cuba mengubah rentak dengan mengambil risiko menghasilkan cerita berbentuk ‘super natural’. Dan Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat-sangat menggalakkan.


10.Dari mana Acik Lana selalu dapatkan ilham untuk menulis? Ada yang dari pengalaman sendiri ke?

Ilham datang dalam angan-angan. Kadangkala bila duduk termenung, tiba-tiba saja terdetik idea. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Dan setakat ini belum ada yang mengikut pengalaman sendiri. Di masa depan, tak pasti pula. Hehe.

11.Apa rutin harian Acik Lana? Ada yang rare tak?

Sejak mempunyai cahayamata, kehidupan seharian saya lebih banyak berkisarkan tentang anak perempuan saya. Tapi sekali dalam seminggu, kami bertiga wajib keluar ke pusat membeli belah untuk merehatkan minda. Sudah terbiasa bekerja di pejabat sebelum ini, bila menjadi surirumah sepenuh masa memang saya sangat perlukan ruang untuk ‘berehat’ di luar.

12.Describe diri Acik Lana dalam 3 patah perkataan?

Mudah tersentuh. Tegas. Penyayang. (Aduhai!)

13.Apa nasihat Acik Lana kepada penulis- penulis yang masih baru dalam industri buku?

Nasihat saya, menulislah dengan penuh semangat dan sentiasa cuba memperbaiki kelemahan yang ada dari masa ke semasa. Tak boleh mengalah atau berasa lemah dengan kritikan yang keterlaluan. Jadikan semua itu sebagai semangat untuk kita menulis dengan lebih baik lagi. Selain itu, saya berharap agar dunia penulisan ini lebih ‘damai’ tanpa sebarang sikap-sikap negatif atau berpuak-puak yang sering melagakan diantara satu sama lain. Bukankah lebih menguntungkan jika kita semua bersatu hati tanpa ada perasaan iri hati? Just my two cents.

14.Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Apa lagi bahasa lain yang Acik Lana kuasai?

Dua bahasa itu saja yang saya tahu. Mungkin boleh belajar bahasa Korea pula selepas ini kalau ada masa lapang. Hehe.

 

Nantikan judul-judul LIMITED EDITION dari Acik Lana dalam versi eBook. Untuk mendapatkan hasil karya beliau yang lain juga, anda boleh terus klik di link di bawah.

https://www.e-sentral.com/author/filter/au_82561_acik-lana/~

 

[SNEAK PEEK] SEMANIS CINTA RED VELVET

Semanis Cinta Red Velvet oleh Aja

INI merupakan kali pertama mereka keluar makan tengah hari bersama-sama. Kekok bertindan dengan seram sudah kira boleh jadi perencah sup yang dia telan sekarang ini. Tidak lalu pula hendak makan apabila menghadap muka lelaki itu.

“Makan ajelah kalau tak biasa lunch dengan saya pun.”

Macam tahu-tahu saja apa yang dia rasa apabila Yoyo cakap begitu. Lelaki itu dilihatnya tenang menelan makanan.

“Saya rasa semua orang tengok kita. Eii…” Bulu roma Ofa meremang.

Yoyo mengangkat pandangannya ke arah manusia yang berada di sekeliling mereka. Tiada seorang manusia pun yang tengah tengok dia orang. Perasaan Ofa saja sebenarnya. “Makan aje. First time lunch sekali, memang rasa pelik.” Dia tahu apa yang sedang dia cakapkan sekarang sebab dia pun rasa macam tidak boleh telan sup. Pelik gila!

“Dia orang tak pernah tengok laki bini first time lunch ke?” Ofa sudah mula menyoal diri sendiri.

“Mana ada orang tengok. Makan ajelah.”

Ofa menjongket kedua-dua belah bahunya. Ala… makan dengan Yoyo saja pun. Bukannya makan dengan Tan Sri sampai kena rasa segan macam ini. Sudu yang terdampar di sebelah mangkuk diambil laju sambil mencebik bibir.

“Cantik design kedai ni. Beribu-ribu jugak habis kalau nak boleh sampai ke tahap ni.” Ini sajalah kerja yang dia selalu buat kalau mata itu sudah boleh tengok dunia luar. Cari inspirasi terbarulah katakan.

“Cantik rumah kita lagi.”

Ofa mencebik sambil menghirup sup. “Designer tak payah kena bayar. Mestilah cantik.” Dia tunjuk diri sendiri. “Tapi saya rasa macam nak renovate sikit kat ruang tamu tu. Moden sangatlah. Kita ni dahlah tinggal berdua. Tambah GRO seekor, kiranya tinggal bertigalah. Awak tak rasa macam luas sangat ke?”

Yoyo hanya bagi respons angkat kening sahaja.

“Nanti-nantilah saya fikir.” IPhone yang baru sahaja masuk mesej dibuka perlahan. Mahu tergelak dibuatnya apabila membaca mesej mama. “Mama awak ni merapu mendalah, Yoyo? Hari-hari asyik merapu dengan saya.” Jari-jemarinya laju menaip mesej untuk dibalas kembali.

Satu-satunya anak lelaki Puan Sri Zulaikha tercengang-cengang di situ. “Sejak bila pula bermesej dengan mama?”

“Lapan bulan dah kut. Sejak bila tu agak-agak?”

Tidak tahu kenapa, soalan Ofa tadi mampu buat Yoyo berfikir seketika. “You mean, sejak kita kahwin?”

“Dah tu? Takkan sejak sebelum kita kahwin lagi saya boleh mesej mama awak pulak? Logik la, der. Awak ingat selama ni, kita boleh duduk asing-asing dengan dia orang sebab apa?”

“Mean?” Yoyo masih lagi tidak faham.

“Dia orang follow kita punya trail la.” Mesej mama dibalas sekali lagi. Tidak tahu kenapa, mak mentua dia sekarang semakin menjadi-jadi perangainya. “Awak tengok ni dia balas apa.” Skrin iPhone disuakan ke arah Yoyo.

– mama xthu apa mslh dia. Knp xusung hospital?

“Siapa kena pergi hospital?”

“Awaklah. Saya cakap awak selalu kat pejabat. Mama suruh saya test awak. Mana tahu soul awak dah terbang mana-mana yang tak dapat dikesan ke. Ke awak nak jumpa bomoh terus?”

Yoyo tidak mahu ketawa. Dia tidak berapa setuju kalau orang lain mempertikai cara dia bekerja. “Selalu ke awak mesej mama?”

“Wajib dah benda tu. Kenapa? Takut saya report awak selalu tak balik rumah ke?”

Diam.

“Tak payah risaulah. Saya ingat kontrak kita. Benda tu selalu dalam kepala saya tau. Jangan awak berani-berani nak pandang rendah kat saya.” Penuh bangga Ofa memberitahu. Lebihan nasi yang ada ditolak perlahan sambil menggeleng perlahan. “Tak habislah. Kenyang sangat.”

Yoyo masih lagi tidak mengeluarkan apa-apa suara. Pelik dia dengan Ofa. Kalau hendak diikutkan secara logik akal, anak kandung mama dan papa kan dia? Sudah itu, kenapa Ofa boleh pula rapat dengan dia orang? Dengan dia, Ofa tidak mahu rapat pun. Sesiapa saja yang ada kat sini boleh nampak betapa tidak adilnya Ofa. Papa itu bukan orang lelaki juga ke?

Satu lagi yang buat dia tidak puas hati ialah kenapa mulut Ofa asyik-asyik sebut pasal kontrak saja? Sikit-sikit, kontrak. Senyum-senyum sikit, kontrak. Bergaduh sikit pun kontrak juga. Apa yang perempuan ini mahukan sebenarnya?

“Fikir pasal kerjalah tu.” Ofa menebak sambil mencebik bibir. “Memang businessman sejati betul. I’m marrying a machine, y’know? A machine. Not human.”

“Kalau tak tahu apa-apa, jangan cakaplah.”

Ofa mencebik lagi. Jus kiwi yang berada di dalam gelas diputar-putarnya menggunakan straw. “Kepala awak senang tekalah. Tak payah nak berahsia sangat. Ke awak tengah mengutuk saya tadi?”

Diam.

“Tak kut ya? Tapi, boleh aje awak nak kutuk. Saya tak masukkan dalam kontrak pun pasal benda kutuk-mengutuk saya ni.”

Yoyo sudah naik fed-up. “Habiskan makanan tu.”

“Tak habis, orang cakap.” Sebenarnya tadi, dia sudah makan mi hailam sebelum datang ke sini.

“Tak sayang ke membazir?”

“Eh, helo… ‘berhenti sebelum kenyang’. Remember?”

Lelaki itu mengeluh dalam diam. “Marilah saya makan.” Bekas isteri saja pun. Bukan orang lain.

“Tak payah nak romantik-romantik sangat nak makan saya punya. Awak lapar, order lagi.”

“Dah tu, awak sukalah membazir?”

Dahi Ofa mula berkerut hebat. “What’s wrong with you nowadays?” Kenapa dia tengok Yoyo macam sudah aktif bercakap dengannya?

“What’s wrong with me, what?”

Oga menggeleng perlahan bersama-sama rasa cuak setaman. Dia tidak selesa melihat perubahan Yoyo begini. Betul ni kau orang, lelaki itu mulutnya sudah pandai menjawab. Hari itu keadaan mereka bukan macam ini, tau.

Sehari usia perkahwinan…

Cuak tahap hendak mati rasanya apabila dia dengar derapan kaki yang menghampiri pintu bilik yang diduduki sekarang. Ah, sudah! Apa yang perlu dia buat sekarang? Ofa segera bangun dengan penuh susah-payah supaya dia dapat menyambut kedatangan Amirul buat kali pertamanya ke dalam bilik mereka berdua.

Hisy, aku pelangkung jugak manusia yang reka baju ini kang! Emak bapak tauke labuci ke apa sampai kau letak satu tan labuci kat baju aku? Ke kau ada berdendam apa-apa dengan aku sebelum ini? Musykil betul!

Imej Yoyo yang segak berbaju Melayu putih gading segera menerjah masuk ke dalam retina Ofa sebaik sahaja lelaki itu membuka pintu bilik itu. Jantung si gadis semakin terasa degupnya. Teragak-agak dia mendekati Yoyo.

Yoyo menanggalkan songkok, lantas meletakkannya di atas meja kopi. Dia sedar Ofa kelihatan takut-takut dengan kemunculannya di situ, segera dia mengangkat tangan kanannya agar Ofa dapat merilekskan diri sendiri.

“Tak apa. Buat kerja sendiri aje.” Setelah itu, memang Yoyo betul-betul buat kerja dia sendiri pun! Bermula daripada pukul 10.30 malam sehinggalah ke pukul 4.00 pagi.

Ofa masih lagi berdebar-debar menunggu segala tindak-tanduk lelaki itu. Namun, apa yang dia dapat malam itu hanyalah menonton persembahan percuma orang tengah ralit menghadap kerja sahaja. Langsung tidak thrill.

Penat menunggu lagi, akhirnya, dia memutuskan untuk masuk ke bilik air. Mandi lagi bagus. Apabila melihat lelaki itu begitu fokus memeriksa sesuatu pada skrin Notebooknya, Ofa teragak-agak seketika untuk bersuara. “Nak tuala?”

Yoyo masih lagi beku menghadap kerjanya.

“Awak, saya nak tuala.”

Lelaki itu sedikit tersentak. “Hah? Oh, tuala?” Yoyo mengerling sekilas ke arah jam yang tercongok di atas meja. Pukul 4.30 pagi baru nak mandi? Biar betul minah gasar ini. “Selongkar wardrobe tu. Kalau tak pun, panggil Kak Nor tolong carikan.”

Ofa diam menerima arahan. Pagi-pagi hendak dekat Subuh ini mahu kejutkan Kak Nor? Hisy, memang taklah, kan? Jadi, dengan segala terkial-kial dan bersusah-payahnya, Ofa memanjat wardrobe itu. Akhirnya, dapat jugaklah tuala kat dalam tangan dia.

Usai mandi dan bersiap-siap, dia keluar semula ke tempat yang sama. Lelaki itu dilihatnya masih lagi statik. Wow! Memang patutlah dia bersungguh-sungguh ajak aku kahwin hari itu pun. Hutang dengan emak bapak sudah lepas, sekarang tinggal nak pulun hobi peribadi dia pulaklah.

TER – BA – IK!

Jadi, setelah penat dia bercerita tadi, kau orang boleh faham betapa peliknya Ofa rasa sekarang apabila tengok Yoyo? Yoyo yang sekarang jauh lebih menyeramkan daripada Yoyo yang dahulu. Menakutkan pun ada juga sikit-sikit. Agak-agak malam ini, dia kena tidur bilik asing-asing ke macam mana? Manalah tahu kut-kut dia betul-betul masuk hantu ke, kan? Aku ni dahlah jenis yang lemah semangat.

Hurm… kita tengok dululah kut? Lagipun, mungkin Yoyo banyak bercakap dengan dia tadi sebab Samsung S3 lelaki tu langsung tidak berbunyi apa-apa sejak mereka berada di dalam kereta lagi. Pelik! Selalunya benda tu masya-Allah, berbunyi tidak reti-reti berhenti!

Mungkin Nita cuti kut ya? Kalaulah betul Nita ambil cuti kecemasan, takkanlah Yoyo hendak bercakap dengan hantu pulak, kan? Nanti tak pasal-pasal dia lari 40 batu ke Antartika. Fikir positif, Ofa. Fikir positif.

“Apa?” soal Ofa lagi apabila Yoyo dilihatnya sedang termenung jauh. “Sorry la tanya masalah peribadi awak, tapi awak ada masalah ke?”

Diam.

“Ke awak ada berkenan dengan anak Tan Sri mana? Tapi, tak tahu nak campak saya kat mana.” Otak dia memang nombor satu kalau masuk bab-bab fikir jauh ni.

“Mana ada.” Yoyo menjawab malas.

“Dah tu, ada masalah dengan colleagues?”

Diam sambil kali ini menjeling tajam. “Nak tahu masalah peribadi saya, buat apa? Awak kira dah langgar kontrak ni.”

“Pehh! Macamlah saya nak tahu sangat. Hei, saya tengok awak lain macam aje baru saya tanya. Ingatkan dah tak ingat pasal kontrak dah. Kalau awal-awal cakap macam ni kan tak apa. Mati-mati saya ingat nak pindah bilik malam ni. Seram.”

Yoyo sedikit terpaku dengan kata-kata itu. Kenapa nak pindah bilik? Hati dia mula berasa tidak sedap. “Bilik kat rumah tu berlambak lagi tak guna. Pindahlah kalau nak pindah. Apa saya peduli?”

Ofa tersengih selamat. “Kira selamat lagilah ni saya sebilik dengan awak?” Dia bukan mengadang-ada sangat nak tidur sebilik, sekatil dengan Yoyo. Tapi, susah nak mengaku yang dia takut sebenarnya nak tidur seorang diri. Kalau hilang apa-apa barang nanti, siapa yang nak jadi saksi dia nanti? Ahh… daripada tak boleh tidur terus, lebih baiklah dia tidur kat sebelah Yoyo. Lagipun, Yoyo bukannya ada nafsu dengan dia. Sikit pun tak ada. Sakit hati aje…

“Nak pindah, ikut suka. Tak nak pindah, duduk aje kat situ. Bukannya saya hingin pun.”

“Amboi, mulut… body saya hot kalah Christina Aguilera awak tak hingin?” Dia sudah tersedak sebab ketawa tiba-tiba. Gay ke laki aku? Hahahaha…

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/269185/semanis-cinta-red-velvet

[REVIEW] STATE OF EMERGENCY : A NOVEL

State of Emergency: A Novel by Jeremy Tiang

Siew Li leaves her husband and children in Tiong Bahru to fight for freedom in the jungles of Malaya. Decades later, a Malaysian journalist returns to her homeland to uncover the truth of a massacre committed during the Emergency. And in Singapore, Siew Li’s niece Stella finds herself accused of being a Marxist conspirator.

Jeremy Tiang’s debut novel dives into the tumultuous days of leftist movements and political detentions in Singapore and Malaysia. It follows an extended family from the 1940s to the present day as they navigate the choppy political currents of the region. What happens when the things that divide us also bind us together?


This novel is such a satisfying read, and a triumph for Singaporean fiction. Historical fiction like this is helping to create a more detailed and eventful Singaporean-Malaysian historical and cultural narrative . It is something that can give understanding about the origins of people as mixed and migrant communities. The writer has successfully writes about multiple characters’ perspectives and the interactions throughout the novel. The book’s beginning is gripping and it maintains this tone and pace for about the first half. I was engrossed and wanted to learn what happens.

Then the sections on Revanthi and Stella slowed things considerably. Revanthi’s interview rehashes what’s been told earlier and feels artificial, and the story ambles along. Also, there’s something about her that feels shallow, undeveloped. Stella’s interrogations drag down the pace even more. I know there were many sessions but at this point, I started to question if they would amount to anything.

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/270491/state-of-emergency-a-novel

[SNEAK PEEK] DHEO’S

Dheo’s oleh Anjell

Prolog

KALI pertama aku buka mata? Kosong. Hati rasa kosong. Fikiran pun rasa kosong. Apa yang aku ingat? Juga kosong.

Siapa aku? Macam mana aku boleh berada di sini? Apa yang telah terjadi kepadaku? Kenapa aku langsung tak ingat apa-apa?

Semuanya dijawab oleh lelaki separuh umur yang setia menunggu di sampingku. Orang yang bergelar ayahku. Wajah cengkungnya jelas kepenatan. Ada lingkaran gelap di bawah mata yang menjadi bukti nyata bahawa dia terkesan dengan keadaanku.

Nurissa. Itu yang dia panggil aku. Nama penuh, Nurissa Rose binti Noriman. Aku dimasukkan ke hospital gara-gara kemalangan jalan raya. Teruknya sampai doktor tak tahu sama ada mereka boleh selamatkan aku atau tidak. Dengan izin Allah, aku berjaya melepasi tahap kritikal. Tapi, aku koma untuk jangka masa yang tak siapa tahu.

Sehinggalah sekarang. Setahun. Itulah tempoh masa aku terlantar di atas katil ini. Sangat terkejut. Juga bersyukur. Rasa bagaikan mati dihidupkan semula. Mereka semua mendefinisikannya sebagai keajaiban. Tapi aku pula mendefinisikannya sebagai peluang kedua. Mungkin aku diberikan peluang untuk tebus kesalahanku? Atau berbakti kepada orang-orang yang sayangkan aku? Atau sebenarnya ini semua berkat orang-orang yang doakan aku agar terus kuat berjuang? Wallahualam. Aku sendiri pun tak tahu.

Malangnya aku bukan diriku sebaik saja aku buka mata. Setiap yang berlaku pasti ada komplikasi yang bakal kutanggung. Hantukan kuat pada belakang kepalaku meninggalkan satu parut panjang yang disembunyikan oleh kelebatan rambutku. Kesannya? Aku mengalami retrograde amnesia. Kata doktor, keadaan ini mungkin sementara. Boleh jadi beberapa hari, beberapa bulan dan mungkin juga sehingga ke akhir hayatku. Perasaanku bila doktor cakap macam tu?

Kosong.

Dan beberapa hari telah pun berlalu. Keadaanku masih sama. Masih cuba memikirkan apa yang telah terjadi. Hidup tanpa tahu siapa kita yang sebenarnya amat memenatkan dan tertekan. Aku bagaikan tak punya identiti diri. Hati selalu tertanya-tanya, bagaimana kehidupanku sebelum aku hilang ingatan? Baikkah aku? Atau jahatkah aku? Berapa banyak pahala aku? Atau lebih banyak dosa terkumpul? Rasa bagaikan hidup tak lengkap.

Mungkin emosi masih kurang stabil, aku sering menangis apabila ditinggalkan sendirian. Entah kenapa aku rasa satu kehilangan yang amat besar tanpa ingatan. Aku tak tahu kenapa aku rasa bagaikan aku lupakan sesuatu yang paling bermakna dalam hidupku. Hati bagaikan mendambakan sesuatu.

Atau seseorang? Tapi malangnya tiada satu pun memori lepas yang terimbas dalam fikiranku.

Satu hari, apabila aku membuka mata, masih tiada apa-apa yang berubah. Pandangan kosong ke arah siling putih bilik pesakit itu. Hanya bunyi pendingin hawa yang jadi melodi halwa telinga. Bezanya, bilik itu kosong tanpa ayah.

Hidup mesti diteruskan. Itulah motivasi yang selalu aku tiupkan ke dalam jiwa sendiri. Tiap-tiap hari. Agar aku tidak berputus asa dengan kehidupan.

Aku cuba duduk sendiri. Otot-ototku masih lemah gara-gara dah lama tak digunakan. Sesuatu yang berbeza hari itu. Di sisi meja kecil di sebelah katilku, ada sekuntum mawar putih cantik terletak. Bibir secara automatiknya menguntum senyum. Aneh. Ini kali pertama aku senyum sepanjang aku buka mata.

Bunga mawar bunga kesukaanku agaknya. Tangan terus capai. Kelopak lembut putih itu kuusap perlahan. Cantik. Kemudian dibawa ke hidung. Dalam-dalam nafas ditarik bersama bau manis bunga mawar itu. Tenang. Sekali lagi bunga itu dipandang. Ada satu kad kecil terikat di batang mawar putih itu.

Rest well. Till we meet again, Rose.
Encik Duri.

Rose? Dia panggil aku Rose? Tulisan tangan berangkai itu bagai dekat dalam hati. Sangat cantik. Sekali melihat pun aku sudah jatuh hati dengannya.

Encik Duri?

Kalau awak ros, saya durinya…

Auch! Aku pegang kepalaku. Suara siapa yang melekat dalam kepalaku ini?

Erat-erat aku pejam mata. Cuba redakan sakit kepala yang tiba-tiba menyengat.

“Encik Duri,” sebutku. Ulang dan ulang lagi dalam kepala. Cuba membayangkan insan yang berselindung di balik sebaris nama itu. Siapa dia? Kenapa dia datang ketika aku sedang lena?

Yang pasti dia kenal siapa aku. Dan aku dapat rasakan dia adalah orang penting dalam hidupku. Kawan aku? Atau kekasih? Atau tunang? Argh… Kenapa tiada langsung memoriku tentang siapa dia ni?

Pantang otak mula bekerja keras, sakitnya bagai mahu meletup kepala ni. Sekali lagi jari mengurut kepala. Relaks, Nurissa. Relaks. Nafas ditarik dalam-dalam, cuba untuk tenangkan diri sendiri. Beberapa kali doktor berpesan supaya aku jangan tertekan kalau aku tak nak rumitkan lagi keadaan. Kalau aku nak baik, jangan paksa diri.

Ros di tangan dibawa ke hidung lagi. Hidu bau lagi sekali. Fikiran kembali tenang. Aku yakin bunga ros adalah bunga kesukaanku. Bunga dari Encik Duri. Suatu hari nanti, pasti aku akan tahu siapa dia.

Aku menguap. Tiba-tiba rasa penat. Tubuh kembali dijatuhkan ke atas katil secara mengiring. Bunga itu digenggam erat ke dada sebelum tutup mata. Tanpa sedar, bibir sempat mengorak senyuman. Gembira entah kenapa.

A pretty rose definitely blows a good spirit. Tiba-tiba terngiang-ngiang ayat itu dalam kepala. Aku setuju.

Lenaku setelah itu diulit mimpi indah. Sangat

indah. Terbayang seulas senyuman yang terukir bersama satu lesung pipit di pipi kanannya. Lawa. Hati rasa senang bila melihat senyum gembiranya itu. Aku rasa aku mahu selalu menjadi penyebab untuk dia tersenyum. Malangnya, wajah pemilik senyuman indah itu samar-samar.

“Wait for me, mia bella…”

Suara sama juga yang berkata. Juga samar-samar. Tapi selalu kudengar.

Sering tertanya-tanya. Siapakah dia?

*****

Bab 1

“MIA BELLA…” Kedua-dua kelopak mata terus terbuka.

Gelap. Itu yang aku nampak. Sunyi. Itu yang aku dengar. Nafasku berombak lembut. Sepertinya sudah biasa melalui semua ini.

Mengeluh. Tangan meraba-raba dalam kegelapan. Mencari telefon pintarku yang selalu diletak di sebelahku. Dah pukul berapa sekarang ni? Tepat firasatku. Tiga pagi.

Aku mengubah posisi tidur. Dari elok memeluk patung anak singa, aku menelentang. Merenung siling. Kalau tadi gelap-gelita, kini mataku mula sesuaikan dengan keadaan itu. Kelip-kelip mataku pandang kipas pegun yang menghiasi siling itu.

Tiga tahun. Tiga tahun sudah pun berlalu selepas aku bangkit dari koma. Dan boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan tersedar tepat jam tiga pagi. Tiap-tiap kali itu jugalah perkataan mia bella itu penyebab aku tersedar. Mimpi bagaikan diulang tayang. Suara garau tapi lembut itu terngiang-ngiang. Malangnya, tak pernah sekali pun pemilik suara itu muncul.

Aku yakin mimpi bukan sekadar mimpi. Seratus peratus aku yakin mimpi itu punya ikatan dengan kehidupanku yang dulu. Tapi agak sedih juga. Tiga tahun berlalu, tapi satu memori pun aku tak dapat ingat. Aku masih sama seperti ketika aku bangun dulu. Kawan-kawan lama yang menegurku pun aku tak dapat cam. Hanya simpati yang dihulurkan apabila aku menerangkan kepada mereka.

Aku mengeluh lagi. Gebar tebal ditolak dari tubuh. Nak sambung tidur pun, mata dah segar. Mungkin Allah sedarkan aku supaya aku boleh solat sunat tahajud. Tanpa membuang masa, terus aku berlalu ke bilik air. Ingin mengambil wuduk.

Mungkin aku kena terus berdoa. Mungkin doa aku masih belum cukup dan sebab itulah Allah masih belum perkenankan doaku. Tapi aku tak pernah putus asa, aku yakin suatu hari nanti dengan izin Allah, ingatanku akan kembali pulih. Kalau bukan sepenuhnya, paling tidak pun separuh.

MALANG betul aku rasa hari ni! Penat aku bangun awal, berdandan cantik. Mulut pun dah lenguh membebel bermacam bahasa apabila menghadap kesesakan lalu lintas. Cun aje Baby Taurus masuk kotak parking, boleh pula pensyarah aku bergurau senda dalam WhatsApp grup dengan mengatakan kelas dia batal hari ini dan dia lupa nak bagi tahu.

Separuh kelas bersorak. Maksudnya boleh sambung tidur sebab memang cuma ada kelas tu aje hari ni. Yang duduk kolej kediaman bolehlah menari cia cia. Yang duduk jauh macam aku ni rasa nak menari kuda kepang! Tak tahu ke kalau naik kereta, orang pakai petrol namanya, bukan jus oren. Dahla minyak selalu naik. Hai… Sabar aje la!

Nak tak nak, patah balik! Dalam kereta kepala sibuk mengatur rancangan. Apa aku nak buat hari ni? Kat rumah confirm sepi. Ayah dah tentu tengah bersiap nak pergi kerja. Entah-entah dah pergi kerja dah. Tinggal di rumah sendirian sumpah bosan.

Aku dah tahu destinasiku selepas ini. I’s Café. Dah lama tak pergi. Sibuk punya pasal, aku dah jarang jejak kaki ke situ. Niat asal nak terus ke sana. Tapi aku lupa yang set alat melukisku tertinggal di rumah. Memang kebiasaannya itulah aktivitiku bila berada di kafe itu.

Sewaktu aku tiba di depan pintu pagar besar rumahku, kereta ayah masih berada di bawah garaj. Maksudnya ayah belum pergi kerja. Jam di dashboard kereta dijeling sekali. Keningku berkerut sedikit. Dah lambat. Kenapa ayah belum pergi kerja? Atau cuti? Atau masuk lambat sikit?

Tanpa menghiraukan persoalanku yang sepi tak berjawab itu, aku keluar dari kereta. Aku masuk ke dalam rumah. Langkah terus diatur ke bilik tidurku. Buku lukisan yang selalu menjadi penemanku di kala bosan terletak cantik di atas katil. Lantas aku capai dan memasukkannya ke dalam beg sandangku.

Setelah memastikan tiada apa yang tertinggal, aku terus melangkah keluar. Niat untuk terus keluar dibatalkan sebaik sahaja aku teringatkan ayah. Risau. Macam mana kalau ayah sebenarnya sakit?

Aku melangkah ke bilik tidur ayahku yang terletak berdepan dengan bilik tidurku. Tombol dipulas. Kosong. Katil kemas tersusun. Maksudnya ayah dah keluar. Tapi ayah kat mana? Kalau ayah tak ada dalam bilik, maksudnya cuma satu. Mungkin ayah di dalam bilik kerjanya.

Aku terus turun tangga. Bilik kerja ayah terletak di tingkat bawah. Agak tersorok sedikit. Aku pun tak tahulah kenapa ayah pilih bilik tu untuk jadi bilik kerjanya. Mungkin mahukan privasi.

Pintu bilik diketuk sekali. Kalau ayah di dalam bilik kerja, memang kebiasaannya aku akan ketuk pintu dulu sebelum redah masuk. Aku tahu ayah tak kesah kalau aku redah masuk sekali pun. Tapi aku cuma hormat kalau ayah sedang siapkan kerjanya. Aku ketuk pun sekadar untuk memberitahu tentang kehadiranku.

Seperti biasa, selepas ketuk sekali, daun pintu itu terus ditolak.

“Ayah,” panggilku. Kepala menjenguk dahulu.

Dua susuk tubuh pegun mendengar teguranku. Alamak, ayah tak sendirian! Sekilas aku cuma melihat ada lelaki lain yang sedang duduk di atas kerusi, berdepan dengan ayah. Agak jauh dari pandanganku. Susuknya membelakangiku. Baru sahaja nak panjang leher melihat gerangan kawan ayah, ayah dah berdiri di depanku. Terus hilang susuk lelaki itu.

“Rissa, bila balik? Bukan pagi-pagi lagi dah pergi ke kelas ke?” soal ayah.

Aku senyum sekejap. Wajah tua ayah dipandang. Terus lupa tentang lelaki itu.

“Kelas tiba-tiba cancel. Lecturer ada hal. Penat Rissa siap awal-awal.”

Aku mengeluh.

“Habis, ni nak pergi mana?”

Ayah ni buat-buat tanya pula dah.

“I’s Café la ayah, mana lagi? Balik ni pun sebab nak ambil sketch book. Rissa nampak kereta ayah. Risau kalau ada apa-apa jadi kat ayah. Ayah tak kerja ke hari ni?”

“Kerja. Masuk lewat sikit. Ayah ada hal nak discuss sikit,” balas ayahku. Jawapannya buatkan kepalaku kembali teringat yang aku tak berdua dengan ayah. Tapi sepinya macam kami cuma berdua. Kawan ayah tu pun, kenapa kejung macam batu aje? Mungkin menghormati kami yang sedang bercakap.

“Ayah, siapa tetamu ayah tu?”

Perlahan suaraku. Konon-kononnya khas untuk didengari oleh telinga ayah sahaja. Tapi gara-gara kesunyian yang tebal mengalahkan dinding itu, suaraku macam bercakap dalam gua. Bergema. Aku yakin lelaki itu turut mendengarnya.

Kepala gatal untuk melihatnya lagi. Biasalah… Curiousity kills the cat. Nak pula memang aku ni jenis yang memang tinggi rasa ingin tahunya. Tapi tubuh ayah tetap menghalangku. Kalau aku nak tengok, aku kena bergerak ke kanan sikit. Tapi kalau aku buat macam tu, kantoi la aku gatal nak mengusyar tetamu ayah itu.

“Kawan ayah.”

Mudah sungguh jawapan ayah.

“Tak nak kenalkan ke? Nampak muda. Kutlah jadi menantu ayah nanti.”

Aku saja bergurau. Sembang macam kawan ayah tak dengar. Haha.

Ayah seakan-akan cuba menahan senyum.

“Betul nak kenal? Nama dia Fateh.”

Dan senyumanku terus mati. Telan liur.

Fateh. Anak angkat ayah. Selalu dengar cerita pasal Fateh. Fateh budak baik. Fateh anak soleh. Fateh itu dan Fateh ini. Dan paling seram bila ayah cakap, sejuk hati kalau jadi menantu.

Lagi seram bila ayah cakap macam tu, mata jeling aku. Dan seram tahap maksimum bila cuma aku anak perempuan ayah. Malah, satu-satunya anak ayah.

“Ooo…”

Hanya itu yang mampu keluar dari mulutku. Terkedu. Tak nak cakap lebih. Sebab ayah aku tu masih dalam mood mencari calon suami yang baik untuk Nurissa. Bukan sembarangan lelaki yang boleh dekat denganku. Sebab itulah sepanjang tiga tahun aku belajar di Universiti Malaya ni, ayah memang haramkan aku bercinta.

“Errr… Rissa tiba-tiba sakit perut la. Nak pergi tandas dululah. Lain kalilah Rissa berkenalan.”

Aku pegang perut.

Sumpah… Aku tak auta. Dengar aje nama Fateh tadi, nasi lemak pagi tadi pun terus lancarkan mogok. Dan sekarang campur dengan rasa nervous, memang cantik sangat la kalau aku bermaraton ke tandas.

“Rissa pergi dulu, ayah. Assalamualaikum.”

Cepat-cepat tangan ayah kusalam.

“Ya la. Hati-hati.”

Pesanan wajib ayah disampaikan bersama senyuman yang cuba ditahan-tahan. Lucu sangat agaknya dengan reaksiku. Ayah pun dah tahu aku sebenarnya tak selesa kalau nama Fateh naik.

Kesian Fateh. Dia tak bersalah pun sebenarnya. Tapi aku dah buat nama dia macam salmonela dan e-coli. Pantang disebut, terus cari tandas. Bukan saja-saja aku nak lari. Sebab aku tak nak keadaan jadi canggung. Lagi canggung sebab ayah pernah cerita yang Fateh tahu yang ayah mahu jodohkan kami berdua. Malah, Fateh pernah pertimbangkannya. Sebab tu aku rasa macam tak sedia nak bertemu dengan Fateh.

Aku terus mengatur langkah keluar. Dan bila aku menutup daun pintu dari luar, ayah juga baru beralih dari tempatnya untuk kembali ke tempat duduknya. Buatkan aku dapat melihat sedikit susuk Fateh. Cuma rambut hitam pekatnya yang aku nampak dari jauh. Baru sahaja Fateh ingin menoleh wajahnya ke arah pintu, daun pintu terus tertutup rapat.

HAMPIR sebulan juga aku tidak menjejakkan kaki di I’s Café. Suasana I’s Café masih sama seperti dahulu. Masih awal pagi, jadi tak peliklah kalau bilangan pengunjung boleh dibilang dengan jari.

“Amboi… Relaks nampak?” tegurku.

“Oh, mak kau!”

Kak Tiqah masih sama. Pantang kena sergah, habis member sebelah kena tepuk. Terutama sekali Azrul yang selalu jadi mangsa. Sama macam sekarang, tak pasal-pasal Azrul yang tengah mengelap kaunter yang kena hempuk bahu.

Aku terus gelak. Sumpah kelakar. Apatah lagi bila Azrul dah macam nak berpencak silat dengan tuala kecilnya itu. Nasib baik tuala, bukan pedang. Haha.

“Aduh… Kenapa saya, kak?”

Azrul mengaduh. Bahu yang dah jadi mangsa kekejaman Kak Tiqah diusap dengan wajah berkerut.

“Sorry la, Rul. Kau aje yang paling dekat.”

Kak Tiqah sengih bersalah. Kemudian pandangan dihalakan ke arahku. Bercekak pinggang.

“Cik Rissa ni pun satu hal! Kenapa sergah macam tu?”

Tak pasal-pasal aku pula yang dimarahinya.

Tapi aku cuma tayang sengih sebelum meminta maaf.

“Ala… Bukan selalu, Kak Tiqah. Saya pun rindu nak tengok Kak Tiqah berkarate dengan Azrul,” balasku sebelum tergelak kecil.

“Lama tak nampak, Cik Rissa? Ingatkan dah tak ingat kita orang kat sini,” tegur Azrul. Kembali menyambung tugasnya.

“Mana ada tak ingat. Takkanlah saya lupa kafe ni. Busy sikit la. Maklumlah… Banyak assignment and presentation. Kelas pun selalu penuh. Hari ni aje kebetulan kelas cancel,” ceritaku.

I’s Café ni bagaikan nyawaku. Walaupun aku tak dapat ingat tentang kafe ini, tapi jauh dalam sudut hatiku aku tahu kafe ini sangat istimewa. Apatah lagi bila ayah pernah menceritakan kafe ini dihadiahkan kepada arwah ibu sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka. Sebab itulah kafe ini mempunyai nilai sentimental tersendiri meskipun kafe ini bukan kafe yang hebat dan terkenal.

Bila bercakap tentang arwah ibu, sedikit sebanyak aku sebak. Aku tak dapat ingat satu pun kenangan bersama arwah ibu. Lebih menyedihkan bila ayah tunjuk gambar ibu, aku tak dapat mengecamnya.

Ayah yang menceritakan semuanya tentang ibu. Aku cuma tahu yang arwah ibuku meninggal dunia ketika aku berusia tujuh belas tahun setelah penat berperang dengan kanser rahim. Akhirnya, ibu berehat untuk selama-lamanya.

“Kau tengok ni, handsome kan? Kalau jadi pakwe aku, bahagianya hidup.”

“Eleh… Macamlah dia nak pandang kau tu. Jalan sebelah, bayang kau pun belum tentu dia nak jeling.”

Perbalahan kecil itu membuatkan aku tersedar ke alam nyata. Lantas kepala ditoleh ke arah mereka berdua.

Nini dan Nuha. Presiden dan naib presiden kelab gosip I’s Cafe. Aku geleng kepala. Apalah gosip terbaru mereka kali ini? Hari-hari kalau tak stalk Instagram artis, tak layan cerita artis, tak lengkap agaknya hidup budak berdua tu.

“Wuuu… Hot gila. Kau tengok ni. Gambar dia dengan model Victoria Secret kut.”

Itu suara Nuha. Khusyuk dia dan Nini tenung PC.

“Apa yang kau orang berdua tengah buat ni?” tegurku.

“Eh, Cik Rissa. Hai…” Mereka tayang sengih. Baru perasan dengan kehadiranku.

“Cik Rissa, tengok! Gosip punya pasal, Cik Rissa yang cantik ni depan mata pun dia orang tak perasan. Marah sikit, Cik Rissa,” bebel Kak Tiqah.

“Sorry la. Bukan selalu dapat cuci mata,” jawab Nuha.

“Kau orang berdua buat apa?”

Sekali lagi aku bertanya. Dengar aje soalanku, bersinar terus mata budak berdua tu. Teruja.

“Hari ni saja-saja buka web Forbes. European Successful Bachelors. Handsome semuanya.” Kemudian tayang muka miang.

Bukan calang-calang gosip mereka berdua ni. Rakyat Malaysia mana yang rajin nak buka laman web Forbes pagi-pagi macam ni? Dah habis agaknya gosip artis tanah air sampai dah berkembang ke fasa antarabangsa.

“Handsomenya Antonio Solovez. Tengok ni, bergambar dengan Lamborghini baru dia.”

Nuha cuit lengan Nini. Dan sekali lagi kedua-duanya gelak miang.

“Amboi… Taste taraf international. Sedar la diri tu sikit. Tinggi pun terbantut, ada hati nak orang Eropah.”

Azrul menyindir sebelum mencebik.

“Tapi ada yang ada relationship dengan entrepreneur Malaysia. Aku tumpang bangga. Kau apa tahu?” balas Nuha balik. Bertikam lidah.

“Siapa?” soalku. Macamlah aku kenal.

“Nickolai D’Ambrusio.”

Kan dah cakap aku takkan kenal. Haha.

“Nickolai ni sepupu kepada Dheo Han. Pemilik La Prince Hotel.”

Dheo! Aku panggung kepala. Mendengar sebaris nama itu, entah kenapa bagaikan terasa sesuatu.

“Dheo? As in D-H-E-O? Bukan T, kan?” soalku balik.

Nuha pandang aku. Kening berkerut sedikit. Pasti pelik bila aku eja nama lelaki itu. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh mengeja semata-mata untuk meminta kepastian namanya. Bagaikan pernah terjadi kepadaku dulu. Atau mungkin aku pernah mengenali seseorang dengan nama yang serupa?

“Haah. D-H-E-O.” Nuha tetap menjawab soalanku.

“Kenapa? Cik Rissa pun mesti pernah dengar cerita pasal dia, kan? Dia ni pun baru balik Malaysia. Sebelum ni menetap di Itali.”

Tahu aje Nuha tentang biodata Dheo Han.

Teragak-agak aku geleng kepala. Takkanlah aku kenal lelaki itu?

“Cik Rissa nak tengok gambar dia? Handsome.”

Nini mempelawa. Pantang lelaki elok sikit, mesti nak bagi mata aku sarapan pagi-pagi ni.

“Susah nak jumpa gambar dia kalau Cik Rissa nak tahu. Ni pun sekeping aje gambar dia kat Forbes. Itu pun sebab dia dengan Nickolai. Kalau tak, haram tak ada. Bila saya cuba Google, tak keluar pun,” sambungnya lagi. PC ditolak ke arahku.

Bunyi loceng menandakan ada pelanggan baru menapak masuk ke dalam kafe. Kami semua terdiam seketika. Hilang terus mod berhuha huha tadi, semua bertukar ke mod serius bekerja. PC yang baru nak ditolak ke arahku juga turut ditarik balik. Segala jenis laman web sepantas kilat dipangkah. Hapuskan bukti sebelum Nini kembali menayang senyuman kepada pelanggan itu.

Seorang lelaki tinggi hampir mencecah enam kaki tegak berdiri di depan kaunter. Kepala terdongak sedikit merenung dinding di belakang kaunter. Itu telahanku memandangkan aku tak nampak hala matanya. Sebab ada Ray-Ban hitam terletak di atas hidung mancungnya. Nampak macam orang asing.

Mungkin dah sedar dia dah berada jauh dari perhatian pancaran matahari, Ray-Bannya ditanggalkan sebelum diletakkan di atas kaunter itu.

Semua diam. Lelaki itu juga tajam matanya melihat menu. Muka serius maut. Wajahnya pasti mencerminkan peribadinya. Aku syak lelaki ni mesti orang berpengaruh besar. Apatah lagi segak dengan berkot bagai.

“Yes, sir. May I help you?”

Nini bertanya. Bahasa Inggeris digunakan sebab muka lelaki itu macam baru mendarat dari benua Eropah. Baru tadi sembang pasal orang Eropah, ting! Dah muncul seorang! Rupa pun boleh tahan. Pucuk dicita, ulam mendatang. Mahu tak bersinar mata budak berdua tu?

Lelaki itu senyum dulu.

“One Hot Caramel Macchiato, Espresso Doppio, please.” Garau suara lelaki itu memesan oder. Terserlah kepekatan pelat bahasa ibundanya bila dia bercakap.

“Repeat order. One Hot Caramel Macchiato and one Hot Doppio?” Nini mengulang balik.

“No… No… Only one Hot Caramel Macchiato, but the Espresso Doppio.”

“Huh?” Tercengang-cengang Nini dibuatnya. Tak faham mungkin.

“Maksud dia mungkin Caramel Macchiato tapi espresso double shot,” celahku.

Lelaki itu menoleh ke arahku. Senyuman agak seksi dihadiahkan kepadaku.

“Si, signora. That’s what I mean.”

Italian! Mungkin faham sikit-sikit apa yang aku cakap tadi.

Aku senyum sekadar untuk berbahasa. Pelik-pelik permintaan pelanggan. Tak apalah, janji dia bayar, dia tak membazir. Lain orang, lain tekak.

Nini yang sudah faham memberikan oder kepada Azrul. Sememangnya Azrul salah seorang Barista yang berbakat di kafe ini. Aku juga banyak belajar macam mana untuk membuat kopi.

“Are you from Italy?” soalku. Saja nak beramah mesra dengan tetamu Malaysia itu. Rakyat Malaysia kan peramah.

“Si, signora. Yes. I’m from Sicily, Italy.”

“Sicily is beautiful. It’s a memorable place.” Laju saja aku menjawab.

“Have you been in Sicily?” soal lelaki itu. Wajahku direnung dalam-dalam. Tak percaya agaknya.

Aku sendiri turut terkedu dengan jawapanku. Spontan jawapanku tanpa berfikir. Seolah-olah aku pernah tahu Sicily itu. Mungkin juga pernah sebelum aku hilang ingatan. Sayangnya, aku tak mampu ingat.

Aku senyum tawar kepada lelaki itu. Geleng kepala.

“No… I haven’t been in Sicily. But, I always know Sicily is beautiful.”

“Perhaps one day you will be going to Sicily. Italy always welcomes you,” balas lelaki itu dengan senyuman manis. Hilang segala wajah seriusnya tadi. Yang berdiri di depanku sekarang hanyalah seorang lelaki yang nampak gentleman.

“Perhaps one day.” Aku sekadar mengeyakan.

Setelah itu kedengaran buzzer lelaki itu berbunyi. Menandakan pesanannya sudah siap. Lelaki itu melangkah ke arah pick-up kaunter yang cuma berada bersebelahan dengan kaunter cashier.

“Nice to meet you, signora.”

“Nice to meet you too, signor. Enjoy your drinks.”

“Mi piacerebbe, capa. Quello che vuole lei.” Kepalanya ditundukkan sedikit ketika dia berkata. Bagaikan sedang tunjuk hormat.

Mentang-mentang sepatah aku sebut perkataan Itali, macam kereta api ayat Itali dia bagi aku.

“Errr… I don’t understand.”

Dia senyum.

“Never mind. Please excuse me.”

“Please drop by again next time, Mr…”

“Lucca. My name is Lucca.”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/269422/Dheos

Sejenak Bersama Khairul Abdullah

Salah satu karya Khairul Abdullah

Pada sesi temu bual bersama penulis kali ini, kami bawakan kepada anda seorang penils genre non- fiction. Penulis yang kami maksudkan ialah Khairul Abdullah. Ini sesi temu bualnya..

Khairul Abdullah dilahirkan di negeri Kedah, beliau menerima pendidikan di Sekolah Sains Perlis, kemudiannya melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam di dalam bidang Perancangan Bandar. Setelah bekerja di dalam industri pembinaan selama hampir 7 tahun beliau telah berhenti dan bekerja sendiri sebagai seorang pereka dan jurugambar bebas bagi memenuhi minat mengembara.

Mula menjelajah Benua Asia ketika berusia 20an dan seterusnya benua-benua lain seperti Australia dan Eropah sehingga sekarang. Dengan minat terhadap kembara dan juga pengalamannya di dalam bidang fotografi, beliau berpeluang untuk tinggal dan bekerja di luar negara seperti di China, Thailand, Jepun dan juga di Jerman. Peluang tersebut digunakan dengan sebaiknya untuk menimba pengalaman serta menjelajah benua yang didiaminya.

Buku pertama beliau berjudul I’m A Backpacker: Europe yang merupakan sebuah buku panduan kembara. Buku tersebut dipilih oleh MPH sebagai “10 Best Book of 2016” dan turut memenangi “Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2017”.

Buku kedua beliau Mentaliti Jamban yang berkisar tentang sikap manusia boleh didapati di mana-mana rangkaian kedai buku utama di Malaysia dan sering menduduki carta-carta “bestsellers” di MPH, Popular, Borders dan Kinokuniya. Buku tersebut jug turut tercalon untuk Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2017.

Beliau turut menghasilkan dua lagi buku berjudul I’m A Backpacker: Germany yang juga sebuah buku panduan kembara dan Untunglah Malaysia Masih Aman, sebuah buku sindiran sosial. Buku terbaharu beliau berjudul Mentaliti Masih Jamban, iaitu sambungan kepada buku laku keras beliau baru sahaja diterbitkan dan turut dicalonkan oleh MPH Buku Bukan Fiksyen Terbaik 2018.

Kini beliau sering menerima jemputan untuk berceramah di sekolah-sekolah dan juga institusi pengajian tinggi bagi berkongsi ilmu, pandangan dan pengalamannya. 

Nak kenal penulis ini dengan lebih dekat? Jom baca temu bual kami di bawah.

1. Siapa yang memberi inspirasi untuk Khairul Abdullah menulis?

Inspirasi adalah dari diri saya sendiri. Banyak benda bermain di fikiran yang saya rasa perlu diluahkan. Penulisan adalah salah satu cara untuk saya melepaskan apa yang saya rasa serta memberi pandangan dan juga kritikan.

2. Dalam banyak- banyak menu, apakah menu yang paling Khairul Abdullah terrer masak?

Saya mahir memasak disebabkan saya memang sudah memasak sejak zaman remaja saya lagi. Menu paling saya terrer adalah Tomyam.

3. Siapakah penulis kegemaran anda? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Penulis kegemaran saya ialah Jules Verne, novelis klasik yang menghasilkan karya sains fiksyen yang sangat saya kagumi. Semua bukunya say abaca berulang-ulang kali.

4. Apakah novel kegemaran Khairul Abdullah? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Banyak juga novel yang saya gemari terutamanya dari penulis kegemaran saya Jules Verne. Namun novel-novel moden saya gemar karya Andrea Hirata terutamanya Laskar Pelangi.

5. Ada haiwan peliharaan tak di rumah?

Tiada. Sebelum ini ada beberapa ekor ikan guppy tetapi semua dah mati.

6. Jika anda diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah anda mahu pergi dan mengapa?

Tibet. Saya gemar sesuatu yang jauh dari arus kemodenan melampau.

7. Apakah Khairul Abdullah merancang untuk menulis dan produce novel terbaru?

Saya bukan penulis novel. Karya saya adalah non-fiction yang terdiri dari buku panduan kembara (Travel Guide) dan juga buku kritikan social (Social Critics). Saya memang sedang menulis beberapa buah buku terbaharu.

8. Apakah pesanan Khairul Abdullah kepada pembaca di luar?

Hiduplah untuk menjadi manusia yang sentiasa memudahkan urusan manusia yang lain.

9. Pada pandangan Khairul Abdullah, apa istimewanya novel Khairul Abdullah berbanding novel lain di pasaran?

Sekali lagi, buku-buku saya bukannya novel. Buku pertama saya berjudul I’m A Backpacker Europe sangat istimewa kerana ia merupakan buku panduan kembara pertama yang berbahasa melayu. Buku tersebut disenaraikan sebagai Buku Terbaik 2016 oleh MPH dan menang tempat ke-3 untuk Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2017.

10. Dari mana Khairul Abdullah selalu dapatkan ilham untuk menulis atau dari pengalaman sendiri?

Saya seorang traveller, saya berjalan melihat dunia. Dari situ saya banyak melihat dan menilai. Ianya memberi banyak idea kepada saya untuk menulis.

11. Apa rutin harian Khairul Abdullah? Ada yang rare tak?

Saya seorang bapa tunggal dengan 3 orang anak yang masih kecil berusia antara 1-5 tahun. Ketika ibu mereka meninggal, saya membesarkan baby yang berusia 7 bulan ketika itu. Sangat rare bagi seorang lelaki menjaga 3 orang anak kecil seorang diri apatah lagi seorang bayi kecil. Jadi rutin harian saya semestinya agak rare dari lelaki lain kerana saya membesarkan anak-anak yang masih kecil seorang diri.

12. Describe diri Khairul Abdullah dalam 3 patah perkataan?

Matang, kacak, istimewa. – Ha ha ha

13. Apa nasihat Khairul Abdullah kepada penulis- penulis yang masih baru dalam industri buku?

Teruslah menulis dan menulis.

14.  Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Apa lagi bahasa lain yang Khairul Abdullah kuasai?

Saya boleh berbahasa Deutsch (Jerman) kerana pernah tinggal di sana selama 4 tahun.

 

Kami sentiasa mendoakan penulis sentiasa mendapat idea mencurah2 untuk menghasilkan karya baharu. Ameen! Jadi, itu sahaja slot bersama penulis kali ini ya readers. Sehingga kita berjumpa di sesi temu bual yang akan datang.

 

Karya terbaru Khairul Abdullah boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/author/filter/au_107782_Khairul-Abdullah/~