[SNEAK PEEK] BILA HATI DAH SUKA

Bila Hati Dah Suka Oleh Cahaya Izzati

Puan Hayati mencebik melihat reaksi suaminya itu.

“Sabarlah dulu, mama. Rifdi tak puas lagi hidup membujang,” balas Rifdi Riyadh, selamba.

“Banyaklah kamu punya puas. Kamu tahu tak, hidup lepas kahwin ni lagi seronok daripada hidup bujang. Kalau tak percaya, tanya papa kamu,” ujar Puan Hayati.

Rifdi Riyadh mengerling papanya sambil mengangkat kening.

“Hmm… seronok sangat,” balas Encik Mukhriz, kedengaran sinis.

“Amboi bang, lain macam aje bunyinya?” ujar Puan Hayati.

“Eh, taklah! Kalau dapat bini macam awak, memang seronok. Tak bosan duduk kat rumah. Dari pagi sampai malam, tak pernah sunyi,” jawab Encik Mukhriz, sengaja bergurau sambil menyindir isterinya yang suka berleter.

“Tapi, kalau Rifdi dapat yang tak banyak cakap, nanti dia bosan pulak. Biarlah dia pilih elok-elok dulu sebelum kahwin,” sambung Encik Mukhriz.

“Hisy, abang ni! Saja nak sindir saya tau. Dahlah! Malas nak cakap dengan abang. Saya nak cakap dengan Rifdi aje,” ujar Puan Hayati.

Rifdi Riyadh ketawa kecil melihat perbalahan kecil di antara mama dan papanya.

“Mama serius tau, Rifdi. Mama nak Rifdi bawa balik seorang calon menantu untuk jumpa mama tahun ni jugak. Mama tak kira!” putus Puan Hayati.

Rifdi Riyadh terpaku mendengarkan kata-kata tegas mamanya itu.

“Mama ni biar betul? Kalau tahun ni, memang tak adalah. Ni dah bulan berapa? Mengarut ajelah mama ni,” ujar Rifdi Riyadh, tidak puas hati.

“Mama tak mengarut! Mama serius. Kalau mama ikutkan sangat perangai sambil lewa kamu tu, entah bilalah kamu nak serius dalam hal ni,” tegas Puan Hayati.

Nampaknya, dia sudah nekad.

“Sekarang dah bulan Julai. Rifdi ada lagi beberapa bulan untuk cari calon isteri,” sambung Puan Hayati.

Rifdi Riyadh terdiam.

“Lima bulan aje, mama. Mana cukup? Mama ingat, cari bini ni macam cari ikan kat pasar ke?” ujar Rifdi Riyadh, enggan mengalah.

“Papa, cakaplah sesuatu,” pinta Rifdi Riyadh, cuba memancing Encik Mukhriz untuk menyokongnya.

“Hmm…” Encik Mukhriz diam sambil memikirkan sesuatu.

“Rifdi…” Dalam suara lelaki separuh abad itu menyebut nama anak sulungnya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351826

[REVIEW] LEARNING KOREAN WITH THE LITTLE PRINCE

Learning Korean with The Little Prince By Charlie Jung

This book has been edited so that the Korean language learners can improve their Korean skills by reading the world-famous novel ≪The Little Prince≫. This book divides the novel into short units (one or several paragraphs) and arranges the Korean and English texts sequentially. Korean words or phrases that appear for the first time are explained in each unit. Some words are explained next to the corresponding words.

Both Korean and English versions have been newly translated by the contributor. And both versions refrained from paraphrasing and made a more direct translation. In particular, the English version uses French sentence structures and words to maximize the feel of the original. This book will be helpful for those who like ≪The Little Prince≫ and want to learn Korean.


Annyeong haseyo, yeorobun! Haaa kecek Korea sikit min harini. Hahahaha. Min sebagai Kpopers tegar, pantang sikit dengar Korea Korea ni. Jadi excited. hahahah Sebab tu hari ni min pilih buku lain dari kebiasaan. Selalu min review novel novel cintan cintun kan, paling lain pun macam komik gitu, tapi kali ni lain betul. Harini, min pilih untuk review buku Learning Korean with Little Prince. Mana tahu nanti boleh cakap Korea, senang la nak fly ke Korea jumpa oppa Baekhyun! Hehehehe.

So, basically buku ni macam yang anda baca la, tajuk dia pun dah tahu yang buku ni genre educational. Sebab dari sini, kita boleh belajar bahasa Korea with Little Prince. Tetapi, saya tidak galakkan beginner untuk baca buku ni dulu. Nanti akan terdemotivate pulak. Jadi, kepada beginner, bolehlah beli buku lain dulu. Jangan risau, semuanya ada di e-Sentral.

Sebenarnya, ini juga adalah novel. Cuma ia novel Korea yang memudahkan orang untuk baca sebab dah siapkan translation bahasa inggeris. Secara tak langsung, boleh memperkukuh Hangul kita. Haaa sebab tu saya kata kurang sesuai untuk beginner. Takpa jangan sedih ye beginner, kita ada banyak lagi buku Learn Korea for Beginner. Pilih je kat e-Sentral tu okay?

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351977

[SNEAK PEEK] MISS PEN PAL

Miss Pen Pal Oleh akuorgbiasa

RIFDI Riyadh meninjau kelas 3 Arif tetapi tiada orang. Dia melihat pula buku nota di tangan. Dia bercadang untuk memulangkan kembali buku nota itu kepada tuannya. Dia juga ingin mengenali empunya buku itu. Dia mengeluh perlahan apabila masih tiada sesiapa di situ. Mungkin semuanya masih berada di kantin.

“Hmm… abang cari siapa?” tegur seorang gadis dari belakang.

Rifdi Riyadh sedikit terperanjat dengan teguran tiba-tiba itu. Dia pun pantas berpaling. Seorang gadis sedang tersenyum sambil memandangnya. Pandangan awalnya mendapati gadis itu seorang yang cantik. Sempat juga dia membaca nama gadis itu.

“Hafeeza,” sebut Rifdi Riyadh.

Gadis itu sedikit segan apabila seniornya itu menyebut namanya. Sedikit merona merah wajahnya. Rifdi Riyadh tersenyum.

“Buku ni…” Kata-kata Rifdi Riyadh terhenti sambil menunjukkan buku nota itu.

Dia tidak pasti bagaimana untuk menyusun bicara.

Bicaranya agak kaku di hadapan gadis itu.

“Ah, buku tu!” ujar Hafeeza sedikit terperanjat melihat buku nota itu.

“Awak kenal pemilik buku ni?” tanya Rifdi Riyadh ingin tahu. Sudah tidak sabar untuk mengetahui pemilik buku itu.

Hafeeza diam seketika sambil memandang lelaki itu.

Nampaknya, dia berminat untuk bertemu dengan pemilik buku itu. Gadis itu tersenyum kecil. Pandangannya asyik beralih di antara buku itu dan wajah lelaki di hadapannya.

Rifdi Riyadh hanya memandang. Apabila pandangan mereka bertaut, pasti gadis itu lekas-lekas melarikan pandangannya.

“Abang ada baca ke apa yang tertulis kat dalam buku tu?” tanya Hafeeza masih enggan berterus terang.

“Maaflah. Tak ada niat nak membaca tapi terleka pulak bila dah mula membaca. Sangat indah sajak yang tertulis dalam buku ni,” jelas Rifdi Riyadh. Sedikit serba salah pula apabila dia membaca buku itu tanpa izin tuannya.

“Ya ke? Segannya…” Agak perlahan nada suara Hafeeza, tetapi cukup untuk Rifdi Riyadh menangkap butir bicaranya.

“Awak ke pemilik buku ni?” tanya Rifdi Riyadh, ingin kepastian.

“Hmm… tak! Sa…saya…” ujar Hafeeza, sedikit kelam-kabut.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351975

[SNEAK PEAK] NYX: DEWI MALAM

NYX: Dewi Malam Oleh Ayumi Syafiqah

TV sedang menyiarkan drama yang langsung tidak menarik minat. Karla duduk di depan komputer ribanya semula. Laman Facebook yang diperiksa sebulan sekali terpampang di skrin. Tania baru saja muat naik satu gambar yang baharu – gambar dia bersama si teman lelaki, Hazim, sedang ber online dating menerusi satu panggilan video.

Ada 82 likes dan 32 comments.

Semuanya memuji betapa comel dan manisnya gambar itu.

Karla masih mengunyah Mr. Pringles, membayangkan dirinya sendiri mempunyai seorang teman lelaki. Mungkin bahagia pada awalnya, tapi sudahnya berakhir dengan hati yang patah dan sekolam air mata.

Belum sempat otaknya jauh belayar, telefon bimbit berdering. Tak lain tak bukan, Tania yang menelefon. Karla menjawab juga dengan malas.

“Sure you’re not trying to call your boyfriend?”

Tania tergelak kecil. “Aku ingat kau datang malam ni?”

“Aku tak cakap pun nak datang.”

“Karla…”

“Aku nampak kau upload gambar dengan mamat tu. Ingatkan kau sibuk video call dengan dia malam ni.”

“Karla’s on Facebook… huh…” Sengaja Tania mengusik dengan nada suara buat-buat terkejut.

“Yeah, suddenly craving people’s attention,” balas Karla sarkastik.

Tania tergelak.

“Speaking of boyfriend…”

“Oh, God…” Belum apa-apa lagi Karla dah mengeluh panjang.

“Apa? Aku tak cakap apa-apa pun lagi.”

“Kau nak bagi ceramah pasal cinta lagi ke? Itu ke sebab kau beria-ia suruh aku datang rumah kau? Sleepoverlah bagai.”

“Tak. Aku suruh kau datang rumah aku sebab aku rindu nak lepak-lepak dengan kau. Dan selain tu, yup, memang pun aku nak ceramah kau.”

“Well, we can’t all have the world’s best boyfriend.”

“World’s best boyfriend?” usik Tania.

“Urghhh.” Karla buat muka. “Dengar tu? Tu bunyi aku muntah tiga baldi.”

Gelak Tania terlepas lagi. Sesarkastik-sarkastik Karla pun, itulah yang selalu buat dia ketawa.

“Mungkin kalau kau ada boyfriend, kau akan jadi…”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351952

[SNEAK PEEK] ISTERI UNTUK LELAKI EGO

Isteri Untuk Lelaki Ego Oleh Rafina Abdullah

Pertunjukan kini bermula. Beberapa orang model keluar masuk silih berganti sambil memperagakan pakaian keluaran terbaru syarikat itu.

Tiba giliran Mina yang melangkah masuk, Nazwan tak berkelip memandang.

Awin di sebelahnya bertepuk tangan. Kagum dia melihat cara Mina berjalan di atas pentas. Sedikit pun nampak tak kekok. Cepat benar Mina faham cara Stephen mengajar.

“Saya dah kata, bos! Mina tu harta karun!” Awin kuatkan suaranya, berlawan dengan muzik latar yang agak bingit.

Nazwan tak peduli dengan pujian Awin terhadap Mina. Dia masih leka melihat Mina yang telah disolek. Dia sendiri tak sangka, Mina boleh jadi secantik itu. Dah rupa macam ratu cantik pun ada. Seriuslah itu Mina? Nazwan masih tidak percaya. Segera dia menoleh ke arah Awin yang dilihat begitu teruja melihat Mina.

“Amecam, bos? Beres?” Awin mahu mendengar pendapat Nazwan.

“Okey.” Hanya sepatah yang keluar dari celah bibir Nazwan. Berat mulutnya mahu memuji. Siang tadi bukan main lagi dia menghina Mina. Sekarang dia jadi malu muka pula depan Awin. Semua gara-gara sikapnya yang angkuh kerana enggan menerima cadangan Awin dari awal.

Sekarang dia akui, Mina adalah harta karun untuk syarikatnya. Kerjaya model sangat sesuai untuk Mina. Sekarang dia tak boleh menafikan bakat yang ada pada gadis itu.

Cepat benar Mina belajar. Lepas ni, tak perlulah dia pening kepala lagi untuk memikirkan pekerjaan apa yang sesuai untuk Mina. Jadi model pun dah okey.

“Saya dah kata. Bos tak caye. Sekarang bos tengok, semua orang kagum dengan Mina. Dia tu cantik, bos. Nanti bos buat kontrak untuk Mina, tau! Kita ikat dia kuat-kuat.”

“Yelah.” Malas Nazwan menjawab. Ego sungguh dia.

Selesai pertunjukan, Nazwan pulang bersama Mina. Dalam kereta, Nazwan mulakan perbualan. “Kau tak kisah ke jadi model?”

“Apa-apa kerja pun tak apa, Encik Nazwan. Saya terima.”

“Tapi kau kena hati-hati.”

Mina menoleh. Dia tidak mengerti maksud di sebalik amaran Nazwan. “Saya tak faham.”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351843

[REVIEW] AKU TUNGGU DIA

Aku Tunggu Dia Oleh Nurul Jannah

NADIA Asyila, seorang polis wanita yang periang. Dirinya dikelilingi sahabat-sahabat yang gila-gila dan satu kepala dengannya. Dia juga dicintai Iqmal Hisyam tetapi dia tidak pernah membalas kasih lelaki itu. Hatinya telah diberikan sepenuhnya kepada Fazar Azameer, lelaki yang tidak pernah mencintainya. Walaupun Fazar Azameer sering menghina tetapi lelaki itu juga yang terus bertakhta dalam hatinya. Saat selangkah dengan kematian, Nadia Asyila mendapat cinta yang dia inginkan. Bangkit daripada koma, dia memberi kejutan. Tetapi dia lebih terperanjat dengan kejutan yang diterimanya. Rupa-rupanya dia bangun bukan hanya untuk bernyawa kembali tetapi dia perlu memberi nyawa. Kini dia perlu memilih di antara dua orang lelaki yang jujur mencintainya. “Memang saya sayangkan awak, Fazar. Tapi saya tak pernah doakan perpisahan tu. Saya tahu awak sayangkan Fasha. Dan saya…” ~ Nadia Asyila

“Layak ke untuk aku mencintai kau? Kau terlalu pentingkan diri sendiri. Hanya insan sebaik Fasha yang layak miliki hati aku. Dia sanggup undur diri untuk beri ruang pada insan kotor macam kau.” ~ Fazar Azameer

“Kenapa aku diduga sebegini? Kenapa kau masih datang jumpa aku? Kalau peluru tadi tak terkena Nadia, pasti akan tembus badan kau. Kau masih lagi nak jumpa aku? Aku jahat, Fazar.” ~ Iqmal Hisyam


Entry kali ini, min macam biasa pilih cover yang comel comel, cantik cantik, warna warni, ada vibe sweet and romantik gitu. Anda semua pun dah tahu kan perangai min macam mana hehehe. Tapi kalini pilihan min tersasar. Ku sangkakan ini buku romantik sweet, rupanya kisahnya sedih dan pilu. Tak pasal pasal tisu kat rumah min habis sekotak. Huhuhu.

Okay, novel ini mengisahkan seorang anggota polis perempuan, Nadia Asyila, yang sangat setia mencintai seorang jejaka yang sesaat pun tidak pernah mencintainya. Orang kata, cinta bertepuk sebelah tangan lah, senang cerita. Akan tetapi, terdapat seorang lelaki lain yang menaruh perasaan kepada Nadia namun, sedikit pun tidak dibalas oleh Nadia. Sensitif betul la min kalau cerita cerita unrequited love ni atau dalam bahasa melayu nya, cinta tiga segi. Nadia tu sanggup bertekak untuk menegakkan benang yang basah dan sanggup tunggu si Fazar tu sampai bila bila.

Tapi, penantian Nadia tu tak sia sia. Orang kata kebenaran itu pahit. Fazar sedar cintanya dikhianati oleh Fasha setelah kebenaran terbongkar, kembali menagih cinta Nadia. Malu tolak ketepi. Sayangnya Nadia coma. Sedar je, dia mencari Syam..lelaki yang tulus mencintainya. Fazar kecewa kerana lafaz cinta ditolak. So, apa kesudahannya? Siapakah yang Nadia pilih? Haaa… Jeng jeng jeng…

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351825

[SNEAK PEEK] SAAT KAU TAKLUK CINTA INI

Saat Kau Takluk Cinta Ini Oleh Sara Hezra

HAIRA terpisat-pisat. Dari berbaring, dia bangun dan duduk seketika. Di luar masih gelap, bermakna masih ada waktu subuh. Dia cuba berdiri, namun kepalanya masih pening.

Rahhal yang menyudahkan bacaan Al-Qurannya terkejut melihat kelibat di ruang hadapan itu. Dia pasti, Haira sudah terjaga. Mungkin mahu ke tandas. Bingkas dia mendapatkan gadis itu.

“Haira nak ke mana?” Langkah Haira terhenti. Tangannya memaut dinding seketika, pandangannya tancap pada suara yang menegur.

“Ra nak sembahyang.”

“Boleh jalan ke tandas? Hujan lagi di luar.” Beritahu Rahhal. Haira mengangguk namun langkahnya tetap terhuyung-hayang. Rahhal pantas memimpin.

“Ra pegang lengan abang ni, abang hantar ke tandas.” Rahhal tidak pasti cara terbaik untuk dia membantu Haira. Lengannya dihulur. Masih berlapik baju Melayu.

Haira menurut. Mereka menuruni tangga, berjalan terus ke tandas dengan berpayung.

“Haira OK?” soal Rahhal bila Haira keluar semula dari tandas. Wajah itu basah, sisa air sembahyang. Tubuh itu menggeletar.

“Pegang abang.” Usul Rahhal, menghulurkan lengannya. Haira berpaut. Mereka kembali ke dalam rumah. Rahhal membantu Haira mengenakan telekung. Seusai solat, Haira kembali mengensot ke pembaringan.

“Abang minta maaf, tak ada tilam.”

Haira hanya menggeleng, tidak mahu menyalahkan Rahhal. Rahhal memberi kebenaran kepadanya untuk menumpang pun dia sudah cukup bersyukur. Dia kembali merebahkan badan. Dia tidak berdaya untuk memberi respons terhadap kata-kata Rahhal. Apa yang lelaki itu buat untuknya sudah memadai.

“Ra rehat dulu ya. Nanti abang kejut untuk makan ubat dan sarapan.” Rahhal menyelimutkan tubuh itu. Dia perlu menguruskan Hajah Jamiah pula. Sebesen air sudah disediakan untuk kegunaan Hajah Jamiah mengambil wuduk.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351939