REVIEW Maze Runner: The Scorch Trials Official Graphic Novel Prelude

Maze Runner - Scroch Trial Prelude
EBUKU MAZE RUNNER: THE SCORCH TRIALS OFFICIAL GRAPHIC NOVEL PRELUDE BY VARIOUS

 

Selepas menonton Maze Runner: The Scorch Trials di wayang minggu lepas, admin tengah minat sangat dengan trilogi Maze Runner ini. Pelakon lelaki semua hensem (admin dengar banyak yang lebih suka Minho daripada Thomas, siapa setuju?), cerita pun suspens sepanjang tayangan. Sebab itu, admin sangat teruja bila terjumpa ebuku Maze Runner: The Scorch Trials Official Graphic Novel Prelude.

Dalam ebuku ini, ada 5 komik yang menengahkan watak-watak seperti:
1. Minho

2. Alby

3. Aris

4. Jorge dan Brenda

5. Mary Cooper (doktor yang jumpa dengan Thomas di tempat Right Arms)

Kronologi cerita ini ialah sebelum filem pertama ditayangkan. Dengan gaya penceritaan orang pertama, pembaca boleh mengetahui perasaan dan pemikiran karakter yang tidak ditunjukkan atau hanya ditampakkan sekejap dalam filem. Ebuku ini juga menjawab persoalan yang tersirat berkisar latar belakang Aris sebelum filem kedua dan bagaimana Jorge boleh berjumpa dengan Brenda. Admin rasa sedih semasa penulis mempamerkan beban emosi tanggungan Minho dan Alby. Ramai kawannya yang mati sebagai Runner dan cabaran hidup yang sukar membuat mereka menjadi dewasa, terlalu cepat dari usia mereka.

Keseluruhan cerita ini, dapat menjawab soalan-soalan yang muncul dalam minda anda selepas menonton filem pertama dan kedua. Kalau memang minat dengan siri ini, pasti tak akan kecewa.

 

 eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/55551/maze-runner-the-scorch-trials-official-graphic-novel-prelude