[REVIEW] NIPIS TAPI KRITIS

NIPIS TAPI KRITIS OLEH OTHMAN TALIB

Nipis Tapi Kritis terhasil kerana kesukaran mendapatkan rujukan yang boleh menjelaskan bagaimana sorotan literatur ditulis untuk naskah ilmiah. Pelajar dituntut menulis sorotan litaratur yang kritis, namun tiada buku dapat menjelaskan maksud kritis tersebut.


Sebuah buku yang saya kira bagus untuk mahasiswa/i. Buku ini akan membantu mereka untuk menulis sorotan literatur dengan lebih baik. Antara yang terkandung di dalam buku ini ialah:

  • Apa itu thesis statement.
  • 5 cara menulis petikan
  • Simulasi sorotan literatur
  • Cara membina struktur sorotan literatur dan banyak lagi

Jadi, jika anda mencari buku panduan untuk menulis thesis anda, ini adalah satu judul yang anda perlu ada!

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/124987/nipis-tapi-kritis

[REVIEW] BUDAYA USAHAWAN BERJAYA

BUDAYA USAHAWAN BERJAYA OLEH BUERAH TUNGGAK DAN HUSSIN SALAMON

Bidang keusahawanan dan perniagaan merupakan satu bidang yang dipandang mulia oleh ajaran Islam. Di samping ianya merupakan satu bentuk ibadah kepada Tuhan, bidang ini juga turut menjanjikan pulangan yang tinggi serta merupakan satu sumber rezeki terbaik dibandingkan dengan sumber pendapatan lain. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri merupakan model usahawan yang sangat berjaya bukan hanya di peringkat domestik tetapi juga merentasi sempadan negara lain sebelum baginda diutuskan menjadi pembawa risalah agama Islam. Kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang usahawan yang ditunjukkan melalui sikap gigih, dedikasi, sabar, dan amanah merupakan contoh terbaik untuk diikuti oleh usahawan muslim pada masa kini. Sehubungan itu, ajaran Islam menekankan proses pembentukan usahawan muslim yang berjaya namun dalam masa yang sama berpegang teguh kepada ajaran Islam. Justeru, pendidikan sepanjang hayat (life long learning) perlu diberi penekanan dalam proses pembentukan usahawan muslim berjaya. Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan, panduan, dan bahan bacaan oleh para usahawan, bakal usahawan, pakar motivasi keusahawanan, ahli akademik, ahli politik, dan para pelajar di institusi pengajian tinggi serta sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang keusahawanan.


Setelah membelek dari muka ke muka, apa yang admin boleh ulsan mengenai buku ini ialah sebuah buku yang sesuai untuk dijadikan rujukan dan panduan untuk menjadi usahawan berjaya. Antara yang dimuatkan dalam eBook ini ialah konsep nilai, moral, etika dan akhlak serta hubungannya, etika Islam dalam keusahawanan, pembangunan usahawan dalam Islam.

Mudah kata, buku ini merupakan rujukan yang lengkap mengenai definisi dan cara dan model pembangunan usahawan bumiputera. Padat dengan informasi. Untuk dapatkan eBook penuh, boleh ikuti link di bawah.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/97435/Budaya-Usahawan-Berjaya