[SNEAK PEEK] You Are My Greatest Pain

You Are My Greatest Pain
karya: Rinsya Chasiani


. . .

“Terima kasih sebab ada di sisi Dian sewaktu Dian betul-betul tak ada sesiapa untuk bergantung harapan… Sewaktu hidup Dian benar-benar dalam kegelapan!” Nadian memejamkan mata rapat-rapat. Jujur dia bersyukur Qaim sudi menerima dirinya dalam keadaan yang paling rendah dan hina. Jika lelaki lain, tidak mungkin ada yang sanggup berkorban seperti Qaim.

Qaim tersenyum mendengar kata-kata Nadian. Dia tidak menyangka Nadian sudi meluahkan isi hati kepada dirinya. Dia tahu bukan mudah untuk Nadian melafazkan kata-kata itu. Pasti ada sesuatu yang berlaku sehingga Nadian begitu berlembut dengan dirinya. Kali pertama Nadian memeluk dirinya, kali pertama juga Nadian berterima kasih… Dan Qaim mampu merasakan keikhlasan dalam setiap tingkah isterinya itu.

“Dian tahu yang ‘dian’ maksudnya lilin? Segelap mana pun tempat yang Dian tempati, asalkan ada pemetik api, tempat tu bakal ada cahaya. Izinkan abang jadi api untuk Dian… Boleh?” Nadian mengangguk berkali-kali. Rasa sebak semakin menguasai.

“Bukan abang nak mengelak, tapi abang belum asar lagi. Risau terbabas ke maghrib. Dah tinggal beberapa minit lagi masuk waktu.” Qaim mengambil kedua-dua bahu Nadian dan mencipta jarak antara mereka.

“Abang, Dian tak mengandung,” ucap Nadian.

“Qaim terdiam sesaat. Patutlah wajah Nadian berseri walau sememeh dengan air mata. Qaim ukir senyuman. Hati kecilnya bersyukur. Dia tidak menyangkan Nadian berani membuat ujian kehamilan kerana dia tahu trauma yang nadian hadapi sehingga wanita itu terlalu takut berdepan dengan realiti. Makanya, Nadian sudah mula kuat semula. Tidak lemah seperti beberapa bulan kebelakangan ini. Perkembangan yang positif itu membuat hati Qaim terus lapang. Dan yang lebih penting, Nadian tidak mengandungkan anak lelaki lain. Biarpun dia telah bersedia dengan segala kemungkinan, tetapi jauh di sudut hati Qaim tetap mengharapkan¬† bahawa Nadian tidak mengandung.

“Alhamdulillah…” tubuh nadian dirangkul. Ubun-ubun isterinya dikucup berkali-kali.

 

 

Tentang dirimu yang selalu keliru dengan apa yang terbaik untuk hidupmu...
Teruskan jalan. Biar pun gaung menanti di depan. Biarkan hatimu kelelahan.
Kerana melangkah lebih baik dari terus berhenti di tengah-tengah jalan.

. . .

Dapatkan versi penuh e-book ini di e-sentral.com
Link: https://www.e-sentral.com/book/info/361508
Penerbit: Rinsya Chasiani
Penulis: Rinsya Chasiani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *