[SNEAK PEEK] TOLLGATE

TOLLGATE Oleh Nasa Yusuf,Maira Huda,Niqiey Delova,Naomi Sakura,Al Aswad,Emila Sofea

 

hujung pantai kampung ini. Tanpa berlengah, Syahir terus

memecut ke tempat yang Fizi tunjukkan.

Di hujung pantai, kelihatan ada satu tempat yang

penuh dengan aura gelap sehinggakan udaranya kotor dan

busuk. Hanz dan Hani sudah berdiri di hadapan semua

makhluk-makhluk ghaib yang sedang berkumpul. Ternyata

betul kata tuan mereka. Ada satu laluan yang akan terbuka

malam ini, laluan antara dunia sebenar dan dunia ghaib.

Hanz dan adiknya terus melangkah mendekati laluan itu.

Laluan itu dihalang oleh beberapa pondok tol yang

dijaga oleh seseorang. Banyak makhluk-makhluk pelik yang

keluar dari lorong-lorong pondok tol itu seperti kereta yang

baru melepasi plaza tol.

Hanz merapatkan dirinya dengan salah satu

pondok tol itu. Makhluk-makhluk lain yang ingin mengacau

mereka berdua terus berundur apabila melihat biji mata Hani

yang tiba-tiba berubah menjadi hitam. Hanya renungan Hani

yang boleh membuat makhluk-makhluk halus di situ takut

sehingga melarikan diri. Hanz memegang bahu Hani

menyuruhnya bertenang.

“Kamu ingin ke mana, wahai manusia?” tanya

penjaga pondok tol itu. Seseorang yang bertubuh sasa penuh

dengan jahitan di badan. Tetapi, tidak mempunyai kepala.

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/303383/tollgate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *