[SNEAK PEEK] Terukirnya Takdir

Terukirnya Takdir
— karya Hiznawa


“Adik takkan boleh faham. Perasaan bersalah tu sampai mati akan menghantui hidup along. Along bu…” Terhenti bicara Mikhael apabila mendengar sesuatu yang sangat sebati dengan telinganya. Bunyi piano ditekan-tekan. Seolah-olah sedang cuba memeriksa bunyi yang terhasil.

Satu… dua… tiga… Hanya tiga kekunci yang ditekan sebelum tidak lagi kedengaran sebarang bunyi. Hening.

Dahi Mikhael mula berkerut. Bukannya orang di dalam rumah ini tidak tahu yang dia tidak suka mendengar bunyi yang datang dari alat muzik itu.

No one dares to play piano when he’s home.

Dia memandang Muiz lalu mengangkat kening. Bertanyakan dalam diam siapa yang menekan kekunci piano itu.

Muiz hanya mengangkat bahu dan menggeleng. Tanda tidak tahu.

Suasana diam seketika. Tanda piano sudah tidak terusik. Mungkin Maisarah yang menekan kekunci piano itu sebelum teringat akan kehadiran dia di dalam rumah.

Baru Mikhael hendak menghirup udara yang dirasakan tersekat tadi, tiba-tiba dadanya terasa sesak apabila sesuatu menyapa telinga.

Melodi ini….

Tangan diletakkan di atas dada, betul-betul di atas jantung yang mula melajukan denyutan.

…yang senantiasa membuat jantungnya berdetak tenang suatu ketika dulu.

Mikhael melepaskan deheman kasar. Mencuba untuk meneutralkan detak jantungnya semula.

“Ballade No.1 in G Minor Op.23. Chopin.” Muiz menggumam perlahan dengan mata yang melirik ke wajah abangnya yang mula bertukar warna.

Dia berdecit sendiri.

Manusia mana pula yang berani bermain piano semasa along berada di rumah ni? Nak kena sembelih ke apa?

Bibir Muiz tak henti-henti mengomel sendiri. Jangan along mengamuk sudahlah.

Serentak Mikhael dan Muiz mengangkat kaki menuju ke arah laman yang menempatkan sebuah piano milik keluarga mereka.
. . .

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/359169