[SNEAK PEEK] Syurga Cinta Beratap Rumbia

Syurga Cinta Beratap Rumbia
— karya Yaya Abdul Rahman


. . . 

Siapa sahaja tidak mengenali Pak Majid. Dahulunya dia seorang nelayan cabuk sahaja. Kini, Pak Majid mampu menyewakan berpuluh- puluh bot tarik dan beberapa buah kapalnya kepada nelayan-nelayan lain. Termasuklah aku. Kaya tak kaya bapa si Aira Syuhadah. Eheh! Jangan pandang enteng dengan Pak Majid.

“Epul, jagalah Aira dan anak dalam kandunganya baik-baik ya. Tanggungjawab menjaga Aira kini di atas bahu kamu. Ayah tahu ayah bukan seorang bapa mithali. Ada masa ayah cepat melenting. Namun, ayah berharap sangat Epul menjaga Aira dan anak dalam kandungannya seikhlas hati. Menyantuni sebaik- baiknya kerana Aira sekarang milik kamu, isteri yang perlu Epul hormati dan sanjungi. Senja dah ni. Kata nak balik rumah kamu.” Kata-kata terakhir Pak Majid, bapa mentua aku.

Awal-awal lagi aku telah memberitahu padanya, aku mahu Aira Syuhadah tinggal bersama aku di rumah kampung emak. Aku tidak boleh tinggalkan emak. Kasihan emak tinggal seorang diri nantinya. Tanggungjawab seorang anak lelaki berat kepada emaknya. Tambahan pula, emak aku semakin tua. Aku sayang emak. Aku tidak mahu meninggalkan emak keseorangan di rumah kampung itu.

“Nak gerak dah ni. Ayah, boleh tolong panggilkan Aira.” Aku terbata-bata meminta tolong.

“Eh, kamu masuklah bilik dia! Itukan dah jadi bilik kamu jugak, Epul. Nak malu apanya.” Tergelak Pak Majid dengan perangai tersipu-sipu malu menantu baharunya ini.

“Bukan malu, ayah. Tapi sepanjang hari ni Aira pandang muka Epul pun tak sudi.” Jujur aku memberitahu.

Mana tidaknya, pandangan kami berlaga sahaja cepat-cepat Aira Syuhadah menghadiahkan aku jelingan maut. Fuh! Terus tidak berani aku mahu menegurnya. Nampak sangat dia terpaksa. Keadaan mendesaknya untuk menerima diri aku sebagai suaminya.

“Alah, kamu lelaki. Ikatlah dia dengan kasih sayang kamu. Itu pun nak ayah ajarkan ke, Epul.” Pesanan Pak Majid itu aku semat dalam. Ikat Aira Syuhadah dengan kasih sayang aku? Hmm menarik!

It’s payback time, Aira. Kahkahkah.

. . .

Dapatkan versi e-book penuh di sini: https://www.e-sentral.com/book/info/361324

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *