[SNEAK PEEK] SUARA DARI LANGIT

9789671136881-medium
SUARA DARI LANGIT Oleh Afiq Abrar, Shahrul Akmal, Hasnizal Ehsan, Azhar Ibrahim, Dalila Dahri, Hafizah Sukamat, Raden Azwan, Hajar Zainal, Farha Jalila, Izzul Faiz, Asmirana Maspade, Muhammad Aneff, Hazizah Hussain, Munira Nabila, Syahmi Fadzil, Taufik Khadri, Asmar Shah, Nurul Syahirah, Lokman Hakim, Fatin Nadhira

SETIA TANPA LAFAZ

IZZUL FAIZ

Aku ada seribu satu nama, kau pilih, kalau kena gaya, jadi doa, tak kena gaya kau yang naya, tapi tak apa, aku tinggalkan juga nama, Mohd Izzul Faiz bin Idrus, ingat betul-betul, sebab dari nama ni nanti kau akan dapat sesuatu, yang baru, yang kau tunggu, yang kau mahu, tapi kau belum lagi tahu..yaa, aku masih di sudut itu, memerhati dan terus memerhati..

“Style of your hair…Shape of your eyes and your nose” telefon bimbit Fariz berdering lagu Neyo-Part of the List yang baru di-download-nya minggu lepas. Entah kenapa, tapi dia suka benar lirik lagu tu.

“Hello sayang, lambat angkat phone?”

“Haaa…saja nak dengar ringtone sendiri..hehe.”

“Awk tengah buat apa ni?”

“Saya? Saya tengah rindu awak laaaaa…hahaha.”

“Ishhh awak ni! Jangan main-main boleh tak? Awak kat mane ni?”

“Mana lagi? Saya kat hati awak laaa..hahaha!”

“Sayang! Betul-betul laaa! Dia ni kan! Saje nak buat orang marah la!”

“Yela-yela…Sorry, saya kat rumah la, mana lagi? Tak buat papa pun, layan DVD je ni.”

“Ok, siap k? lagi 10 minit saya ambik, kita pegi makan nasi kukus favourite saya tu k? Btw! Jangan nak pakai jeans koyak awk tu tau! Bye sayang!”

“Yala..Yalaa…Yalaaa! Bye!”

Macam tu lah perangai Fariz, anak kelahiran utara ni memang tak pernah serius, semua benda bagi dia main-main. Eka, cinta hati Fariz, buat masa ni, dia saja lah yang mampu sabar dengan perangai Fariz yang macam tu. Walaupun Fariz ramai peminat dan kawan perempuan, tapi lama dia tunggu Eka, macam-macam dia buat untuk dapatkan Eka sampai lah Eka jadi girlfriend dia.

Hari berlalu, masa berganti masa, tahun demi tahun mendewasakan mereka. Diam tak diam dah hampir dua tahun mereka bersama. Menempuh segala suka dan duka bersama, gaduh tak payah cakap la. Kadang sebab tersalah cakap pun boleh jadi punca masalah. Biasa lah, darah muda, masing-masing tak mau kalah. Kedua-dua mereka berjaya menamatkan pelajaran. Sebelum ini, mereka berdua dalam satu kelas yang sama dan kemudian menyambung praktikal di tempat yang sama. Rasanya, tak payah cerita banyak, faham-faham sendiri la bila hari-hari depan mata, mesti banyak masalah. Selalunya Fariz yang menjadi punca masalah. Sebab dia terlalu peramah, senang didekati dan sering buat Eka rasa tak selesa.

Akhirnya tamat tempoh praktikal, Fariz terus mendapat kerja di syarikat tersebut dan Eka pula terpaksa mencari tempat lain dan sekarang segala ceritanya bermula.

“Sayang, ni kita dah start kerja ni, lepas ni boleh la kumpul duit nak kawin kan?”

“Erkk…kawin? Haa..tengok la nanti macam mana ok?”

“Awak memang tak sayang saya kan?! Ke awak dah ada perempuan lain kat office tu?! Ye la, awak kan yang sangat-sangat friendly tu?!”

“Ada wak, ramai!, beratur orang mau kat saya ni tau. Awak lupa ke saya yang hensem gila tu kan? Hahahaha!” Fariz ketawa besar memerli Eka.

Fariz terus dengan caranya yang tak pernah serius. Eka terdiam seribu bahasa, tanda merajuk. Fariz masih dengan attitudenya yang sungguh tak matang dan keanak-anakkan. By the way, untuk gadis-gadis yang tengah baca cerita ni, aku nak kongsikan sesuatu. Lelaki, takkan senang-senang berjanji untuk sesuatu yang besar, bila dia tahu dia belum sedia atau pun belum stabil. Bukan sebab dia tak sayang, tapi kalau dia nak buat sesuatu yang besar macam kahwin contohnya, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk buktikan benda tu. Dia takkan berjanji kosong. Ingat tu! Sambung balik cerita. Sebongok-bongok Fariz yang banyak main tu, dia sayangkan Eka sungguh-sungguh, jadi dia tahu macam mana nak ambil hati Eka bila dia merajuk.

Faiz bersuara lembut.

“Sayang, lapar laaa, jom makan ayam nak? Awak suka makan ayam kan? Kan? Haaa…jom saya belanja k? Tak mau la merajuk sayang, betul ni wak! Saya sayang awak sorang je tau, hati saya ni untuk awak je, Saya janji! Saya dah takde hati dah ni tau, sebab hati saya dengan awak, sumpah! Haha!”

Eka mula tersenyum, dia selalu kalah dengan pujuk Fariz, mungkin sebab itu lah dia boleh buka pintu hati dia untuk Fariz dulu. Namun selepas 3 bulan bekerja, segalanya tiba-tiba berubah dan langit tidak lagi secerah yang disangka.

“Hello! Awak kat mana ni ha?! Saya tengok Facebook and Twitter awak, bersepah dengan perempuan je ni ape cerita?! Gatal sangat dah? Hah?!”

“Laaa.. saya bukan kenal pun diorang, diorang add, saya approve la, apa masalah dia ni? Lagi pun, awak tau laa, saya buat hosting atas pentas, memang la orang kenal, so tak salah pun saya approve kan, biasa lah…celebrity kan? Hahaha.”

“Dah la awak, saya dah bosan la dengan perangai awak ni, macam budak-budak, tak pernah nak matang langsung! Benci la! Baru jadi host sikit, baru keluar TV tiap-tiap minggu dah lupa daratan kan?! Sebab tu la dari dulu lagi saya benci sangat kerja awak ni, belajar pandai-pandai, setakat nak buat hosting je, baik tak payah la!”

“Awak, jangan lah hina kerja saya, sekurang-kurangnya, saya cari rezeki yang halal kan? Saya takdak pun pi mencuri ka, merompak ka kan?” Pekat dialek utara Fariz.

“Dah la, I’m tired of this Fariz! Saya tak larat dah, tiap-tiap minggu nak kena tengok awak tergedik-gedik dengan artis dalam TV, tak cukup dengan tu, bersepah pulak kenalan-kenalan baru ni!”

“Laaa…tu kerja saya la, saya bukan sayang diaorang pun, saya sayang awak ja kan? Rilek laa.”

“Dah la! Awk nak sangat diorang kan! Ambik! We are done Faiz!”

Tup!

Talian diputuskan Eka dengan sengaja. Fariz mula tenggelam punca, banyak kali dia cuba call balik, tapi tak dapat. Sedih rasanya bila tiba-tiba masa bergaduh, mula panggil nama, ha! Yang tengah baca tu, ambik ikhtibar. Jangan buat macam ni, kesian kat orang yang berhati lembut tu, mesti dia kecik hati. Sebab masa tengah marah, aku kau la, apa la, habis hilang sayang dengan hormat semua.

Masuk hari ini, dah dekat seminggu Eka langsung tak angkat phone, atau reply text Fariz. Tak berani pulak Fariz ke rumah, sebab Eka tinggal dengan family, kang apa pulak family dia cakap kalau bergaduh depan rumah. Fariz semakin bercelaru. Dia mula hilang fokus. Cuba bayangkan macam mana dia boleh tinggalkan kesedihan seketika di tepi tangga pentas, kemudian naik dan hiburkan beratus-ratus ribu orang, buat diaorang ketawa, dan ambik semula segala kesedihan dia tadi masa turun dari pentas. Sejak kecil lagi Fariz memang macam tu, dia tak pandai tunjuk kesedihan dia. Dia percaya, yang dia hanya mampu hidup dalam kegembiraan orang lain. Sebab tu, takkan ada orang yang akan sedih bila dengan Fariz, dia pandai buat orang ketawa, itu kelebihan dia.

Minggu kedua, Fariz semakin kusut masai, dengan muka penuh jambang dan misai yang tidak bercukur, baju tak di-iron, kereta tak bercuci, bilik bersepah. Fariz bukan orang yang macam tu, dia seorang yang kemas dan teratur, walaupun kadang kala pakaian dia sempoi persis seorang rockers. Satu petang yang indah, ketika dia balik dari office, Fariz nampak kereta Ibu Eka di tepi jalan, berhampiran dengan sebuah restoran tempat dia dan Eka selalu habiskan masa bersama dulu.

“Eh, sapa pulak bawak kereta mak dia ni, takkan la mak dia lepak mamak?” monolog Fariz dalam diri. Fariz memberanikan diri untuk pusing sekali lagi, dan menghampiri restoran tersebut. Fariz rasa dia seorang yang kental, dan mampu bertahan untuk sebarang situasi yang bakal dia hadapi nanti. Tapi tanggapannya itu ternyata meleset, dia nampak Eka! Dengan lelaki lain! Berdua! Eka bukan macam tu, dia tak pernah keluar dengan lelaki lain berdua. Hati Fariz hancur, luluh, tiada perkataan lagi yang dapat digambarkan. Dia sekadar mampu menarik telefon bimbit dari saku, dan menaip sms lalu dihantarkan kepada Eka.

“Congraz =)”

Sedalam-dalamnya lautan India, dalam lagi maksud sms tersebut sebenarnya. Eka dan teman barunya itu nampak Fariz. Mata mereka sempat menyapa. Namun tiada sebarang kata.

Fariz singgah di 7eleven berdekatan, sebaknya tidak tertahan lagi, dia lantas membeli sekotak Malboro Ice yang boleh dipicit-picit itu. Sebenarnya, Fariz bukan lah seorang perokok, dari kecik lagi dia aktif bersukan, jadi dia tidak merokok. Tapi hari ini berbeza. Berbatang-batang rokok dia hisap, tanpa peduli apa-apa. Rokok merupakan ubat penenang bagi Fariz pada ketika itu. Kerana rokok lah dia dapat tidur malam seketika akibat pening kepala, walaupun tak lena. Dah berapa malam dia tak dapat tidur, asyik ingatkan Eka, Fariz terus cuba menelefon lagi, namun gagal.

Hidup Fariz semakin tidak menentu, dia nyata tidak pedulikan kerjanya lagi. Dia dipanggil bertemu bos secara personal. Tanpa cuba memahami terlebih dahulu situasi Fariz. Dia diberikan notis 7 hari berhenti kerja. Fariz tidak mahu bertemu sesiapa selepas itu, dia terperuk di bilik rumah sewanya sorang diri, tidak mahu didampingi. Mesej terakhir yang dihantar kepada Eka berbunyi begini,

“Awk, jgn lah buat sy mcm ni, sy dah hilang semua wak, sy dah hilang diri sy, kerja sy, sy dah takda sapa-sapa dah awk, sy just nak awk balik, sy tak reti nak sayang orang lain dah wak, sy nak awk ja, sy dah takda hati dah, sy dah janji dulu hati sy ni hanya untuk awk ja, sy dah serah hati sy kat awk, dan skarang sy tak boleh hidup dah, sy merayu awk, please bagi sy peluang.”

Namun sepi, Eka seakan tidak peduli lagi, dan Fariz seolah tak pernah wujud dalam hidupnya.

Diam tak diam dah hampir dua tahun peristiwa itu berlalu. Selepas tragedi itu Fariz tinggal bersama keluarganya, keluarga dia lah yang jaga makan pakai dia selama ni, dia ibarat zombie yang langsung tak punya perasaan selepas insiden itu, namun hari ke hari, dengan bantuan keluarga, dia mula menunjukkan perubahan positif. Nampak tak? Last-last family jugak lah yang ada untuk kita! Ingat benda ni! Jadi masa tengah seronok bercinta, family jangan korang buang pulak!

Eka? Apa jadi dengan Eka? Selepas tidak bersama dengan Fariz, lebih kurang 9 bulan kemudian dia bertunang dan selepas itu mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang pernah terserempak dengan Fariz di restoran dulu. Berdasarkan cerita kawan-kawan, Eka dah lama mengenali lelaki tersebut, sebelum berpisah dengan Fariz lagi, tapi perancangan Allah lebih baik berbanding manusia kan? Jodoh kan? Jadi kita kena belajar terima ketentuan Illahi.

Hari ini 7 julai 2013, ulangtahun Fariz dan Eka yang ke 5. Fariz telah betul-betul sembuh dari luka-luka lama. Lama sungguh masa diambil Fariz untuk recover sepenuhnya. Bangang punya Fariz. Mungkin dia benar-benar sayangkan Eka, mungkin sebab perangainya yang kurang matang, buat Eka tak nampak macam mana sayangnya Fariz kat dia. Eka diberitakan sedang sarat mengandung anak pertamanya. Fariz? Fariz dah boleh terima segala ketentuan Illahi. Hari ini, hari yang cukup bermakna bagi Fariz, dia bangun awal dan berpakaian segak dengan rambut yang tersisir rapi. Fariz yang dulu telah kembali dengan semangat yang baru, dia mahu mendapatkan pekerjaan semula dan bina hidup baru setelah lama berehat.

Fariz hidupkan motosikal berkuasa tingginya yang telah lama tidak ditunggang, selama ini, adik bongsunya mengambil tugas untuk memanaskan enjin, supaya motosikal kesayanganya itu tidak rosak dan motosikal itu merupakan harta pertama Fariz. Sepanjang perjalanan, dia tersenyum sambil membayangkan suka-duka yang terpaksa dilalui selama ini. Bagi dia hidup ini cukup indah, tapi dia dah buat kesilapan dengan mensia-siakan segala-galanya. Mujur lah dia sempat sedar setelah beberapa tahun. Fariz percaya, andai cinta mampu buat seseorang bahagia, cinta juga boleh buat seseorang itu kecewa dan menderita.

Sedang asyik Fariz mengelamun sendiri, sebuah lori tiba-tiba memecut laju dan melanggar motosikalnya dari belakang! Faiz tercampak ke bahu jalan, dia cedera parah dan segera dikejarkan ke hospital. Fariz kaku, tidak bergerak walaupun sedikit, matanya tertutup rapat, tetapi senyuman itu masih jelas terpancar di wajahnya. Dia seakan-akan bersedia dan menerima segala takdir Tuhan. Mungkin hari ini, segala kesakitannya selama ini bakal lenyap selama-lamanya.

Selepas beberapa jam di unit rawatan rapi. Fariz menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi keluarga dan kawan-kawan yang hadir. Semua yang ada tak dapat menahan sebak kerana tahu apa yang dilalui Fariz selama ini. Mayatnya kemudian dibawa ke bilik autopsi untuk proses bedah siasat. Satu persatu anggota badannya diperiksa, dan kecederaannya dikenal pasti, tiba-tiba doktor yang menjalankan bedah siasat tadi terkejut dengan apa yang ditemui!

“Ya Allah, mana perginya hati budak ni? Takkan selama ini dia hidup tanpa hati?” hati doktor berbisik.

Doktor tadi bingung dengan situasi yang dihadapi, dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, berkali-kali dia melakukan pemeriksaan semula, namun masih tidak menemui hati Fariz, ruang tempat letaknya hati itu pun bagaikan sudah ditinggal lama! Doktor tadi meninggalkan seketika mayat Fariz dan cuba untuk mendapatkan rakan sekerjanya di bilik yang berhampiran untuk berkongsi cerita.

Dalam perjalanannya menuju ke bilik yang berhampiran, tiba-tiba dia terlihat ramai doktor dan juga jururawat berhimpun di depan bilik bersalin. Doktor tadi lantas bertanya pada jururawat yang berhampiran.

“Aini, kenapa ni? Apa yang  kecoh sangat ni?”

“Doktor mesti tak percaya! Ada seorang ibu yang baru selesai melahirkan anak tadi, namanya Eka kalau tak silap saya, dia ada dua hati doktor! Selama ini, ibu tadi hidup dengan dua hati! Jadi semua orang berkumpul untuk saksikan keajaiban itu doktor!”

“MasyaAllah, apakah maksud semua ni?” hati doktor berteka-teki sendiri.

“betul ni wak, saya sayang awak sorang je tau, hati saya ni untuk awak je, Saya janji! Saya dah takde hati dah ni tau, sebab hati saya dengan awak, Sumpah! Haha!”

Kun Faya Kun.

Suara dari langit itu maha mengetahui, siapa kita untuk menyoal setiap takdir Ilahi?

Yaa…aku masih di sudut itu, memerhati dan terus memerhati…

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79914/suara-dari-langit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *