[SNEAK PEEK] SUAMIKU MR MAMAK

Suamiku Mr Mamak oleh EZDIANI ABD RAHMAN

Ailyn dan Haqeel bertemu di sebuah restoran nasi kandar. Pertemuan mereka tidak seperti pasangan lain. Ailyn yang ketika itu ingin memesan makanan memanggil Haqeel kerana dia menyangka Haqeel merupakan pekerja restoran tersebut. Siap memesan pesanan, Ailyn rasa sakit hati bila pemuda itu seperti mahu mengayatnya. Malu Ailyn bila dapat tahu daripada pemilik restoran Haqeel bukan pekerja di situ. Haqeel juga pelanggan sepertinya. Kerana perkenalan itu, Haqeel memperkenalkan dirinya kepada Ailyn dan kawannya Nadia. Tapi, Ailyn langsung tidak berminat untuk meneruskan perkenalannya. Haqeel bukan lelaki idamannya. Muka ala mamak dan berjambang. Bukan citarasanya. Nadia selalu usik Ailyn untuk terima perkenalan Haqeel. Nampak kesungguhan Haqeel ingin menjalinkan persahabatan. Namun, Ailyn tinggi dengan egonya. Tidak suka. Dalam masa yang sama Ailyn malu sendiri dengan sikap kalutnya. Tak pasal dia malu. Ailyn tergesa-gesa pergi temuduga. Terkejut Ailyn bila yang temuduganya adalah Mr Mamak yang dia jumpa di kedai mamak pagi tadi. Makin malu Aliyn bila perlu berhadapan dengan Haqeel. sudahlah dia kutuk Haqeel macam-macam. Ailyn sangat perlukan pekerjaan sekarang. Dia tiada tempat bergantung lagi. DIa hanya ada Azam adik kepada emaknya. Azam selalu berjudi dan banyak berhutang dengan ah long sehingga pemiutang mengejar Azam hingga ke rumah. Ailyn dijadikan cagaran untuk membayar segala hutang. Ailyn yang ketika itu sudah mula bekerja dengan Haqeel tiada pilihan. Dia menghubungi Haqeel dan meminta Haqeel mengahwininya demi melarikan diri daripada Azam dan ah long. Haqeel setuju dan mereka berkahwin. Segala hutang Azam dibayar dan Ailyn selamat dengannya. Hubungan mereka terjalin tanpa cinta, tapi Haqeel ikhlas mengahwini AIlyn. Dia bukan sahaja ingin penyelamata Ailyn malah dia juga ingin jadi hero di hati AIlyn. Rasa benci Ailyn kepada Haqeel lama-lama menjadi bibit sayang. Hubungan mereka menjadi rapat dan Ailyn sedia berikan hatinya kepada Mr Mamak. Mereka bahagia. Selepas berapa lama tidak bertemu dengan Azam, Ailyn dihubungi Azam Mengaku menyesal dengan perbuatannya sebelum ini. Ailyn percaya dengan kesungguhan Azam merayu menangis memohon ampun. Azam rancang sesuatu. Dia mahu jerat Ailyn, tapi hero Ailyn selalu ada selamatkannya.


“TERIMA KASIH Nad tumpangkan aku ke tempat kerja,” ucap Ailyn. Hari ini hari pertama dia bekerja. Berdebar-debar Ailyn. Mujur ada Nadia sudi tumpangkan dia, memandangkan tempat kerja mereka satu deret bangunan yang sama.

“Sama-sama, babe. Alah, kau kawan aku. Jangan nak berterima kasih sangatlah.” Sebaik tali keledar dibuka Nadia menguak pintu bahagian pemandu. Dia keluar dan mendekati Ailyn.

“Kau banyak tolong aku. Kalau kau tak bantu aku mesti aku menganggur sampai sekarang. Syukur sangat. Terima kasih, Nad.” Ailyn memegang jemari Nadia. Dia berterima kasih sangat. Terharu. Nadia memang kawan yang sentiasa ada di saat susah dan senang.

“Alah, touching pula. Dah-dah jangan nak terharu lebih sangat. Aku pergi dululah. Ap qa-apa nanti kau telefon atau WhatsApp aku,” pesan Nadia sambil tangan menepuk belakang Ailyn.

“Terima kasih Nad. Aku sayang kau.” Ailyn melambai-lambai tangannya kepada Nadia sehinggalah bayangan Nadia hilang daripada pandangan.

“Ehem!” Haqeel yang berada lama di situ berdeham.

Ailyn menoleh ke arah suara deheman. Tertunduk wajahnya bila perasan kelibat Haqeel yang sedang berdiri di sebelahnya.

Berketap gigi Ailyn. Jemarinya diramas-ramas. Sudah tidak tentu arah dia bila perlu berhadapan dengan Haqeel berdua.

“Jom…” Sepatah ayat keluar daripada mulut Haqeel.

Terkebil-kebil mata Ailyn. “Ke mana?”

“Masuk pejabatlah. Lagi 10 minit waktu kerja. Saya tak sabar nak tunjukkan tempat kerja awak dan kenalkan dengan kawan-kawan baru awak. Jom!” Haqeel memberi jalan kepada Ailyn agar teruskan langkah.

Ailyn akur. Walaupun kekok dia aturkan juga langkahnya.

Haqeel menyamai langkah Ailyn.

“Sombong awak dengan saya, kan? Diam aje pun.” Sinis Haqeel.

Ailyn menelan liurnya. “Memang saya sombong pun. Encik ada masalah ke?” bidas Ailyn menjeling tajam kepada Haqeel di sebelah.

“Amboi, garangnya. Ehem, saya ni tak ada masalah pun,” sambut Haqeel sambil membetulkan tali lehernya.

“Mak saya pesan jadi perempuan ni kena sombong. Jangan terlalu jual murah sangat. Senang orang lelaki nak pergunakan kaum kami nanti,”

“Eh, saya tak suruh pun awak menjual.”

“Encik Haqeel kita dah sampai pejabat.” Ailyn cuak bila Haqeel seakan-akan mahu memikatnya. Dia gelisah. Tidak kena sahaja dia berhadapan dengan majikannya.

“Oh, dah sampai ya? Ingatkan jauh lagi.” Haqeel memicit batang hidungnya.

Ailyn terus mengatur langkah. Dia tidak endahkan lagi Haqeel. Sampai di hadapan penyambut tetamu Ailyn ramah menegur Zaliha merupakan penyambut tetamu syarikat.

“Ailyn, yang awak tegur tu namanya Zaliha. Dia receiptionist di sini. Zaleha, ini Ailyn. Dia akan jadi kawan sepejabat dengan awak nanti,” Haqeel sudah nampak serius kali ini.

Ailyn menghulurkan tangan kanannya kepada Zaleha. Salaman Ailyn disambut Zaleha mesra. Manis gadis berkulit hitam manis itu menyambut kehadiran Ailyn.

Haqeel mengarahkan Ailyn untuk terus ke dalam bilik pejabat yang menempatkan 12 orang pekerja.

Meliar mata Ailyn memandang keadaan pejabat yang agak luas. Seorang demi seorang Haqeel perkenalkan kepada Aylin. Dan akhir sekali Haqeel menunjuk Haqeel bilik Ailyn untuk melakukan tugasnya nanti di situ.

Terpegun Ailyn sebaik berdiri di bilik yang sederhana luas. Dia terpegun melihat kekemasan bilik itu di dekorasi.

“Tahniah, Ailyn kerana awak sekarang sudah menjadi salah seorang staf di sini. Saya harap awak dapat menjalankan tugas dengan baik selepas ini.”

“Baik, encik. Saya berjanji akan bekerja dengan baik dan akan mengikut arahan encik. Terima kasih sebab terima saya bekerja di sini,” ucap Ailyn terhutang budi.

“Sama-sama kasih. Eh, bukan saya pesan jangan panggil encik ke?” sambut Haqeel dengan satu kenyitan mata.

Perit sahaja Ailyn mahu menelan liurnya. Alahai, kalau beginilah hari-hari Haqeel melayannya, dia boleh rebah terjatuh cinta. Sabarlah hati. Kawal!

“Err, maaf Encik Haqeel. Saya kena hormat encik. Tak bolehlah sesuka hati panggil nama macam tu. Nanti apa kata pekerja lain cakapkan pasal saya nanti.”

Perlahan Haqeel helakan nafasnya. Memang dah tahu alasan Ailyn. Tak apalah, nanti-nanti dia akan pastikan ada panggilan istiewa dipanggil untuknya.

Untuk menyelami ebook yang lain boleh ke esentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/317692/suamiku-mr-mamak