[SNEAK PEEK] Nikah Dengan Tangan

Nikah Dengan Tangan oleh Rammy Azmi

Orang Mesir kuno memuliakan melancap kerana percaya alam ini terhasil dari percikan lancapan dewa Atum. Sehingga salah satu tugas amat membebankan Firaun dalam berbagai-bagai upacara khurafat ialah melancap ke dalam Sungai Nil pada setiap tahun bagi memastikan hasil tanaman bumi Mesir terus subur. 

Perkataan onani berasal daripada nama anak kepada Nabi Yehuda, Onan yang enggan membuntikan Tamar, isteri abangnya. Dia mencabut zakarnya dan melancap hingga air maninya tersisa setiap kali melakukan persetubuhan dengan Tamar. Kisahnya dirakam dalam Taurat (Old Testament menurut umat Kristian):

Tuhan membunuh Onan kerana perbuatannya itu. Namun pakar seksologi seperti Jonathan Margolis dan ahli sejarah seperti Thomas W. Laquer dari University of California, Berkeley percaya para sarjana Yahudi dan Kristian telah tersilap pandangan teks di atas. Hukuman mati tersebut bukan kerana Onan mencemarkan kesucian air maninya, sebalik kerana dia enggan taat pada tanggungjawab dan tradisi Yahudi. Onan dipercayai membuat “coitus interruptus” atau dalam istilah Arab azal yakni cabut zakar dari kemaluan perempuan saat orgasm. Dalam istilah Melayu pula dipanggil tumpah luar.

Kaum muda Roman kuno turut mengamalkan onani seperti yang telah dirakamkan dalam puisi terkenal Marcus Valerius Martialis berbunyi “Veneri servit amica manus – Tanganmu menjadi gundik pelayan syahwatmu”, bagaimanapun dia turut memberi amaran, “Apa yang gugur diantara jari jemarimu, wahai Ponticus, adalah manusia.”

Manakala dalam budaya masyarakat di India ratusan tahun lalu, mimpi basah turt dianggap suatu keburukan dan dosa. Pemuda yang menanggung desakan syahwat disarankan untuk berendam dalam sungai, dan jika dia mimpi basah diarahkan agar bersemayang sebanyak tiga kali untuk mendapat keampunan. Pembaziran air mani dengan cara melancap masih dianggap pengurangan unsur rohaniah dalam diri seseorang bagi aliran-aliran yoga hingga ke hari ini.

Kempen anti melancap memuncak apabila Samuel Tissot, pakar neurologi bermazhab Katholik yang juga merupakan penasihat Vatican telah menerbitkan buku Onanisa pada 1758 mengaitkan tabiat melancap dengan penyakit gila. Ahli falsafah seperti Voltaire dan Rousseau turut mengapi-api teori ini dengan mengaitkan berbagai-bagai penyakit fizikal dan mental disebabkan perbuatan melancap. Keadaan lebih kritikal ketika Zaman Victoria, pihak gereja Kristian dengan tekad yang kuat telah membazir masa selama 300 tahun untuk memerangi perbuatan melancap, bagaimanapun bagi pihak yang lebih menjaga moral, mereka lebih risaukan tentang aktiviti pelacuran daripada tabiat melancap di kalangan masyarakat muda Eropah. Penentangan gereja memuncak sehinggakan alat-alat anti-onani direka dan dipakaikan kepada anak-anak muda untuk membendung nafsu syahwat.

Pada tahun 40-an, seorang pakar biologi, seksologi dan zoologi dari Amerika Syarikat, Dr. Alfred Kinsey telah membuat kenyataan bahawa melancap adalah aktiviti normal bagi orang dewasa. Pada tahun 2003 pula, kajian telah dibuat oleh Graham Gile dari Cancer Council Victoria, Australia menunjukkan lelaki yang lebih kerap melancap dapat mengurangkan risiko kanser prostat daripada mereka yang jarang melakukannya.

Di negara seperti Jepun, melancap telah dianggap sebagai tabiat normal bagi orang dewasa malah sudah menjadi satu bentuk seni dan dikomersilkan. Malah di Malaysia sendiri, alat-alat seperti vibrator, dildo dan sebagainya terjual ribuan unit menerusi aplikasi e-dagang. Kita boleh lihat sendiri majoriti pembeli-pembelinya terdiri daripada gadis-gadis dan wanita Muslim.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/343787