[SNEAK PEEK] Lillyann

Darling Delia oleh Cici Aida

“Yen selalu balik sini sebab Ann. Yen suka Ann.” – Khazrin Selama 3 tahun dia hanya memandang dari kejauhan dan mencintai dalam diam. Sekali dia luahkan, terduduk emaknya dan tidak terkata ayahnya. “Selain daripada sebab suka dan cinta, ada sebab lain kenapa saya nak kahwin dengan awak.” – Khazrin “Sebab apa?” – Ann Sebab pak ngah dah dinodai oleh mata awak bila awak tengok pak ngah tanpa baju hari tu.” – Khazrin Berkahwin dengan jiran sendiri langsung tiada dalam kamus hidup Ann. Sementelah dengan jiran yang namoak sombong tetapi ‘playful’ seperti Khazrin. Tetapi yang tidak pernah terfikir itulah yang menjadi kenyataan. Seperti aturan takdir kehidupan yang harus dia idamkan… Semua boring dah lengkap tapi ada satu borang yang masih belum terisi.” – Ann Pahit dan pedih untuk diterima. Yang nyata, Ann terluka. Namun saat dia kembali bangkit dengan rasa bahagia, kedukaan kembali menjengah buat kali kedua. “Kenapa tolak abang? Kenapa tak nak tengok muka abang? Hurm, baby? – Khazrin Takdir apakah yang telah membuatkan Ann terluka? Dan apa lagi yang harus dia hadapi untuk mengecapi rasa bahagia? It hurts to know the truth but it hurts more if you keep living in denial.


EMIR jeling jam di pergelangan tangan. Dia masih menunggu Anas yang tidak muncul-muncul. Sesekali gambar di dalam iPhone ditilik satu per satu. Dia cuba merealisasikan impian seorang gadis rugged a.k.a buah hati dalam diamnya. Dan dalam masa yang sama namanya pasti akan tercatat sebagai salah seorang penyumbang besar di butik tersebut. Siapa lagi kalau bukan Darling.

“Senyum aje abang kontraktor kita ni. Seronok buat bangunan, ya?”

Emir mengangkat pandangan. Anas berdiri dengan senyuman lebar. Telefon yang berada di tangan cepat-cepat disimpan masuk ke dalam poket seluar.

“Sorry, jalan jammed tadi. Aku tak boleh nak elak.” Anas tarik kerusi di hadapan Emir.

Kotak rokok terus dicapai selamba. Itu sudah tentu rokok kirimannya tadi. Dan tanpa disuruh, sekeping not dua puluh dikeluarkn dari dalam dompet dan disorok di depan Emir.

“Lebih masuk tabung. Nak kahwin nanti, kan.” Anas menyengih.

Tapi Emir sudah tekup muka. Malu betul dia dengan ayat perli kawan sendiri. Tak sudah-sudah nak mengenakan dia.

“Ingatkan kau dah sampai tadi. Rupanya aku sampai dulu,” bebel Emir. Sengaja nak buat kawan sendiri jadi serba salah. Padahal dia pun baru saja lima minit sampai. Airnya luak setengah sebab tekaknya terlalu haus.

“Kau pun satu, last minute bagi tahu nak lepak kedai ni. Kalau tempat biasa senang sikit aku nak ikut jalan pintas.”

Emir senyum. Salah sendiri juga, tiba-tiba saja nak ubah haluan makan di tempat lain. Restoran yang menyediakan masakan ala-ala kampung.

“Kau sorang aje ke?”

“Dah tu kau nampak aku berdua ke?”

“Eh, manalah tahu ada mana-mana mambang kau bawa datang sekali. Bolehlah kenal-kenalkan dekat aku.” Meliar mata Anas memandang sekitar restoran tersebut.

Emir menyengih sambil geleng kepala.

“Orang cakap dia tersengih pula. Dah, tak payah nak tayang gigi sangatlah. Kaukan anak mak. Selagi tak halal, mana boleh bawa perempuan keluar sesuka hati, kan. Macamlah aku tak tahu.”

“Apa kau bebel ni?”

“Yalah! Aku cakap betul apa. Orang jadi anak mak ni memang selalu mendengar kata. Sekali pun dia takkan membantah. Sebab tulah soal jodoh pun dia serah bulat-bulat pada mak. Kalau aku tak boleh. Jawabnya ke lautlah muka bakal bini aku nanti. Mak aku tu cita rasanya lain macam sikit,” komen Anas.

“Dah-dah. Kita datang sini sebab dah lama tak jumpa. Bagi tahu ajelah apa kau nak cakap tadi. Aku sedia mendengar.”

“Eh, macam tu aje? Senang betul.” Berlapis dahi Anas. Nafasnya yang tercungap-cungap berjalan dari parkir tadi pun belum reda lagi.

“Dah tu?” Emir kerut kening.

“Kalau ya pun bagilah aku bernafas dengan betul dulu. Baru aje sampai. Order minum pun tak lagi. Kejap.”

Anas bangun dan berlalu ke kaunter. Perbualan yang tidak sampai seminit dengan juruwang restoran tersebut membawa Anas duduk semula di kerusi berhadapan Emir.

“Mana Bella? Lama aku tak nampak dia keluar dengan kau? Ke kau tak bagi dia keluar rumah lagi?”

“Entahlah. Aku pun dah lama tak jumpa dia.” Jujur Emir menjawab.

Sebaliknya Anas kerut kening seolah-olah tak percaya mendengar jawapan sahabatnya itu.

“Kliselah ayat kau, bro . Tinggal sebelah- menyebelah takkanlah tak nampak muka kut?”

“Ya, aku dah lama tak jumpa Bella. Dia kerja, aku kerja. Mana sempat kami nak jeling-jeling mata.”

“Ini lagi aku tak percaya. Takkan sampai sidai kain belakang rumah pun kau tak nampak? Bella tu bakal calon isteri kau. Masa nilah korang nak kenal-kenal. Takkan nak tunggu tidur sebantal baru nak kenal?”

Emir mengeluh mendengar Anas membebel. Mengalahkan kakaknya pula. Tapi nak buat macam mana kalau apa yang lelaki ini cakap semuanya betul.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/329435/Lillyann’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *