[SNEAK PEEK] ISTERI UNTUK LELAKI EGO

Isteri Untuk Lelaki Ego Oleh Rafina Abdullah

Pertunjukan kini bermula. Beberapa orang model keluar masuk silih berganti sambil memperagakan pakaian keluaran terbaru syarikat itu.

Tiba giliran Mina yang melangkah masuk, Nazwan tak berkelip memandang.

Awin di sebelahnya bertepuk tangan. Kagum dia melihat cara Mina berjalan di atas pentas. Sedikit pun nampak tak kekok. Cepat benar Mina faham cara Stephen mengajar.

“Saya dah kata, bos! Mina tu harta karun!” Awin kuatkan suaranya, berlawan dengan muzik latar yang agak bingit.

Nazwan tak peduli dengan pujian Awin terhadap Mina. Dia masih leka melihat Mina yang telah disolek. Dia sendiri tak sangka, Mina boleh jadi secantik itu. Dah rupa macam ratu cantik pun ada. Seriuslah itu Mina? Nazwan masih tidak percaya. Segera dia menoleh ke arah Awin yang dilihat begitu teruja melihat Mina.

“Amecam, bos? Beres?” Awin mahu mendengar pendapat Nazwan.

“Okey.” Hanya sepatah yang keluar dari celah bibir Nazwan. Berat mulutnya mahu memuji. Siang tadi bukan main lagi dia menghina Mina. Sekarang dia jadi malu muka pula depan Awin. Semua gara-gara sikapnya yang angkuh kerana enggan menerima cadangan Awin dari awal.

Sekarang dia akui, Mina adalah harta karun untuk syarikatnya. Kerjaya model sangat sesuai untuk Mina. Sekarang dia tak boleh menafikan bakat yang ada pada gadis itu.

Cepat benar Mina belajar. Lepas ni, tak perlulah dia pening kepala lagi untuk memikirkan pekerjaan apa yang sesuai untuk Mina. Jadi model pun dah okey.

“Saya dah kata. Bos tak caye. Sekarang bos tengok, semua orang kagum dengan Mina. Dia tu cantik, bos. Nanti bos buat kontrak untuk Mina, tau! Kita ikat dia kuat-kuat.”

“Yelah.” Malas Nazwan menjawab. Ego sungguh dia.

Selesai pertunjukan, Nazwan pulang bersama Mina. Dalam kereta, Nazwan mulakan perbualan. “Kau tak kisah ke jadi model?”

“Apa-apa kerja pun tak apa, Encik Nazwan. Saya terima.”

“Tapi kau kena hati-hati.”

Mina menoleh. Dia tidak mengerti maksud di sebalik amaran Nazwan. “Saya tak faham.”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351843